kesan positif penggunaan bahan drama dalam pengajaran bahasa melayu.doc

14
KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Pengenalan Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. - Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan. Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan kurikulum pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1988. Dalam KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara wadah merealisasikan matlamat FPK memang tidak dapat dinafikan. Bersandarkan peranan tersebutlah maka sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu digubal dengan

Upload: asgettunsally72yahoo

Post on 24-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

 

Pengenalan

 

            “ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”- Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

           

            Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor  pendidikan  di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.

 

            Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan kurikulum pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1988. Dalam KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara wadah merealisasikan matlamat FPK  memang tidak dapat dinafikan. Bersandarkan peranan tersebutlah maka sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu digubal dengan menekankan pelbagai aspek yang diambil kira bagi mewujudkan modal insan yang tidak hanya unggul dalam aspek intelek malahan juga dalam aspek rohani, jasmani dan emosinya.

 

Page 2: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

            Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan pada tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah  melengkapkan program pendidikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar, di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.

 

            Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.

 

 

          

Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

 

            Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis.

 

Dalam konteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sastera yang ditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama.

 

Page 3: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

            Perkataan drama berasal daripada perkataan ‘dran’ (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud ‘melakukan’ atau ‘melakonkan’. Drama juga dapat didefinisikan sebagai karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupan dengan gerak. Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek ) berpendapat bahawa drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.  Menurut The American Colledge Dictionary dalam kertas kerja seminar Bengkel Penggunaan Bahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM, drama merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari).

 

            Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk dibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan. Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang dipanggil skrip, dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam sesebuah naskhah drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu situasi atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini disebabkan sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang menyampaikan pemikiran atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama.

 

Menurut Omar Mamat(1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan aktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara menyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaran pelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa.

 

            Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepada kehidupan yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individu menjadi berani. Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh gurunya melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka melakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh  kebanyakan kanak-kanak. Dengan melakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak akan menjadi lebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa biasa sahaja ketika berada di hadapan orang ramai.

Page 4: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

 

            Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam pengajaran bahasa, antaranya:

i)                   Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk meletuskan bentuk pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat. Hal ini sering menjadi masalah kepada pelajar yang sukar menyatakan sesuatu penyebutan yang baik.

 

ii)                 Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang menekankan beberapa aspek laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan yang betul dan sesuai dengan latar situasi dalam kandungan sesuatu dialog itu. Contohnya, situasi orang marah, situasi emak memberikan nasihat kepada anak, dan lain-lain lagi.

 

iii)              Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar untuk melahirkan pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka. Sebagai contoh, mimik muka orang yang riang, berduka, bersedih dan pelbagai mimik muka yang lain. Pelajar dapat meramal atau meneka mimik tertentu dan membayangkan bagaimana pertuturan atau bahasa yang akan diucapkan oleh orang yang berada dalam situasi atau keadaan tertentu.

 

Menurut beliau lagi, melalui drama pelajar akan didedahkan kepada pemelajaran secara tidak langsung iaitu melalui aksi. Pelajar diberi peluang bermain dengan gerak badan yang bermakna. Misalnya, melalui lakonan bisu, pelakon akan menggayakan tangan mereka untuk makan, pelajar akan menyebut perlakuan pelakon itu. Melalui drama juga, pelajar dapat mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni muzik, seni lukis, seni reka cipta dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini dapat diterapkan melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang semuanya menjurus kepada kemahiran berbahasa. Melalui teknik berdrama juga, pelajar didedahkan kepada cara berkomunikasi yang berkesan dan bermakna dan mengikut situasi yang tertentu.

 

Page 5: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

            Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut:

 

1. Memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.

 

2. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.

   

Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.

 

            Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;

i)                   Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan membawa pembaca menghayati watak  dalam sesebuah karya sastera.

ii)                 Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang.

Page 6: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

iii)              Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan kebolehan empetik dan kreatif.

iv)               Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.

v)                 Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, menenteramkan keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

           

            Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), yang menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan bahan sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah amat bersesuaian.

 

 

 

 

Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal    

 

            Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), bidang interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangka kata, ungkapan dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Penggunaan bahasa dalam bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial      atau berurus bagi tujuan komersial. Hasil pembelajaran ini boleh diperoleh melalui cara berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan memujuk dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

 

            Menurut Omar Mamat (1995), melalui penggunaan teknik drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa, proses interaksi antara pelajar berlaku. Menurut beliau, bagi sebahagian pelajar proses interaksi adalah satu hal

Page 7: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

yang sukar dan jarang dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dengan rakan karib mereka sahaja.  Melalui teknik drama, suasana interaksi antara satu dengan yang lain dapat diwujudkan. Mereka akan berdialog dan melontarkan suara dengan teratur. Apabila telah wujud kebiasaan untuk berinteraksi antara satu dengan lain, pelajar mungkin tidak menghadapi masalah sekiranya mereka ingin berinteraksi dengan kumpulan yang lebih besar.

 

            Selain itu, penggunaan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran  bahasa ini mampu melatih setiap murid bekerja dalam satu kumpulan yang lebih besar. Bagi menjayakan satu persembahan drama misalnya, bilangan pelajar yang terlibat agak besar. Mereka akan diberi pendedahan bekerja secara berkumpulan , misalnya ketika proses menghafal skrip, menghayati watak ataupun penggunaan ‘back drop’ ataupun penggunaan sesuatu kostum jika lakonan drama itu memerlukan pementasan di depan khalayak yang ramai. Melalui kerja secara berkumpulan ini, mereka akan lebih mudah bertukar idea, pengalaman dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

 

            Menurut Samat Buang (1996), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan  Bahasa Melayu mampu menjadikan pelajar:

i)                   Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa.

ii)                 Menghayati karya sastera

iii)              Menghayati keindahan bahasa dalam karya sastera dan menggunakannya dalam penulisan

iv)               Menerap dan mengamalkan pengajaran atau nilai positif dalam kehidupan.

v)                 Menghasilkan karya sastera sesuai dengan kebolehan masing-masing

vi)               Membina dan memupuk budaya membaca.

 

 Ismail Ahmad (1982:23), pula menegaskan bahawa penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka ruang kepada pelajar untuk melihat  dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya.

Page 8: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

 

             Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan penggunaannya dalam pelbagai konteks dan situasi, membolehkan pelajar memahami, mengenal, dan menggunakan intonasi yang betul dan jelas mengikut pola ayat yang tertentu bagi menghasilkan sebutan baku dan melatih pelajar menggunakan kata dan ayat dalam pelbagai situasi.

 

            Selain itu, penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini juga berkait rapat dengan Kemahiran Bernilai Tambah(KMT) yang ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (semakan 2003). Dalam KMT terkandung Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu setiap individu pelajar tersebut perlu dilatih dengan menggunakan pelbagai kecerdasan yang memang terdapat di dalam dirinya. Jika dilihat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang diketengahkan oleh Howard Gadner  terdapat lapan kecerdasan yang tedapat dalam diri individu pelajar itu sendiri, iaitu kecerdasan verbal-lingusitik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

 

            Jika diperhatikan kelapan-lapan jenis kecerdasan ini mampu dimanipulasi oleh pelajar melalui penggunaan bahan drama dalam pembelajaran bahasa. Kecerdasan verbal-lingusitik misalnya mampu dikuasai oleh pelajar melalui pengucapan dialog drama yang dilakonkan, ini kerana kecerdasan ini merupakan kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. Selain itu, melalui kecerdasan kinestetik pula, iaitu kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Ini amatlah menepati ketika sesuatu situasi pementasan dan lakonan drama itu dilakukan, kebolehan ini mampu dilakuakan dan ketengahkan oleh pelajar. Demikian jugalah halnya dengan kecerdasan muzik, interpersonal, intrapersonal naturalis dan logik matematik.

 

 

 

Page 9: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat

 

 

            Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003) ada menyatakan bahawa bidang maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar           , berbual, membaca serta mengakses maklumat daripada multimedia. Berdasarkan pengertian di atas, penggunaan bahan sastera seperti drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah amat bersesuaian.

 

            Dalam satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan drama, murid dilatih menggunakan kemahiran berfikir dalam memahami sesuatu tajuk sebelum suatu drama itu dilakonkan. Misalnya, murid diminta meneliti skrip yang diberikan sebelum cuba mendalami dan memahami segala perkara yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada audien dan agar perkara yang ingin disampaikan itu berjaya sampai kepada sasaran khalayaknya, murid tadi perlu mendalami dan berusaha mencari segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan watak yang dibawanya.

 

            Menurut Omar Mamat (ibid), cara pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik drama dapat melatih pelajar mengembangkan idea, iaitu menerusi jalan cerita atau berdasarkan gerak laku sesuatu watak. Teknik mimos, improvisasi, main peranan dan beberapa teknik lagi memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan sebuah cerita melalui karangan atau pembinaan ayat.

 

            Di samping dapat mengalami dan menghayati setiap watak atau peranan yang dibawa apabila seseorang murid itu terlibat dalam melakonkan sesuatu watak drama, pelajar yang hanya terlibat sebagai penonton juga berupaya mengenal pasti setiap idea atau gagasan yang ingin disampaikan dan mampu menilai pengajaran atau nilai murni yang ingin disampaikan sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Hal ini secara tidak langsung dapat menyatakan yang bahan sastera tersebut bukan sahaja berperanan sebagai hiburan malahan juga sebagai pendidik.

 

 

Page 10: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

Abdul Ghalib Yunus (1996), menyatakan dalam sastera yang berbentuk prosa moden dan klasik banyak terdapat gambaran tentang adat istiadat, “world view” dan kebudayaan masyarakat Melayu. Jadi penggunaan bahan tersebut  dalam pengajaran Bahasa Melayu secara tidak langsung akan mendekatkan pelajar bukan Melayu dengan kebudayaan orang-orang Melayu. Begitu juga, bahan sastera yang ditulis dalam dan mempunyai hubungan dengan masyarakat Cina atau India jika didedahkan kepada pelajar Melayu, akan membolehkan mereka mengenali dan memahami kebudayaan kaum-kaum tersebut.

                                                                                                         

            Oleh yang demikian,  penggunaan bahan sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mampu mendedahkan pelajar kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan segala yang berlaku di dunia sebenar.

 

 

Hasil Pembelajaran Estetik

 

 

            Bidang Estetik dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003), berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan  bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi dan  penghayatan. Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam bidang ini ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

 

            Berdasarkan pernyataan di atas, penggunaan drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amatlah bersesuaian. Melalui penggunaan drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar didedahkan dengan aspek penghayatan dan keindahan sesuatu karya drama itu. Hal ini dapat kita lihat secara jelas apabila kita melibatkan pelajar sepenuhnya dalam pementasan sesebuah drama. Para pelakon yang memegang sesuatu watak itu perlulah menghayati peranan yang dibawanya, menikmati perjalanan pemikiran yang ingin disampaikan oleh drama tersebut agar segala lakonan yang mereka bawa mampu pula dihayati dan dinikmati dan dirasai oleh para audien. Hal yang demikian secara tidak langsung para pelajar yang terbabit mampu menghayati dan mengarap setiap nilai dan pengajaran yang mereka peroleh dalam drama dan mengaplikasikan dengan dunia sebenar.

Page 11: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

 

            Selain itu, Menurut Omar Mamat melalui pengunaan drama dalam pengajaran dan pembelajaran ini juga, pelajar berupaya mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni muzik, seni lukis, seni reka cipta, dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini dapat diterapkan kepada pelajar melalui melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang semuanya menjurus kepada kemahiran berbahasa. Pelajar dapat melakonkan sesuatu peristiwa juga berdasarkan lakonan atau reka cipta yang dicipta sendiri atau bahan sedia ada. Selain berlakon dengan skrip yang disediakan, pelajar turut diajar mencipta atau menulis skrip sendiri.

 

            Menurut beliau lagi, drama adalah cerita yang dilakonkan. Cerita ini mungkin peristiwa benar yang dilihat, atau dialami oleh manusia. Ketika menjalankan aktiviti drama, pelajar dilatih menggunakan kemahiran berfikir, menyusun ayat atau dialog, dan menyampaikannya dalam lakonan berdasarkan situasi sebenar. Latihan bermain dengan bahasa ini adalah satu proses yang pemelajaran yang menarik minat pelajar terhadap pelajaran mereka, di sinilah timbulnya unsur keindahan atau estiteka ataupun keseronokan dalam diri pelajar.

            Melalui penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini juga, pelajar didedahkan dengan keindahan bahasa yang digunakan. Hal ini dapat kita perhatikan melalui penggunaan puisi dan kata-kata indah yang sering kali digunakan dalam drama. Misalnya penggunaan sajak, syair, nazam, pantun dalam drama mampu mendedahkan pelajar tentang unsur- unsur keindahan dalam sesebuah karya itu dan mampu menambahkan lagi penghayatan pelajar dalam sesebuah karya drama.

 

 

 Zaitul Azma Zainon Hamzah (2004), penggunaan bahan sastera (KOMSAS) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan manifestasi kesenian melalui media bahan yang kreatif dan indah. Melaluinya , pelajar berpeluang menikmati kehalusan dan keindahan penciptaan hasil karya yang terpilih, seterusnya membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir mereka terhadap persoalan kehidupan sejagat. Kenyataan ini amat bersesuaian dengan penggunaan drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana pelajar perlu mengalami dan menghayati setiap pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui penghayatan bahan drama.

 

Page 12: KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.doc

            Oleh yang demikian, dapat disimpulkan penggunaan bahan drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu melahirkan unsur estetika dalam diri pelajar itu sendiri dan ini  secara tidak langsung membuktikan sifat sastera itu sendiri yang mempunyai unsur keindahan yang mampu dinikmati dan dihayati di samping peranan sastera itu sebagai penghibur.

 

 

RUMUSAN       

 

            Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan bahawa penggunaan unsur sastera terutama genre drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Kesan ini tidak hanya mampu kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor  pelajar tersebut tetapi mampu juga meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan kognitif pelajar tersebut.

 

            Di samping itu, sastera juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh yang demikian, hal ini akan mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani, rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

            Keseluruhannya , dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.