kesan demonstrasi jalanan kepada negara

Upload: eilla-sabri

Post on 06-Jul-2015

871 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Kesan Demonstrasi Jalanan Kepada NegaraDemonstrasi adalah gerakan bantahan yang dilakukan oleh sekumpulan orang di khalayak. Ianya dibuat bagi menyatakan perasaan, pendapat atau meluahkan fikiran secara terbuka. Selain istilah demonstrasi, masyarakat Malaysia lebih mudah memahami "tunjuk perasaan" yang membawa maksud yang sama. Aktiviti berdemonstrasi merujuk kepada sekumpulan orang yang bertemu atau bergerak secara beramai-ramai. Pada masa yang sama, tindakan menghalang sesuatu kumpulan daripada meneruskan pergerakan mereka melalui halangan blok atau kawad berduri juga dirujuk sebagai demonstrasi. Demonstrasi boleh digunakan sebagai satu cara untuk menyatakan pandangan (positif atau negatif) berdasarkan isu-isu umum khususnya keadilan sosial dan politik. Kejayaan demonstrasi dilihat kepada jumlah bilangan peserta yang ramai. Antara jenis demonstrasi ialah perarakan di mana sekelompok orang bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain, pertemuan ramai di mana pendengar berkumpul untuk mendengar ucapan, piket di mana ramai orang berkumpul di sesuatu kawasan dan santai di mana penunjuk perasaan berkumpul di satu-satu kawasan dan menjadikannya semakin riuh dengan tuntutan mereka sehinggalah ianya dipenuhi oleh pihak berkuasa atau dipaksa bersurai oleh pasukan keselamatan. Peserta demonstrasi boleh menjadikan sesuatu perhimpunan menjadi ganas atau aman. Jika ganas,kesannya sebarang objek yang dilihat menyukarkan laluan, ianya akan dimusnahkan. Contohnya seperti kereta akan diterbalikkan, kedai perniagaan dirempuh masuk atau kemudahan awam dirosakkan.Budaya tunjuk perasaan yang ganas ini bakal mengundang kegoyahan politik yang menolak keluar pelaburan asing dari negara ini. Bagi menghalang perlakuan ganas ini, pasukan keselamatan menggunakan senjata yang kurang berbahaya seperti gas pemedih mata dan pancutan air bertekanan tinggi untuk menyuraikan kelompok tersebut.