kesan radioaktif.docx

21
Manfaat 1. Meningkatkan kecekapan bidang perubatan cth: - CAT scan, laser, sinar -x - digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman. - Kobalt 60 - rawatan kanser - Radioisotop fosforus - rawatan tumor otak Tanpa nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia. 2.Memajukan bidang pertanian. - Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food) - ditemui dengan kaedah nuklear - menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca. - sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak. - berguna dalam R&D pertanian - cth dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan. 3. Membantu kelangsungan dan kemajuan industri. - mengesan kebocoran paip bawah tanah - mengesan kehausan enjin. - pelancaran satelit dan klemajuan telekomunikasi 4.Tenaga alternatif. - alternatif kepada petroleum dan arang batu - lebih murah - logi tidak perlukan kawasan yang luas - tenaga yang dihasilkan lebih efisen - berguna untuk industri berat., 5. Memodenkan pertahanan. - kapal selam tenaga nuklear lebih lama dapat menyelam, laju - kapal pengangkut - senjata nuklear - berguna untuik pertahanan negara daripada

Upload: hanisah-mohamad

Post on 01-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bhn

TRANSCRIPT

Page 1: kesan radioaktif.docx

Manfaat

1. Meningkatkan kecekapan bidang perubatan cth:- CAT scan, laser, sinar -x - digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman.- Kobalt 60 - rawatan kanser- Radioisotop fosforus - rawatan tumor otakTanpa nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.

2.Memajukan bidang pertanian.- Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food) - ditemui dengan kaedah nuklear - menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca.- sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak.- berguna dalam R&D pertanian - cth dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.

3. Membantu kelangsungan dan kemajuan industri.- mengesan kebocoran paip bawah tanah- mengesan kehausan enjin. - pelancaran satelit dan klemajuan telekomunikasi

4.Tenaga alternatif.- alternatif kepada petroleum dan arang batu - lebih murah- logi tidak perlukan kawasan yang luas- tenaga yang dihasilkan lebih efisen - berguna untuk industri berat., 

5. Memodenkan pertahanan.- kapal selam tenaga nuklear lebih lama dapat menyelam, laju- kapal pengangkut - senjata nuklear - berguna untuik pertahanan negara daripada ancaman asing.

Kesan Buruk

1. Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia.- risiko kemalangan/ bencana alam atau bencana nuklear bolah menyebabkan kebocoran radioaktif- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan  terdedah kepada radiasi.- radiasi menjejaskan kesihatan semua benda hidup- manusia boleh mati akibat penyakit  kronik yang berpunca daripada radiasi. seperti kanser  - mutasi genetik - ini menyebabkan kecacatan- tanah-tanih yang tercemar dengan radiasi - tidak berguna lagi.

Page 2: kesan radioaktif.docx

Kesan radiasiMenurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Menurut laman web atomicarchive.com, terdapat tujuh kesan yang berbahaya bila tubuh manusia terkena bocoran radioaktif.

1. Rambut: rambut akan menghilang dengan cepat bila terkena radiasi 200 Rems atau lebih. Rems merupakan unit bagi kekuatan radioaktif.

2. Otak: sel-sel otak tidak akan rosak secara langsung kecuali terkena radiasi berkekuatan 5000 Rems atau lebih. Begitu juga dengan jantung, radiasi membunuh sel-sel saraf dan pembuluh darah dan dapat menyebabkan kejang dan kematian serta merta.

3. Kelenjar tiroid: kelenjar tiroid sangat terdedah terhadap iodin radioaktif. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif dapat merosakkan sebahagian atau seluruh bagian tiroid.

4. Sistem Peredaran Darah: ketika seseorang terkena radiasi sekitar 100 Rems, jumlah limfosit darah akan berkurang. Gejala awal ialah seperti penyakit flu. Menurut maklumat kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan mungkin menghadapi risiko jangka panjang seperti leukimia dan limfoma.

5. Jantung: apbila terkena radiasi berkekuatan 1000 hingga 5000 Rems akan mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung berfungsi.

6. Saluran Pencernaan: radiasi dengan kekuatan 200 Rems akan menyebabkan kerosakan pada lapisan saluran usus, menyebabkan mual, muntah.

7. Saluran peranakan: saluran peranakan akan rosak dengan kekuatan di bawah 200 Rems. Dalam jangka panjang, mangsa yang terdedah akan mengalami kemandulan

Page 3: kesan radioaktif.docx

BAHAYA RADIASI DAN KESANNYAPosted on May 6, 2011 by senadakpwkm under Sidetrack SENADA

Pengenalan Radiasi

Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau ruang. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, gelombang radio dan radiasi pengion. Radiasi pengion adalah apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.

Setiap hari manusia terdedah kepada radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Perokok pula menerima dos radiasi lebih tinggi daripada radioisotop yang terkandung dalam rokok.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik. Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia tergempar apabila terjadinya pencemaran radiasi berikutan loji nuklear yang tidak berfungsi akibat daripada gempa bumi dan tsunami. Pencemaran radiasi yang disebut sebagai krisis nuklear pernah terjadi di Chernobyl, Ukraine pada suatu ketika dulu di mana kesan radiasi masih wujud sehingga kini. Insiden kanser yang tinggi diikuti komplikasi kepada bayi yang lahir masih menghantui penduduk Chernobyl. Kesudahan di Jepun belum diketahui namun krisis radiasi yang berlaku sudah menghampiri tahap krisis radiasi di Chernobyl.

Radiasi pada Manusia dan Kesannya

Pendedahan kepada radiasi, sama ada daripada sumber semulajadi atau buatan manusia, dos tinggi atau rendah pasti ada kesan biologi kepada tubuh manusia.

Page 4: kesan radioaktif.docx

Radiasi menyebabkan pengionan atom à kesan kepada molekul à kesan kepada sel à kesan kepada tisu badan à kesan kepada organ à kesan kepada tubuh badan

Sel yang lebih sensitif akan lebih terkesan daripada pendedahan kepada radiasi. Sel yang sensitif adalah sel yang membiak atau membahagi dengan kerap dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Sel yang jarang membahagi atau membiak dan sel yang rendah kandungan oksigen kurang terkesan dengan radiasi.

Sel yang paling sensitif adalah limfosit (sel darah putih) dan sel-sel yang menghasilkan darah manakala sel yang paling kurang sensitif pula ialah sel saraf dan otot. Organ yang paling sensitif ialah organ yang menghasilkan darah diikuti organ pembiakan dan kulit manakala organ yang kurang sensitif ialah otot dan otak.

Sensitifnya organ adalah berdasarkan sensitifnya sel. Sel yang terdedah kepada radiasi sama ada pulih, mati atau bermutasi. Sel yang bermutasi sekiranya terus membahagi atau membiak akan membawa kepada tumor atau kanser.

Kesan radiasi adalah berbeza bagi setiap individu berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Jumlah dos radiasi2. Jenis sel yang terdedah kepada radiasi3. Jenis Radiasi4. Usia individu yang terdedah kepada radiasi5. Peringkat pembahagian sel kepada radiasi6. Bahagian badan yang terdedah kepada radiasi7. Kesihatan individu yang terdedah kepada radiasi8. Jumlah tisu badan yang terdedah kepada radiasi9. Tempoh masa terdedah kepada radiasi

 Individu yang menghidap penyakit berjangkit mungkin mengalami kesan yang lebih teruk berbanding individu yang sihat.

Kesan radiasi terbahagi kepada 2:

Page 5: kesan radioaktif.docx

1. Akut – apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat2. Kronik – apabila terdedah kepada dos yang rendah dalam tempoh masa yang lama

Dos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel manakala dos yang rendah merosakan atau mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi akut (NCRP Report No. 98, Guidance on Radiation Received in Space Activities) :

LD 50/60 ialah Lethal Dose di mana 50% orang yang terdedah kepada dos ini akan mati dalam tempoh 60 hari. Pada tahap 100 rad (Radiation Absorbed Dose) ke atas boleh mengakibatkan keguguran rambut, kulit terbakar dan masalah penglihatan.

Kesan radiasi apabila terdedah kepada dos radiasi yang rendah dalam tempoh yang masa yang lama (kronik):

Genetic – kesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.

Somatic – kesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah kanser.

In-Utero – kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau cacat.

Kesimpulannya, setiap individu perlu tahu tentang radiasi dan kesan-kesannya. Melihatkan krisis nuklear yang terjadi di Chernobyl dan Jepun, mungkin Malaysia perlu pertimbangkan pembinaan loji nuklear. Adakah Malaysia mampu menghadapi krisis seperti ini terjadi sedangkan Jepun sebagai negara dunia pertama juga menghadapi kesukaran.

Ironinya, apa yang terjadi ketika ini dipandang serius namun apakah penyelesaian yang telah dibuat bagi membantu masyarakat dunia? Sanggupkah kepimpinan yang ada hari ini duduk semeja membincangkan teknologi ini agar lebih mesra alam?

Page 6: kesan radioaktif.docx

Pesakit terbaring untuk diimbas oleh kamera gamma

Imej skan nuklear tulang seluruh badan

Apakah itu perubatan nuklear?Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan/radiologi yang menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit.

Mengapa satu skan perubatan nuklear dijalankan?Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia. Pemeriksaan jenis

Page 7: kesan radioaktif.docx

ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu organ atau sistem yang khusus. Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat mengenai anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan ketaknormalan paling awal di dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan dengan pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan nuklear mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk sakit dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan tiroid.

Apa yang berlaku dalam satu pemeriksaan atau skan perubatan nuklear?Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan supaya mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk ke dalam badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum prosedur bermula. Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut akan memerlukan tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin diskan. Beberapa ujian mungkin juga menghendaki skan berganda yang diambil pada waktu-waktu yang berlainan.

Ujian tersebut dan waktu dijangka terlibat akan dijelaskan kepada pesakit oleh kakitangan perubatan nuklear sebelum peperiksaan. Dalam kebanyakan kes, persediaan khas tidak diperlukan. Doktor itu perlu diberitahu tentang semua ubat yang diambil oleh pesakit, atau jika pesakit mengandung. Umumnya perubatan nuklear tidak dinasihati bagi pesakit-pesakit hamil. Doktor itu juga harus diberitahu jika pesakit sedang menyusukan bayinya.

Pesakit akan diskan dengan satu pengimbas khas, yang akan dapat mengesan sinaran yang dipancar oleh bahan radioaktif dalam badan pesakit. Pengimbas khas ini adalah dipanggil kamera gamma. Semasa diimbas/skan, kamera akan ditempatkan rapat kepada bahagian badan yang sedang diperiksa dan sebilangan gambaran yang berlainan akan direkod. Komputer akan memproses imej yang diambil oleh kamera gamma. Hasil skan nuklear perlu dibanding dengan ujian-ujian diagnostik lain pesakit itu untuk mencapai diagnosis yang lebih tepat. Pakar perubatan nuklear kemudiannya akan menyediakan satu laporan mengenai penemuan pemeriksaan tersebut.

Apakah risiko pemeriksaan perubatan nuklear?Tatacara perubatan nuklear cukup selamat kerana hanya sedikit bahan radioaktif adalah diperkenalkan ke dalam badan semasa prosedur diagnostik perubatan nuklear. Faedah-faedah awal dan diagnosis yang tepat jauh melebihi risiko menerima sedikit bahan radioaktif. Kebanyakan daripada bahan-bahan radioaktif disingkirkan dengan cepat (semula jadi melalui perkumuhan badan) dalam tempoh beberapa jam atau paling lama dalam beberapa hari. Meminum banyak air atau cecair selepas satu pemeriksaan akan membantu untuk menghapuskan bahan radioaktif dengan lebih cepat dari badan. Berbanding dengan ujian perubatan lain yang melibatkan radiasi, perubatan nuklear berbanding baik dengan kebanyakan ujian yang melibatkan X-ray. Kesan sampingan dari perubatan nuklear adalah sangat jarang.

Kegunaan terapeutik perubatan nuklearTerapi (rawatan) yang menggunakan perubatan nuklear adalah satu cara berkesan, selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam sesetengah kes menyingkir

Page 8: kesan radioaktif.docx

penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu aktif, kanser tiroid dan artritis. Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan nuklear selalunya akan diminta tinggal di hospital untuk beberapa hari.

Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-doktor hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit dikumuhkan dari tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti harian pesakit tidak akan terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara pengambilan ubat, atau jika dos biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan, pesakit harus meminta jika dan bila pengambilan ubatnya boleh disambung semula. Kesan sampingan kecil seperti berasa mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur mungkin berlaku dalam rawatan perubatan nuklear.

Kesan radioaktif kepada manusia LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya. Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Page 9: kesan radioaktif.docx

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:

Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.

Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.

Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.

Page 10: kesan radioaktif.docx

Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa. Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya. Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat. Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Page 11: kesan radioaktif.docx

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain. Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Page 12: kesan radioaktif.docx

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Page 13: kesan radioaktif.docx

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat. Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Sejarah Hitam

Page 14: kesan radioaktif.docx

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan. Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini. Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Page 15: kesan radioaktif.docx

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka. Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang

Page 16: kesan radioaktif.docx

berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan. Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC). Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan. Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar. Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Page 17: kesan radioaktif.docx

Panduan

Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.

Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.

Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.

Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah.