kesalahan lazim semasa melakukan kajian tindakan oleh pelatih guru di ipg

5
Kesalahan lazim semasa melakukan Kajian Tindakan oleh pelatih guru di IPG 1. Tidak dapat membezakan antara reka bentuk Kajian Tindakan dengan reka bentuk Kajian Konvensional. Lazimnya guru tersalah kerana telah memilih reka bentuk kajian konvensional dengan tujuan untuk melihat sebab dan akibat (keberkesanan). Contohnya, korelasi antara dua pembolehubah atau kajian perbandingan antara kumpulan yang menerima rawatan dengan kumpulan yang tidak menerima rawatan (sebab-akibat). 2. Tidak mematuhi format serta rubrik penilaian yang dikemukakan oleh IPG, sebaliknya melakukan ikut suka hati sahaja berdasarkan contoh yang lazimnya diperolehi daripada rakan atau Internet tanpa pengesahan sumber yang diperakui sah dan dipercayai. Contoh begini lazimnya dimuat naik oleh pengkaji setelah menyelesaikan tugasan kerana takjub dengan kajian yang telah dihasilkan tanpa mengira kualiti. 3. Kitaran tindakan hanya berlaku sekali sahaja yang menunjukkan TIDAK ada isu baru yang berkaitan timbul atau kerana menganggap masalah telah dapat diselesaikan. Jelasnya, proses refleksi ke atas amalan dan tindakan telah TIDAK berlaku secara sempurna. Ini bertentangan dengan semua model Kajian Tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar Kajian Tindakan iaitu adanya kitaran lanjutan atau kitaran baru diperlukan. Kajian Tindakan BUKAN satu kajian penyelesaian masalah tetapi merupakan kajian penambahbaikan amalan bekerja. Sebagai kajian

Upload: wenwen-teoh

Post on 12-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Kesalahan lazim semasa melakukan Kajian Tindakan oleh pelatih guru di IPG1. Tidakdapat membezakanantarareka bentuk Kajian Tindakan dengan reka bentuk Kajian Konvensional. Lazimnya guru tersalah kerana telah memilih reka bentuk kajian konvensional dengan tujuan untuk melihatsebab dan akibat(keberkesanan). Contohnya,korelasi antara dua pembolehubah atau kajian perbandingan antara kumpulan yang menerima rawatan dengan kumpulan yang tidak menerima rawatan (sebab-akibat).2. Tidakmematuhiformatsertarubrik penilaianyang dikemukakan oleh IPG, sebaliknya melakukanikut suka hati sahajaberdasarkan contoh yang lazimnya diperolehi daripada rakan atauInternettanpa pengesahan sumber yang diperakui sah dan dipercayai. Contoh begini lazimnya dimuat naik oleh pengkaji setelah menyelesaikan tugasan kerana takjub dengan kajian yang telah dihasilkan tanpa mengira kualiti.3. Kitaran tindakan hanya berlaku sekali sahaja yang menunjukkanTIDAKada isu baru yang berkaitan timbul atau kerana menganggap masalah telah dapat diselesaikan. Jelasnya, proses refleksi ke atas amalan dan tindakan telahTIDAKberlaku secara sempurna.Inibertentangandengan semuamodelKajian Tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar Kajian Tindakan iaitu adanya kitaran lanjutan atau kitaran baru diperlukan. Kajian Tindakan BUKAN satu kajian penyelesaian masalah tetapi merupakan kajian penambahbaikan amalan bekerja. Sebagai kajian penambahbaikan, sifatnya berterusan dan tidak terhenti pada satu penyelesaian (yang masih boleh diraguikeupayaan penyelesaian tersebut untuk diaplikasikan pada situasi, masa, tempatdan kumpulan yang lain) walaupun kajian lanjutan itu mungkin tidak dilakukan atas pelbagai sebab. Satu perkara lagi ialah kajian yang dijalankan hanya berfokus kepada peserta yang menjadi pilihan berdasarkan ciri-ciri tertentu, dan ini menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan kaedah dan teknik baru itu pula menimbulkan isu kepada kumpulan murid yang lain.4. Sangatkurangmendapatkan sokongan literatur untuk menyokong pernyataan yang dikemukakan. Kebanyakan pernyataan yang dikemukakan lebih bersifatopinionatedstatements(andaian dan pandangan yang bersifat syok sendiri) tanpa bukti yangsah.5. TIDAKmelakukantinjauan awaluntuk mendapatkan maklumat dandataawal secara teratur dan kemas. Kebanyakannya melakukan tanpa struktur soalan / item yang dapat menjurus kepada isu yang dikaji sebaliknya bertanyakan soalan yang terlintas di kepala sahaja pada waktu melakukan temubual atau pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukantidakberfokus kepada isu yang dikaji di samping sangatkurangmenggunakanjurnalrefleksi guru sebagai salah satu alat utama. Pelajar lebih cenderung menggunakan soal selidik yangkurangrelevan dengan bilangan responden yang sedikit dan boleh ditemui setiap hari dalam bilik darjah. Temubual yang dilakukan lebih bersifat ingin mengesahkan data danBUKANuntuk mendalami maklumat dengan tujuan interpretasi dan mencari makna.6. Kesalahanrefleksi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus untukmenyalahkan atau melemahkan pihak lain(murid, kaedah pengajaran atau institusi) danbukanuntuk melihat kekuatan dan khususnya kelemahan diri sendiri (dari sudut penguasaan ilmu dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran).Terdapat3 elemen utamayang perlu dibuat refleksi iaitupengajaran guru,pembelajaran guru(apa yang guru pelajari daripada peristiwa yang berlaku) sertanilai pendidikanyang menjadi pegangan tetapi bertentangan dengan apa yang diamalkan (livingcontradiction) dan telah menyebabkan isu atau fenomena atau masalah tersebut menjadi perhatian.7. Di bawah tajuk Fokus Kajian,jarang sekalidikemukakan data lengkap yang telah dibuatanalisisekoran daripada tinjauan awal. Pandangan peribadi ke atas sesuatu data / maklumat tidak disokong dengan sorotan literatur. Komponen kecil Fokus Kajiantidakdisentuh (kerelevanan, kebolehan mengurus, keserasian, kepentingan, kawalan dan kolaborasi). Penjelasan tentang kriteria kerelevanan, kebolehan mengurus (kebolehtadbiran), keserasian, kepentingan, kawalan dan kolaborasi seringdisalah fokuskankepada tindakan yang dijalankan. Padahal kriteria tersebut merujuk kepadakriteria kajianyang menjelaskan adakah kajian itu relevan dan penting untuk dilakukan? adakah kajian itu boleh dilakukan tanpa mengganggu murid lain yang bukan peserta atau tanpa menjejaskan proses pdp yang berlangsung? adakah kajian itu memberi peluang untuk melakukan kolaborasi dengan pakar?Kesalahan kebanyakan pengkaji novisialah apabila memfokuskan kriteria tersebut kepada kaedah, teknik atau bahan yang digunakan.Kriteria kajian tersebutlah yang akan membantu menentukantrustworthinessseperti yang dijelaskan olehLincolndan Guba (1985).8. Tidakdapat mengaitkan data-data yang diperoleh melalui instrumen mengumpul data yang berlainan (gagal membuat triangulasi data) dan jarang sekali melibatkan triangulasi sumber data, triangulasi penyelidik, triangulasi methodologi pengumpulan data, triangulasi teori, triangulasi masa atau triangulasi analisis data. Pemerhatian dan temubual dengan muridtidakdifokuskan kepada respons (tingkah lakucovertdan bahasa badan) murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya difokuskan kepada salahlaku murid di dalam kelas (seperti mengantuk, berbual, bermain, berjalan-jalan, mengganggu rakan dan sebagainya) tanpa mengaitkannya (relate) dengan amalan bekerja harian yang ingin dibuat penambahbaikan (aplikasi kaedah dan teknik pengajaran).9. Tidakmengambil kira sudut pandangan / perspektif murid tentang sesuatu kaedah atau teknik pengajaran yang diamalkan. Matlamat melakukan Kajian Tindakan adalah untuk penyelidik menambahbaik amalan bekerja. Ini juga bermakna peningkatan pembelajaran murid. Oleh itu pandangan murid dalam menentukan kaedah serta teknik pengajaran perlu diambil kira (need assessment). Contohnya, tidak semua permainan sesuai untuk semua tahap murid agar mereka bermotivasi untuk belajar. Hanya murid sendiri yang tahu bentuk permainan yang boleh memotivasikan mereka secara khusus.10. Tidakmenulis sumber rujukan mengikut format yang diminta (format APA) dan bilangan bahan rujukan yang terlalu sedikit (menunjukkankurangmembuat tinjauan literatur).

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/04/kesalahan-lazim-semasa-melakukan-kajian.html