kertaskerjalatihanintensifkawadkakikadetpolis-140312091838-phpapp02

6
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT CAMERON HIGHLANDS KERTAS KERJA NAMA PROGRAM : LATIHAN INTENSIF PASUKAN KAWAD KAKI TARIKH : 6/4/2015 HINGGA 27/4/2015 TEMPAT : DATARAN SK CONVENT ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SK CONVENT

Upload: kudin-khairudin

Post on 01-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertaskerjalatihanintensifkawadkakikadetpolis-140312091838-phpapp02

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENTCAMERON HIGHLANDS

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM :

LATIHAN INTENSIFPASUKAN KAWAD KAKI

TARIKH :6/4/2015 HINGGA 27/4/2015

TEMPAT :DATARAN SK CONVENT

ANJURAN :UNIT KOKURIKULUM SK CONVENT

1.0 PENGENALAN

Kertas cadangan ini disediakan bagi melaksanakan satu aktiviti iaitu latihan intensif kawad kaki badan beruniform untuk ahli Pasukan Kawad Kaki Sekolah untuk ke Pertandingan Kawad Kaki antara sekolah SBT bagi peringkat Kebangsaan pada 29 hingga 31/05/2015.Aktiviti latihan intensif kawad kaki yang dilaksanakan ini mampu meningkatkan teknik kawad kaki pasukan yang akan bertanding tidak lama lagi. Tambahan pula, inilah julung-julung kalinya Pasukan Kawad Kaki Sekolah menyertai pertandingan kawad kaki.

2.0TAJUK AKTIVITI - Latihan intensif kawad kaki Pasukan Kawad Kaki Sekolah. 3.0TUJUAN PROGRAM

3.1Membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada pelajar berkaitan dengan kawad kaki.3.2Membentuk jati diri pelajar.3.3Memupuk semangat bekerjasama pelajar.3.4Melahirkan keseronokan kawad kaki dan saingan yang sihat melalui pertandingan dengan menerapkan nilai-nilai supaya melahirkan pelajar yang berdisiplin, bersemangat dan berkeperibadian tinggi.

4.0JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI

4.1Penasihat : En Norzihan Bin Rijaludin4.2Pengerusi : En Mohd Fauzi Bin Malek 4.3Jurulatih: En Khairudin Bin Abdul Aziz 4.4 Tempat Latihan : Dataran SK Convent4.5 TarikhMula : 6/04/2015 hingga 27/5/20154.6Waktu latihan: 2.00ptg hingga 3.00ptg setiap hari persekolahan 4.7Jumlah Ahli: 18 orang

5.0KAEDAH / STRATEGI PELAKSANAAN

5.1Aktiviti yang dirancang berdasarkan tahap keupayaan kawad kaki pelajar. 5.2Sesi program yang dirancang menyeronokkan, menarik minat dan menaikkan semangat untuk terus berlatih serta mengikuti aktiviti.5.3Menanam semangat untuk mencapai kejayaan kepada setiap pelajar melalui latihan yang dilaksanakan dengan menyeluruh.5.4Aktiviti yang dirancang akan dijalankan dari pukul 2.00ptg hingga 3ptg setiap hari persekolahan .

7.0KUMPULAN SASARAN Pasukan Kawad Kaki Sekolah (yang telah dipilih)8.0SUMBER KEWANGAN Peruntukan Kokurikulum

9.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Harga Jumlah

Makan dan Minum Rm 4.00 x 35hariRm 140.00

Baju Uniform lengkap Rm 100.00 x 18pasangRm 1800.00

Pakain T-shirt latihan Rm 20.00 x 36pasangRm 720.00

Kasut potongRm 75.00 x 18pasangRm 1350.00

Sarung tangan Rm 5.00 x 18pasangRm 90.00

Beret Rm 10.00 x 18pasangRm 180.00

SkarfRm 5.00 x 18 pasangRm 90.00

layyardRm 8.00 x 18setRm 144.00

Jumlah keseluruhan Rm 4514.00

10.0PENUTUPSaya amat berharap program latihan intensif ini mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakannya. Hal ini kerana, program ini memberi manafaat kepada murid-murid untuk menimba pengalaman baru serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid. Program ini juga diharapkan dapat membuahkan hasil apabila Pasukan Kawad Sekolah ini menyertai kejohanan kawad kebangsaan nanti.

Disedia oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

__________________________________ ______________En Khairudin B Abd Aziz En Mohd Fauzi Bin Malek En. Norzihan B RijaludinJurulatih Pasukan KawadPenolong Kanan Kokurikulum Guru Besar SK ConventSK Convent SK Convent

Ulasan:

..