kertaskerjakejohananfutsalsatumalaysia2-130305094549-phpapp02

Upload: muhammad-hafiz

Post on 04-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja kejohanan futsal

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH ST DOMINIC

KERTAS CADANGAN

CADANGAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1,2,3 DAN 4

ANJURAN KELAB FUTSAL DAN BOLA SEPAK SEKOLAH MENENGAH ST DOMINICCADANGAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN TINGKATAN 1,2,3 DAN 4

1.0 PengenalanKelab sukan futsal merupakan kelab sukan dan permainan yang ditubuhkan di Sekolah Menengah ST Dominic pada tahun 2015 di bawah bidang Kokurikulum, oleh itu kelab sukan futsal ingin menganjurkan pertandingan futsal bagi ahli-ahli kelab dan pelajar. Kejohanan ini diadakan bagi mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi dan memupuk semangat perpaduan. Kejohanan ini akan dikelolakan oleh kelab sukan dan futsal SM St Dominic.

2.0 Objektif PertandinganProgram ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu:2.1 Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam sukan (FUTSAL) khususnya dengan kerjasama pihak pengurusan program dan para peserta pertandingan.2.2 Memastikan agar pelajar yang masuk bertanding dalam acara sukan tersebut mempunyai semangat sukan dan setiakawan yang tinggi2.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam Sukan Futsal yang bakal menjulang nama sekolah di kemudian hari.2.4 Menambah dana bagi kelab sukan futsal dan bola sepak bagi pembelian jersi dan baju latihan futsal dan bola sepak..3.0 Tarikh, Hari, Tempat dan Masa3.1 Tarikh: 30-31 Mei 20153.2 Hari: Sabtu dan Ahad3.3 Tempat: Gelanggang Futsal Sm St Dominic3.4 Masa: Sabtu: 7.30 Pagi 5.00 Petang Ahad: 8.00 Pagi 12.00 Tengahari

4.0 PesertaTerbuka kepada semua pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 sahaja iaitu lelaki bagi tingkatan 1,2,3 dan 4. Manakala perempuan bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Setiap kumpulan diwajibkan membayar yuran penyertaan sebanyak RM50.

5.0 Program TentatifTarikh/HariMasaAktiviti

30 Mei 2015Sabtu7.30 pagi-8.00 pagiTaklimat Pertandingan

8.00 pagi-11.00 pagiPertandingan Peringkat Kumpulan Perempuan Dijalankan

11.00 pagi-12.00 tengahariPerlawanan Separuh Akhir dan Akhir

12.00 tengahari5.00 petangPertandingan Peringkat Kumpulan Lelaki Dijalankan

31 Mei 2015Ahad8.00 pagi-11.00 pagiPertandingan Peringkat Kumpulan Lelaki Dijalankan

11.00 pagi-12.00 tengahariPerlawanan Separuh Akhir dan Akhir

12.00 tengahariBersurai

6.0 Kewangan6.1 Anggaran Pendapatan PerbelanjaanPendapatan RMPerbelanjaan RM

Pungutan Yuran Penyertaan 500.00 Tempat Pertama lelaki 7x3.80= 26.60Tempat Kedua lelaki 7x3.80= 26.60Tempat Ketiga lelaki 7x3.80= 26.60Tempat Pertama Perempuan7x3.80= 26.60Tempat Kedua Perempuan 7x3.80= 26.60Tempat Ketiga Perempuan 7x3.80= 26.60

Jumlah 500.00Jumlah 159.6

7.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: Ramlee Bin MapalabongNaib Pengerusi: Mustari Bin UmarSetiausaha: Suderajat Bin PerdinantBendahari : Anwar Bin Jaratil

8.0 PenutupKelab sukan futsal dan bola sepak berharap pertandingan ini mendapat sokongan moral bimbingan dan nasihat. Kelab berharap program ini akan berhasil dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,________________________ (SUDERAJAT BIN PERDINANT)Setiausaha Futsal dan Bola Sepak SM ST Dominic

Disemak oleh,________________________(RAMLEE BIN MAPALABONG)Pengerusi Futsal dan Bola Sepak SM ST Dominic

Disahkan oleh,________________________(VICTORIA KONGI)Penolong Kanan Ko Kurikulum SM ST Dominic

Diluluskan oleh,________________________(WONG VUI HANG)Pengetua SM ST Dominic