kertas seminar

18
KEBERKESANAN KAEDAH DIBONE DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 MEMBUAT HUBUNGKAITAN BAGI TAJUK JENIS HABITAT TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA Oleh Nur Syakilawani Binti Abd Samad Azita Bin Amrin Mohamad Razak Bin Abd Karim Selvaraj a/l Palaniappan Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah Dibone dalam meningkatkan kemahiran murid tahun 5 membuat hubungkaitan bagi tajuk Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 9 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpul menggunakan ujian, borang soal selidik, skedul temu bual dan catatan jurnal. Analisis keputusan ujian menunjukkan peningkatan sebanyak 21.5% dalam skor min ujian pos berbanding skor min ujian pra. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap kaedah Dibone adalah pada tahap yang baik. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan kaedah Dibone berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid membuat hubungkaitan isi pelajaran bagi tajuk Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Malaysia. Konsep utama yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memberikan penekanan terhadap unsur didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Bahagian Pembangunan Kurikulum [BPK], 2011). Pelbagai aktiviti seperti belajar sambil berhibur dengan nyanyian, lakonan dan puisi dapat menambahkan input pelajaran murid yang sedia ada. Penglibatan murid yang tinggi dalam aktiviti ini dapat membantu mereka untuk memahami isi pelajaran dan disokong dengan kajian yang dilaksanakan oleh Novak (2002), yang menyatakan bahawa murid selesa dengan pembelajaran bermakna. Kesannya, murid akan berasa seronok setelah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru harus merancang dan melaksanakan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid supaya penglibatan yang aktif dapat diwujudkan seperti yang diterangkan dalam Bab 5 : Guru dan Pemimpin Sekolah menerusi Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2012). 1

Upload: kila-syakila

Post on 08-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Seminar

KEBERKESANAN KAEDAH DIBONE DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MURID TAHUN 5 MEMBUAT HUBUNGKAITAN BAGI TAJUK

JENIS HABITAT TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

DAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Oleh

Nur Syakilawani Binti Abd Samad

Azita Bin Amrin

Mohamad Razak Bin Abd Karim

Selvaraj a/l Palaniappan

Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah Dibone dalam meningkatkan kemahiran murid tahun 5 membuat hubungkaitan bagi tajuk Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 9 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpul menggunakan ujian, borang soal selidik, skedul temu bual dan catatan jurnal. Analisis keputusan ujian menunjukkan peningkatan sebanyak 21.5% dalam skor min ujian pos berbanding skor min ujian pra. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap kaedah Dibone adalah pada tahap yang baik. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan kaedah Dibone berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid membuat hubungkaitan isi pelajaran bagi tajuk Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Malaysia.

Konsep utama yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memberikan penekanan terhadap unsur didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Bahagian Pembangunan Kurikulum [BPK], 2011). Pelbagai aktiviti seperti belajar sambil berhibur dengan nyanyian, lakonan dan puisi dapat menambahkan input pelajaran murid yang sedia ada. Penglibatan murid yang tinggi dalam aktiviti ini dapat membantu mereka untuk memahami isi pelajaran dan disokong dengan kajian yang dilaksanakan oleh Novak (2002), yang menyatakan bahawa murid selesa dengan pembelajaran bermakna. Kesannya, murid akan berasa seronok setelah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru harus merancang dan melaksanakan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid supaya penglibatan yang aktif dapat diwujudkan seperti yang diterangkan dalam Bab 5 : Guru dan Pemimpin Sekolah menerusi Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2012).

1

Page 2: Kertas Seminar

Kajian Tempatan merupakan subjek teras yang diajar kepada murid tahap dua di sekolah rendah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (Ikhsan & Norila, 2005). Pelbagai bentuk pembelajaran yang menarik dapat dilaksanakan menerusi tema tertentu yang terkandung dalam topik pembelajaran. Antaranya ialah Geografi Fizikal, Sejarah dan Negara Kita serta Ekonomi Negara (Akmal, 2011). Tajuk yang terdapat dalam tema-tema ini akan diperluaskan sehingga ke peringkat menengah rendah menerusi mata pelajaran Sejarah dan Geografi. Sesungguhnya, pengetahuan yang mendalam terhadap topik pembelajaran menerusi bidang Sains Sosial ini mampu meluaskan horizon pemikiran dan idea hipotetikal iaitu kemahiran menterjemah maklumat dalam kalangan murid.

Pelbagai nilai murni boleh diterapkan kepada murid melalui subjek ini seperti amanah, bekerjasama dan berbangga dengan khazanah negara (KPM, 2001). Sebagai contoh guru mengajar topik Identiti Negara, nilai berbangga dengan Identiti Negara seperti mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan boleh dijalinkan dalam setiap langkah pengajaran supaya murid cintakan negara dapat dibentuk. Hal ini disokong oleh Larrivee (2009), menyatakan bahawa guru seharusnya memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni dalam pengajaran.

Menurut Noriati, Boon dan Sharifah (2009), kaedah pengajaran merangkumi pengelolaan dan penggunaan teknik isi pelajaran serta bahan bantu mengajar (BBM) dapat mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran harus disokong dengan beberapa elemen supaya dapat memantapkan proses penerangan input kepada murid. Teknik pula didefinisikan sebagai suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu isi pelajaran (Noriati et al., 2009). Oleh itu, guru seharusnya bersikap proaktif seperti yang diutarakan oleh Covey (2004) supaya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran dengan baik.

Isu Kajian

Saya ditugaskan untuk mengajar murid tahun 5 dalam subjek Kajian Tempatan ketika menjalani praktikum Fasa 3. Berdasarkan pengalaman mengajar, saya mendapati murid seharusnya diberikan peluang untuk menjana idea supaya dapat menguasai topik pembelajaran. Kesannya, murid akan dapat menggunakan kemahiran menghubungkait setelah berjaya menguasai isi pelajaran (Nooraishah, 2004).

Menurut Kamus Dewan (2004), hubungkaitan dapat didefinisikan sebagai korelasi atau hubungan diantara dua perkara. Dalam konteks pendidikan, Zulkarami (2011) menyatakan bahawa hubungkaitan merupakan salah satu komponen dalam kemahiran berfikir secara kreatif yang menggunakan minda untuk menerokai sesuatu yang baru. Gabungan idea-idea yang dikaitkan membantu murid untuk memahami dan menghuraikan isi pelajaran sebelum menguasai kemahiran menghubungkait. Namun, didapati terdapat masalah keliru dalam menghubungkait isi pelajaran dalam kelas saya.

2

Page 3: Kertas Seminar

Rajah 1 menunjukkan jawapan murid yang tidak menunjukkan perkaitan

Soalan (1) pada Rajah (1) memerlukan murid menerangkan mengapa hutan paya air masin sesuai sebagai habitat kera. Jawapan yang diberikan murid ialah:

Murid Z: Kerana pokok jenis akar jangkang seperti pokok bakau sesuai untuk habitat kera.

Soalan ini memerlukan murid berfikir tentang ciri-ciri hutan paya air masin dan kelebihannya kepada kera. Kemudian, murid harus menghubungkait ciri kawasan hutan paya air masin yang mempunyai pelbagai tumbuhan semula jadi untuk dijadikan habitat kera. Murid yang mempunyai kemahiran berfikir yang baik dapat mensintesiskan isi pelajaran dan mengembangkan maklumat dengan mantap sebelum menghubungkait isi pelajaran (Bhasah, 2007). Oleh itu, soalan (1) seharusnya dapat dihubungkait dengan menggunakan isi pelajaran yang telah dipelajari.

Rajah (1) jelas menunjukkan murid memberikan jawapan yang tidak munasabah dan tiada langsung perkaitan isi pelajaran diberikan. Seharusnya, murid dapat memberikan jawapan seperti di hutan paya air masin terdapat tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti pokok gelam, pokok ramin dan pokok nibung yang boleh dijadikan habitat untuk kera tinggal.

Sekiranya murid dapat menggunakan kemahiran menghubungkait isi pelajaran dengan baik, maka mereka akan dapat memahami secara mendalam topik pembelajaran. Pernyataan ini dapat disokong dalam kajian lepas yang dilaksanakan oleh Uzair (2011) yang bertajuk “Keberkesanan Tayangan Video Dalam Membantu Murid Membuat Hubungkaitan Bagi Tajuk Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar”. Beliau menyatakan murid yang dapat menghubungkait isi pelajaran akan berjaya untuk mengembangkan fakta melalui perkataan dan idea sendiri dengan betul dan tepat.

Masalah keliru dalam menghubungkait isi pelajaran dipilih kerana akan menjejaskan minat murid untuk belajar. Vatsala (2012) menyatakan murid yang gagal menghubungkait isi pelajaran akan membuat aktiviti lain seperti berkhayal dan bercakap dengan rakan. Ketika mengajar didapati murid yang tidak dapat menghubungkait isi pelajaran cenderung untuk kurang menumpukan perhatian ketika saya memberikan penerangan.

Melalui pengalaman pengajaran, saya mendapati BBM yang tidak sesuai merupakan punca menyebabkan murid tidak dapat menggunakan kemahiran

3

Page 4: Kertas Seminar

menghubungkait dengan baik. Menurut Gagne (1968, seperti yang dinyatakan dalam Noriati, et al., 2009), penyusunan pemeringkatan pembelajaran bermula daripada peringkat asas kepada peringkat yang lebih kompleks. Oleh itu, murid memerlukan BBM yang sesuai supaya dapat membina pengetahuan asas untuk menghubungkait isi pelajaran yang terdapat dalam pemeringkatan pembelajaran.

Menerusi pembacaan, saya membuat keputusan untuk menggunakan BBM yang sesuai seperti realia untuk membantu murid menggunakan kemahiran menghubungkait dengan baik. Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) menyatakan realia merupakan objek sebenar yang dibawa masuk ke dalam bilik darjah sebagai contoh untuk digunakan dalam pembelajaran. Justeru, penggunaan realia dapat membantu mengukuhkan kefahaman murid dengan lebih mendalam untuk mengenalpasti, mengelaskan, menerangkan sesuatu fungsi dan membincangkan kegunaannya di dalam bilik darjah.

Punca seterusnya ialah murid tidak mempunyai pengalaman sedia ada tentang topik yang diajar. Santrock (2001) menyatakan bahawa pengalaman sedia dapat membantu murid untuk mengaitkan ilmu pengetahuan dengan maklumat yang dipelajari untuk kekal dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya murid mempunyai pengetahuan tentang isi pelajaran maka akan memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran menghubungkait. Berdasarkan temu bual, murid dalam kelas saya tidak mempunyai pengalaman sedia ada tentang isi pelajaran yang melibatkan tupai gunung, ular dan kera. Kebanyakan murid melihat hidupan liar tersebut menerusi gambar pada buku sahaja. Oleh itu, saya merumuskan ketiadaan pengalaman sedia ada menyebabkan murid tidak dapat menggunakan kemahiran menghubungkait dengan baik.

Langkah mengatasi ialah melaksanakan pengajaran yang berbantukan komputer melalui pencarian maklumat isi pelajaran di internet. Goh (2007) menyatakan penggunaan internet dapat meningkatkan pencapaian dan menambahkan pengetahuan murid tentang isi pelajaran. Rafiza (2013) mengukuhkan lagi pernyataan beliau apabila menyatakan internet merupakan media untuk membantu murid dalam mengakses maklumat terkini tentang isi pelajaran supaya dapat menghubungkait isi pelajaran dengan mantap. Oleh itu, guru boleh mengarahkan murid mengakses gambar dan maklumat tentang isi pelajaran di internet sebelum pengajaran bermula. Justeru, murid yang telah didedahkan dengan gambar hidupan liar tertentu dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada sebelum mempelajari topik pembelajaran.

Punca seterusnya ialah bentuk soalan guru yang tidak sesuai. Contohnya, aras penyoalan yang digunakan ialah tahap ingatan dan pemahaman sahaja. Antara bentuk soalan ialah “apakah” dan “mengapakah” . Oleh itu, aras penyoalan yang kurang sesuai tidak dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran menghubungkait isi pelajaran.

Langkah mengatasi ialah melaksanakan kolobrasi bersama pensyarah untuk memikirkan bentuk soalan yang sesuai supaya murid dapat menguasai kemahiran menghubungkait. Bloom (1956, seperti yang dinyatakan dalam Ormrod, 2003), menyatakan terdapat 6 peringkat penyoalan dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Guru boleh menggunakan soalan aras tinggi iaitu aras sintesis dan penilaian agar dapat menggalakkan murid menyusun idea untuk menggunakan kemahiran

4

Page 5: Kertas Seminar

menghubungkait. Justeru, cadangan dalam mengubahsuai strategi penyoalan diharapkan dapat membantu murid untuk menggunakan kemahiran menghubungkait dengan baik.

Objektif Kajian

Sejauhmanakah penggunaan kaedah Dibone berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid tahun 5 membuat hubungkaitan bagi tajuk Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Malaysia?

Kumpulan Sasaran

Responden yang terlibat ialah murid tahun 5 di SK Petaling (1) iaitu seramai 9 orang. Justifikasi pemilihan adalah berdasarkan murid yang berada dalam tahap pembelajaran yang lemah sahaja iaitu 4 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki. Saya mendapati tahap kebolehan akademik responden berada di tahap yang lemah. Ini dapat dirujuk daripada keputusan ujian Kajian Tempatan mereka yang lepas. Rujuk Lampiran A untuk melihat markah ujian murid. Saya telah menjalankan Ujian Kajian Tempatan khas kepada murid kelas 5 Delima. Soalan ujian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan tajuk ujian dalam kajian yang bakal saya kendalikan kepada responden yang dipilih. Oleh sebab itulah, saya memilih tajuk daripada topik pembelajaran yang lepas untuk menguji tahap pencapaian murid.

Secara keseluruhannya, profil responden berada dalam stratifikasi sosial yang sederhana kerana rata-rata ibu bapa mereka bekerja dalam kumpulan perkhidmatan sokongan dengan institusi kerajaan. Selebihnya pula, melibatkan ibu bapa responden yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Dari segi demografi pula, mereka tinggal di kawasan bandar iaitu kompleks taman-taman perumahan Petaling Jaya.

Ketika mengajar di kelas ini, saya mendapati kebanyakan murid gemar bercakap dan berani untuk berada di hadapan kelas. Merujuk catatan jurnal berikutnya dapat dirumuskan bahawa terdapat unsur kecerdasan verbal – linguistik yang sangat ketara dalam kelas ini.

Murid perempuan di dalam kelas saya gemar bercakap dengan menggunakan pelbagai nada suara manakala murid lelaki pula mempunyai suara yang lantang ketika membentangkan isi pelajaran di hadapan kelas. Berdasarkan pengalaman pengajaran yang lepas, murid tidak kekok untuk berinteraksi di hadapan kelas.

Catatan jurnal 3, 17 Julai 2013

Berdasarkan ciri-ciri positif yang dinyatakan diatas, saya dapat merumuskan bahawa kebanyakan murid mempunyai kelebihan dalam aspek komunikasi. Murid di dalam kelas saya juga mempunyai sikap yang baik kerana mereka gemar menolong guru dan sopan dari aspek pertuturan.

Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan penyelesaian ialah dengan menggunakan kaedah pertuturan yang disokong dengan BBM supaya murid dapat menggunakan kemahiran menghubungkait dengan baik. Melalui pembacaan didapati, Vygostky menerangkan

5

Page 6: Kertas Seminar

perkembangan kognitif terjadi apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya (Woolfolk, 2011). Berpegang dengan prinsip ini, saya percaya dan yakin dengan penggunaan dialog yang melibatkan beberapa murid untuk menghubungkait isi pelajaran dalam bentuk dialog ringkas.

Komunikasi merupakan salah satu aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerry dan Anna (2011) menyatakan bentuk perbualan kreatif mampu mengembangkan kemahiran dan bakat dalam diri murid. Perkembangan kanak-kanak melibatkan interaksi dengan persekitaran seperti rakan sebaya (Meggit, 2006). Secara tidak langsung, dialog yang digunakan ketika berinteraksi bersama rakan sebaya dapat membantu murid untuk menghubungkait isi pelajaran (Witherell & Noddings, 1991).

Rasional penggunaan ialah supaya murid dapat berdialog secara spontan dan menggunakan kemahiran menghubungkait ketika berinteraksi bersama rakan. Hal ini dapat ditunjukkan apabila dialog dapat membantu murid untuk menguasai isi pelajaran (Sarkauvi, 2005). Dalam kajian beliau, dialog mampu membantu murid untuk mengukuhkan pengetahuan baru dalam bentuk perbualan ringkas. Dialog juga dapat membantu murid untuk belajar dengan mudah. Hal ini dapat ditunjukkan apabila murid dapat belajar dengan cara yang mudah melalui ayat yang mempunyai isi pelajaran ringkas dalam dialog (Seman, 2005).

Seterusnya, saya juga tertarik dengan penggunaan boneka untuk digunakan sebagai tindakan penyelesaian. Menurut Mohd Fhayrus (2010), boneka ialah bahan dalam bentuk tertentu yang digerakkan dengan menarik tangan atau memasukkan tangan ke dalam badan objek seperti patung. Tindakan yang ingin dijalankan ialah menggunakan dialog bersama boneka kerana ia lebih sesuai untuk murid sekolah rendah bagi membantu mengukuhkan lagi isi pelajaran (Smaldino, Russell, Heinich & Molenda, 2005).

Penggunaan dialog dan boneka juga merupakan sokongan untuk membantu murid dalam memantapkan pembelajaran secara visual dan auditori (Mel, 2004). Hal ini dapat ditunjukkan apabila skema-skema baru tercipta menerusi pembelajaran aktif. Murid akan menguasai pembelajaran setelah mendengar, melihat dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran melalui pembelajaran visual dan auditori setelah menggunakan dialog dan boneka.

Seterusnya, dialog yang digunakan bersama boneka mampu mengukuhkan kemahiran memproses maklumat (Mahali, Ramlah & Shamsuddin, 2006). Contohnya, murid dapat menghubungkait isi pelajaran setelah memahami dialog guru. Oleh itu, isi pelajaran akan kekal dalam jangka masa panjang setelah penggabungan dialog dan boneka digunakan kerana murid lebih memahami isi pelajaran serta dapat menghubungkait maklumat dengan tepat setelah melihat boneka yang digunakan.

Tahap Operasi Konkrit oleh Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur 7 – 11 tahun mampu menyelesaikan masalah konkrit untuk mengelaskan sesuatu maklumat (Woolfolk, 2011). Oleh itu, penggunaan dialog dan boneka sangat sesuai dengan tahap umur murid sekolah rendah apabila mereka dapat mengelaskan ciri tertentu yang terdapat dalam isi pelajaran sebelum menggunakan kemahiran menghubungkait. Dalam kajian ini, kaedah yang menggabungkan dialog dan boneka dinamakan sebagai Dibone.

6

Page 7: Kertas Seminar

Kajian ini bermula 8 Julai sehingga 26 Julai 2013 melibatkan kaedah pengajaran tradisional dan kaedah Dibone. Menurut Ishak (2005), kaedah pengajaran tradisional melibatkan interaksi satu hala apabila guru bertindak sebagai penyampai maklumat. Kaedah pengajaran Dibone pula merupakan kaedah yang melibatkan penggabungan dialog dan boneka. Masa pengajaran kedua-dua kaedah ini adalah sama iaitu selama 50 minit.

Kaedah pengajaran pertama berbentuk tradisional telah dijalankan seperti terdapat dalam Lampiran B. Set induksi dilaksanakan apabila murid diarahkan guru supaya menyenaraikan Jenis Hidupan Liar dan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi yang diketahui. Didapati murid hanya menyenaraikan semut dan cacing sebagai hidupan liar. Bagi tumbuh-tumbuhan semula jadi pula murid menyatakan pokok bunga sebagai jawapan. Pada ketika ini murid menyatakan jawapan yang tidak tepat kerana tidak mempunyai pengalaman sedia ada tentang topik pembelajaran.

Langkah pertama dilaksanakan apabila saya mengedarkan artikel Hidupan Liar di Malaysia dan Habitatnya kepada murid. Kemudian, murid diarahkan supaya membaca maklumat dan menggariskan Jenis Hidupan Liar dan Habitatnya. Pada ketika ini, saya mendapati murid menggariskan beberapa isi pelajaran yang tidak tepat pada artikel. Rujuk Lampiran C yang menunjukkan rajah isi pelajaran yang tidak tepat telah digariskan murid. Seterusnya, murid berbincang bersama guru dan menyalin isi pelajaran pada papan hitam. Jenis hidupan liar yang terdapat dalam artikel ialah bangau, kera dan memerang yang tinggal di hutan paya air masin. Isi pelajaran seterusnya ialah burung dan monyet yang terdapat di hutan pantai.

Langkah diteruskan apabila saya memberikan penerangan tentang Ciri Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi di hutan paya air masin dan hutan pantai. Saya hanya menggunakan peta minda untuk menerangkan isi pelajaran. Rujuk lampiran D untuk melihat peta minda. Sepanjang menggunakan peta minda, murid mendengar dengan teliti kerana tertarik dengan penerangan saya. Selain itu, kelebihan hutan paya air masin dan hutan pantai juga telah dinyatakan kepada murid untuk memudahkan mereka membuat perkaitan. Kemudian, murid diedarkan lembaran kerja supaya dapat menghasilkan peta minda secara individu tentang isi pelajaran tersebut.

Aktiviti seterusnya dilaksanakan apabila murid melibatkan diri untuk melukis Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar pada kertas sebak secara berkumpulan (Rujuk lampiran E untuk melihat hasil kerja murid). Murid melukis dan menulis isi pelajaran yang dipelajari untuk membuat perkaitan isi pelajaran. Kemudian, hasil perbincangan kumpulan dibentangkan. Perkaitan secara lisan dilaksanakan apabila murid membuat hubungkaitan isi pelajaran berdasarkan isi pelajaran yang ringkas pada kertas sebak. Borang Pemerhatian (lampiran F) digunakan ketika pembentangan dilaksanakan supaya pemerhati dapat melaksanakan pemerhatian.

Ketika pembentangan dilaksanakan, saya mendapati murid tidak menghubungkait isi pelajaran kerana tidak menulis maklumat yang tepat pada kertas sebak. Saya berasa sangat sedih kerana objektif pengajaran tidak tercapai pada hari ini.

Catatan jurnal 2, 5 Julai 2013

7

Page 8: Kertas Seminar

Pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mengedarkan kertas ujian (Lampiran G). Murid menjawab sepuluh minit ujian yang diberikan secara individu. Muris turut melibatkan diri dalam sesi temu bual dan menjawab soal selidik selepas sesi ini dilaksanakan. (Rujuk lampiran H untuk skedul temu bual dan lampiran I untuk soal selidik)

Pada minggu seterusnya, saya telah menggunakan kaedah Dibone. Rujuk lampiran J untuk melihat RPH kaedah ini. Hutan paya air tawar dan hutan gunung merupakan subtopik yang terlibat. Set induksi dilaksanakan apabila guru menunjukkan video kepada murid tentang Jenis Hidupan Liar dan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi yang terdapat di Malaysia. Kemudian, murid dan guru bersoal jawab tentang Hidupan Liar dan Tumbuh-tumbuh Semula Jadi yang terdapat dalam video. Seterusnya, murid mengaitkan hidupan liar dan tumbuh- tumbuhan semula jadi dengan tajuk pembelajaran.

Langkah pertama dilaksanakan apabila membahagikan murid kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Kemudian, guru memberikan sedikit penerangan ringkas tentang topik pembelajaran. Selanjutnya, carta digunakan untuk memberikan penerangan tentang Jenis Habitat Tumbuh – Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar yang terdapat di hutan gunung dan hutan paya air tawar.

Setelah itu, carta mini dalam bentuk lembaran kerja diedarkan kepada murid supaya mereka dapat melengkapkan isi pelajaran secara berkumpulan. Isi pelajaran yang dilengkapkan seperti jenis hidupan liar seperti ular, biawak, buaya, tupai gunung dan siamang. Jenis tumbuh – tumbuhan semula jadi pula ialah laurel, pokok ramin dan pokok bakau. Kemudian, guru bersoal jawab bersama murid. Pada langkah ini saya mendapati tahap pemahaman murid adalah sederhana kerana terdapat beberapa ruangan yang dibiarkan kosong tanpa sebarang jawapan. Rujuk lampiran K untuk melihat hasil kerja murid pada carta mini.

Seterusnya, kaedah Dibone dilaksanakan pada langkah ke 2 apabila murid melihat dan mendengar dengan teliti guru menggunakan dialog bersama boneka yang terdiri daripada ular, buaya dan tupai gunung untuk menghubungkait isi pelajaran. Boneka buaya dan tupai gunung yang digunakan merupakan boneka tangan manakala boneka ular merupakan boneka lidi. Rujuk lampiran L untuk melihat boneka yang digunakan. Bagi contoh dialog pula, rujuk lampiran M.

Guru mengulangi kaedah Dibone sebanyak 2 kali supaya murid dapat mengenalpasti isi pelajaran yang telah dikaitkan. Kemudian, murid diarahkan supaya berada di dalam kumpulan untuk berbincang bagi menghubungkait isi pelajaran dengan menggunakan dialog dan boneka. Setiap kumpulan diberikan masa selama 3 minit untuk membentangkan isi pelajaran.

Antara perkara yang perlu dihubungkaitkan ialah ciri jenis habitat tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Selain itu, murid harus menghubungkaitkan kelebihan habitat tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang berada di kawasan tersebut. Saya telah mengarahkan murid supaya mendengar dan mencatat isi pelajaran sewaktu rakan mereka menghubungkait isi pelajaran dengan menggunakan kaedah Dibone. Selepas itu, murid dan guru berbincang tentang aktiviti yang telah dilaksanakan

8

Page 9: Kertas Seminar

Pemerhatian telah dilaksanakan dengan bantuan pemerhati ketika murid menghubungkait isi pelajaran. Pemerhatian ini mengambil kira sejauhmanakah murid dapat menghubungkait dengan baik.

Pada hari ini saya dapat melihat perkembangan positif ketika murid menghubungkait isi pelajaran secara lisan dengan menggunakan dialog dan boneka. Mereka kelihatan sangat seronok kerana dapat mengaitkan isi pelajaran dengan jelas dan tersusun. Saya merasakan penggunaan kaedah Dibone berkesan dalam membantu murid untuk menghubungkait isi pelajaran.

Catatan jurnal 5, 26 Julai 2013

Langkah 3 dilaksanakan apabila murid diedarkan poster tentang Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Secara berkumpulan, murid akan mewarna poster sambil mendengar iringan muzik.

Selepas sesi ini selesai, murid diedarkan soalan Ujian 2 (Lampiran N) untuk dijawab secara individu selama 15 minit. Akhir sekali, saya telah melaksanakan temu bual (Lampiran H) bersama 3 orang murid. Temu bual telah dilaksanakan selama 10 minit untuk mendapatkan maklum balas murid tentang keberkesanan kaedah Dibone. Kemudian, murid menjawab soal selidik secara individu.

Selepas temu bual dilaksanakan, saya mendapati murid gembira dan dapat menguasai isi pelajaran. Kebanyakan murid turut menyatakan bahawa mereka mudah mengaitkan isi pelajaran dengan baik dengan penggunaan kaedah Dibone. Justeru, saya merasakan bahawa penggunaan kaedah Dibone berkesan kepada murid dalam kelas saya.

Catatan jurnal 7, 26 Julai 2013.

Bagaimanakah Saya Mengumpul Data

Soalan ujian, soal selidik, skedul temu bual dan borang pemerhatian serta koleksi catatan jurnal telah digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini. Tujuan menggunakan lebih daripada 2 instrumen adalah untuk triangulasi data supaya dapatan yang diperoleh adalah tekal.

Ujian

Soalan ujian terdiri daripada dua jenis ujian yang setara apabila mempunyai aras kesukaran yang sama. Tajuk pengajaran saya ialah Jenis Habitat Tumbuh- Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Saya memfokuskan hutan pantai dan hutan paya air masin untuk kaedah tradisional manakala hutan gunung dan hutan paya air tawar untuk kaedah Dibone. Saya membahagikan topik supaya murid tidak terpengaruh dengan isi pelajaran yang lepas. Istilah Ujian 1 (Lampiran G) digunakan untuk kaedah tradisional manakala Ujian 2 (Lampiran N) untuk kaedah Dibone.

Ujian dirangka berpandukan Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5 oleh (Roslan, Sivarajan & A. Rahman, 2000) supaya menepati isi pelajaran. Pengesahan soalan ujian dilaksanakan oleh pensyarah Pengajian Sosial yang berpengalaman. Selain itu, soalan ujian dibina dengan mengadaptasi soalan ujian daripada kajian lepas yang bertajuk “Keberkesanan Tayangan Video Dalam membantu Murid Membuat Hubungkaitan Bagi Tajuk Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam

9

Page 10: Kertas Seminar

Sekitar” oleh (Uzair, 2011) supaya dapat membina soalan ujian yang mengikut objektif kajian. Kemudian, perbandingan skor Ujian 1 dan Ujian 2 dilaksanakan selepas pengiraan dilaksanakan.

Markah penuh bagi setiap soalan adalah berbeza. Bagi soalan 1, 2 markah merupakan markah penuh manakala bagi soalan 2, 3, dan 4 markah penuh adalah 6. Markah penuh bagi kedua-dua ujian ialah 20 markah. Skor telah dikira untuk mendapatkan peratus keseluruhan pencapaian murid. Analisis pengiraan dilaksanakan untuk mendapatkan min keseluruhan pencapaian murid. Rujuk lampiran O untuk melihat rubrik pemarkahan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 bagi soalan 1. Lampiran P pula menunjukkan rubrik pemarkahan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 bagi soalan 2, 3 dan 4. Bagi melihat klasifikasi skor dalam bentuk penggreddan setelah analisis pengiraan dilaksanakan rujuk lampiran Q.

Soal Selidik

Soal selidik dalam kajian ini mempunyai tiga item yang dirangka berpandukan kajian lepas yang dilaksanakan oleh (Uzair, 2011). Saya telah mengadaptasi item daripada soal selidik dalam kajian beliau untuk diadaptasikan dalam soalan selidik saya. Pengesahan item soal selidik telah dilaksanakan oleh pensyarah penyelia. Item soal selidik telah dirangka dengan teliti supaya selaras dengan objektif kajian. (Rujuk lampiran I untuk melihat soal selidik yang digunakan).

Skala Likert digunakan sebagai panduan untuk membina soal selidik. Pernyataan yang digunakan ialah sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang pasti, setuju dan sangat setuju (Chua, 2006). Min dikira untuk mendapatkan maklum balas murid selepas menjawab soal selidik.

Temu bual

Menurut Gillham (2000), temu bual dapat didefinisikan sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat. Oleh itu, responden telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat berkenaan keberkesanan pengajaran. (Lampiran H untuk melihat skedul temu bual). Pengesahan skedul temu bual telah dilaksanakan oleh pensyarah penyelia agar soalan temu bual menepati objektif kajian. Responden yang terlibat ialah 3 orang murid. Rasional pemilihan adalah berdasarkan persampelan bertujuan iaitu melibatkan responden yang berkecenderungan untuk memberikan banyak maklumat. Contohnya, responden mempunyai kecerdasan interpersonal dan verbal – linguistik yang tinggi dipilih untuk membantu memberikan maklumat kepada saya.

Pemerhatian

Pemerhatian telah dilaksanakan ketika murid membentangkan dialog secara spontan. (Lampiran F untuk borang pemerhatian). Pengesahan item dalam borang pemerhatian telah dilaksanakan oleh pensyarah penyelia supaya item tersebut selaras dengan objektif kajian. Beberapa item yang terdapat dalam borang pemerhatian merangkumi kebolehan murid untuk menggunakan kemahiran menghubungkait ketika membentangkan maklumat isi pelajaran. Penilaian secara pemerhatian ini dilaksanakan untuk kedua-dua sesi pengajaran iaitu kaedah tradisional dan kaedah Dibone. Saya telah mendapatkan bantuan rakan sebagai

10

Page 11: Kertas Seminar

pemerhati untuk menanda borang pemerhatian ketika pembentangan isi pelajaran dilaksanakan murid. Catatan kekerapan menjadi keputusan bagi setiap item. Kemudian, catatan kekerapan ini telah dijadikan perbandingan diantara kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah Dibone.

Catatan Jurnal

Catatan Jurnal merupakan penulisan harian selepas sesuatu peristiwa (Lambert, 2010). Maka, saya telah menulis jurnal pada setiap akhir pengajaran untuk mencatatkan beberapa peristiwa penting. Oleh itu, saya telah memilih untuk menjadikan catatan jurnal sebagai salah satu elemen yang akan digunakan ketika menganalisis data kerana ia dapat menyokong dapatan kajian dengan kukuh.

Apakah Keputusan Kajian Saya?

Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukkan skor ujian bagi Ujian 1 dan Ujian 2. Skor responden direkod dan dibandingkan. Skor lulus bagi kedua-dua ujian ialah 40%.

Jadual 1: Skor Ujian 1 dan Ujian 2

Nama Ujian 1 (%)

Ujian 2 (%)

Perbezaan skor murid

A 70 80 10B 60 55 5C 30 45 15D 30 63 33E 30 48 18F 30 67 37G 15 44 29H 25 50 25I 8 40 32Min Skor 33.1 54.6

Rajah 2: Skor Ujian 1 dan Ujian 2

A B C D E F G H I0

20

40

60

80

UJIAN 1UJIAN 2

Responden

Skor

Ujia

n 1

dan

Ujia

n 2

Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukkan 2 responden sahaja yang lulus apabila mendapat skor 60% dan 70%. Saya dapat merumuskan pencapaian kedua-dua responden yang lulus dalam Ujian 1 berada dalam tahap sederhana manakala 7 responden lain pula gagal. Markah tertinggi responden dalam ujian 1 ialah 70% manakala yang terendah pula ialah 8%. Terdapat perbezaan ketara diantara pencapaian tertinggi dengan terendah iaitu sebanyak 62%. Didapati terdapat 4 orang responden berkongsi skor yang sama iaitu 30%. Skor min bagi Ujian 1 ini ialah 33.1%.

11

Page 12: Kertas Seminar

Ujian 2 menunjukkan peningkatan walaupun terdapat seorang responden mengalami penurunan skor kerana faktor tidak bersarapan pagi. Perkara ini dapat ditunjukkan dalam kajian Zuraini (2006) yang menyatakan bahawa penurunan pencapaian akademik murid adalah disebabkan faktor tidak bersarapan pagi. Ini disebabkan metabolisme dan enzim dalam badan tidak diransang oleh nutrien. Kesannya, murid tidak mempunyai tenaga untuk berfikir dengan baik. Dapatan Zuraini dapat dikukuhkan lagi dengan Teori Humanistik oleh Maslow apabila manusia seharusnya mendapat keperluan asas yang mencukupi seperti makan untuk melaksanakan kegiatan seharian seperti menjawab soalan ujian dengan baik (Neher,1991).

Skor tertinggi dalam Ujian 2 ialah 80%. Skor terendah pula ialah 40%. Perbezaan skor tertinggi dengan terendah ialah 40%. Seorang sahaja responden mendapat gred A. Terdapat 2 responden mendapat gred B dan gred C manakala terdapat 4 responden mendapat gred D. Seterusnya, min keseluruhan yang diperolehi dalam ujian ini telah menunjukkan peningkatan iaitu 54.0 %.

Jelaslah, terdapat peningkatan skor min dalam Ujian 2 berbanding Ujian 1. Perkara ini menunjukkan peningkatan pencapaian responden. Hampir keseluruhan responden menunjukkan peningkatan pencapaian semasa Ujian 2. Oleh itu, penggunaan kaedah Dibone telah berjaya membantu responden untuk menggunakan kemahiran menghubungkait dengan baik.

Saya telah menganalisis dapatan untuk menunjukkan dengan lebih jelas peningkatan pencapaian responden setelah menggunakan kaedah Dibone. Jadual 2 dan Rajah 3 dalam halaman berikutnya menunjukkan analisis pencapaian responden dalam Ujian 1 dan Ujian 2 berdasarkan 5 kategori iaitu cemerlang, memuaskan, sederhana, tidak memuaskan dan lemah.

Jadual 2: Analisis Pencapaian Responden Tahun 5 Delima bagi Ujian 1 dan Ujian 2

Tahap Pencapaian Ujian 1 Ujian 2

Bil. % Bil. %Cemerlang (80%-100%) 0 0 1 11

Baik (60%-79%) 2 22 2 22

Sederhana (40%-59%) 0 0 6 66

Tidak Memuaskan (20%-39%)

5 56 0 0

Lemah (0%-19%) 2 22 0 0

12

Page 13: Kertas Seminar

Rajah 3: Graf Perbandingan Pencapaian Ujian 1 dan Ujian 2 Berdasarkan Bilangan Responden

Cemerlang Baik Sederhana Tidak memuaskan

Lemah0

2

4

6

UJIAN 1UJIAN 2

Pencapaian Ujian 1 dan Ujian 2

Bila

ngan

Mur

id

Jadual 2 dan Rajah 3 menunjukkan kategori lulus berada dalam pencapaian cemerlang, baik dan sederhana. Kategori tidak memuaskan dan lemah berada dalam pencapaian gagal. Ujian 1 menunjukkan tiada responden yang berada dalam pencapaian cemerlang. Hanya terdapat 2 responden berada pada tahap memuaskan. Tiada responden berada dalam tahap sederhana. 5 responden pula berada pada tahap tidak memuaskan manakala terdapat 2 responden berada dalam kategori lemah. Oleh itu, peratus responden yang lulus ialah 22% dengan bilangan responden sebanyak 2 orang.

Peningkatan terdapat dalam Ujian 2 apabila bilangan responden yang berada dalam tahap cemerlang ialah seorang. Selain itu, terdapat penambahan 2 responden dalam tahap memuaskan dan 6 responden dalam tahap sederhana. Didapati, peningkatan pencapaian responden yang lulus bertambah apabila kesemua responden telah lulus dalam Ujian 2. Perbezaan ketara dapat dilihat dalam Ujian 2 apabila tiada responden yang gagal. Justeru, penyusutan bilangan responden yang mendapat pencapaian tidak memuaskan dan lemah menunjukkan prestasi responden berjaya ditingkatkan menerusi kaedah Dibone.

Hasil daripada analisis data menunjukkan kaedah Dibone membantu responden untuk menghubungkait isi pelajaran dengan baik. Berikut merupakan pernyataan responden yang dapat mengukuhkan keberkesanan penggunaan kaedah Dibone.

Guru : Adakah kaedah yang digunakan oleh saya sesuai supaya anda dapat membuat hubungkaitan diantara Tumbuh- Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar ? – Mengapa ?

Responden A : Ya, berkesan. Saya dapat membuat hubungkaitan kerana cikgu telah menggunakan dialog ringkas yang mudah untuk saya faham.

Responden D : Berkesan, kerana saya senang untuk menjawab soalan ujian dengan menggunakan dialog dan boneka. Dialog yang ringkas juga membantu saya untuk membuat hubungkait.

Temu bual ini menunjukkan respon yang positif terhadap penggunaan kaedah Dibone selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Responden memberikan pandangan bahawa mereka dapat menggunakan kemahiran menghubungkait menerusi kaedah yang digunakan. Saya dapat merumuskan

13

Page 14: Kertas Seminar

bahawa responden telah dapat menerima penggunaan kaedah Dibone ini setelah diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Saya turut menganalisis borang pemerhatian untuk menyokong dapatan kajian. Jadual 3 dibawah menunjukkan hasil analisis pada borang pemerhatian ketika responden menggunakan boneka dan bertutur dengan menggunakan dialog sendiri untuk menghubungkait isi pelajaran.

Jadual 3: Analisis Penilaian Secara Pemerhatian Ketika Responden Menghubungkait Isi Pelajaran

Bil. ItemKekerapan

Tradisional Dibone

1. Responden boleh menghubungkait isi pelajaran dengan baik

2 4

2. Responden dapat menghubungkait isi pelajaran secara lisan dengan baik

1 3

3. Responden dapat menyatakan perkaitan dengan satu fakta dengan fakta yang lain

0 3

4. Responden dapat mengaitkan fakta dengan jelas

1 4

Jadual 3 menunjukkan item 1 bagi kaedah Dibone (4) adalah lebih tinggi berbanding kaedah tradisional (2). Perkara ini menunjukkan responden dapat menghubungkait isi pelajaran dengan baik. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa responden dapat menggunakan kemahiran menghubungkait isi pelajaran semasa pembelajaran dengan menggunakan kaedah Dibone. Keputusan ini juga menjelaskan bahawa kaedah Dibone dapat membantu responden untuk menggunakan kemahiran menghubungkait dengan baik.

Item 2 dan item 3 menunjukkan kekerapan kaedah Dibone adalah lebih tinggi berbanding kaedah tradisional. Bagi kaedah Dibone, sebanyak (3) kekerapan telah dicatatkan untuk kedua-dua item. Maka, ini menunjukkan responden dapat mengaitkan isi pelajaran dalam topik pembelajaran. Jelaslah, responden telah dapat menguasai kemahiran menghubungkait menerusi kaedah Dibone. Berikut merupakan pernyataan responden secara lisan yang direkodkan untuk menyokong kaedah Dibone ketika kemahiran menghubungkait isi pelajaran dilaksanakan.

Hutan gunung: Tupai dapat hidup di hutang gunung kerana ia banyak bulu untuk memanaskan badan

Hutan air tawar:

Buaya dapat hidup di hutan paya air tawar kerana mempunyai sumber makanan yang banyak

14

Page 15: Kertas Seminar

Jadual 3 juga menunjukkan kekerapan item 4 bagi kaedah tradisional (1) adalah lebih rendah daripada kaedah Dibone (4). Perkara ini menunjukkan kaedah tradisional kurang berkesan dalam membantu responden untuk mengaitkan fakta dengan jelas. Perkara ini dapat disokong berdasarkan pernyataan responden ketika menghubungkait isi pelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional.

Hutan paya air masin: Pokok bakau dapat hidup di hutan paya air masin kerana ia besar.

Hasil jawapan responden menunjukkan fakta tidak dapat dikaitkan dengan jelas dalam isi pelajaran. Sepatutnya, responden memberikan jawapan seperti Pokok bakau dapat hidup di hutan paya air masin kerana mempunyai akar jangkang untuk menahan hakisan ombak. Seterusnya, penganalisaan item soal selidik telah dilaksanakan.

Jadual 4 : Perbandingan min antara kaedah Dibone dengan kaedah tradisional bagi item soal selidik.

Bil Item soalan Min PerbezaanDibone Tradisional

1. Saya dapat menghubungkait isi pelajaran dengan baik setelah melalui pengajaran guru pada hari ini

4.11 3.33 0.78

2. Saya dapat menghubungkait isi pelajaran dengan tepat setelah melalui pengajaran guru

3.44 2.01 1.43

3. Saya dapat menghubungkait Jenis Habitat Tumbuh -Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Malaysia

4.51 3.0 1.51

Jadual 4 menunjukkan item 1 bagi min kaedah Dibone ialah 4.11 manakala min bagi kaedah tradisional ialah 3.33. Perbezaan min adalah sebanyak 0.78. Keputusan ini menunjukkan responden dapat menghubungkait isi pelajaran dengan baik. Oleh itu, saya dapat merumuskan bahawa responden dapat menguasai kemahiran menghubungkait dengan baik melalui kaedah Dibone.

Item 2 menunjukkan bahawa kaedah Dibone (3.44) adalah lebih tinggi daripada min kaedah tradisional (2.01). Perkara ini membawa maksud murid dapat menghubungkait isi pelajaran dengan tepat setelah melalui pengajaran guru. Bagi item 3 juga menunjukkan bahawa kaedah Dibone menunjukkan peningkatan min iaitu 4.51 pada kaedah Dibone dan 3.0 pada kaedah tradisional. Secara

15

Page 16: Kertas Seminar

keseluruhannya, dapatan analisis yang telah dilaksanakan ini menunjukkan bahawa responden dapat menerima kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah Dibone dengan baik.

Perbincangan

Saya telah mempelajari bahawa boneka yang dihasilkan harus menyerupai hidupan liar yang sebenar. Ketika melaksanakan langkah kedua, murid kelihatan terpinga-pinga untuk mengenalpasti salah satu boneka tangan iaitu boneka buaya yang saya gunakan. Penerangan terpaksa diberikan dengan menyatakan boneka yang digunakan ialah boneka buaya. Hal ini disebabkan, murid menyatakan boneka tersebut seolah-olah menyerupai katak. Pada langkah ini, saya turut menyedari bahawa boneka yang menyerupai hidupan liar sebenar dapat membantu murid untuk menghubungkait isi pelajaran. Contohnya, boneka lidi yang digunakan dapat dikenalpasti oleh murid dengan menyatakan bahawa boneka yang ditunjukkan ialah boneka ular. Oleh itu, murid dapat menghubungkait isi pelajaran dengan baik setelah mengenalpasti boneka yang digunakan.

Peristiwa ini dapat dikukuhkan dengan pernyataan Christopher (2009) yang menyatakan bahawa BBM yang menyerupai objek sebenar dapat membantu murid untuk mengingati dan memahami isi pelajaran sebelum dapat menggunakan kemahiran menghubungkait. Asiah (1990) mengukuhkan lagi dapatan dengan menyatakan murid dapat mengukuhkan isi pelajaran setelah melihat BBM yang menyerupai objek sebenar.

Saya juga mempelajari bahawa dialog yang dihasilkan haruslah ringkas supaya memudahkan murid menghubungkait isi pelajaran. Peristiwa ini disedari ketika saya melaksanakan temubual bersama murid yang menyatakan bahawa isi pelajaran dalam bentuk dialog ringkas dapat membantu mereka untuk menghubungkait isi pelajaran. Oleh itu, ayat dalam dialog yang ringkas dan padat dapat membantu murid mengingati, memahami dan menghubungkait isi pelajaran dengan lebih mudah. Pernyataan ini dapat dikukuhkan lagi oleh Nor Hayati (1998) yang menyatakan murid lebih memahami isi pelajaran sekiranya ia diselitkan dalam ayat yang ringkas.

Seterusnya, saya telah mempelajari bahawa kejayaan kaedah Dibone bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Contohnya, pada langkah kedua iaitu sebelum pembentangan kumpulan dilaksanakan, saya telah memberikan arahan yang jelas kepada murid tentang peruntukkan waktu yang diberikan untuk berfikir sebelum menghubungkait isi pelajaran secara spontan. Kesannya, murid dapat menghubungkait isi pelajaran dengan baik setelah menerima arahan dan diberikan waktu yang secukupnya untuk berfikir daripada guru. Tindakan saya ini bertepatan dengan penulisan Ahmad Fadzli dan Mohd Zarifi (2007) yang menyatakan bahawa murid harus diberikan masa untuk berfikir sebelum guru menilai pembentangan yang bakal dilaksanakan. Kelebihan tindakan yang dilaksanakan ini juga dapat mengelakkan murid daripada gugup ketika membentangkan isi pelajaran (Shamsudin, 2004).

Seterusnya, saya turut mempelajari bahawa penggunaan BBM yang sesuai sangat penting untuk memudahkan murid menguasai isi pelajaran. Contohnya, pada

16

Page 17: Kertas Seminar

langkah pertama, saya menggunakan carta ketika memberikan penerangan tentang Jenis Habitat Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Didapati murid tidak dapat melengkapkan lembaran kerja dengan baik setelah penerangan dilaksanakan. Saya berpendapat carta yang digunakan kurang sesuai kerana tidak mempunyai gambar tentang isi pelajaran. Sekiranya terdapat beberapa gambar sebagai sokongan, saya yakin murid dapat menguasai isi pelajaran kerana mengingati gambar dan seterusnya melengkapkan lembaran kerja dengan baik. Penyataan ini bertepatan apabila BBM yang sesuai dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai isi pelajaran (Charlie, 2008).

Cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan pada boneka buaya supaya kelihatan seperti hidupan liar yang sebenar. Contohnya, dengan penambahbaikan pada ciri fizikal boneka buaya dengan menjahit gigi buaya dengan teratur dan penggunaan elemen warna hijau pada keseluruhan badan boneka buaya dapat membantu murid untuk mengenalpasti boneka yang digunakan. Selain itu, ekor buaya juga boleh dijahit dengan menggunakan kain felt berwarna hijau untuk membantu murid mengenalpasti hidupan liar yang terdapat dalam isi pelajaran. Mohd Ridzuan (2009) menyatakan penggunaan unsur warna pada BBM mampu memudahkan pemahaman murid terhadap bentuk penyampaian isi pelajaran guru. Justeru, boneka buaya yang mempunyai warna yang sesuai dan menyerupai hidupan liar yang terdapat dalam isi pelajaran dapat membantu murid dengan lebih baik lagi untuk menghubungkait isi pelajaran di masa akan datang.

Seterusnya, cadangan boleh dilaksanakan dengan menambahkan unsur kecindan dalam dialog ringkas yang dihasilkan. Hal ini dapat disokong menerusi temu bual yang dilaksanakan bersama murid yang mencadangkan supaya saya menambahkan unsur kecindan dalam dialog. Hal ini disebabkan, murid ingin belajar dalam keadaan yang tenang dan gembira. Bertepatan dengan perkara ini, saya mendapat ilham daripada dapatan kajian Shafie, Ramli, Roselan, Shadri dan Mokhtar (2011) yang menyatakan bahawa unsur kecindan mampu menambahkan ingatan murid terhadap isi pelajaran guru. Apabila murid mengingati peristiwa dalam dialog yang melucukan maka memudahkan mereka dalam mengaitkan isi pelajaran.

Pada masa akan datang, saya juga akan memberikan penekanan terhadap aspek sumber rujukan. Hal ini disebabkan saya merasakan bahawa sumber rujukan yang digunakan ketika melaksanakan kajian tindakan ini adalah masih sedikit dan perlu diperbanyakkan lagi agar memantapkan penulisan akademik saya. Walaupun saya telah melaksanakan tinjauan literatur namun saya masih memerlukan banyak sumber rujukan supaya saya dapat mengukuhkan lagi dapatan yang diperoleh.

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan kaedah Dibone berkesan dalam membantu murid menggunakan kemahiran menghubungkait isi pelajaran dengan baik. Selain itu, kajian ini dapat membantu guru untuk lebih kreatif dalam melaksanakan inovasi dalam pendidikan apabila memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu meningkatkan pencapaian murid. Saya berharap dapatan kajian ini dalam memberi impak yang positif dalam memantapkan strategi pengajaran guru di dalam bilik darjah.

17

Page 18: Kertas Seminar

18