kertas penerangan - ahm80.files.wordpress.com · melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila...

12
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) No. DAN TAJUK MODUL M03-FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1-INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGE LE2-IMPLEMENT PROGRAMMING LANGUAGE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE IDENTIFY BASIC PROGRAMMING LANGUAGE AND CONCEPT USING MATERIAL AND EQUIPMENT SUCH AS PROGRAMMING SOFTWARE AND REFERENCES SO THAT PROGRAMMING LANGUAGE IS FULLY UNDERSTOOD INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (F02-03-03-LE1-IS2)

Upload: nguyendung

Post on 01-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)

No. DAN TAJUK MODUL M03-FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1-INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGELE2-IMPLEMENT PROGRAMMING LANGUAGE

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

IDENTIFY BASIC PROGRAMMING LANGUAGE AND CONCEPT USING MATERIAL AND EQUIPMENT SUCH AS PROGRAMMING SOFTWARE AND REFERENCES SO THAT PROGRAMMING LANGUAGE IS FULLY UNDERSTOOD

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

(F02-03-03-LE1-IS2)

Page 2: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

ISI KANDUNGAN

LE1 – INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGE

TASK 07B.01 Understand Programming Language

Page 3: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

No. & TAJUKPENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1-INTRODUCTION TO PROGRAMMING LANGUAGE

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 07B.01 UNDERSTAND PROGRAMMING LANGUAGE

Code No. : F02-03-03-LE1-IS2 Muka : 1 drp. 10

TAJUK : PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMBANGUNAN PERISIAN

TUJUAN :Bab ini menerangkan penyelesaian masalah dan proses pembangunan perisian serta model-model yang digunakan dalam pembangunan perisian.

Penyelesaian Masalah

Aturcara ditulis untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pengaturcara perlu merancang supaya arahan-arahan ditulis secara sistematik supaya masalah dapat diselesaikan secara cekap oleh pemproses. Penyelesaian masalah merupakan prosedur untuk menentukan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan menyatakannya kepada bentuk yang lebih jelas. Proses pembangunan perisian yang menggunakan kaedah penyelesaian kejuruteraan dan sains dipanggil kejuruteraan perisian.

Ciri-ciri masalah yang boleh diselesaikan oleh komputer : Boleh diwajarkan – mudahkan kerja, jimatkan kos, tambah pengetahuan. Boleh didefinasikan – Penyelesaiannya terhingga, jelas Berulang – masalah rutin (contoh kira gaji pekerja) Data yang banyak – data pekerja

Berikut adalah langkah-langkah bagi penyelesaian masalah oleh kejuruteraan perisian :

Spesifikasi keperluan

Analisa masalah

Rekabentuk

Pengekodan & pelaksanaan Penentusahan & Pengujian

Penyelenggaraan

1. Spesifikasi keperluan Memahami masalah & persekitaran masalah yang hendak diselesaikan.

Menentukan keperluannya

Andaian-andaian juga perlu dilakukan untuk memastikan skop masalah.

Contoh masalah : membuat kopi

Page 4: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 2 drp. 10

2. Analisa masalah

Mengkaji/menganalisa spesifikasi masalah dengan terperinci. 3 elemen utama yang perlu dikenalpasti:

– input masalah – output masalah – proses

Input Masalah – Menentukan data/ maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.– Menentukan formatnya – input melalui apa? Keyboard, fail atau hasil pengiraan.

Output Masalah – Menentukan apakah output/ hasil yang dikehendaki daripada aturcara.– Menentukan formatnya

Proses – Analisa apakah proses yang dilalui oleh input untuk menghasilkan output– Kekangan dan andaian – Contoh – formula, teknik

3. Rekabentuk Tugas utama :

– memilih struktur yang sesuai untuk menyusun & menyimpan data dalam proses penyelesaian masalah. Jujukan, pilihan, gelung

– merekabentuk algoritma untuk memproses input & mengeluarkan output. Algoritma – set langkah-langkah/prosedur bagaimana proses untuk menyelesaikan

masalah dilaksanakan

4. Pengekodan & pelaksanaan melaksanakan algoritma yang direkabentuk ke dalam bahasa pengaturcaraan tertentu

(dlm kelas ini bahasa C++). Perlu tahu sintaks sesuatu bahasa

5. Penentusahan & Pengujian

Untuk menentukan aturcara yang dihasilkan adalah betul. Pengujian perlu dilakukan dengan memberi input & memeriksa output sama ada output yang betul

dikeluarkan dari aturcara yg ditulis. 3 jenis ralat yang boleh dikenalpasti:

– Ralat rekabentuk: berlaku dalam fasa-fasa sebelum – Ralat sintaks: dikesan semasa proses pengkompilan (compilation)– Ralat masa larian (run-time error): dikesan semasa aturcara dilaksanakan oleh komputer

6. Penyelenggaraan Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu keperluan atau syarat berubah.

Terdapat 2 jenis:– Sedikit pengubahsuaian – Banyak pengubahsuaian => perlu aturcara baru => lakukan semula dari langkah 1.

Page 5: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 3 drp. 10

Proses Pembangunan Perisian

Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti, kekangan, dan sumber-sumber yang akan menghasilkan output yang dingini. Proses pembangunan perisian merupakan aktiviti utama dlm pembangunan perisian dan ia juga disebut sebagai kita hayat perisian (software life cycle). Metodologi, paradigma, kaedah, teknik & alatan diperlukan dalam membangunkan sesuatu perisian.

Fasa ialah peringkat dalam pembangunan projek perisian. Setiap fasa mempunyai aktiviti tertentu dan ia boleh terdiri daripada fasa yang terpisah atau bertindih.

Batu tanda atau lebih dikenali sebagai milestone. Ia merupakan titik akhir bagi sesuatu fasa. Milestonemenerangkan siri hasilan yang boleh dilihat secara rasmi. Ia penting bagi penilaian projek iaitu dengan membuat penilaian output bagi setiap fasa.

Penilaian projek boleh menentukan perkara berikut sama ada :

pembangunan perisian boleh diteruskan ke fasa berikutnya perlukan sebarang perubahan

keseluruhan projek diberhentikan

Fasa umum kitar hayat pembangunan perisian terdiri daripada :

Perancangan – Merupakan subset kepada aktiviti pengurusan projek. Perancangan diperlukan untuk menentukan objektif umum, skop kerja, sumber (peralatan & kakitangan), kos dan jadual perancangan kerja).“Perancangan yang baik dapat menghasilkan spekulasi kos & jadual kerja yang rapi & tepat sebagaimana yang dijangkakan”

Analisa keperluan – Menentukan APA yang mesti sistem lakukan. Diperlukan untuk menyelidiki keperluan perisian dengan mengenalpasti keperluan pengguna, organisasi dan piawaian. Hasil daripada analisa keperluan, kita boleh menentukan fungsi yang mesti ada pada sistem.

“Merupakan rangka cadangan sistem”

Rekabentuk sistem - Menentukan BAGAIMANA sistem akan menyelesaikan masalah. Ia menterjemahkan fungsi kepada komponen perisian dengan memecahkan masalah kepada modul berstruktur. Modul ialah pecahan sistem terkecil yang digambarkan dalam bentuk algoritma/kod pseudo.

Implimentasi - Menterjemah rekabentuk kepada kod aturcara. Ia biasanya dilakukan oleh pengaturcara. Fasa ini adalah fasa yang paling mudah jika fasa analisa & rekabentuk dilakukan dengan betul dan lengkap.

Verifikasi & validasi - Penyemakan & penentusahan ke atas spesifikasi keperluan, rekabentuk sistem dan aturcara. Fasa ini dilakukan untuk mengenalpasti ralat

Operasi & penyelenggaraan – Dilakukan setelah perisian diserahkan kepada pengguna. Operasi meliputi aktiviti latihan kepada pengguna, manual dan sokongan teknikal. Penyelenggaraan dilakukan apabila terdapat keperluan untuk perubahan ke atas perisian yang telah beroperasi samada ralat atau peningkatan keupayaan.

Page 6: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 4 drp. 10

Paradigma ialah keseluruhan proses pembangunan perisian. Ia mengandungi beberapa fasa tertakrif. Setiap fasa mempunyai matlamat dan produk.

Cth: Fasa Analisa dalam Model Air Terjun

matlamat: menakrifkan keperluan pengguna produk: model sistem, definisi & spesifikasi keperluan

Teknik ialah tatacara untuk menyelesaikan tugas. Setiap teknik mempunyai : Teknik digunakan untuk membentuk aktiviti-aktiviti pembangunan perisian spesifik Teknik-teknik yang biasa digunakan seperti:-

– Model Konseptual – Model Entiti-Hubungan – Normalization– Rajah Aliran Data (DFD)– Pokok keputusan dan Jadual keputusan – Spesifikasi proses/English berstruktur – Rajah Struktur– Objek Orientasi – Dan lain-lain

Setiap teknik di atas mungkin digunakan pada fasa-fasa tertentu dalam kitar hayat pembangunan perisian.

Kaedah ialah cara sistematik yang terdiri dari langkah-langkah bersiri (fasa), dibantu oleh beberapa teknik, peraturan & garis panduan utk menghasilkan sistem. Setiap fasa mempunyai input, output dan tujuan yang tertakrif. Kaedah yang berlainan boleh digunakan dalam fasa yang berlainan di dalam paradigma pembangunan perisian.Kaedah yang sistematik mempunyai panduan tentang prosedur, dokumentasi, piawaian, batu tanda dan lain-lain.

Cth kaedah : UML, OMT, SADMTeknik-teknik dalam SADM : DFD, ERD“Pelbagai teknik digunakan utk menggambarkan perspektif yg berlainan”

Metodologi ialah gabungan paradigma, kaedah, polisi, prosedur, peraturan, piawai, teknik, alatan, bahasa pengaturcaraan & metodologi lain yang digunakan untuk menganalisa keperluan & rekabentuk sistem.

Model-Model Proses Pembangunan Perisian

Tujuan : Mewujudkan pemahaman yang sama terhadap aktiviti, sumber dan kekangan Membantu mencari ketidakkonsistenan , pertindihan (redundancy) di dalam proses Model sepatutnya mencerminkan matlamat pembangunan Setiap proses mestilah disesuaikan untuk situasi khusus di mana ia akan digunakan

Contoh model-model proses: Model Air Terjun Model V Model Prototaip Model Peningkatan Model Transformasi Model Spiral

Page 7: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 5 drp. 10

Model Air Terjun

Kebaikan : Mudah dterangkan kepada pelanggan yang tidak biasa dengan pembangunan perisian Model ini boleh memberikan pembangun perisian pandangan tahap-tinggi semasa proses pembangunan Kebanyakan model lain adalah ubahsuai dari model air terjun

Kelemahan : Tidak menggambarkan cara kod dihasilkan kecuali sesuatu perisian itu sudah benar-benar difahami Tidak menyediakan panduan untuk mengendalikan sebarang perubahan yang berlaku pada produk dan

aktiviti Gagal untuk mengganggap perisian sebagai satu proses penyelesaian masalah – model air terjun adalah

hasil dari proses pembangunan perkakasan

Page 8: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 6 drp. 10

Model V

Model ini merupakan variasi model air terjun yang menunjukkan bagaimana aktiviti pengujian yang dijalankan berkait dengan analisa dan rekabentuk. Pengujian unit dan integrasi merujuk kepada ketepatan program & mengesahkan rekabentuk program. Ujian penerimaan adalah untuk menilai keperluan sistem dengan menghubungkaitkan aktiviti pengujian dengan setiap spesifikasi elemen.

Model Prototaip

Model Prototaip membina rangka sistem yang meliputi keperluan pengguna pada peringkat awal Versi perisian dirancang ~ prototaip bagi mewakili keseluruhan fungsi dan bahagian kritikal (sukar difahami)

Page 9: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 7 drp. 10

Pendekatan yang digunakan dalam Model Prototaip: Prototaip penjelajahan

– Prototaip yang disahkan (produk teras) akan digunakan sebagai komponen kepada perisian yang ingin dibangunkan

– Perubahan akan dibuat di peringkat pembangunan sebenar sistem Prototaip pakai-buang

– Prototaip yang • tidak menepati kehendak pengguna • masa & kos untuk memperbaiki tinggi

Kelebihan Model Prototaip:– keperluan pengguna yang tidak lengkap – tingkatkan peranan pengguna ~ kualiti

Kelemahan Model Prototaip: Menyukarkan aktiviti pengurusan projek kerana terdapat ulangan pembaikan prototaip Sistem yang dihasilkan kurang berstruktur. Oleh itu, ia menyukarkan proses penyenggaraan Memerlukan jurutera perisian yg pakar & bermotivasi tinggi

Model Peningkatan

Model ini sesuai untuk projek yang besar & kos terhad. Sistem dibahagikan kepada beberapa peringkat penyerahan (versi). Justifikasi pendekatan :– beberapa fungsi perlu disiapkan dulu – saiz kumpulan – kekangan peruntukan kewangan

Page 10: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 8 drp. 10

Model Transformasi Formal

Model ini mewakilkan keperluan pengguna dalam bentuk spesifikasi formal. Kebaikan :

– tepat, formal & ketat – sesuai untuk sistem yg kritikal

Kelemahan :– masa pembangunan panjang – kurang tenaga mahir – spesifikasi tidak difahami oleh pengguna

Page 11: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 9 drp. 10

Model Spiral

Model ini menggabungkan proses pembangunan perisian & analisis risiko. Setiap gelung wakili fasa pembangunan. Terdapat 4 sektor utama :

– Menentukan objektif, alternatif & kekangan – Penilaian alternatif, mengenalpasti & menyelesaikan risiko – Membangun & mengesahkan produk – Merancang fasa berikut

Sektor dalam setiap gelung wakili aktiviti di setiap fasa

Sektor A• Beberapa peringkat perancangan • Mengkaji

– objektif fasa yg dilaksanakan – alternatif untuk mencapai objektif – kekangan yang dihadapi untuk setiap alternatif

Sektor B• Setiap alternatif dinilai • Kenalpasti risiko yang dihadapi • Kenalpasti penyelesaian terhadap risiko

Sektor C• Model pembangunan dipilih • Tidak mewajibkan penggunaan satu model pembangunan dalam satu kitaran @ keseluruhan

pembangunan sistem Sektor D

• Menilai produk yang dihasilkan • Kebenaran untuk meneruskan aktiviti kepada peringkat seterusnya

A->B B->C C->D D->A ke peringkat yg lebih tinggi Jadual perancangan & kos berubah menggambarkan status semasa

Page 12: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files.wordpress.com · Melibatkan perubahan/pengubahsuaian aturcara bila sesuatu ... Proses adalah satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti,

Code No. : F02-03-03-LE1-IS1 Muka : 10 drp. 10

Kelebihan :– Penyenggaraan sistem untuk meningkatkan keupayaan – Model yang terancang– Mengelakkan kemungkinan masalah

Kelemahan :– Analisis risiko sukar yang perlukan pakar – Ulangan tidak mudah dikawal – Masih belum diterima umum

SOALAN :

1. Nyatakan fasa umum bagi kitar hayat pembangunan perisian.2. Apakah milestone dan nyatakan kepentingannya.

RUJUKAN :

1. http://www.ftsm.ukm.my/nfmy/2. http://se.fsksm.utm.my/~dayang/kpspace/page4.html3. http://gmm.fsksm.utm.my/~suriati/dcp2073/