aplikasi sistem pengurusan elektronik bajet · rajah 1 kitaran hayat pembangunan sistem prototyping...

8
PTA-FTSM-2017-002 1 APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET DINA AMANINA MOHAMED ROSHDIN MURAD ABDUL RAZAK BIN HAMDAN ABSTRAK Aplikasi Sistem pengurusan elektronik bajet merupakan satu sistem yang membolehkan pengguna-pengguna untuk membuat peberlanjaan dengan betul dan berjimat-cermat. Aplikasi ini dibina dalam sebuah bentuk aplikasi mudah alih. Kepelbagaian dan keistimewaan aplikasi mudah alih ini adalah menyediakan potensi melatih para pembeli merancang pembelian mereka sebelum membeli belah. Oleh yang demikian, diharapkan dapat mengalakan perbelanjaan berhemah serta mengatasi masalah berhutang tanpa kawalan dengan menggunakan kad kredit dan sebagainya. Objektif aplikasi adalah untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih untuk pengguna yang gemar membeli-belah untuk merancang pembelian mereka terlebih dahulu sebelum membeli belah. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan fungsi untuk mengimbas kod bar barangan untuk mendapatkan maklumat barang tersebut. PENGENALAN Pada masa kini, ekonomi Malaysia sangat tidak stabil dan nilai mata wang Malaysia semakin menurun sebanyak 9.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (“Ringgit depreciation worse than other currencies , says Dr M Keep Malaysiakini independent !” 2016). Ramai rakyat Malaysia tidak sedar akan isu penurunan nilai mata wang ini dan tidak mula untuk menyimpan wang. Negara Malaysia dikenali sebagai syurga untuk membeli-belah dimana negara ini mempunyai bilangan pusat membeli belah yang sangat banyak di setiap negeri dalam negara tersebut. Membeli belah mungkin bukan satu perkara yang sukar untuk dilakukan untuk kebanyakan rakyat Malaysia (Nik Mohamed ,2011). Mungkin ini merupakan punca nombor satu dimana rakyat Malaysia tidak dapat menjimatkan wang (Nik Mohamed ,2011). Sebagai rakyat Malaysia, kita sentiasa sukar untuk membuat pilihan, dari makanan, hiburan atau barangan berjenama (“7 Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.) . Kebanyakan rakyat Malaysia percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbelanja (“7 Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.). Biasanya, apabila pembeli pergi untuk membeli-belah, mereka tidak membuat senarai barang-barang yang ingin dibeli. Pembeli mungkin terlupa beberapa barang-barang yang penting untuk dibeli. Hal demikian menyebabkan mereka berbelanja secara. PENYATAAN MASALAH Terdapat banyak pembeli yang mempunyai masalah iaitu melebihi bajet yang ditetapkan apabila membeli-belah di pusat membeli belah. Antara faktor-faktor yang dapat dikenalpasti dan menjadi punca masalah berikut adalah pembeli tidak membuat senarai barang yang ingin dibeli. Namun, ada di antara para pembeli yang telah membuat senarai tetapi tidak bawa bersama senarai tersebut ketika membeli belah. Selain itu, terdapat juga pembeli yang gemar menggunakan kad kredit untuk membayar barang semasa membeli-belah. Hal in akan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia Copyright@FTSM

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PTA-FTSM-2017-002

    1

    APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET

    DINA AMANINA MOHAMED ROSHDIN MURAD

    ABDUL RAZAK BIN HAMDAN

    ABSTRAK

    Aplikasi Sistem pengurusan elektronik bajet merupakan satu sistem yang membolehkan pengguna-pengguna

    untuk membuat peberlanjaan dengan betul dan berjimat-cermat. Aplikasi ini dibina dalam sebuah bentuk aplikasi

    mudah alih. Kepelbagaian dan keistimewaan aplikasi mudah alih ini adalah menyediakan potensi melatih para

    pembeli merancang pembelian mereka sebelum membeli belah. Oleh yang demikian, diharapkan dapat

    mengalakan perbelanjaan berhemah serta mengatasi masalah berhutang tanpa kawalan dengan menggunakan kad

    kredit dan sebagainya. Objektif aplikasi adalah untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih untuk pengguna

    yang gemar membeli-belah untuk merancang pembelian mereka terlebih dahulu sebelum membeli belah. Selain

    itu, aplikasi ini juga menyediakan fungsi untuk mengimbas kod bar barangan untuk mendapatkan maklumat

    barang tersebut.

    PENGENALAN

    Pada masa kini, ekonomi Malaysia sangat tidak stabil dan nilai mata wang Malaysia semakin

    menurun sebanyak 9.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (“Ringgit depreciation

    worse than other currencies , says Dr M Keep Malaysiakini independent !” 2016). Ramai

    rakyat Malaysia tidak sedar akan isu penurunan nilai mata wang ini dan tidak mula untuk

    menyimpan wang. Negara Malaysia dikenali sebagai syurga untuk membeli-belah dimana

    negara ini mempunyai bilangan pusat membeli belah yang sangat banyak di setiap negeri

    dalam negara tersebut. Membeli belah mungkin bukan satu perkara yang sukar untuk

    dilakukan untuk kebanyakan rakyat Malaysia (Nik Mohamed ,2011). Mungkin ini merupakan

    punca nombor satu dimana rakyat Malaysia tidak dapat menjimatkan wang (Nik Mohamed

    ,2011). Sebagai rakyat Malaysia, kita sentiasa sukar untuk membuat pilihan, dari makanan,

    hiburan atau barangan berjenama (“7 Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.).

    Kebanyakan rakyat Malaysia percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbelanja (“7

    Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.). Biasanya, apabila pembeli pergi untuk

    membeli-belah, mereka tidak membuat senarai barang-barang yang ingin dibeli. Pembeli

    mungkin terlupa beberapa barang-barang yang penting untuk dibeli. Hal demikian

    menyebabkan mereka berbelanja secara.

    PENYATAAN MASALAH

    Terdapat banyak pembeli yang mempunyai masalah iaitu melebihi bajet yang ditetapkan

    apabila membeli-belah di pusat membeli belah. Antara faktor-faktor yang dapat dikenalpasti

    dan menjadi punca masalah berikut adalah pembeli tidak membuat senarai barang yang ingin

    dibeli. Namun, ada di antara para pembeli yang telah membuat senarai tetapi tidak bawa

    bersama senarai tersebut ketika membeli belah. Selain itu, terdapat juga pembeli yang gemar

    menggunakan kad kredit untuk membayar barang semasa membeli-belah. Hal in akan

    Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    2

    menyebabkan pembeli berbelanja secara berhutang dan seterusnya akan menyusahkan

    pembeli untuk membayar hutang-hutang tersebut. Kesan kegagalan seseorang pembeli untuk

    membuat perancangan untuk membeli-belah mengikut bajet yang ditetapkan boleh

    menyebabkan pembeli boleh jatuh muflis dan masuk ke dalam senarai hitam.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu aplikasi sistem mudah alih pengurusan

    elektronik bajet yang membolehkan pengguna untuk membuat capaian maklumat terhadap

    barangan yang ingin dibeli.

    METODOLOGI KAJIAN

    Bagi memastikan kajian berjalan dengan lancar, kajian ini menggunakan Prototyping Model.

    Penggunaan model ini mudah untuk membantu memahami keperluan pengguna dan

    bersesuaian dengan tempoh yang diberikan dalam membangun sistem.. Bagi memahami

    konsep model yang digunakan pada kedua-dua model Rajah 1 menerangkan kitaran hayat

    pembangunan sistem Prototyping Model.

    Rajah 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model

    Pengenalan Keperluan

    Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat asas terutama dari

    segi antaramuka pengguna. Butir-butir yang lebih rumit reka bentuk dalaman dan aspek luaran

    seperti prestasi dan keselamatan boleh diabaikan pada peringkat ini.

    Membangunkan Prototaip awal

    Prototaip awal dibangunkan di peringkat ini, di mana keperluan yang sangat asas dipamerkan

    dan antaramuka pengguna disediakan. Ciri-ciri ini mungkin tidak berfungsi dengan betul serta

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    3

    tidak sama dengan perisian sebenar yang akan dibagunkan. Pada fasa ini juga digunakan

    untuk memberi gambaran sistem kepada pelanggan dalam prototaip dibangunkan.

    Kajian semula prototaip

    Prototaip yang dibangunkan kemudiannya dibentangkan kepada pelanggan dan pihak

    berkepentingan lain yang penting dalam projek ini. Maklum balas yang dikumpul dengan cara

    yang teratur dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi produk di bawah fasa

    pembangunan.

    Menyemak semula dan meningkatkan Prototaip

    Maklum balas serta komen yang diberikan akan dibincang dalam fasa ini dan beberapa

    rundingan akan dilakukan dengan pelanggan berdasarkan faktor-faktor seperti masa, bajet dan

    kebolehlaksanaan teknikal dalam pelaksanaan sebenar. Perubahan yang diterima sekali lagi

    dimasukkan dalam prototaip baru dan kitaran mengulangi sehingga jangkaan pelanggan

    dipenuhi dan pelanggan berpuas hati.

    HASIL KAJIAN

    Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan aplikasi sistem pengurusan

    elektronik bajet. Penerangan secara keseluruhan tentang rekabentuk dan pembangunan sistem

    yang telah dihasilkan dalam projek ini diperihalkan.

    Rajah 1 menerangkan lapisan rekabentuk di dalam aplikasi sistem pengurusan

    elektronik bajet. Pada lapisan pertama iaitu Daftar Masuk Antaramuka adalah paparan umum

    bagi semua pengguna. Sekiranya pengguna belum mendaftar, pengguna boleh mendafatar

    terlebih dahulu. Pada lapisan kedua, pengguna boleh menggunakan sistem. Fungsi yang

    terdapat dalam sistem adalah menambah barang, mengemaskini barang, memadam barang,

    membuat senarai membeli, mengemaskini senarai membeli, dan jana laporan. Pada lapisan

    terakhir adalah pangkalan data bagi sistem ini.

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    4

    Rajah 2 Lapisan Rekabentuk Aplikasi Sistem Pengurusan Elektronik Bajet

    Semua pengguna boleh menggunakan sistem ini dengan mendaftar akaun sekiranya

    belum mempunyai akaun dalam sistem. Setelah selesai daftar masuk sistem, pengguna boleh

    menggunakan fungsi-fungsi sistem yang disediakan. Fungsi pertama, pengguna boleh

    menambah barang yang sering dibeli dengan memasukkan maklumat barang seperti nama,

    harga, dan berat. Maklumat ini seterunya akan disimpan ke dalam pangkalan data. Sistem ini

    menggunakan pangkalan data firebase cloud storage. Kesemua maklumat atau data yang

    dimasukkan oleh pengguna akan disimpan di pangkalan data. Seterusnya fungsi yang kedua,

    pengguna boleh membuat senarai membeli belah dengan memilih barang yang ingin dibeli

    pada senarai barang pengguna. Pengguna perlu menambah kuantiti barang yang perlu dibeli

    sahaja. Jumlah harga yang perlu dibayar akan dipamerkan kepada pengguna. Di samping itu,

    pengguna juga boleh melihat sama ada masih didalam bajet atau sudah melebihi bajet sebenar. Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    5

    Rajah 3 Rajah Aliran Data Paras 0

    Setelah pengguna mendaftar masuk ke dalam sistem, sistem akan memaparkan halaman

    senarai barang. Pada Rajah 4 sehingga Rajah 13 merupakan antaramuka sistem yang akan

    digunakan oleh pengguna.

    Rajah 4 Daftar Masuk Akaun Pengguna

    Rajah 5 Pendaftaran Akaun Pengguna

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    6

    Rajah 6 Daftar Pengguna

    Rajah 7 Menu Sistem selepas daftar masuk

    Rajah 8 Laman memaparkan senarai barang

    pengguna

    Rajah 9 Laman kemaskini produk

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    7

    Rajah 10 Paparan senarai bakul membeli

    Rajah 11 Laman kemaskini bakul membeli

    Rajah 12 Laman paparan bajet pengguna

    Rajah 13 Laman kemaskini bajet pengguna

    Copy

    right@

    FTSM

  • PTA-FTSM-2017-002

    8

    KESIMPULAN

    Sistem Pengurusan Elektronik Bajet yang akan dibangunkan ini akan memberi kemudahan

    kepada orang ramai yang suka membeli belah. Dengan adanya sistem ini, pembeli akan lebih

    berjimat dalam berbelanja dan berbelanja secara sihat dan baik. Hasil yang dijangkakan

    daripada projek ini adalah satu sistem aplikasi mudah alih yang berasaskan platform Android

    bagi memudahkan pembeli berurusan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya

    menggunakan telefon pintar.

    RUJUKAN

    David Pogue. 2009. Introduction to Mobile Application, Marriot School of IT Management,

    Provo, Utah, Brigham University.

    Klaus Pohl. 2010. Requirement Engineering, Fundamentals, Principles and Techniques, 151.Fisher,

    D.2012. ABA Banking Journal, 21-25.

    Komplain! Saat Harga Kasir Lebih Mahal dari Harga Display - KOMPASIANA.com. (n.d.).

    http://www.kompasiana.com/amirsyahoke/komplain-saat-harga-kasir-lebih-mahal-dari-harga-

    display_5528b4666ea834f6068b45f6

    Nik Mohamed. 2011. Peningkatan Kos Sara Hidup. Berita Harian, 28 Jun: 17.

    Nilai ringgit jatuh, taraf hidup rakyat merosot lagi. (n.d.).

    http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/33242-nilai-ringgit-jatuh-taraf-hidup-

    rakyat-merosot-lagi

    Nurul Shamimi, Z. 2013. Aplikasi Android. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Sains Dan Teknologi

    Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney. (n.d.). https://www.imoney.my/articles/7-reasons-why-

    malaysians-dont-save

    Ringgit depreciation worse than other currencies , says Dr M Keep Malaysiakini independent ! 2016.

    (August 2015), 17–18.

    Tips Ketika Membeli-Belah | Pengguna Bijak! (n.d.). http://e-pengguna.blogspot.my/2010/05/15-tips-

    ketika-membeli-belah.html

    Copy

    right@

    FTSM