kertas konsep pembangunan berbantukan komputer

16
Reka Bentuk Pembangunan dalam Pembinaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Abstrak: Pengetahuan guru dalam aspek pembangunan kandungan pembelajaran berasaskan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi merupakan faktor utama terhadap keberkesanan bahan tersebut. Artikel ini bertujuan membincangkan secara ringkas penggunaan reka bentuk pembangunan dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di sekolah. Perkembangan dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan menuntut guru supaya lebih efisien dari sudut pengaplikasian teknologi dalam pengajaran. Pembangunan bahan berunsur teknologi sebagai medium utama mencapai objektif pembelajaran adalah sangat kritikal. Hanya guru yang berpengetahuan dan mampu membangunkan bahan berunsur teknologi dalam pembelajaran, akan membangunkan bahan yang berkesan mengikut aras dan tahap pencapaian murid. Berikut adalah model pembangunan bahan berunsur teknologi dalam pengajaran seperti ADDIE, model ASSURE, model Hannafi & Peck, model Air Terjun, model Robert Glasea, model Branson dan sebagainya yang perlu dijadikan panduan dalam membangunkan bahan bantu mengajar. Selain itu, guru perlu mengimplementasikan teori pembelajaran dalam pembangunan bahan supaya hasilnya lebih realistik untuk diaplikasikan dalam persekitaran sebenar. Oleh itu, guru seharusnya menguasai pengetahuan pembangunan bahan berteknologi ini dan mampu menyerapkan kriteria-kriteria teori pembelajaran dalam proses pembentukannya mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh model pembangunan. Kata kunci : Penggunaan reka bentuk pembangunan, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) 1.0 PENGENALAN Perkembangan arus teknologi kini semakin bergerak pantas seiring dengan peredaran zaman serta keperluan manusia sejagat khususnya dalam bidang pendidikan. Sejak tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pelbagai pelan dan program dirangka serta dilaksanakan untuk mencapai objektif ini dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Antara program Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan ialah perlaksanaan Sekolah Bestari, Projek 1

Upload: shahfiezul-bin-shahaimi

Post on 11-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Contoh kertas konsep pbbk

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Reka Bentuk Pembangunan dalam Pembinaan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Abstrak: Pengetahuan guru dalam aspek pembangunan kandungan pembelajaran berasaskan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi merupakan faktor utama terhadap keberkesanan bahan tersebut. Artikel ini bertujuan membincangkan secara ringkas penggunaan reka bentuk pembangunan dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di sekolah. Perkembangan dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan menuntut guru supaya lebih efisien dari sudut pengaplikasian teknologi dalam pengajaran. Pembangunan bahan berunsur teknologi sebagai medium utama mencapai objektif pembelajaran adalah sangat kritikal. Hanya guru yang berpengetahuan dan mampu membangunkan bahan berunsur teknologi dalam pembelajaran, akan membangunkan bahan yang berkesan mengikut aras dan tahap pencapaian murid. Berikut adalah model pembangunan bahan berunsur teknologi dalam pengajaran seperti ADDIE, model ASSURE, model Hannafi & Peck, model Air Terjun, model Robert Glasea, model Branson dan sebagainya yang perlu dijadikan panduan dalam membangunkan bahan bantu mengajar. Selain itu, guru perlu mengimplementasikan teori pembelajaran dalam pembangunan bahan supaya hasilnya lebih realistik untuk diaplikasikan dalam persekitaran sebenar. Oleh itu, guru seharusnya menguasai pengetahuan pembangunan bahan berteknologi ini dan mampu menyerapkan kriteria-kriteria teori pembelajaran dalam proses pembentukannya mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh model pembangunan.

Kata kunci : Penggunaan reka bentuk pembangunan, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

1.0 PENGENALAN

Perkembangan arus teknologi kini semakin bergerak pantas seiring dengan peredaran

zaman serta keperluan manusia sejagat khususnya dalam bidang pendidikan. Sejak tahun

1996, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan penggunaan

teknologi dalam pendidikan. Pelbagai pelan dan program dirangka serta dilaksanakan

untuk mencapai objektif ini dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat

pengajian tinggi. Antara program Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperluaskan

penggunaan teknologi dalam pendidikan ialah perlaksanaan Sekolah Bestari, Projek

Pengkomputeran, Schoolnet, Portal MySchoolNet, dan 1BestariNet. Oleh yang demikian,

usaha kementerian dalam mengubah corak tradisi pengajaran dan pembelajaran iaitu

menggunakan papan hitam dan kapur kepada penggunaan teknologi disambut baik oleh

1

Page 2: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

semua pihak. Justeru, pelbagai penggunaan instrumen pengajaran dan pembelajaran juga

meningkat. Peranan komputer juga telah mendominasi dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana keboleh keupayaannya menyediakan elemen multimedia seperti

grafik, teks, video, audio dan animasi.

Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) adalah satu proses yang

dapat membantu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Penggunaan sumber

bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) mampu mengubah

corak pengajaran dan pembelajaran (PnP) menjadi lebih menarik. Penggunaan bahan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) semakin popular digunakan

dikalangan guru untuk memindahkan pengetahuan atau maklumat kepada pelajar.

Menurut Melvina & Jamaludin (2010), dengan menggunakan aplikasi teknologi dalam

menyampaikan ilmu dapat menarik minat murid dan merangsang pemikiran kreatif

murid. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

ini dapat membantu mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi

yang berbeza dalam pembelajaran. Bagi pelajar lemah, penggunaan kaedah ini dapat

membantu pelajar untuk memahami topik yang sukar dengan mengulangi bahan

pembelajaran yang diberikan. Ini adalah kerana pelajar yang lemah memerlukan pelbagai

kombinasi medium dalam pembelajaran seperti audio, video, animasi, teks dan grafik

bagi merangsang minat dan daya tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Justeru, seorang pendidik haruslah bijak mengaplikasikan peralatan dengan prinsip,

kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran (Sharifah Nor Puteh

& Kamarul Azman Abd Salam, 2011). Pelbagai model reka bentuk dan teori digunakan

dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Penggunaan model reka bentuk dan teori yang tepat perlu dititik beratkan dalam

membangunkan sesuatu bahan pengajaran. Ini adalah supaya bahan yang dibangunkan

bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran

merupakan garis panduan atau satu set strategi yang menjadi dasar pendekatan

pengajaran yang mana ianya mengandungi prosedur atau langkah. Antara contoh model

reka bentuk yang digunakan adalah model ADDIE, model ASSURE, model Hannafi &

2

Page 3: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Peck, model Air Terjun, model Robert Glasea, model Branson, model Van Patten, model

prototaip dan banyak lagi. Seterusnya, pemilihan teori pembelajaran juga perlu sesuai

dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran pula adalah prinsip

pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan yang mana

pengajar perlu memahami cara pelajar atau sifat pelajar kemudian menghubungkaitkan

prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah atau teknik mengajar supaya objektif

pelajaran tercapai. Terdapat banyak teori pembelajaran yang menjadi panduan guru-guru

atau pengajar. Antaranya adalah teori pembelajaran konstruktivisme, behaviorisme,

kognatif, berasaskan pengalaman, andragogi, minimalism, sosial dan banyak lagi.

2.0 MODEL REKA BENTUK BAHAN

2.1 Model ADDIE

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model

rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan

pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan. Menurut Hall (1997), model ADDIE

merupakan satu rekabentuk instruksi yang asas yang boleh diintegrasikan dalam apa jua

strategi pembelajaran. Menurut Jansak (2001) pula, model ADDIE adalah model yang

generik, mempunyai pendekatan yang sistematik untuk proses merekabentuk instruksi

dan menyediakan perekabentuk dengan satu rangka kerja yang teratur untuk memastikan

bahawa produk-produk pendidikan yang dihasilkan adalah efektif dan proses-proses

kreatif adalah sangat efisien.

Model ADDIE mempunyai lima fasa iaitu Analisis (Analysis), Reka Bentuk (Design),

Pembangunan (Development), Pelaksanaan (Implementation) dan Penilaian (Evaluation).

Fasa pertama ialah fasa analisis. Fasa ini merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya

dalam reka bentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah

memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian

masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan

analisis tugasan. Hasil dari fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan

3

Page 4: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

yang perlu diajar. Kesemua hasil dari fasa ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.

Fasa kedua ialah fasa reka bentuk. Dalam fasa ini, pembangun akan merancang

strategi dalam membangunkan pengajaran dan menggariskan cara bagaimana mencapai

matlamat pengajaran. Antara elemen dalam fasa ini termasuklah menulis siapa yang

hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian,

memilih sistem penyampaian dan menyususn atur pengajaran. Hasil dari fasa reka bentuk

akan menjadi input untuk fasa pembangunan.

Fasa ketiga ialah fasa pembangunan. Pembangunan perisian melibatkan proses

membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan

alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk

yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan

pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

Fasa keempat ialah fasa pelaksanaan. Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian

untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama

yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian

dengan bantuan alat pengarangan. Proses kerja dalam fasa ini ialah membangunkan

perisian, menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan, menguji kestabilan

perisian dan membuat pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan

meningkatkan lagi kualiti perisian.

Fasa kelima ialah fasa penilaian. Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan

penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video

dan antara muka perisian bersesuaian. Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian

tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan

dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang

digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

4

Page 5: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Rajah 1: Model ADDIE

Menurut Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff (2014), model ADDIE dipilih kerana ia

antara model reka bentuk instruksi yang menjadi asas kepada model-model reka bentuk

instruksi yang lain. Zaleha Binti Ismail & Nurul Ashikin Binti Samsudin (2010)

menyatakan antara sebab dan faktor memilih Model ADDIE adalah kerana model ini

merupakan suatu model rekabentuk instruksi yang bersistem dan membantu pembangun

dalam melaksanakan tugas untuk merekabentuk dan membangunkan e-pembelajaran

berasaskan Moodle bagi topic Transport Biologi tingkatan lima dalam kajiannya. Selain

itu, model ini juga mempunyai ciri-ciri kesesuaian dari segi rekabentuk dan

pelaksanaannya ke dalam suasana bilik darjah (P&P). Ismail Bin Kailani & Lokman

Hakim Muhammed (2010) turut menggunakan model ADDIE dalam membangunkan

bahan bantu mengajar kerana beranggapan bahawa model ini amat sesuai dari segi

langkahnya yang bersistematik yang akan memberikan hasil perisian yang lebih

berkualiti dan mesra pengguna. Pembangun juga boleh membina web portal dengan lebih

tersusun dan dapat memastikan web portal yang dibangunkan boleh digunakan

sepenuhnya dengan adanya penilaian yang berterusan.

5

Page 6: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Secara kesimpulannya, model ADDIE sangat bertepatan digunakan dalam proses reka

bentuk pembangunan bahan bantu mengajar PPBK kerana ianya mempunyai fasa

pembangunan yang berturutan dalam memastikan kejayaan pembangunan sesuatu bahan.

2.2 Model Assure

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu

objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk

membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih

jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran

dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk

menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin

disampaikan jelas dan tepat.

Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran

seperti yang diterangkan oleh Gagne. Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:

A : Menganalisis pelajar

S : Menyatakan objektif

S : Memilih kaedah, media dan bahan

U : Menggunakan bahan dan media

R : Memerlukan penglibatan pelajar

E : Menilai dan menyemak semula bahan

Menurut Yusup Hashim (2006), model ASSURE sangat meluas diguna oleh guru-

guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik. Menurut

Rozinah Jamaluddin (2003), model ini adalah panduan untuk perancangan dan

pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembangunan pengajaran yang

lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau

tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan kepada perancangan

6

Page 7: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

media di bilik darjah. Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) pula mengatakan

model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu

courseware yang mengambil kira media dan teknologi. Abdul Razak & Abdul Rahman

(2013) juga mengulas membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer

dalam kajiannya dengan menggunakan model ASSURE dan digabungkan dengan model

Hanaffin & Peck. Hasilnya perisian yang dibangunkannya berjaya membantu proses

pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif.

2.3 Model Reka Bentuk Hannafi & Peck

Model reka bentuk Hannafi & Peck adalah model reka bentuk yang berorientasikan

produk. Model reka bentuk berorientasikan produk adalah satu reka bentuk yang

digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk pengajaran dan pembelajaran biasanya

media pembelajaran (Affandi & Badarudin, 2011, Aprilia, I Nyoman & Luh Putu, 2014).

Model reka bentuk Hannafi & Peck mempunyai tiga fasa utama iaitu fasa analisis

keperluan, fasa reka bentuk, dan fasa pembangunan dan perlaksanaan. Model reka bentuk

Hannaffi & Peck berbeza dengan model reka bentuk yang lain kerana setiap fasa akan

melalui proses penilaian dan pengulangan secara berterusan sehingga mencapai objektif

pembangunan bahan pembelajaran. Rajah 1.3 menunjukkan gambar rajah model reka

bentuk Hannafi & Peck.

Rajah 1.3 : Model Reka Bentuk Hannaffi & Peck

7

Page 8: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Fasa analisis keperluan diperlukan untuk mengenalpasti keperluan dalam

membangunkan suatu media pembelajaran. Menentukan permasalahan, objektif,

kemahiran dan pengetahuan kelompok sasaran, serta peralatan dan keperluan media

pembelajaran akan ditentukan dalam fasa ini. Setelah semua keperluan dikenalpasti,

penilaian dibuat sebelum meneruskan ke fasa reka bentuk. Tujuan penilaian ini dibuat

adalah untuk mengetahui ada atau tidak keperluan yang seharusnya ada tetapi tidak

dicatat. Ini juga bertujuan tidak timbul sebarang masalah pada masa hadapan. Seterusnya,

dalam fasa reka bentuk semua maklumat yang diperolehi daripada fasa analisis akan

dipindahkan kepada satu lakaran fizikal atau papan cerita yang akan digunakan dalam

proses pembangunan. Kemudian penilaian akan dilakukan sepertimana penilaian

dilakukan dalam fasa analisis keperluan. Fasa pembangunan dan perlaksanaan pula

melibatkan proses yang mana semua elemen utama yang telah direka bentuk seterusnya

akan digarap ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Lakaran fizikal

atau papan cerita dijadikan panduan dalam membangunkan bahan media pembelajaran.

Bahan media pembelajaran yang telah siap dibangunkan seterusnya akan dinilai sebelum

dilaksanakan secara keseluruhan.

Penggunaan model reka bentuk Hannaffi & Peck dalam pembangunan perisian

pembelajaran berbantukan komputer untuk topik pecahan tingkatan satu oleh

Shaharuddin & Siti Rohani (2010), telah berjaya menghasilkan perisian yang bersifat

mesra pengguna di mana pengguna bebas untuk mengawal pembelajaran. Selain itu,

Aisyah, Zamri, Afendi & Mohamed Amen (2012) turut berjaya membangunkan perisian

untuk pembelajaran komsas bahasa melayu bagi murid tingkatan satu dengan

menggunakan model reka bentuk Hannafi & Peck yang diintergrasikan dengan model

ASSURE bagi mewujudkan proses pembelajaran yang kreatif dan efektif. Hasil kajian

terhadap perisian yang dibangunkan juga menunjukkan bahawa perisian yang

dibangunkan memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran novel. Justeru,

pemilihan model reka bentuk Hannaffi & Peck sebagai model reka bentuk dalam

membangunkan bahan pembelajaran dilihat mampu menghasilkan produk pembelajaran

yang berkualiti.

8

Page 9: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

3.0 TEORI REKA BENTUK PEMBANGUNAN BAHAN

3.1 Teori Pembelajaran Konstrutivism

Teori pembelajaran konstruktivisme didefinisikan sebagai pembinaan pengetahuan baru

yang aktif berdasarkan kepada pengalaman sedia ada pelajar (Koohang, Riley, Smith &

Schreurs, 2009). Pengetahuan bukanlah sesuatu yang wujud diluar otak pelajar tetapi ia

wujud apabila pelajar itu sendiri membinanya dengan berbantukan sumber daripada dunia

luar (Jones, 2002). Menurut  konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada

apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti

mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai

dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar

yang aktif  mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri.

Segala pengetahuan dibina oleh pelajar  tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick

(1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana

persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan

pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang

aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini

juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis,

mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK. Antara ciri-ciri utama

pembelajaran secara konstruktivisme ialah menggalakkan murid bertanya dan berdialog

dengan murid lain dan guru. Guru menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang

sama penting dengan hasil pembelajaran. Teori konstruktivisme ini turut menyokong

pembelajaran secara koperatif dan menggalakkan serta menerima daya usaha dan

autonomi murid. Selain daripada itu, teori ini juga memberi peluang kepada murid untuk

membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan

situasi dunia yang sebenar di samping menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian

dan eksperimen. Teori ini juga mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid

belajar sesuatu idea dan juga mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh

9

Page 10: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

murid. Melalui teori ini juga, ia akan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan

oleh murid dan guru boleh menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Teori konstruktivisme memberi banyak kelebihan dalam pembelajaran. Antaranya ialah,

merangsang murid untuk berfikir (Zainal Abidin & Afrinaleni, 2008). Dalam proses

membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana

idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan

cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan

seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat

interpretasi dan membuat kesimpulan. Selain itu, teori ini juga boleh meningkatkan

kefahaman murid terhadap pembelajaran.

Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat

secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa

yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan

situasi baru. Di samping itu, setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat

mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam

mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina

pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk

membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin

kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi

baru. Tambahan lagi, murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang

lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh

apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan

mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri

pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih

yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi

pelbagai kemungkinan dan cabaran.

10

Page 11: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Teori kontruktivisme adalah sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu

tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Salah satu teori atau

pandangan yang sangat terkenal berkaitan dengan teori belajar konstruktivisme adalah

teori perkembangan mental Piaget yang merupakan sebahagian dari teori kognitif juga.

Piaget menegaskan bahawa penekanan teori kontruktivisme pada proses untuk

menemukan teori atau pengetahuan yang dicipta dari dunia sebenar. Peranan guru dalam

pembelajaran menurut teori kontruktivisme adalah sebagai fasilitator atau moderator.

Pandangan tentang murid dari kalangan konstruktivistik yang lebih mutakhir yang

dikembangkan dari teori belajar kognitif Piaget menyatakan bahawa ilmu pengetahuan

dicipta dalam pemikiran seorang murid dengan kegiatan asimilasi dan akomodasi.

Berbeza dengan kontruktivisme kognitif Piaget, konstruktivisme sosial yang

dikembangkan oleh Vigotsky adalah bahawa pembelajaran bagi murid dilakukan dalam

interaksi dengan lingkungan sosial mahupun fizikal. Teori pembelajaran konstruktivisme

lebih menfokuskan pada kejayaan murid dalam mengorganisasikan pengalaman mereka.

Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum

konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan .

3.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori pembelajaran behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu

proses pelaziman. Proses pelaziman adalah hubungan antara rangsangan luar dengan

tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan tingkah laku yang kekal. Ini

bermakna rangsangan dari guru seperti bimbingan, pemberian ganjaran, latih tubi,

pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan dapat mengubah tingkah laku positif pelajar

terhadap pembelajaran. Selain itu, rangsangan yang diterima oleh pelajar dari bahan

pembelajaran yang mempunyai elemen multimedia mampu meningkatkan tahap ingatan

dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Justeru, Shaharuddin & Siti Rohani

(2010) telah menggunakan teori behaviorisme ini dalam pembangunan bahan

pembelajaran berbantukan komputer untuk topik pecahan tingkatan satu dalam perisian

11

Page 12: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

bahan pembelajaran bagi melatih murid supaya dapat menguasai topik pecahan dengan

baik. Perisian yang dibangunkan ini memerlukan murid untuk mendapat markah 80% ke

atas di dalam ujian sebelum berpindah ke unit pembelajaran pecahan yang baru. Jika

murid tidak berjaya mendapat markah tersebut maka murid perlu membuat semula ujian

dan jika murid masih gagal maka murid akan kembali ke bahagian nota. Ini menunjukkan

bahawa, jika pembelajaran dan latihan kerap dilakukan maka pelajar dapat menguasai

topik pembelajaran dengan baik. Terdapat empat jenis pelaziman yang telah dikemukan

oleh ahli falsafah iaitu teori pelaziman Klasik Ivan Pavlov, teori pelaziman tingkah laku

J.B Watson, teori pelaziman Cuba Jaya Thorndike, dan teori pelaziman Operan B. F

Skinner. Setiap teori pelaziman ini mestilah sesuai digunakan untuk setiap situasi ataupun

keperluan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Teori Pembelajaran Kognitif

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di manamana

tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha

sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi

mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar

berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan

memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui

pembelajaran yang bermakna menurut Abu Hassan Kassim (2003).

Dalam membangunkan bahan pengajaran berasaskan multimedia menggunakan

pendekatan teori kognitivsme, Baharuddin et al. (2002) mencadangkan beberapa aplikasi

tersebut.

i. Proses pembelajaran dan pengajaran mestilah melibatkan penglibatan yang

aktif daripada pelajar.

ii. Pembelajaran mestilah menggunakan analisis hierarki untuk mengenal pasti

dan mengilustrasikan hubungan yang sedia ada.

12

Page 13: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

iii. Penekanan diberikan kepada penstrukturan, pengorganisasian dan penyusunan

maklumat untuk memudahkan pemprosesan optimal.

iv. Pembentukan persekitaran pembelajaran yang membenarkan dan

menggalakkan pelajar membuat hubungan dengan apa yang dipelajari dahulu.

Kesimpulan

Pembangunan dan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer bukanlah satu proses yang mudah. Kepakaran dan masa yang agak panjang

diperlukan untuk melaksanakannya. Beberapa aspek perlu diambil berat seperti teori

pembelajaran yang digunakan. Contohnya, teori konstruktivisme, teori kognitivisme dan

teori behaviorisme. Model reka bentuk juga dititik berat bagi memastikan bahan yang

dibangunkan berkualiti. Perancangan yang sistematik dan teliti perlu diambil berat dari

awal pembangunan hingga ke akhirnya. Setelah analisis dibuat, reka bentuk bahan pula

perlu dilaksanakan dengan memasukkan elemen – elemen yang perlu daripada hasil

analisis yang dilakukan. Setelah itu pembangunan dan perlaksanaan bahan dilakukan

dengan teliti. Penilaian dan pengulangan harus dilakukan dari awal hingga ke akhir

pembangunan.

13

Page 14: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Rujukan

Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Razak, R., & Abdul Rahman, M. (2013). Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia di Kalangan Guru ICTL. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 1(2).

Ahmad Marzuki Bin Mohamed & Roslan Bin Tangah. (2010). Pembangunan pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web : Pengurusan jenazah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Aisyah, Zamri, Afendi & Mohamed Amen. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1): 1-16.

Aprilia, I Nyoman & Luh Putu. (2014). Pengembangan Multimedia Interaktif Matematika untuk Kelas V Semester Genap di SD Negeri 4 Bebetin. Journal Edutech Universitas Pendidikan Ganesha Jurusan Teknologi Pendidikan, 2(1).

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam. (2002). Rekabentuk Perisian Multimedia. Skudai, Johor: UTM. Fakrudin, Isa & Wan Norina. 2014. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan

Pembelajaran Multimedia Interaktif Pengurusan Jenazah Politeknik Malaysia. Jurnal of Islamic and Arabic Education, 5(2): 25-42.

Hanim Sulaiman & Rosman Muhamad. (2011). Perisian pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) Bertajuk Hamparan. Journal of Technical,Vocational & Engineering Education. 4: 1.

Ismail Bin Kailani & Lokman Hakim Muhammed. (2010). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Ratios, Rates and Proportions 11 Tingkatan Tiga. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1): 59-65.

Muhammad Sukri Bin Saud & Siti Aishah Bt Amin. (2010). Pembangunan Sistem PembelajaranMenerusi Web Bagi Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

14

Page 15: Kertas Konsep Pembangunan Berbantukan Komputer

Normah Dali. (2012). Rasional ciri-ciri rekabentuk instruksional model ASSURE dalam pembangunan ‘Courseware’ pengajaran dan pembelajaran. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rozinah Jamaluddin . (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shaharom Nordin & Norhidayah Nordin. (2010). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Daya Dan Tekanan.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.

Shaharuddin & Siti Rohani. (2010). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Topik Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri. http://eprints.utm.my/10763/1/Pembangunan_Perisian_Pembelajaran_Berbantukan_ Komputer.pdf. Di akses pada 20 mei 2015.

Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.

Yeo Kee Jiar &Amir Fakhri Abdul Jamil. (2011). Pembangunan Perisian Teknologi Kejuruteraan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 4: 1.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi.

Zaleha Binti Ismail & Nurul Ashikin Binti Samsudin. (2010. Pembangunan Sistem Sokongan pembelajaran Kendiri Atas Talian (Transport). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

15