aplikasi pembelajaran bahasa pengaturcaraan … · 2.3 klasifikasi pembelajaran berbantukan...

21
APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA PENGATURCARAAN C++ DALAM TAJUK STRUKTUR PILIHAN MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DI PERINGKAT MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI KAMELIA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buidan

Post on 10-Mar-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA PENGATURCARAAN C++ DALAM

TAJUK STRUKTUR PILIHAN MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DI PERINGKAT MATRIKULASI / PRA

UNIVERSITI

KAMELIA BINTI MOHD YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA PENGATURCARAAN C++ DALAM

TAJUK STRUKTUR PILIHAN MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DI PERINGKAT MATRIKULASI / PRA

UNIVERSITI

KAMELIA BINTI MOHD YUNUS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iii

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN…

Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa

Sesungguhnya tanpa keizinan daripadaMu, hambaMu ini tidak akan berdiri di sini.

Ku panjatkan kesyukuran diatas segala-galanya yang telah

Kau berikan pada hambaMu ini.

TERISTIMEWA BUAT…

Ayahbonda Tercinta

Mohd Yunus Mappa & Rohana Mohd Hatib

Doa dan pengorbananmu tidak ternilai dan tidak termampu untuk ku membayarnya

dengan semua benda di dunia ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati mu

ayahanda dan bonda.

Kekanda dan Adinda Tersayang

Pertolongan dan dorongan yang kalian berikan akan ku jadikan sebagai sumber

inspirasiku dalam mengejar cita-citaku.

Pensyarah Pembimbing

Cik Zaleha Abdullah & Puan Norah Md Noor

Segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin di hari

muka. Jasa baik kalian tidak akan dilupakan dan kalian tetap di hati ini.

Teman-teman seperjuangan

Pandangan, bantuan dan dorongan kalian, memberikan daku semangat untuk terus

berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai sebuah kejayaan yang bernilai.

“Terima kasih diatas segala dorongan dan sokongan yang kalian berikan.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Tanpa kalian siapalah diri ini. ”

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan

salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya

pembangunan perisian PBK ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing

iaitu Cik Zaleha Binti Abdullah. Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang

diberikan. Segala ilmu dan idea yang dicurahkan tidak akan dilupakan dan akan

digunakan dengan sebaik mungkin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Norah

Md Noor selaku pensyarah pembimbing kedua. Jasa baik puan tidak akan luput

diingatan dan tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan perisai di kemudian hari.

Ucapan terima kasih juga kepada teman-teman seperjuangan yang banyak

membantu dalam usaha melengkapkan dan menyiapkan pembangunan perisian PBK ini.

Tidak lupa kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak

langsung sepanjang proses pembangunan perisian PBK ini.

v

ABSTRAK

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi implikasi kepada

kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan. Aplikasi teknologi ini telah

digunakan semaksimum mungkin bagi memastikan bidang pendidikan seiring dengan

perubahan global. Ini termasuk penggunaan Perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM). Perisian

Berbantukan Komputer (PBK) ini direka khas untuk pelajar-pelajar di peringkat

matrikulasi dan juga pra universiti yang mempelajari Bahasa Pengaturcaraan C++.

Perisian yang meliputi tajuk kecil “Struktur Pilihan (if.., if else..if, & switch)”

dibangunkan mengikut huraian sukatan Kurikulum Matrikulasi Kebangsaan,

Kementerian Pelajaran Malaysia. PBK ini sangat menarik kerana menggunakan bahasa

kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan isi pelajaran yang disampaikan mematuhi huraian

sukatan pelajaran kebangsaan. Antara perisian yang terlibat dalam pembangunan

perisian ini adalah Bahasa Pengarangan Macromedia Authoware 7.0, Borland C++ 5.02,

Macromedia Flash MX, SwishMax, Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge

6.0 dan dibantu oleh Windows XP. PBK ini dihasilkan dengan gabungan elemen teks,

grafik, audio dan animasi mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

efektif dan fleksibel.

vi

ABSTRACT

Nowadays, Information & Communication Technology have been giving impact

to the human life including the education sector. The applications of these technologies

have been used maximally to ensure the education field is equal with globalization

improvement. This research include the use of Computer Assisted Teaching Software

(CATS) as an acknowledged teaching aid. CATS was specially designed for those

students who are taking C++ Programming Language subject at matriculation stage and

pre-university. These software is designed under the topic of “Conditional Structure (if..,

if else..if, & switch)” according to the Matriculation National Curriculum syllabus,

Ministry of Malaysia Education. It is suitable and attractive because uses Malay

language which is known as our national language and the content are similar to

standard curriculum syllabus. The software used in these CATS development are

Macromedia Authoware 7.0 authoring language, Borland C++ 5.02, Macromedia Flash

MX, SwishMax, Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0 and supported

by Windows XP operating system. The software developed using combination of text,

graphics, audio and animation elements which will give effective and flexible impact

towards the teaching and learning process.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii-x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Skop Projek 6

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Definisi Istilah 9

viii

1.8 Rumusan 12

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 14

2.3 Klasifikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 14

2.4 Jenis-jenis Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 15

2.5 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 16

2.6 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17

2.7 Teori Pembelajaran 18

2.7.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 19

2.7.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme 21

2.7.3 Teori Pembelajaran Kognitif 22

2.8 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Mereka

Bentuk Aplikasi PBK 23

2.8.1 Pembelajaran Koperatif 23

2.9 Kajian Luar Negara 24

2.10 Rumusan 24

3 REKA BENTUK PERISIAN 25

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Proses Rekabentuk Perisian 26

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 26

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 27

3.2.2 Fasa Rekabentuk 27

3.2.2.1 Corak 28

ix

3.2.2.2 Pendekatan 28

3.2.2.3 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian 29

3.2.2.3.1 Perkakasan 29

3.2.2.3.2 Perisian 30

3.2.2.3.3 Perkakasan Main Semula 30

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 31

3.2.3.1 Bahasa Pengarangan 31

3.2.3.1.1 Ciri-ciri Macromedia

Authorware 32

3.2.3.1.2 Ikon-ikon 33

3.2.3.1.3 Bahasa dan Arahan 34

3.3 Carta Alir 35

3.4 Rumusan 37

4 PEMBANGUNAN PERISIAN 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Struktur Asas Perisian 38

4.2.1 Paparan Mula 38

4.2.2 Paparan “Countdown” 39

4.2.3 Paparan Menu Utama 40

4.2.4 Paparan Objektif 41

4.2.5 Paparan Kuliah 42

4.2.6 Paparan Tutorial 43

4.2.7 Paparan Bantuan 44

4.2.8 Paparan Keluar 44

4.3 Komponen Perisian 45

4.3.1 Teks 45

4.3.2 Grafik 46

4.3.3 Audio 46

x

4.4 Pempakejan Perisian 46

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 48

5.1 Pendahuluan 48

5.2 Masalah Yang Dihadapi 48

5.2.1 Teknikal 49

5.2.2 Masa 49

5.2.3 Kekurangan Kepakaran Penggunaan Perisian 49

5.2.4 Penilaian Perisian 50

5.2.5 Rakaman Audio 50

5.3 Kekuatan dan Kelemahan Perisian 50

5.3.1 Kekuatan Perisian 51

5.3.2 Kelemahan Perisian 52

5.4 Cadangan 53

5.5 Perbincangan Keputusan Borang Penilaian 54

5.6 Rumusan 55

BIBLIOGRAFI 57

LAMPIRAN

A-B 60-63

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Learning

(CAL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBK mula diperkenalkan di

University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated

Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO

bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga

menguruskan permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau

perkembangan kemajuan pelajar, dan memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah

untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan

kerangka komputer utama telah digantikan dengan NOVANet yang menggunakan

komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian

ini dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi

maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas

kepada PBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.

Walaupun PBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya

popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah

didapati, perisian PBK turut bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di

2

Malaysia, PBK masih baru. Meskipun perisian PBK sudah berada di pasaran dan dalam

internet, penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem

pendidikan di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBK kini merupakan

inisiatif individu pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau

melalui kelab komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam

penggunaan perisian PBK di sekolah atau di institusi pendidikan.

Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBK di

sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak

swasta, kerajaan berharap agar PBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya

dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan

pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru adalah terhad dan terlalu minimum.

Persoalan integrasi PBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBK merupakan

dua perkara yang arus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru (Supyan

Hussin, 1996).

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, negara ini memerlukan kira-kira

125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun

akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat

melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era

teknologi maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin

(1995:360) menekankan bahawa “apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan

rakyat yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan

dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia.” Oleh sebab itu,

para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran lanjutan selain

kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan

(contohnya, Word), pengkalan data (contohnya, Data base, Access), pengkalan

elektronik (contohnya, Excel) dan persembahan grafik (contohnya, Powerpoint).

Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end user atau consumer) semata-mata,

tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)

3

perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Pembangunan dan penilaian haruslah menjadi kerja yang berterusan di

kalangan pendidik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &

Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua

golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar

tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang

boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang

menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya

dengan bantuan bahan atau media lain. Perkembangan teknologi telah dapat

mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan

interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang

bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan

percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan

terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula

dengan media elektronik seperti radio, televisyen (TV), filem, video, VCD, DVD dan

perkembangan terakhir dengan adanya teknologi maklumat seperti telesidang dan

komputer terutamanya dalam bidang multimedia.

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap

dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam bidang pendidikan perkembangan ini

dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru

perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah

4

mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih

berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.

Walaupun banyak perisian yang berada di pasaran pada masa kini namun, ia

tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan

pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita

rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Justeru, penghasilan perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) seperti ini, amat dialu-alukan sebagai pendekatan baru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di negara kita. PBK ini direka bentuk bagi

tujuan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ dan ia lebih

khusus kepada tajuk Struktur Pilihan if, if else if dan switch.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan didapati agak sukar untuk menarik

minat pelajar dalam mempelajari tajuk ini kerana pelajar perlu berdepan dengan kod-kod

pengaturcaraan dan logik algoritma yang agak baru bagi mereka. Selain itu, proses

pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa tetapi juga membosankan kerana banyak

aspek-aspek teknikal yang perlu diketahui oleh pelajar. Pada kebiasaannya, subjek ini

dipelajari pada peringkat matrikulasi mahupun pra universiti dan pelajar perlu

menguasai mata pelajaran ini dalam masa yang singkat.

Selain itu, kebanyakan perisian-perisian yang terdapat di pasaran pada masa kini

dibangunkan menggunakan Bahasa Inggeris dan ini menjadi penghalang kepada pelajar

yang kurang menguasai bahasa tersebut. Di samping itu, ia menjadikan penggunaan

Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan terpinggir ekoran daripada seruan kerajaan

untuk menerapkan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik. Kurikulum ini telah dilaksanakan pada tahun 2003,

namun begitu ia tidak bermakna Bahasa Melayu diabaikan terus penggunaannya dalam

5

Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kebanyakkan pelajar bersikap positif terhadap rujukan

yang sedia ada sebaliknya mengalami kesukaran dalam menggunakannya kerana bahasa

yang digunakan ialah Bahasa Inggeris (Mohd Samsol, 1999). Pelajar yang tidak dapat

menggunakan sepenuhnya potensi dan kefahaman terhadap bahan tersebut akan

mengalami perasaan kecewa dan tertekan (Richard, 1999).

Justeru, pembangun ingin membangunkan sebuah perisian yang menarik dimana

ia boleh digunakan sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi mata

pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++. Diharap perisian ini dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik disamping dapat menghabiskan

sukatan pelajaran dalam masa yang telah ditetapkan. Ini kerana perisian ini dibangunkan

dengan ciri-ciri yang lebih interaktif dimana pelajar boleh mempelajari tajuk tersebut

secara berulang-ulang mengikut kesesuaian masa masing-masing.

1.4 Objektif Projek

Tujuan utama projek ini direka bentuk ialah untuk membangunkan satu aplikasi

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) di bawah satu tajuk kecil iaitu “Struktur

Pilihan” dalam mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++. Selain itu, antara lain

objektif ini ialah untuk :

i) Membangunkan satu perisian multimedia yang interaktif dalam bentuk

CD-Rom yang sesuai bagi pelajar-pelajar dalam lingkungan umur 18

hingga 20 tahun yang berada di peringkat matrikulasi dan pra universiti

untuk belajar tentang Struktur Pilihan if, if else if dan switch” dalam versi

Bahasa Melayu.

6

ii) Menyediakan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang interaktif,

menarik dan menyeronokkan untuk tenaga pengajar di pusat matrikulasi

mahupun universiti.

1.5 Skop Projek

Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya

perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Bilangan penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer,

(PBK) dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan

institusi pendidikan yang lain semakin meningkat. Guru dan pelajar mula dilatih untuk

menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Ini diharap dapat memudahkan lagi proses penyampaian isi pelajaran

disamping menarik minat pelajar dengan aplikasi kecanggihan teknologi sistem

berkomputer.

Aplikasi pembelajaran berbantukan komputer ini dibangunkan bagi subjek

Bahasa Pengaturcaraan C++ dengan tajuk kecil ‘Struktur Pilihan if, if else if dan switch’.

Tajuk ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan iaitu bagi pelajar di

peringkat matrikulasi dan pra universiti yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga

20 tahun. Berikutan itu, pendekatan kaedah pengajaran yang digunakan bagi proses

pengajaran tajuk ini dirasakan sesuai untuk mengaplikasikan konsep pembelajaran

berkomputer. Aplikasi ini dibangunkan bagi pembelajaran berkelompok dimana guru

atau pensyarah boleh membincangkan tajuk ini bersama kelompok kecil pelajar dengan

menggunakan nota langkah demi langkah yang disediakan. Tenaga pengajar boleh

menunjukkan secara terus penggunaan kod-kod aturcara kepada pelajar. Selain itu,

aplikasi pembelajaran ini juga sesuai untuk pengajaran individu iaitu, pelajar digalakkan

menjawab soalan-soalan yang disediakan bagi menguji kefahaman mereka terhadap

tajuk yang dibincangkan.

7

Selain itu, tajuk ini agak sukar untuk disampaikan secara pembelajaran

tradisional. Ini kerana penggunaan kod-kod aturcara yang diperkenalkan ini lebih mudah

disampaikan menggunakan komputer dan kesilapan yang dilakukan dapat dikesan

dengan serta merta melalui respon daripada sistem komputer.

Pelajar akan lebih mudah mempelajari tajuk Struktur Pilihan kerana aplikasi

pembelajaran ini dibangunkan dengan elemen-elemen multimedia yang interakif dan

menyeronokkan. Dengan adanya elemen seperti grafik, animasi, audio, teks dan

kombinasi warna yang menarik akan menimbulkan sifat inkuiri, perasaan suka meneroka

dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada pelajar yang akan memberi

penekanan kepada minat dan bersemangat untuk belajar. Maka, ia amat bersesuaian

dengan keperluan dan kehendak proses pembelajaran pelajar-pelajar di peringkat

matrikulasi dan juga pra universiti.

1.6 Kepentingan Projek

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan kepada

kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan, jika dahulu proses pengajaran

dan pembelajaran berkonsepkan 'chalk and talk' tetapi kini komputer dapat menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Menurut Heinich,

Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh digunakan dalam setiap

aspek pendidikan. Di Malaysia, PBK telah mula diperkenalkan pada tahun 1993

melibatkan 60 buah sekolah menengah yang masing-masing dibekalkan dengan 20 buah

komputer diikuti dengan 15 buah sekolah rendah pada tahun 1994. Suatu bahan perisian

yang dinamakan ComIL telah diperkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Tumpuan awal PBK melibatkan empat subjek utama

iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

8

Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi

penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di

universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pembelajaran sains, misalnya, mengambil

masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada

penyampai ilmu yang mutlak bertukar kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu

bersama dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik

darjah atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada tiga jam seminggu, sementara

pembelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh sekurang-

kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai

fasilitator atau pemerhati), dan pembelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang

sama tenaga pengajar sains berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan bahan

perisian komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat

bagi memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah

digariskan.

Seperti yang diketahui, pelajar lebih mudah menerima sesuatu konsep baru yang

disampaikan dengan kaedah yang menarik. Kesinambungan daripada itu, proses

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika menggunakan suatu

koswer pembelajaran berbantukan komputer yang bersifat interaktif.

Justeru, pereka perlu menghasilkan suatu aplikasi pembelajaran yang sesuai

untuk digunakan oleh pelajar iaitu aplikasi yang mesra pengguna, menarik, boleh

digunakan mengikut kesesuaian masa pelajar dan mudah alih. Penghasilan aplikasi

pembelajaran berbantukan komputer ini direkabentuk bagi teknik pengajaran dan

pembelajaran berkelompok dan ia juga boleh digunakan untuk pembelajaran individu.

Oleh itu, perisian pembelajaran berbantukan komputer yang dihasilkan dalam bentuk

CD-Rom ini diharap dapat mengatasi masalah yang dinyatakan di atas.