pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATAPELAJARAN KIMIA, BAB PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhthu

Post on 07-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) MATAPELAJARAN KIMIA, BAB PENGOKSIDAAN DAN

PENURUNAN

NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

TAJUK: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATAPELAJARAN KIMIA BAB PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

NAMA: NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: BLOK 4166-4 JALAN IPOH EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK KEM SUNGAI BESI Nama Penyelia 57000 KUALA LUMPUR Tarikh : 12 MAC 2004 Tarikh : 12 MAC 2004

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Kimia).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek

Tarikh : 12 Februari 2004

* Potong yang tidak berkenaan

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) MATAPELAJARAN KIMIA, BAB PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN

NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan …

Nama Penulis : Norul Safarinie Binti Abdullah

Tarikh : 12 Februari 2004

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

Teristimewa dedikasi ini ku tujukan…Khas buat

Insan yang paling bermakna dalam hidupku…

Ayahanda dan Bonda…

Yang telah banyak memberikan kasih dan sayang…

Buat diri ini…

Tanpa mu, Ayahanda dan Bonda…

Tak mungkin aku dapat menatap dunia yang fana ini…Sesungguhnya…

Aku menghargai anugerah yang paling bermakna dalam hidup ini…

Anugerah yang dikurniakan Allah S.W.T. buatku…

Yang tak ternilai di dunia mahupun akhirat…

Akan ku balas segala budi dan jasamu padaku…

Selagi hayat dikandung badan…

Buat kedua-dua adikku…

Angah dan Adik…

Along doakan semoga dikau berjaya…walau di mana dikau berada

Dan semoga sentiasa berada dalam kebahagian dan dirahmati oleh Allah S.W.T…

Tidak lupa juga…buat insan yang ku sayangi

Ruz…

Semoga kita sama-sama dapat mencapai apa yang diimpikan dan dicitakan selama ini…

Percayalah…kehadiranmu memberikanku semangat dan dorongan…

Dalam menuju arah hidup ini…

Doaku…semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat…

Dan bersama selamanya…

Buat kedua-dua sahabatku…

Sue dan Tity…

Terima kasih atas segalanya…dorongan dan nasihat kalian akan ku sematkan dihati ini…

Semoga kita sama-sama berjaya menjadi pengajar yang berguna kepada anak bangsa…

Sesuangguhnya…persahabatan yang kita jalinkan selama empat tahun ini…

Banyak meninggalkan seribu kenangan buatku…

Kenangan yang tak mungkin ku lupakan…terima kasih atas segalanya…

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnia-Nya, akhirnya

dapat jua saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang telah diamanahkan oleh pihak

Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia kepada saya sebagai salah

seorang penuntut di universiti ini.

Sekalung penghargaan khas ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya,

Encik Rosni Zamuddin Shah bin Sidek kerana telah banyak memberi dorongan dan

tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda ini tanpa rasa jemu

dan bosan. Sesungguhnya tanpa bantuan beliau, saya tidak mungkin dapat menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih buat kakitangan

akademik Fakulti Pendidikan yang telah terlibat sepanjang saya menjalankan Projek

Sarjana Muda ini sama ada secara langsung atau tidak.

Tidak lupa juga, buat keluarga yang turut memberi dorongan dan galakkan

kepada saya dan buat rakan-rakan sepasukan yang telah banyak membantu saya untuk

menyiapkan projek ini. Semoga segala kebaikan yang telah kalian sumbangkan akan

dirahmati oleh Allah dan diberi balasan yang setimpal, Insya-Allah.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

ABSTRAK

Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat pada ketika ini banyak

mempengaruhi bidang pendidikan di negara kita. Pelbagai usaha dijalankan oleh

kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan

bidang pendidikan agar berkembang selaras dengan arus semasa ke arah penggunaan

teknologi maklumat sebagai alat pengurusan dan alat pengajaran dan pembelajaran.

Pembangunan prototaip perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Kimia ini adalah

sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan. Prototaip ini dibangunkan

berasaskan kepada tiga teori pembelajaran iaitu Teori Konstruktivisme, Behaviorisme

dan Kognitif. Ketiga-tiga pendekatan ini adalah penting untuk diimplimentasikan dalam

perisian ini agar keberkesanannya dalam membantu guru dan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat diukur di samping meningkatkan lagi kualiti

perisian. Tidak lupa juga, diimplimentasikan pengintegrasian teknologi multimedia yang

interaktif dalam prototaip perisian Kimia ini iaitu gabungan elemen multimedia seperti

teks, audio, grafik, video dan juga animasi. Penggunaan elemen multimedia ini penting

agar perisian yang dibangunkan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran tentang topik Pengoksidaan dan Penurunan ini menjadi lebih menarik dan

seronok untuk dipelajari oleh pelajar terutamanya mereka yang berada di tingkatan lima

dan dapat digunakan untuk kebaikan bersama, guru dan pelajar.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

ABSTRACT

The development of information technology in our country now have influenced

our educational system. Our government especially Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) takes many efforts to make sure the development of educational field in our

country is consistent with the development of information technology as one of the

management and interesting teaching and learning process tools. Therefore, designer has

designed a prototype of educational software titled “Pengoksidaan dan Penurunan” for

Chemistry subject, which is one of the efforts by KPM. This prototype has been

developed based on three learning theories namely theory of Constructivism,

Behaviorism and Cognitive.All of the three learning theories is important to be

implemented in this software in order to make sure it can help teachers and students in

their teaching and learning process to be more effective and moreover, it helps to

upgrade the quality of the software when using it. The software also includes the

integration of interactive multimedia technology besides the learning theories. The

combination of multimedia elements like text, audio, graphic, video and animation in

this software can ensure it become more interesting and interactive to be use by the

teachers and most importantly by the students in their teaching and learning process in

Chemistry subject.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Objektif Perisian 7

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Perisian 10

1.9.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10

1.9.3 Kimia 11

BAB II

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Matlamat Kurikulum Kimia KBSM 13

2.3 Objektif Kurikulum Kimia KBSM 13

2.4 Sukatan Pelajaran Kimia KBSM 14

2.5 Perkembangan PBK 15

2.6 Jenis-Jenis PBK 16

2.6.1 Latih Tubi 17

2.6.2 Tutorial 17

2.6.3 Simulasi 18

2.6.4 Permainan 18

2.6.5 Penyelesaian Masalah 19

2.7 Ciri-Ciri PBK Yang Baik 19

2.8 Kelebihan Dan Kelemahan PBK 21

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

2.8.1 Kelebihan PBK 21

2.8.2 Kelemahan PBK 22

2.9 Definisi Multimedia 23

2.10 Elemen-Elemen Multimedia 24

2.10.1 Teks 24

2.10.2 Grafik 25

2.10.3 Audio 25

2.10.4 Video 26

2.10.5 Animasi 26

2.11 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains 26

2.11.1 Teori Pembelajaran 27

2.11.1.1 Teori Konstruktivisme 27

2.11.1.2 Teori Behaviorisme 30

2.11.1.3 Teori Kognitif 31

BAB III

REKABENTUK PERISIAN

BAB III REKABENTUK PERISIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Proses Merekabentuk Perisian 33

3.2.1 Fasa Analisis 34

3.2.1.1 Pemilihan Tajuk Dan Skop 35

3.2.1.2 Pengumpulan Bahan 35

3.2.2 Fasa Rekabentuk Perisian 36

3.2.3 Fasa Pembangunan 37

3.2.3.1 Pembinaan Carta Alir 37

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

3.2.3.2 Pembinaan Papan Cerita 44

3.2.4 Fasa Pelaksanaan 44

3.2.5 Fasa Penilaian 44

3.3 Bahasa Gubahan Dan Pengaturcaraan 45

3.4 Perisian Sokongan 46

3.5 Spesifikasi Perkakasan Komputer 47

3.6 Aplikasi Teori Pembelajaran 48

3.6.1 Teori Konstruktivisme 48

3.6.2 Teori Behaviorisme 49

3.6.3 Teori Kognitif 50

3.7 Penutup 51

BAB IV

HASIL REKABENTUK PERISIAN

BAB IV HASIL REKABENTUK PERISIAN 52

4.1 Pengenalan 52

4.2 Penghasilan Perisian 53

4.3 Perbincangan Perisian 54

4.3.1 Maklumat Am 58

4.3.2 Pengoksidaan Dan Penurunan 59

4.3.3 Tindak Balas Redoks 61

4.3.4 Latihan Pengukuhan 62

4.3.5 Rehat Minda 63

4.3.6 Paparan Tamat 64

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

BAB V

KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN MASALAH DAN CADANGAN 65

5.1 Pengenalan 65

5.2 Kesimpulan 66

5.2.1 Proses Pembangunan Sesebuah Perisian PBK 66

5.2.2 Kandungan Dalam Sesebuah Perisian PBK 66

5.2.3 Penguasaan Kemahiran Pembangun 67

Dalam Menghasilkan PBK

5.3 Masalah Yang Dihadapi 68

5.3.1 Kos 68

5.3.2 Masa Pembangunan PBK 69

5.3.3 Kurang Kemahiran Atau Kepakaran 69

5.3.4 Kemudahan Perkakasan Dan Perisian 70

5.4 Cadangan Penyelesaian Masalah 70

RUJUKAN

RUJUKAN 72

RUJUKAN LAMAN WEB 74

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

i

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Proses Perancangan Rekabentuk Perisian 34

3.2 Carta Alir Perisian 38

3.3 Carta Alir Maklumat Am 39

3.4 Carta Alir Pengoksidaan dan Penurunan 40

3.5 Carta Alir Tindak Balas Redoks 41

3.6 Carta Alir Latihan Pengukuhan 42

3.7 Carta Alir Rehat Minda 43

4.1 Paparan Animasi Montaj 54

4.2 Paparan Montaj 55

4.3 Paparan Animasi Countdown 55

4.4 Paparan Daftar Pengguna 56

4.5 Paparan Pengesahan Status Pengguna 57

4.6 Paparan Tajuk Pengoksidaan Dan Penurunan 58

4.7 Paparan Menu Utama 58

4.8 Paparan Menu Maklumat Am 59

4.9 Paparan Menu Pengoksidaan Dan Penurunan 60

4.10 Paparan Menu Tindak Balas Redoks 61

4.11 Paparan Menu Latihan Pengukuhan 62

4.12 Paparan Menu Rehat Minda 63

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

ii

SENARAI SINGKATAN

IT - Teknologi Maklumat

MSC - Koridor Raya Multimedia

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

BBM - Bahan Bantu Mengajar

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MIMOS - Malaysia Institute of Microelectronic System

PLATO - Programmed Logic for Automatic Teaching Operation

ComIL - Computer Integrated Learning System

IPT - Institut Pengajian Tinggi

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Selama 46 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan, telah banyak berlaku

peralihan zaman yang telah dilalui oleh manusia. Bermula zaman kehidupan manusia

yang berasaskan kepada pertanian, diikuti pula dengan zaman revolusi perindustrian,

kini beralih arah kepada zaman teknologi maklumat atau dikenali juga sebagai IT.

Istilah IT ini saban hari didengari oleh kita semua sama ada disedari atau sebaliknya.

Berbagai-bagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan negara

kita agar tidak jauh ketinggalan daripada negara-negara maju yang lain dalam dunia

ledakan teknologi maklumat ini. Bermula dengan kempen “Sebuah komputer untuk

sebuah keluarga”, kerajaan juga menggalakkan penyebaran maklumat melalui Internet

untuk membolehkan masyarakat negara kita “berkenalan” dengan Internet sehinggalah

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

kerajaan berjaya mewujudkan Koridor Raya Multimedia atau dikenali juga sebagai

MSC. Semua ini menunjukkan suatu perubahan yang positif yang telah dialami oleh

negara kita, sekaligus mempamerkan kemampuan negara untuk bersaing seiringan

dengan negara-negara maju yang lain. Ini mungkin disebabkan kesedaran kerajaan

tentang manfaat dan faedah yang diperolehi melalui penggunaan teknologi maklumat ini

terutamanya dalam mengurangkan kos dan menjimatkan masa dalam segala urusan

menerima, memproses, menyimpan dan juga menyalurkan maklumat kepada manusia.

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat ini juga bukan hanya

mempengaruhi bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan juga hiburan tetapi juga

turut mempengaruhi bidang pendidikan di negara kita. Jika diperhatikan, banyak

perubahan yang telah berlaku dalam bidang pendidikan. Dalam pendidikan tradisional,

kebiasaannya seorang guru menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih

atau yang berwarna-warni, peta, gambar dan juga suaranya sendiri untuk tujuan

pengajaran tetapi pada hari ini, kebanyakan guru akan menggunakan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan selaras dengan kemajuan teknologi

dan keperluan pendidikan semasa. Kaedah yang dimaksudkan di sini adalah dengan

menggunakan pembelajaran berbantukan komputer atau dikenali sebagai PBK dalam

pendidikan. PBK yang dibangunkan ini masih lagi menerapkan teori-teori pembelajaran

yang diperlukan iaitu teori Behaviorisme, Konstruktivisme dan Kognitif. Ketiga-tiga

teori ini akan digabungkan untuk menghasilkan satu perisian PBK yang bermutu tinggi.

Sebagai contohnya, pengaplikasian teori Konstruktivisme dapat dilihat melalui

penghasilan PBK dalam pendidikan yang interaktif di mana pelajar berpeluang untuk

melibatkan diri dengan aktif dalam proses penerokaan PBK yang berkonsepkan kendiri

itu. Melalui penggunaan PBK sebagai media P&P, peranan yang dimainkan oleh

seorang guru itu sahaja yang berubah iaitu daripada seorang sumber maklumat yang

mutlak menjadi seorang fasilitator atau pembimbing. Selain daripada itu, pihak

Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan beberapa buah Sekolah Bestari sebagai

langkah untuk menerapkan pendidikan yang berasaskan kepada penggunaan komputer.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

Diharapkan, selepas ini akan bertambah lagi usaha yang dijalankan oleh kerajaan

dan juga pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan bagi memastikan bidang

pendidikan pada masa kini berkembang ke arah penggunaan teknologi maklumat

sebagai alat pengurusan dan alat pengajaran serta pembelajaran dan secara tidak

langsung akan dapat memantapkan bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf

yang mencabar ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dunia pendidikan negara kita pada masa kini sangat mengharapkan kehadiran

media pembelajaran yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya

kerana pada ketika itu masyarakat beranggapan bahawa sebuah komputer mampu

membawa keajaiban di dalam bilik darjah adalah suatu perkara yang tidak berasas.

Namun begitu, minat terhadap integrasi teknologi maklumat dalam dunia pendidikan

tidak lenyap begitu sahaja. Berbagai usaha telah dilakukan malah dengan kehadiran

teknologi maklumat pada hari ini sekaligus akan memberikan harapan yang baru dalam

era pendidikan negara bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar

menjadi lebih berkesan. Segala usaha yang dijalankan adalah untuk memantapkan

bidang pendidikan agar selaras dengan arus semasa di alaf baru yang serba mencabar ini.

Maka disebabkan itulah, usaha untuk membangunkan perisian dijalankan.

Perisian ini dikenali sebagai perisian pembelajaran berbantukan komputer atau PBK

yang dapat digunakan oleh pelajar mahupun guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka. PBK ini merupakan salah satu daripada contoh bahan bantu

mengajar (BBM) yang digalakkan penggunaannya secara meluas dalam bidang

pendidikan. Tujuannya adalah untuk memberi kesenangan kepada pelajar mempelajari

dan juga membolehkan

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

pelajar lebih memahami akan konsep-konsep yang abstrak dan isi pelajaran bagi sesuatu

pelajaran terutamanya matapelajaran Kimia. Terdapat beberapa kajian yang

menunjukkan bahawa keberkesanan komputer sebagai media pembelajaran. Antaranya,

kajian yang dijalankan oleh Kulik, Bergert dan William (1983) terhadap 48 orang pelajar

yang menggunakan kaedah tradisional dan juga PBK dan satu lagi kajian yang telah

dijalankan oleh Mathis, Smith dan Hamsen (1970) terhadap sikap pelajar di institusi

pengajian tinggi terhadap PBK (http://simee.bravepages.com/-2002). Secara

keseluruhannya, keputusan kajian tersebut menunjukkan penggunaan PBK dalam proses

P&P dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran berbanding dengan

kaedah pembelajaran secara tradisional. Selain daripada itu, terdapat juga kajian yang

menyatakan bahawa sesuatu pembelajaran itu akan lebih berkesan sekiranya seseorang

manusia menggunakan lebih dari satu deria sewaktu proses P&P.

PBK yang dibina oleh para guru perlulah memberikan tumpuan kepada

penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi yang

sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah. Bahan sumber yang disediakan itu perlulah

berasaskan kepada konsep pedagogi. Pembinaan PBK perlu diimplementasikan dengan

teori pembelajaran terutamanya teori Konstruktivisme yang menggalakkan pembinaan

minda melalui pembelajaran berpengalaman dan aktiviti berpusatkan kepada pelajar.

Guru pula bertindak sebagai fasilitator terhadap pelajar. Di samping itu juga, teknologi

multimedia yang menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, audio, video,

grafik dan animasi turut dimuatkan dalam PBK bagi membantu pelajar mencapai

matlamat pembelajaran di samping mewujudkan konsep pembelajaran yang interaktif

dan kendiri. Penggunaan elemen multimedia ini juga mampu mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berbanding pengajaran secara

tradisional. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan PBK dalam proses P&P

akan mampu merangsang minat dan juga keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari

sesuatu pelajaran di samping dapat menggalakkan penggunaan komputer dikalangan

pelajar dan guru seiring dengan kemajuan teknologi.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kimia, salah satu masalah yang

sering timbul adalah kesukaran guru untuk memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi

mengajar konsep-konsep yang abstrak kepada pelajar dan kesukaran pelajar untuk

memahami penerangan guru tentang konsep tersebut. Keadaan ini akan menggalakkan

pelajar untuk bertindak menghafal setiap penerangan tentang konsep tersebut sedangkan

cara untuk mempelajari sesuatu konsep, pelajar perlulah memahaminya dengan baik. Ini

menyebabkan pelajar berasa tertekan dan beranggapan bahawa matapelajaran Kimia

adalah suatu matapelajaran yang sukar. Sebagai contoh, dalam tajuk Pengoksidaan dan

Penurunan di bawah tajuk kecil Tindak Balas Redoks. Tindak balas redoks adalah

suatu tindak balas yang mengalami proses pengoksidaan dan penurunan secara serentak.

Di dalam tindak balas ini, jika sesuatu unsur itu mengalami proses pengoksidaan maka

ia adalah agen penurunan manakala jika sesuatu unsur itu mengalami proses penurunan,

ia adalah agen pengoksidaan. Namun begitu, pelajar sering mengalami salah konsep

dalam memahami dan mengenali agen pengoksidaan dan agen penurunan disebabkan

pemahaman mereka yang cetek tentang konsep agen pengoksidaan dan agen penurunan.

Kekeliruan yang berlaku menyebabkan pelajar kurang berminat untuk

mempelajari tajuk ini dan terus beranggapan bahawa matapelajaran Kimia adalah suatu

matapelajaran yang sukar untuk dipelajari. Untuk merangsang kembali minat pelajar

untuk mempelajari Kimia dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik serta

proses P&P yang berkesan maka guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang lebih

menarik. Disebabkan itulah, perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang

menerapkan elemen-elemen multimedia dan teori pembelajaran ini dihasilkan di mana

segala kandungannya adalah berkisar tentang tindak balas redoks dan pengaratan

sebagai tindak balas redoks di bawah tajuk Pengoksidaan dan Penurunan. Dengan cara

ini, pelajar akan dapat memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih terhadap tajuk ini

dan juga pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

1.4 Objektif Projek

Secara umumnya, objektif utama projek ini adalah:

i. Untuk membangunkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer atau

dikenali sebagai PBK bagi tajuk kecil dalam Bab Pengoksidaan dan Penurunan,

matapelajaran Kimia Tingkatan 5 KBSM.

ii. Untuk membina sebuah perisian PBK yang akan menggabungkan elemen-

elemen multimedia iaitu penggunaan teks, grafik, animasi, video dan audio. Ini

adalah untuk menarik minat pelajar Tingkatan 5 aliran Sains tulen dalam

menggunakan perisian PBK ini.

iii. Selain daripada gabungan elemen multimedia, perisian PBK yang akan

dibangunkan ini juga menerapkan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian iaitu

teori Behaviorisme, Konstruktivisme dan juga Kognitif. Teori-teori pembelajaran

ini perlulah bersesuaian dengan aras pemikiran dan juga tahap kebolehan pelajar

Tingkatan 5 aliran Sains tulen.

iv. Untuk membina sebuah perisian PBK yang menerapkan konsep pembelajaran

kendiri bagi tajuk kecil dalam Bab Pengoksidaan dan Penurunan, matapelajaran

Kimia Tingkatan 5 KBSM.

v. Untuk membantu para pelajar Tingkatan 5 aliran Sains tulen khususnya dan juga

para guru yang mengajar matapelajaran Kimia KBSM secara amnya. Diharapkan

nanti, dengan pembinaan perisian ini akan dapat menambahkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) matapelajaran kimia, bab pengoksidaan dan penurunan norul safarinie binti abdullah universiti teknologi malaysia

1.5 Objektif Perisian

Secara khususnya, antara objektif utama perisian PBK ini dibangunkan di bawah

tajuk kecil Bab Pengoksidaan dan Penurunan adalah untuk:

i. Mewujudkan konsep pembelajaran kendiri kepada pelajar Tingkatan 5 aliran

Sains tulen yang menggunakan perisian ini di dalam proses pembelajaran

mereka.

ii. Merangsang minat dan keseronokan pelajar dalam mempelajari matapelajaran

Kimia dengan menggunakan perisian yang interaktif.

iii. Membantu guru yang mengajar matapelajaran Kimia dalam mempelbagaikan

kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di samping dapat mewujudkan suatu

proses P&P yang lebih bermakna kepada pelajar.

iv. Membantu memudahkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas terhadap sesuatu

konsep yang abstrak yang terdapat di bawah tajuk pengoksidaan dan penurunan

ini dengan menggunakan bantuan unsur-unsur multimedia.

v. Menggalakkan penggunaan komputer dikalangan pelajar dan guru terutamanya

dalam proses P&P sebagai menyahut seruan kerajaan dan bergerak seiring

dengan perkembangan teknologi semasa.