pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

32
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer 1.0 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran kini mengalami banyak proses transformasi. Pengaplikasian kaedah dan teknik terbaru banyak memberi peluang kepada guru dan pelajar mencuba sesuatu kaedah dan teknik bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian selaras dengan perkembangan budaya ilmu kini. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan informasi dicapai dan diaplikasi. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer merupakan satu proses pengajaran yang kini menjadi suatu yang penting dalam mencapai objektif pengajaran. Penggunaan kemajuan teknologi yang kian membangun dalam menyebar ilmu dapat menarik minat pelajar mengikuti pengajaran di sekolah. Justeru, berbetulanlah pihak IPG memberi kursus BMM3105-Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer kepada kami agar kami pelajar-pelajar PPG lebih menguasai, terdedah dan dapat mengaplikasikannya di sekolah. Semuga ilmu yang kami peroleh dapat dimanfaatkan untuk anak bangsa. 2.0 Rancangan Pengajaran Harian 1

Upload: government

Post on 01-Jul-2015

5.772 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

1.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran kini mengalami banyak proses

transformasi. Pengaplikasian kaedah dan teknik terbaru banyak memberi

peluang kepada guru dan pelajar mencuba sesuatu kaedah dan teknik bagi

meningkatkan penguasaan dan pencapaian selaras dengan perkembangan

budaya ilmu kini. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi

memudahkan informasi dicapai dan diaplikasi.

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

merupakan satu proses pengajaran yang kini menjadi suatu yang penting

dalam mencapai objektif pengajaran. Penggunaan kemajuan teknologi yang

kian membangun dalam menyebar ilmu dapat menarik minat pelajar

mengikuti pengajaran di sekolah. Justeru, berbetulanlah pihak IPG memberi

kursus BMM3105-Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

kepada kami agar kami pelajar-pelajar PPG lebih menguasai, terdedah dan

dapat mengaplikasikannya di sekolah. Semuga ilmu yang kami peroleh dapat

dimanfaatkan untuk anak bangsa.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan pengajaran harian ialah rangka kerja aktiviti pengajaran

pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu

jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuannya ialah untuk menjamin objektif

tercapai dan meningkatkan keyakinan serta kesediaan guru untuk mengajar.

2.1 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Harian (RPH) sangat

penting kepada guru. RPH dapat meningkatkan keyakinan dan

kesediaan guru untuk mengajar. Selain itu, RPH juga

mengelakkan guru daripada terseleweng atau terkeluar

1

Page 2: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

daripada topik yang hendak diajar. Di samping itu, RPH

membantu guru merancang siri aktiviti dan komponen

pengajaran dengan berkesan dan lancar. RPH juga membantu

guru menggunakan masa secara optimum dan mengehadkan

skop pengajaran dalam sesuatu jangka waktu. Selain itu, RPH

membantu perkembangan pengajaran secara lancar dan

tersusun.

2.2 Panduan Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian

Guru menyediakan rancangan pelajaran harian yang

mengandungi:

a. Tajuk atau isi pelajaran

b. Objektif

c. Aktiviti yang menekan kepada perkara-perkara berikut;

i. objektif

ii. kesesuaian peruntukan masa pembelajaran

iii. kemahiran berfikir

iv. kemahiran social

v. berpusat kepada murid

vi. potensi murid

d. Alat Bantu Mengajar dan bahan Bantu belajar yang

sesuai dengan aktiviti dan saiz kelas

e. Refleksi ditulis selepas pengajaran dan pembelajaran

f. Catatan ditulis menggantikan refleksi sekiranya tiada

berlaku pengajaran dan pembelajaran

3.0 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

3.1 Iklim kelas

3.1.1 Memastikan persekitaran pembelajaran yang

kondusif, selamat, bersih dan ceria serta tenteram

2

Page 3: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

3.1.2 Memastikan murid bersedia untuk belajar dari segi

fizikal, mental, emosi dan peralatan untuk belajar

seperti buku dan alat tulis

4.0 Set Induksi

4.1 Berkaitan dengan tajuk

4.2 Menimbulkan minat murid

4.3 Menjurus kearah kesediaan minda murid

4.4 Tidak melebihi 10% daripada waktu pengajaran

5.0 Perwatakan dan Peranan Guru

5.1 Berpakaian sesuai, kemas, bersih dan mematuhi arahan dan surat

pekeliling

5.2 Berinteraksi secara sopan menggunakan bahasa dan nada suara yang

sesuai

5.3 Menepati masa

5.4 Mengenali semua murid dan prihatin terhadap keperluan mereka

5.5 Mewujudkan suasana riang,bersifat mesra, ceria,kecindan, mudah

didekati, sedia membantu tetapi tegas

6.0 Strategi Penyampaian

6.1 Penyampaian guru

a. Suara yang jelas dan terang

b. Menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira

pengalaman dan potensi murid

c. Berfokus kepada apa yang diajar

d. Mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KBSR /

KBSM

3

Page 4: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

e. Membuat penilaian berterusan

6.2 Teknik menyoal:

6.2.1 Ciri-ciri soalan yang dikemukakan:

i. Soalan yang jelas dan mudah difahami

ii. Menyusun aras soalan dari yang mudah kepada

sukar

iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil

nama murid yang akan menjawab

iv Berusaha mencungkil jawapan daripada murid

v. Mengemukakan soalan kepada seluruh kelas

vi Memberi masa yang mencukupi kepada murid

sebelum menjawab

vi. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang

murid menjawab

sesuatu soalan

6.2.2 Guru-guru mengemukakan soalan- soalan yang

berunsur KBKK/KBSB dalam pelbagai aras:

i. Pengetahuan

ii. Kefahaman

iii. Aplikasi

iv. Analisis

v. Sintesis

vi Rumusan dan penilaian

6.2.3 Memberi respon terhadap soalan murid dengan:

i. Menghargai soalan murid

ii. Meminta murid lain memberi respon

iii. Meminta murid lain memberi jawapan

iv. Memberi jawapan kepada soalan murid

v. Memberi ulasan / huraian

4

Page 5: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

7.0 Penggabungjalinan

7.1 Menggabungjalinkan dua atau lebih kemahiran /elemen dalam satu

waktu pengajaran

8.0 Penyerapan

8.1 Menyampaikan isi kandungan mata pelajaran di samping

menerapkan:

i. nilai-nilai murni

ii. KBKK/ KBSB

iii. Kemahiran belajar

iv. Kemahiran generic

v. Kemahiran proses sains

vi. Patriotisme

vii. Pendidikan kesihatan keluarga dan alam sekitar

viii. Pendidikan anti dadah dan AIDS

ix. Pendidikan anti rasuah

x. Pendidikan jalanraya

xi. Kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan

9.0 Pengukuhan

9.1 Memberi latuh tubi

9.2 Memberi kerja rumah / tugasan

9.3 Mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti

pembelajaran

9.4 Memberi latihan dan tugasan bagi tujuan menilai kefahaman,

penguasaan dan penghayatan murid.

5

Page 6: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

10.0 Pengayaan

Aktiviti pengayaan dijalankan dengan :

i. Membimbing murid mencari maklumat tambahan

ii. Menyediakan bahan-bahan untuk maklumat tambahan dan

Menggalakkan murid belajar daripada maklum balas

iii. Membimbing murid membuat jangkaan masa depan

11.0 Pemulihan

Menjalankan aktiviti pemulihan dengan:

i. Membimbing murid secara individu

ii. Menggunakan pelbagai bahan

iii. Memberi latihan ulangan

iv. Menggunakan pelbagai teknik pengajaran

12.0 Penilaian

Membuat penilaian melalui:

i. Pemerhatian

ii. Soal jawab

iii. Perbincangan

iv. Kerja Bertulis

v. Kerja rumah

13.0 Pembelajaran murid

Memastikan murid:

i. Bersedia mengikut pelajaran

ii. Melaksanakan pembelajaran arah kendiri

iii. Mengaplikasikan kemahiran mengambil nota

iv Mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran

v. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

vi. Mengemukakan pendapat se masa perbincangan

6

Page 7: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

vii. Berdisiplin

14.0 Penutup

Merumus isi pelajaran dengan

i. Menegaskan isi-isi penting

ii. Memberi cadangan atau panduan meninkatkan kefahaman

iii. Mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu

iv. Mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian

v. Mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan

15.0 Tugasan Rancangan Pengajaran Harian

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAHUN : 4A2

TARIKH : 4 JULAI 2012

MASA : 11.15 PAGI – 12.15 TENGAH HARI

BIL. MURID : 32 ORANG ( 10 PEREMPUAN DAN 22 LELAKI )

MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU

UNIT : 6

TEMA : HARGAI WARISAN KITA

TAJUK : ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

PAKEJ/MODUL : KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR,

MEMBACA DAN MENULIS

FOKUS UTAMA

LISAN

1.5 Aras 1 (iii) – Menerangkan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan.

BACAAN

5.1 Aras 1(i) – Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul

7

Page 8: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

MENULIS

9.2 Aras 2 (i) – Mencatat nota dalam bentuk grafik.

FOKUS SAMPINGAN

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat :

a) Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.b) Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan menarik.c) Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam

bentuk jadual.

KEMAHIRAN BAHASA

i Lisan

Ii Bacaan

Iii Tulisan

SISTEM BAHASA

i Tatabahasa : Ayat tunggal, ayat majmuk dan penjodoh bilangan.

ii Kosa kata :Getaran, dipalu, bergema, menggesek.

PENGISIAN KURIKULUM

i Ilmu : Pendidikan Muzik, Sejarah

ii Nilai : Menghargai warisan, bertanggungjawab, baik hati.

iii KBT : - Kecerdasan pelbagai ( linguistik, interpersonal dan muzik)

- Kemahiran berfikir ( mengesan dan mengkategori )

- Kemahiran generik ( Kemahiran belajar )

8

Page 9: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan berpusatkan murid

PENEKANAN KONSEP 5P

i Penggabungjalinan : Kemahiran bertutur, membaca dan menulis

ii Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik, Sejarah; Nilai murni : menghargai

warisan, bertanggungjawab, baik hati.

iii Pemulihan : Membaca kosa kata secara latih tubi.

iv Pengayaan : Membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional.

v Penilaian : Membuat jadual pengelasan jenis alat muzik mengikut

kaum.

BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i Bahan multimedia : LCD, CD, komputer

ii Bahan bercetak : Teks, lembaran kerja, gambar, kad perkataan

PENGETAHUAN SEDIA ADA

i Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan lain-lain.

9

Page 10: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH/

MASAISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

( 5 minit )

Meneka alat muzik

( kompang )

1. Guru perdengarkan lagu

“Pengantin Baru”. Murid

meneka alat muzik yang

digunakan.

2. Bersoal jawab dengan

murid mengenai kegunaan

kompang.

3. Guru mengaitkan dengan

isi pelajaran hari ini.

Kemahiran

belajar

(mentafsir

maklumat)

ABM :

komputer

Langkah 1

( 10 minit )

Petikan teks alat-

alat muzik

tradisional

Malaysia.

Lampiran A

1. Setiap murid diberikan

petikan. ( Lima orang

murid pemulihan diberikan

gambar alat muzik beserta

nama )

2. Murid membaca petikan

dengan gaya dan intonasi

yang betul.

3. Guru meminta beberapa

orang murid membaca

petikan dengan kuat.

Murid lain mendengar dan

memberi komen

mengenai intonasi dan

nada.

Bahan :

Teks,

gambar

SP :

Koperatif

Nilai :

Bekerjasama

Langkah 2

(10 minit )

Alat-alat muzik 1. Murid diminta duduk dalam

kumpulan pelbagai

kecerdasan.

P&P :

Berpusatkan

murid

10

Page 11: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

2. Murid diberi kad gambar

dan perkataan

3. Pertandingan

memadankan kad gambar

dan perkataan antara

kumpulan.

4. Kumpulan yang cepat dan

betul akan diberi bintang.

5. Wakil kumpulan

dikehendaki ke hadapan

kelas dan menyebut nama

alat-alat muzik tersebut.

SP :

Koperatif

dan

kolaberatif

KBT : Verbal

Linguistik

Nilai : Baik

hati,

kerjasama,

bertanggung

jawab

BBM : Kad

gambar, kad

perkataan,

kad bintang.

Langkah 3

( 15 minit )

Tayangan

gambarpersembah

an t muzik

tradisional Melayu,

Cina dan India.

1. Guru menayangkan

persembahan muzik

tradisional Melayu, Cina

dan India.

2. Guru turut memberi

penerangan tentang

kegunaan dan asal usul

alat muzik tersebut.

3. Murid dikehendaki

menyebut semula alat –

alat muzik berdasarkan

sesuatu kaum.

4. Guru menerangkan

penjodoh bilangan yang

sesuai untuk alat muzik

tersebut.

KB :

Mentasir

maklumat

SP : Kontek

Luar

Tatabahasa :

sebuah,

sepasang,

set

Bahan :

LCD, Skrin,

komputer

Nilai : Berani

mencuba

11

Page 12: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

Langkah 4

( 15 minit )

Membuat jadual

jenis alat-alat

muzik tradisional

kaum Melayu,

Cina dan India.

1. Murid dikehendaki

membuat jadual serta

menulis jenis alat muzik

tradisional . (Guru

bertindak sebagai

fasilitator )

2. Murid diminta mengisi

jadual tersebut dengan

menulis jenis alat muzik

dari kaum Melayu, Cina

dan India.

3. Guru berbincang dengan

murid jawapan yang tepat.

4. Bagi kumpulan pemulihan,

guru memberikan

lembaran

Rujuk lampiran B.

KB :

Menyatakan

sebab dan

alasan.

Bahan :

Lembaran

kerja

( lampiran

B )

Penutup

( 5 minit )

Didik hibur

( Pantun )

1. Guru memaparkan

serangkap pantun.

2. Guru mengajak murid

membaca pantun dengan

intonasi dan gaya yang

betul.

3. Guru merumuskan

pengajaran dan

pembelajaran serta

menekankan aspek nilai

yang terdapat semasa

aktiviti hari ini.

KG : TMK

Nilai :

menghargai

warisan

Negara

Bahan :

LCD,

komputer

12

Page 13: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

Refleksi : .................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

Ulasan guru pembimbing : .......................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

Ulasan pensyarah penyelia : .....................................................................................

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

16.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ( Bahan Bantu Mengajar )

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan

program pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk

mengetahui sesuatu dan untuk menjadikanpembelajaran baik dan lebih menarik.

Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yangtersisih sifatnya

daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut

Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ), bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam

Pengajaran Bahasa, mengatakan bahawa ; ‘

13

Page 14: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

“ alat bantu‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu

dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid

serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.”

Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964)yang digambarkan

dalam bentuk“cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan

proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM

juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru

kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut

sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.

David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu

sumber, pesanan, saluran danpenerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan

dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi

pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu

digunakanuntuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya

mengambil tempat seorang guru.

17.0 Pengajaran

Merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu,

mempengaruhi,mempengaruhi dan menghibur. Tugas pengajar untuk memberitahu

atau menyampai satuhimpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan

BBM juga untuk mempengaruhi dan menghibur .( Kamarudin Husin: 1989)

18.0 Pembelajaran

Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran

berjaya dicapai dandipertingkatkan melalui:

• penerangan guru yang jelas

• pengalaman murid yang bererti

14

Page 15: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

• kegiatan yang menyeronokkan murid dan guruJadi, pembinaan BBM

dibuat dengan teliti dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas.

19.0 Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar BBM

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/

murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan

gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yangdigunakan dalam

pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan

sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.Atan

Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:

alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul

Hamid ( 1981)

membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik .

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang

mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi

pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap

sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” Berdasarkan pendapat-

pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikankepada tiga

kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,

filem jalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring

hitam, CD komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang

tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti suara, gambar,carta, model,

surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad

imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan,

lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

19.1 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran

dan Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 :

65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut.

15

Page 16: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

i. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu

konsep

ii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

iii. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

iv. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan

aktiviti sendiri di kalangan pelajar

v. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui

filem bergerak.

vi. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan

perbendaharaan kata pelajar.

vii. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan

pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Mengikut Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM

seperti berikut:

1. Memberi rangsangan dan minat murid-muird.

2. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

daripada murid-murid.

3. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah

oleh cara-cara lain,

5. Menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan

beragam.dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan

perkembangan perbendaharaan kata.ia mendorong murid-murid untuk

menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan

murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:

1. Menjimatkan masa

2. Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid

3. Menyeronokkan murid-murid.

16

Page 17: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

17

Page 18: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

Petikan Teks

Alat Muzik Tradisional Malaysia

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan

kebudayaan. Ini kerana Malaysia sebuah negara yang terdiri

daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Justeru, terdapat pelbagai alat muzik di Malaysia.

Antara alat muzik yang terkenal mengikut kaum Melayu di

Malaysia ialah kompang, rebana dan gamelan. Bagi kaum

Cina pula, mereka terkenal dengan alat muzik gong dan er

hu. Kaum India juga tidak ketinggalan dengan alat muzik

terkenal mereka seperti tabla, marakas dan seruling.

Alat-alat muzik tradisional ini biasanya dimainkan pada

perayaan-perayaan atau persembahan tertentu. Gabungan

alat muzik ini menjadikan negara Malaysia unik dengan

kepelbagaian budayanya.

18

Page 19: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

Lembaran Murid Pemulihan

19

rebana gamelan gong

marakas er hu seruling

kompantabla

Page 20: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

20

Page 21: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

Jadual alat-alat muzik tradisional

21

Page 22: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

22

Page 23: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

23

Page 24: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer

24