kertas konsep individu plc

17
GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK 1 PENULISAN KERTAS KONSEP MEMBUDAYAKAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (TUGASAN INDIVIDU) NAMA : NADIA FASHA BINTI MOHD DRUS (P76345) SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 PENSYARAH : PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH

Upload: nadia-sofwan

Post on 17-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

KERTAS KONSEP

TRANSCRIPT

GGGB6012PENULISAN AKADEMIK 1

PENULISAN KERTAS KONSEP

MEMBUDAYAKAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

(TUGASAN INDIVIDU)

NAMA :NADIA FASHA BINTI MOHD DRUS (P76345)SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH

MEMBUDAYAKAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

NADIA FASHA BINTI MOHD DRUS Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAKKomuniti Pembelajaran Profesional (KPP) adalah usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Guru merupakan nadi kepada kejayaan murid. Justeru, amat penting untuk warga pendidik melalui suatu fasa perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajan melalui pelaksanaan KPP. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pembudayaan amalan KPP dikalangan guru matematik. Perbincangan ini meliputi konsep KPP secara umum dan secara khususnya dalam matapelajaran matematik. Selain itu, kertas konsep ini turut membincangkan kepentingan amalan KPP di kalangan warga pendidik. Seterusnya, kertas konsep ini juga membincangan tentang isu- isu yang menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan amalan KPP di sekolah. Sebagai penambahbaikan, kertas kosep ini mengutarakan beberapa cadangan bagi meningkatkan amalan KPP di skeolah khususnya dalam kalangan warga guru matematik.

1.0 PENGENALAN

Kertas konsep ini membincangkan tentang kepentingan membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di Malaysia. Seiring dengan hasrat kementerian yang ingin meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, maka satu anjakan paradigma dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah dilaksanakan oleh para guru dan pemimpin di sekolah. Hal ini seiring dengan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh (Jones, 2010) di sekolah- sekolah di United Kingdom yang menyatakan bahawa KPP merupakan salah satu cara untuk menggerakan perubahan amalan professional yang mana ia boleh memberi impak atau kesan positif terhadap penambahbaikan keseluruhan sistem pendidikan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah dengan memperkenalkan amalan KPP di kalangan semua guru dan pemimpin sekolah di Malaysia supaya tahap profesionalisme individu dapat ditingkatkan.Oleh yang demikian, demi merealisasikan hasrat murni kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia, para pemimpin dan guru di sekolah harus memandang amalan KPP ini dari sudut yang positif dan bersedia untuk menerima perubahan. Matlamat utama dalam menjayakan KPP ini adalah untuk menjamin kejayaan setiap pelajar bagi setiap penetapan dan penambahbaikan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan. Guru seharusnya bersedia untuk belajar bagi meningkatkan dan menambahbaik kemahiran pengajaran untuk menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas.Kertas konsep ini juga akan mengupas perihal kepentingan membudayakan amalan KPP dalam kalangan guru matematik yang meliputi pembentukan budaya belajar secara berterusan dalam kalangan guru dan memupuk amalan perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi bagi meningkatkan kualiti guru. Pelaksanaan amalan KPP ini juga dilihat dari aspek kesediaan guru serta budaya guru- guru di sesebuah sekolah tersebut. Disamping itu, kertas konsep ini juga akan mengetengahkan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pelaksanaan KPP di sekolah terutamanya dalam kalangan guru matematik.Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini mengalami banyak perubahan dan cabaran. Justeru, bagi menangani segala cabaran yang menimpa, para guru seharusnya bersedia untuk membuat suatu perubahan dalam amalan profesional khususnya. Perubahan ini termasuklah bersedia untuk melaksanakan teknik dan kaedah pengajaran yang baharu selari dengan era pendidikan masa kini. Oleh itu, menerusi pembudayaan KPP dalam kalangan guru, diharapkan para guru dapat berkongsi amalan- amalan positif yang memacu ke arah kecemerlangan pelajar dan sekolah.

2.0KONSEP AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK

KPP boleh dirungkaikan sebagai sebuah komuniti yang membentuk sebuah budaya yang menggambarkan semua warga sekolah yakni barisan pentadbir dan guru belajar dan mejadi murid. Setiap individu yang terdapat dalam komuniti sekolah memainkan peranan masing- masing dan haruslah mengambil tanggungjawab antara satu sama lain untuk belajar bagi memastikan kesejahteraan warga sekolah. Ianya selari dengan dapatan (Myers dan Simpson, 1998) yang menyatakan bahawa kesejahteraan sekolah didukung oleh kesediaan guru- guru untuk saling bekerjasama dalam menggalas tanggungjawab di sekolah. Pengetua dan barisan kepimpinan serta semua guru di sekolah adalah ahli KPP. Mereka ini adalah staf profesioanal yang berfokuskan kepada tugas guru yang dianggap sebagai staf profesional yang sentiasa mengamalkan pembelajaran secara berterusan. Mereka sentiasa mencari dan berkongsi pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan sekolah dan pembelajaran murid-murid. Pembentukan budaya ilmu ini memperlihatkan KPP adalah komuniti yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga sekolah.Kewujudan budaya ini akan mewujudkan kapasiti dalaman yang merupakan usaha kearah menggalakkan guru-guru menjadi pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing. KPP ini mempunyai lima dimensi penting iaitu; i) perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong, ii) kesepunyaan nilai-nilai, norma, misi dan visi, iii) pembelajaran secara kolektif dan pengaplikasian, iv) perkongsian amalan personal, dan v) keaadaan-keadaan yang menyokong dari segi hubungan dan struktur. Kelima-lima dimensi ini saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain dalam menentukan pembelajaran guru-guru berlaku secara berterusan dan dapat meningkatkan prestasi murid-murid di sekolah. Setiap dimensi yang terdapat dalam KPP mempunyai atribut kritikal yang menggambarkan setiap fasa pembangunan sekolah iaitu permulaan, pelaksanaan dan pengamalan. Berikut merupakan lima dimensi yang dikenal pasti berdasarkan (Zuraidah, 2010):

1. Perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong: dimensi ini merujuk kepada kepemimpinan di dalam sesebuah komuniti sekolah yang berkongsi. Perkongsian kepemimpinan ini akan menunjukkan sebuah komuniti yang akan membangunkan kapasiti kepemimpinan menyokong. Hal ini terbentuk kerana suasana dan iklim komuniti yang menggalakkan amalan penurunan kuasa kepada semua ahli2. Kesepunyaan nilai-nilai, matlamat, misi dan visi: dimensi ini merujuk kepada komuniti pembelajaran yang menunjukkan rasa kesepunyaan nilai, matlamat, misi dan visi yang sama. Misi dan visi yang dibentuk adalah bersifat telus kepada semua.3. Pembelajaran secara kolektif dan pengaplikasian: dimensi ini menggambarkan hubungan kolaboratif di dalam komuniti sekolah yang tertumpu kepada meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat dan pembuatan keputusan yang berasaskan ilmu pengetahuan. Ia menitikberatkan proses kognitif yang menunjukkan keputusan daripada keberkesanan KPP dan mementingkan amalan bekerja secara kolektif bagi menghasilkan kurikulum dan amalan-amalan pengajaran yang berkesan.4. Perkongsian amalan personal: dimensi ini lebih memberi perhatian terhadap proses yang menggalakkan guru-guru berinteraksi, menyediakan maklum balas dan berkongsi keputusan pengalaman-pengalaman pembelajaran murid. Hal ini berlaku di sekolah dan di dalam bilik-bilik darjah yang melibatkan model berasaskan penyelidikan seperti kajian tindakan, membimbing, mewujudkan sistem mentormentee dan melakukan pembuatan keputusan secara bersama.5. Keadaan yang menyokong - dari segi perhubungan dan struktur: dimensi ini merupakan dimensi yang sangat penting dalam membentuk KPP. Ia menggambarkan 6 sesebuah KPP yang memberi komitmen dengan menunjukkan sokongan dalam mengekalkan proses penambahbaikan sekolah berlaku secara berterusan. Dimensi ini juga telah mengenal pasti syarat-syarat pembentukannya melalui sokongan logistic dari segi i) penjadualan, ii) sumber-sumber, ii) sokongan kognitif dan iv) social seperti memberi peluang dalam kepemimpinan dan sistem komunikasi yang berkesan.Para pengkaji telah menakrifkan KPP ini dari pelbagai aspek dan ia adalah berdasarkan kefahaman dan perspektif pengkaji masing- masing. Namun, konsep mudah yang boleh difahami adalah KPP merupakan komuniti di sekolah iaitu manusia, bersama-sama secara kolektif bekerja dan berkongsi kemahiran, kepakaran dan pengetahuan bagi mencapai tujuan yang sama. Zuraidah (2010) pula mentakrifkan KPP sebagai alat untuk melahirkan budaya belajar untuk belajar. Seluruh komuniti di sekolah bersama- sama belajar untuk menggapai hasil yang cemerlang. Bagi (Carpenter, Peter & Sundin, 2009) pula, mereka memberi maksud profesional sebagai seseorang yang sentiasa berterusan belajar agar dapat mengadaptasi kepada perubahan yang sentiasa berlak. Waters pula (2009) mendapati guru-guru di sekolah yang mengamalkan KPP dapat membantu mengubah amalan pengajaran dan memberi fokus kepada keperluan pembelajaran murid dan pengajaran yang berkesan.Secara kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa KPP ini berkaitan dengan membangunkan suatu budaya baharu di sekolah iaitu budaya belajar dan sentiasa belajar secara berterusan supaya dapat bergerak ke hadapan seiring dengan perubahan masa. Ianya bertepatan dengan Scherer (2009) memetik kata-kata Hord bahawa beliau percaya hari ini KPP merupakan strategi dan struktur yang paling berkuasa dalam usaha menambahbaik dan meningkatkan keberkesanan sekolah. pendapat Darling-Harmond & Richardson (2009), dewasa ini murid harus dibantu untuk belajar berfikir secara analitikal. Para pendidik harus meningkatkan pembelajaran untuk mengajar dengan menggunakan pendekatan pemikiran berprestasi dan tahap tinggi. Oleh yang demikian, sekolah harus memupuk dan membangunkan amalan KPP yang berkesan.

3.0KEPENTINGAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK

Terdapat beberapa kepentingan menerusi amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan guru matematik sebagai salah sat usaha untuk menambahbaik profesionalisme para guru. Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Menerusi penglibatan para guru dalam aktiviti seperti ini, maka tahap profesionalisme para guru dapat ditingkatkan lagi.3.1 Membudayakan amalan KPP dalam kalangan guru matematik yang meliputi pembentukan budaya belajar secara berterusan dalam kalangan guru matematik.

Seiring dengan era transformasi negara dalam bidang pendidikan masa kini, warga pendidik seharusnya bersedia untuk mengadakan suatu revolusi dalam pembelajaran yang dapat mengubah cara pembentukan dan perkembangan komuniti sekolah, khususnya para guru di sekolah. Pada era globalisasi ini, kualiti sesebuah komuniti itu bukan ditentukan berdasarkan kepada saiznya tetapi ia diukur pada asas ilmu pengetahuannya. Maka, adalah sangat penting bagi seseorang guru itu untuk mengamalkan budaya belajar secara berterusan. Dalam bidang matematik khususnya, perubahan sukatan pelajaran seringkali berubah- ubah mengikut masa, dan sudah tentu kaedah atau pendekatan pengajaran juga akan berubah. Oleh itu, untuk menghadapi segala perubahan yang berlaku, guru haruslah mempunyai semangat untuk belajar bagi menambahkan lagi kemahiran guru dan ilmu perngetahuan.Guru dalam organisasi pendidikan akan menghasilkan sebahagian besar keuntungan kepada institusi pendidikan melalui modal insane dan modal intelek. Oleh yang demikian, bagi mencapai keberhasilan ini, pendekatan yang terbaik untuk mengembangkan lagi budaya belajar bertahap tinggi adalah melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) (Zuraidah, 2010). KPP ini akan wujud dengan penerapan budaya belajar dalam kalangan setiap ahli komuniti sekolah. Dalam konteks bidang pengajaran matematik, guru- guru iaitu ahli panitia matematik bolehlah duduk bersama- sama dan membincangkan segala isu atau masalah yang melibatkan matapelajaran matematik dan bersama- sama mencari jalan penyelesaian. Budaya belajar dan saling kerjasama seperti ini memberi impak yang tinggi terhadap sesebuah komuniti kerana ia mampu membuat perubahan dalam cara pengajaran, pengurusan dan kepimpinan sekolah.3.2 Meningkatkan kualiti guru.

Melihat kepada perkembangan pendidikan di negara- negara maju, pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan warga pendidik merupakan salah satu usaha yang dijalankan bagi meningkatkan profesionalisme guru- guru. Maka, pihak kementerian pendidikan di Malaysia melihat KPP ini sebagai salah satu inisiatif yang dijangkakan dapat membantu meningkatkan kualiti guru berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara maju yang telah lama mengamalkan KPP. Konsep komuniti pembelajaran profesional di negara- negara tersebut merangkumi aktiviti- aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sebagai contoh, ia melibatkan kerjasama guru antara pelbagai sekolah dalam daerah yang sama. Pihak sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk membantu dalam menterjemah kurikulum serta aktiviti kolaboratif antara beberapa pihak dapat membantu memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional oleh masyarakat guru di negara- negara maju, antaranya aialah sesi pengajaran bersama rakan guru (peer coaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson study merupakan salah satu kaedah pelaksanaan aktiviti pengajaran dan persediaan secara kolaboratif yang semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di banyak negara- negara maju. Kaedah lesson study ini mengumpulkan beberapa orang guru yang mengajar matapelajaran yang sama contohnya matematik, duduk bersama untuk berbincang dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang ingin dijalankan. Sesi pengajaran tersebut akan dijalankan oleh salah seorang guru tersebut manakala guru ain bertindak sebagai fasilitator.4.0 ISU- ISU Hasil dari tinjauan literatur yang dibuat ke atas kajian- kajian lepas, hasil yang didapati adalah berkenaan dengan tahap amalan Komuniti Pembelajaran Profesional ini di sekolah- sekolah rendah mahu pun menengah. Justeru, kertas konsep ini akan mengupas isu- isu yang berkaitan dengan pelaksaan KPP ini di sekolah. Isu pertama yang ingin dikupas adalah berkaitan dengan kesediaan guru untuk melaksanakan KPP dan budaya guru di sekolah.

4.1 Isu pertama : Adakah guru- guru di sekolah benar- benar bersedia untuk mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)?

Meninjau berkenaan isu berkaitan dengan kesediaan guru di sekolah untuk mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional, ia boleh difokuskan kepada kesediaan guru tentang konsep KPP itu sendiri. Bukan semua guru faham apa itu KPP dan bagaimana ia dijalankan kerana kurangnya pendedahan tentang amalan ini kepada warga pendidik. Apabila para guru tidak memahami dengan sebaiknya tentang ilmu KPP, maka pelaksanaannya akan sedikit terbatas dan sukar untuk mendapatkan sokongan dari mereka dalam proses melaksanakan KPP di sekolah- sekolah dalam Malaysia. Bagi melaksanakan KPP, ia menuntut sedikit luangan masa dari pihak guru untuk duduk bersama dan berbincang tentang isu- isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencari jalan untuk mengatasinya. Sebagai contoh, apabila sekumpulan guru mendapati terdapat masalah ketika mengajar suatu topik tertentu, mereka perlu duduk semeja dan berbincang apakah pendekatan pengajaran yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Kemudian, barulah dilaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terbabit.

4.2 Isu kedua : Bagaimanakah guru dapat mengubah budaya pengajaran sedia ada mereka kepada pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)?

Isu seterusnya yang ingin dikupas adalah berkaitan dengan budaya guru- guru di sekolah yang mencakupi aspek teknik pengajaran dan pembelajaran. Menurut Harris and Jones (2010), di semua sekolah terdapat budaya dominan yang diamalkan oleh warga pendidik di sekolah tersebut dan mereka inilah yang akan memberi tindak balas terhadap perubahan yang ingin dilakukan samada menyokong atau melemahkan inovasi tersebut. Dapatan dalam kajian Harris and Jones (2010) juga ada menyatakan bahawa di sesetengah sekolah, kumpulan yang ingin melaksanakan KPP telah mendapat tentangan hebat daripada guru- guru yang tidak biasa dengan gerak kerja KPP dan merasa curiga dengan kerja kumpulan.Budaya sedia ada di sekolah, setiap guru mempunyai kaedah atau pendekatan pengajaran yang memang mereka sukai dan selesa untuk melaksanakan kaedah tersebut. Sebagai contoh, terdapat guru yang tidak minat untuk mengadakan pengajaran secara kolaboratif kerana berpendapat bahawa murid akan hilang tumpuan apabila terdapat lebih dari seorang guru semasa di dalam kelas. Guru cenderung untuk menggunakan kaedah tradisional atau konvensional yang berbentuk kuliah kepada para pelajarnya.

5.0 CADANGAN

Dalam usaha untuk memperkasakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) ini di kalangan warga pendidik, pelbagai usaha perlu dilaksanakan dan digerakkan oleh pelbagai pihak. Ia harus bermula dari pihak kementerian sendiri, yang harus turun ke lapangan untuk memberi terjemahan yang jelas mengenai KPP dan mengapa ia sangat wajar dilaksanakan. Satu modul khas harus dibekalkan kepada setiap warga pendidik supaya mudah untuk mereka merujuk tentang apa yang perlu dilakukan dan garis panduan pelaksanaan program tersebut.

Pembudayaan amalan KPP di kalangan guru matematik khasnya perlulah didasari dengan peranan pihak sekolah itu sendiri iaitu membangunkan komuniti mereka secara kolektif. sebuah organisasi yang melibatkan semua komuniti dalam pelbagai peringkat untuk bekerja secara kolektif dan berterusan meningkatkan kapasiti mereka. Selanjutnya, Senge (1993) menjelaskan organisasi pembelajaran berupaya meningkatkan kapasiti komuniti sekolah menerusi sikap kolektif terhadap pembangunan visi dan pembelajaran sebagai satu unit organisasi atau secara kolektif berbanding secara individu. Permuafakatan dalam kalangan murid, komuniti sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat membawa implikasi kepada struktur sekolah yang berupaya diubah dan budaya positif sekolah berjaya menangani masalah dalaman sekolah kerana sikap prihatin komuniti setempat serta mereka saling menghormati seperti sebuah keluarga.

Selain itu, para guru matematik khususnya perlulah bersedia untuk berkongsi amalan persendirian iaitu tidak lokek ilmu untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan sekerja lain berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Setiap guru mempunyai isu yang berbeza atau pun sama yang perlu diselesaikan semasa di dalam kelas. Maka, guru yang pernah menangani isu yang sama bolehlah berkongsi pendekatan yang dijalankan untu menangani masalah yang sama. Perkongsian amalan ini boleh dilaksanakan malalui sesi pengajaran kolaboratif bersama rakan guru atau pun lebih dikenali sebagai peer coaching. Misalnya, pintu bilik darjah terbuka untuk semua guru dan wujudnya perbincangan terbuka. Amalan tersebut menyamai pandangan Louis dan Kruse (1995) bahawa penilaian kendiri guru merupakan suatu amalan biasa dalam KPP. Amalan tersebut bukan merupakan proses penilaian formal sekolah tetapi sebahagian daripada usaha rakan sejawat membantu rakan mereka yang lemah.

6.0 KESIMPULAN

Pelaksanaan KPP dilihat sebagai satu usaha yang sangat baik untuk dilaksanakan di sekolah kerana ia merangkumi keseluruhan ahli komuniti dalam sekolah tersebut. Setiap warga sekolah umumnya harus bersedia melalui transformasi dalam budaya kerja supaya tahap profesionalisme masing- masing dapat ditingkatkan lagi.Konsep KPP yang sudah sekian lama dipraktikkan di luar negara pada masa ini telah diharapkan dapat membawa perubahan dalam budaya sekolah sehingga mewujudkan sikap saling bekerjasama, kemampuan untuk berkongsi tanggungjawab antara kepimpinan sekolah dan guru-guru, komitmen yang tinggi dalam perkongsian nilai, visi dan misi malah pembentukan budaya kolaboratif antara guru dengan komuniti sekolah yang akhirnya telah berjaya membawa kepada peningkatan sahsiah dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Pelaksanaan KPP di sekolah bukanlah suatu jaminan bahawa sekolah tersebut akan mencapai kejayaan dengan serta merta namun harus diingat bawaha KPP mampu menjadi batu loncatan untuk menambahbaik beberapa aspek atau masalah di sekolah. Masalah tersebut meliputi masalah yang timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran atau pun isu- isu berkaitan dengan displin dan kepimpinan. Dalam konteks guru matematik, diharapkan pelaksanaan KPP ini dapat membantu untuk meningkatkat tahap profesionalisme guru matematik dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam matepelajaran matematik.

7.0 RUJUKAN

Ahmad Marzuki Mohamad. (2013). Amalan kepimpinan Islam pengetua dan perkaitannya terhadap atribut komuniti pembelajaran profesional. Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

DuFour, Richard & Eaker, Robert. (1998). Professional learning communities at work: Best practices for enhancing student achievement. 1st ed. Solution Tree.

DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for professional learning communities at work. New York: Teachers College Press

Faridah Hanim Yahya (2011). Pembinaan Konsep Matematik Secara Konseptual Menggunakan Kaedah PBL Elektronik. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1,(Nombor 4,).

Harris, A., & Jones, M. (2010). Professional learning communities and system improvement. Improving Schools,13(2), 172-181.

Harris, A. (2011). System improvement through collective capacity building. Journal of Educational Administration, 49(6), 624-636.

Harris, A. and Jones, M. (2011), Professional Learning Communities in Action, Leannta Press, London.

Muhammad Faizal A. Ghani, & Shahril@Charil Marzuki (2008). Model sekolah berkesan: Satu perubahan berdasarkan tuntutan semasa. Masalah Pendidikan, 31(1), 1-21.

Zuraidah Abdullah. (2002a), Kepemimpinan Transformasi: Pembentukan organisasi Pembelajaran di seluruh sekolah di Selangor. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.

Zuraidah Abdullah. (2010). Pembentukan Profil Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah Menengah Di Malaysia. . Tesis Master yang tidak diterbitkan.Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.