kertas kerja untuk prosiding upsi · pdf filejadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini...

23
KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI 2007 Kualiti Hidup Sosial dan Isu-isu Perumahan. Kajian Kes di Pulau Pinang Lee Kok Chai dan Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin e-mel pelajar: [email protected] e-mel penyelia: [email protected] Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini pada asasnya memberi tumpuan kepada kepentingan kualiti hidup sosial dan perhubungannya dengan isu-isu perumahan akibat daripada proses limpahan kawasan kediaman ke kawasan pinggiran yang sebahagiannya berpunca daripada faktor pengkhususan fungsi zon dan pertumbuhan penduduk. Fenomena limpahan pembangunan dari pusat bandar ke kawasan pinggiran bandar turut mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan rangkaian di negeri Pulau Pinang. Proses limpahan pembangunan ke kawasan pinggiran bandar merupakan satu fenomena perubahan yang melibatkan tempoh masa sehingga sesebuah kawasan mewujudkan proses difusi ruangan. Bermula dari kawsaan kediaman yang padat, ia kemudiannya merebak ke kawasan lain mengikut saluran mobility dan pergerakan yang melibatkan rangkaian jalan raya, melalui nod dan menjalar sehigga ke seluruh hierarki zon kawasan perumahan pinggiran. Kawasan pinggiran yang sebelumya tertinggal kini berubah dengan kadar yang amat pesat dan terdesak. Transformasi kawasan pinggiran menjadi moden adalah suatu fenomena yang sekian lama wujud di negara ini, termasuk di negeri Pulau Pinang. Perkembangan ini melibatkan tiga faktor utama iaitu faktor kepadatan penduduk, faktor jangka masa peringkat perkembangan perumahan dan faktor fungsi zon kawasan perumahan. Diharapkan sesuatu rancangan penyelarasan dapat dibentuk sebagai tindakan proaktif dalam mengawal-selia, pemantauan serta merancang dengan sebaik yang mungkin bagi mempertingkatkan kualiti hidup sosial di kawasan perumahan pinggiran bandar.

Upload: vankhue

Post on 05-Feb-2018

302 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI2007

Kualiti Hidup Sosial dan Isu-isu Perumahan. Kajian Kes di Pulau Pinang

Lee Kok Chai dan Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussine-mel pelajar: [email protected]

e-mel penyelia: [email protected]

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

ABSTRAK

Kajian ini pada asasnya memberi tumpuan kepada kepentingan kualiti hidup sosial dan perhubungannya dengan isu-isu perumahan akibat daripada proses limpahan kawasan kediaman ke kawasan pinggiran yang sebahagiannya berpunca daripada faktor pengkhususan fungsi zon dan pertumbuhan penduduk. Fenomena limpahan pembangunan dari pusat bandar ke kawasan pinggiran bandar turut mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan rangkaian di negeri Pulau Pinang. Proses limpahan pembangunan ke kawasan pinggiran bandar merupakan satu fenomena perubahan yang melibatkan tempoh masa sehingga sesebuah kawasan mewujudkan proses difusi ruangan. Bermula dari kawsaan kediaman yang padat, ia kemudiannya merebak ke kawasan lain mengikut saluran mobility dan pergerakan yang melibatkan rangkaian jalan raya, melalui nod dan menjalar sehigga ke seluruh hierarki zon kawasan perumahan pinggiran. Kawasan pinggiran yang sebelumya tertinggal kini berubah dengan kadar yang amat pesat dan terdesak. Transformasi kawasan pinggiran menjadi moden adalah suatu fenomena yang sekian lama wujud di negara ini, termasuk di negeri Pulau Pinang. Perkembangan ini melibatkan tiga faktor utama iaitu faktor kepadatan penduduk, faktor jangka masa peringkat perkembangan perumahan dan faktor fungsi zon kawasan perumahan. Diharapkan sesuatu rancangan penyelarasan dapat dibentuk sebagai tindakan proaktif dalam mengawal-selia, pemantauan serta merancang dengan sebaik yang mungkin bagi mempertingkatkan kualiti hidup sosial di kawasan perumahan pinggiran bandar.

Page 2: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

BAB. 1

PENGENALAN:

1: Pendahuluan

Berdasarkan pandangan Alonso (1964), bahawa kebanyakkan guna tanah di bandar

adalah diliputi oleh guna tanah perumahan iaitu hampir 35%-45%. Menurut kajian

Ibrahim Wahab (1991) pula, kawasan jalan raya meliputi sekitar 10%-25% kawasan

tanah bandar. Jadi sudah jelas bahawa kedua-dua komponen merupakan faktor penting

untuk membentukkan sesebuah bandar.

Gelombang sistem ekonomi yang pesat telah menyebabkan aturan guna tanah bandar di

Malaysia berubah corak dan semakin menular ke kawasan pinggiran iaitu Proses

Limpahan Pembangunan Ke Pinggiran Bandar (Spread Effect). Akan tetapi

fahaman tentang proses peminggiran masih kurang mendapat perhatian dari pihak

perancang maka banyak masalah tidak dapat ditangani, walaupun banyak usaha dan

kewangan telah dibelanja untuk menaiki taraf dan kualiti dalam bidang pembangunan

perumahan dan rangkaian jalan raya.

Permintaan untuk tapak perniagaan yang tinggi di kawasan perniagaan di pusat bandar

telah menyebabkan kawasan perumahan di tengah bandar tertolak ke pinggir bandar.

Selain daripada itu, penyelerakan fungsi bandar ke kawasan pinggir, terutamanya

industri, pelancongan, pentadbiran juga telah menyebabkan penduduk turut tertarik ke

pinggir bandar.

Page 3: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Isu yang dapat dilihat ialah pembinaan rumah-rumah turut berkembang di kawasan

pinggir bandar ia merupakan satu gelombang pembangunan yang pesat.

Kalau fenomenon ini tidak difahami dan diambil berat maka pembangunan yang

dijalankan oleh pihak berkuasa sekarang sudah pasti akan terus menhadapi masalah yang

begitu rumit sekali baik dalam isu pembangunan perumahan mahupun dalam isu yang

berhubung dengan rangkaian jalan raya.

Oleh kerana kemudahan rangkaian jalan raya moden lebih bertumpu di kawasan pusat

bandar maka terdapat kecenderungan penduduk yang tinggal sehampir yang mungkin

dengan kawasan pusat.

Perbelanjaan yang untuk membina jalan-jalan pengangkutan menyebabkan kebanyakan

jalan yang wujud adalah sempit, bangunan-bangunannya adalah rendah bersifat kompak

atau padat (Lee Kok Chai, 1996; 1998).

Daripada segi taburan perumahan, menurut pandangan seorang ahli geografi iaitu Adams

(1970), beliau menyatakan bahawa gelombang jangkamasa pembinaan perumahan

mempunyai “kesan tekanan” spatial yang langsung terutamanya kesan tekanan

pembinaan rangkaian jalan raya.

Page 4: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Semenjak itu, gelombang pembinaan perumahan selalunya bermula dari pusat bandar ke

pinggiran bandar seperti yang ditujuhkan dari rajah 1.

Sempadan Bandar SekarangSebelum 1900

1900-1919

1920-1929

1929-1949

1950-1970

Pinggiran Pusat Bandar Pinggiran

Rajah 1. Keratan Rentas Spatial Gelombang Pembangunan Perumahan Dalam Sesuatu Bandar. (Sumber: Di ubahsuai dari Adams, 1970 dan Larry S. Bourne 1981).

Suatu lagi generalisasi pula telah dibuat oleh Clawson, Held dan Stoddard (1960) tentang

rumah-rumah yang mampu menampung kepadatan penduduk yang tinggi cenderung

untuk terletak berhampiran dengan kawasan pusat bandar dengan alasan-alasan bagi

memudahkan penduduk untuk berulang-alik ke tempat kerja di pusat bandar dengan lebih

Page 5: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

ekonomi, serta supaya hampir dengan pelbagi kemudahan termasuk pengangkutan awam

(silah rujuk rajah 1.2). Manakala rumah harga mewah dan kawasan suburb yang

mempunyai kepadatan rendah lebih tertarik untuk menempati kawasan pinggir bandar.

Ini kerana adanya rangkaian jalan raya yang sesuai dan mudah dihubungi dengan

kawasan bandar dan memudahkan mobiliti para penduduk.

Keluk Permintaan Ruangan Terhadap Jenis Perumahan

Jarak rangkaian jalan raya dari Pusat Bandar

Rajah 1.2 Generalisasi di antara Jarak rangkaian jalan raya dengan Kepadatan Penduduk dan Perumaha Di Kawasan Bandar (Menurut Clawson, Held danStoddard, 1960).

Jadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan

masalah yang dihadapi semasa perumahan yang semakin menular ke pinggir bandar.

Pembinaan rangkaian jalan raya baru menjadikan pembangunan perumahan mengalami

suatu proses peminggiran ke kawasan yang jauh daripada pusat bandar, pembinaan

rangkaian jalan raya yang akan membawa kepada isu tersebut, dan juga apa yang telah

dialami oleh rangkaian jalan raya itu sendiri terutamanya mengenai tahap kapasiti dan

pengubahsuaian susun atur rangkaian jalan raya semperna proses peminggiran pola

Page 6: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

kediaman yang semakin berjauhan dari pusat bandar disusuli oleh wujudnya

pengkhususan fungsi zon dan pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan perumahan

akan dibincang dengan selengkapnya. Berdasarkan model Von Thunen, analisis

kecerunan nilai tanah ini mengasaskan pembentukan modelnya berdasarkan sewa

ekonomi tanah. Oleh itu, setiap guna tanah akan mempunyai nilai kecerunan yang

berbeza yang boleh digambarkan dalam bentuk graf, (Rajah 1.3).

Analisis Kecerunan Nilai Tanah

RUNCIT

INDUSTRI/PERDAGANGAN

TEMPAT KEDIAMAN PANGSAPURI

TEMPAT KEDIAMAN SEKELUARGA

PERTANIAN

C.B.D

PERUMAHAN SEKELUARGA HAD BANDAR

TEMPAT KEDIAMAN PANGSAPURI

JARAK DARI PUSAT BANDAR

Rajah 1.3 Analisis Kecerunan Nilai Tanah. Diubahsuai Dari Von Thunen (1966).

Page 7: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Menurut Von Thunen guna tanah perumahan sederhana dan kos rendah perlu

dibangunkan hampir dengan pusat bandar dengan alasan-alasan bagi memudahkan

penduduk untuk berulang-alik ke tempat kerja dan juga untuk mendapatkan perkhidmatan

di pusat bandar. Bagi perumahan mewah dan berharga tinggi, letakan lebih sesuai di

pinggiran bandar kerana rumah-rumah jenis ini memerlukan kawasan tanah yang luas

kerana kepadatannya harus rendah dan terdapat rangkaian jalan raya yang menghubungi

dengannya untuk mereka yang berkemampuan menggunakan kenderaan bersendirian dan

berupaya mendapatkan kemudahan-kemudahan lain tanpa disediakan. Harga nilai tanah

yang lebih murah di pinggir bandar menggalakkan perumahan jenis ini berkembang

menuju ke arah luar. Oleh kerana Di negera Malaysia terdapat masyarakat Cina dan di

negeri Pulau Pinang khususnya masyarakat Cina amat mementingkan kegiatan

perniagaan maka Pannel (1976) telah cuba mengemukakan pandangannya terhadap

corak guna tanah masyarakat Cina. Beliau dapati bahawa bagi masyarakat Cina kawasan

perniagaan lazimnya sukar dipisahkan dari tempat kediaman. Oleh itu, di kawasan pusat

bandar, rumah kedai mempunyai fungsi perniagaan dan tempat kediaman. Corak

pembanguan perumahan ini telah mempengaruhi bidang pembangunan perumahan

sehingga hari ini. Bagaimanapun, ruang untuk perniagaan semakin menurun ke arah

pinggir bandar.

Akibat daripada situasi yang sedemikian, dalam graf persaingan guna tanah, keluk bagi

guna tanah tempat kediaman berbeza jika dibanding dengan apa yang telah berlaku di

negara barat yang disarankan oleh Von Thunen, graf dan keluk akan kelihatan lebih

datar sedangkan keluk untuk perniagaan mencuram di pusat bandar dan datar ke arah

Page 8: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

pinggir. Pannel menambah satu lagi keluk iaitu untuk rumah kedai. Hubungan yang

langsung ini antara rumah kedai dengan perniagaan menjelaskan tentang pentingnya

aspek perniagaan daripada sudut nilai budaya di dalam masyrakat Cina (Rajah 1.4).

GRAF PERNIAGAAN DAN KEDIAMAN

KAWASAN PUSAT/TERES RUMAH KEDAI

PERUMAHAN

RUMAH KEDAI

PERNIAGAAN

Pusat Bandar JARAK

Zon Tengah Bandar

Rajah 1.4 diubahsuai dari Pannel, Clifton W. (1976) “Cities East and West: Comments

on theory, Form and Methodology”. Guna tanah Dalam Bandar Bermasyarakat Cina.

Page 9: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

2: Definisi

PROSES LIMPAHAN PEMBANGUNAN KE PINGGIRAN BANDAR (PROSES PEMINGGIRAN)

A. Menurut G. Myrdal (1957): Kesan limpahan dirujukkan kepada suatu proses

penularan yang wujud akibat usaha-usaha pengembangan di pusat, diemparkan

keluar ke kawasan-kawasan sekitarnya.

B. Menurut J.F. Friedmann (1966): Suatu siri transformasi atau perubahan

kestrukturan yang berlaku perlahan-lahan melalui proses inovasi atau bauran

kumulatif dapat mencetuskan peluang mereka cipta dalam masyarakat

pembangunan. Sesebuah kawasan wujud dari beberapa buah pusat perubahan

yang terletak pada kedudukan yang paling strategic dan mudah didatangi melalui

sistem pengankutan yang ada. Dari pusat-pusat tersebut, inovasi akan tersebar

dan menular ke kawasan lain di sekitarnya.

C. Katiman Rostam (1988): Peluasan kawasan sempadan sesuatu bandar. Tiap-tiap

bandar cenderung untuk meluaskan kawasan sempadannya. Permintaan untuk

tapak perniagaan yang tinggi di kawasan perniagaan pusat bandar telah

menyebabkan kawasan perumahan di tengah bandar tertolak ke tepi.

Penyelerakan fungsi bandar di kawasan pinggir terutamanya industri, juga telah

menyebabkan penduduk turut tertarik ke pinggir. Rumah-rumah pangsa dan

harga murah telah turut berkembang di kawasan pinggir bandar.

D. Menurut Von Thunen kawasan sempadan sesuatu bandar terdapat limitnya atau

hadnya dan had bandar selalunya telah ditetapkan. Guna tanah perumahan

sederhana dan kos rendah perlu dibangunkan hampir dengan pusat bandar iaitu

dalam had bandar dengan alasan-alasan bagi memudahkan penduduk untuk

Page 10: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

berulang-alik ke tempat kerja dan juga untuk mendapatkan perkhidmatan di pusat

bandar. Bagi perumahan mewah dan berharga tinggi, letakan lebih sesuai di

pinggiran bandar atau di luar had bandar kerana rumah-rumah jenis ini

memerlukan kawasan tanah yang luas kerana kepadatannya harus rendah dan

terdapat rangkaian jalan raya yang menghubungi dengannya untuk mereka yang

berkemampuan menggunakan kenderaan bersendirian dan berupaya mendapatkan

kemudahan-kemudahan lain tanpa disediakan. Harga nilai tanah yang lebih

murah di pinggir bandar menggalakkan perumahan jenis ini berkembang menuju

ke arah luar.

E. E.W. Burgess (1925): Menekankan bahawa zon gunatanah tidaklah bersifat statik

sebaliknya akan berubah dari semasa ke semasa. Perumahan berlaku ka arah luar

di mana zon pertama akan menguasai zon kedua dan seterusnya.

F. H.Hoyt (1939): Menyarankan bahawa sewa tanah akan meningkat secara

konsisten apabila jarak semakin jauh dari pusat bandar, terutamanya di sepanjang

jalan-jalan pengangkutan utama. Kawasan yang terletak di pinggir bandar yang

mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik akan menjadi tumpuan

penduduk yang berpendapatan tinggi di bandar. Akibatnya bentuk susunan

gunatanah akan berkembang ke arah luar dalam bentuk kipas bersektor.

G. C. D Harris dan E.L. Ullma (1945): Bandar berubah dari semasa ke semasa dan

kepentingan kawasan perniagaan pusat bandar boleh merosot. Sebagai

saingannya, muncul pusat-pusat lain di pinggir bandar. Tumpuan pembangunan

bandar tidak hanya di sekeliling daerah pusat perniagaan, sebaliknya berlaku juga

Page 11: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

di pusat-pusat lain yang baru tumbuh. Kawasan-kawasan di pinggir bandar

mempunyai kelebihan-kelebihan untuk gunatanah tertentu.

H. McGee (1967): Faktor tapak yang menarik dan selamat daripada ancaman banjir

digalakkan oleh adanya jalan pengangkutan moden yang pantas menyebabkan

perumahan mewah tersebar di kawasan pinggir bandar.

I. Kesimpulannya proses limpahan pembangunan ke pinggiran bandar adalah

disebabkan perningkatan fungsi sesuatu pusat dan pertumbuhnya penduduk di

sesuatu kawasan serta kelengkapan rangkaian jalan raya. Pelimbahan

pembangunan yang di luar had bandar adalah proses perkembangan ke pinggiran

bandar.

3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan Pembangunan Ke Pinggiran Bandar

Dan Peranan Rangkaian Jalan Raya terhadapnya

Sesuatu fenomeno yang paling ketara dalam bandar moden dan besar ialah pertumbuhan

pesat kawasan perumahan. Keadaan tersebut adalah isu daripada pertambahan penduduk

dan perubahan fungsi bandar yang semakin mustahak dan semakin maju dari segi

ekonomi. Akibat daripada itu unit kekeluargaan menjadi semakin kecil dan berdikari.

Oleh itu, walaupun total populasi kekal namun begitu lebih banyak unit perumahan masih

diperlukan untuk jumlah penduduk yang sama (Johnson, 1967).

Page 12: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Isu yang dapat dilihat ialah pembinaan rumah-rumah turut berkembang di kawasan

pinggir bandar ia merupakan satu gelombang pembangunan yang pesat. Perkembangan

dalam teknologi pengangkutan dan kesempurnaan rangkaian jalan raya telah

menyebabkan aturan guna tanah bandar di kebanyakkan negara berubah corak.

Permintaan untuk tapak perniagaan yang tinggi di kawasan perniagaan pusat bandar telah

menyebabkan kawasan perumahan di tengah bandar tertolak ke tepi pinggiran bandar

dimana ruang dan nilai tanah lebih rasional untuk pembangunan perumahan.

Penyelerakan fungsi bandar di kawasan pinggir, terutamanya industri, juga telah

menyebabkan penduduk turut tertarik ke pinggir bandar.

Rumah-rumah pangsa dan harga murah telah turut berkembang di kawasan pinggir

bandar. Manakala rumah harga mewah seperti banglo dan kawasan suburb yang

mempunyai kepadatan rendah lebih tertarik untuk menempati kawasan pinggiran bandar

juga kerana terdapat rangkaian jalan raya yang sempurna dan cekap. Fenomena limpahan

pembangunan perumahan dari pusat bandar ke kawasan pinggiran bandar turut

mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan rangkaian pengangkutan jalan

raya. Kawasan pinggiran yang sebelimnya tertinggal dalam konteks pembangunan

kemudiannya berubah rupa fizikalnya dengan kadar yang amat pesat dan terdesak.

Transformasi kawasan pinggiran secara langsung dapat mempertingkatkan kualiti hidup

sosial di kawasan perumahan pinggiran bandar.

Page 13: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Keadaan ini telah dialami oleh Kerajaan British (Rajah 3.0) dan Juga di Negeri Pualau

Pinang (Rajah 3.1).

Limpahan Pembangunan London Sejak 1800-1955

5 10 25 Batu

Page 14: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Rajah 3.0. Diubahsuai dari James H. Johnson, Urban Geography ( New York: Pergamon Press, 2 nd edition, 1972), P. 130.

Limpahan Pembangunan Pulau Pinang Sejak 1900-1999

Page 15: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan
Page 16: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Rajah 3.1. Diubahsuai Dari Draf Rancangan Struktur (Pengubahan). Majlis Perbandaran

Pulau Pinang, 2000.

4: SKOP KAJIAN

Berdasarkan fenomenan limpahan pembangunan perumahan ke pinggiran bandar dan

peranan infrastruktur rangkaian jalan raya terhadap peringkat pembangunan perumahan

Page 17: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

secara keseluruhannya maka adalah baik dan idea untuk membuat satu kajian tentang

permintaan dan pembangunan perumahan secara khusus di Pulau Pinang. Kaji selidik ini

dijalankan di beberapa kawasan pinggiran bandar yang sedang menghadapi proses

limpahan pembangunan iaitu Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Betang, Batu

Maung, Kampung Seronok, Sungai Ara, Relau, Balik Pulau, Kampung Sungai Rusa,

Sungai Pinang, Telok Bahang, Kampung Mutiara, Paya Terubong dan Sungai Nibong.

Kajian ini melibatkan seramai 1,150 responden dari 14 kawasan di Pulau Pinang.

Kawasan kajian ini dipilih kerana mudah dihubungi dengan rangkaian jalan raya dan

dapat jimatkan banyak kos. Metodologi kajian yang digunakan ialah Area Sampling dan

metodologi ini mempunyai tiga keistimewaan (de Vaus, 1986). Pertama, metodologi

kajian ini dapat mengutip data dengan jumlah yang banyak tapi dengan kos yang rendah.

Kedua pula, metodologi ini sesuai digunakan baik secara kualitatif mahupun kuantitatif.

Ketiga, metodologi ini biasanya dapat mengumpul peratusan balasan yang tinggi tanpa

banyak kesulitan. Keputusan kajian akan dikemukakan di bahagian berikutnya.

4.1 Profil Responden

Kebanyakan responden adalah terdiri daripada kaum lelaki (60.3%) dan 807 (70.2%)

orang responden adalah dibawah usia 40 tahun (Sila rujuk Jadual 4.1). Kebanyakan

bangsa kaum yang dibanci adalah bangsa Melayu (54.3%) diikuti oleh bangsa Cina

(29.8%) dan bangsa (15.3%).

Jadual 4.1: Profil Responden

Perkara Kategori Responden Bilangan Responden Peratusan1. Jatina a. Lelaki

b. Perempuanc. Jumlah

694456

1,150

60.3%39.7%

100.0%2. Umur a. Dibawah 30 406 35.5%

Page 18: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

b. 31-40c. 41-50d. Diatas 50e. Jumlah

401236107

1,150

34.9%20.5%9.3%

100.0%3. Bangsa/Kaum a. Melayu

b. Cinac. Indiad. Lain-laine. Jumlah

6253431766

1,150

54.3%29.8%15.3%0.5%

100.0%

Dari analisi ini juga dapati bahawa 30.5% responden bekerja di kawasan bandar dan yang

lain bekerja di kawasan pinggiran bandar 20.5% (Jadual 4.2). Analisi ini juga

menujukkan bahawa 26% responden tinggal di pinggiran bandar dan 31.6% tinggal di

kawasan bandar.

Jadual 4.2 Kawasan Pekerjaan dan Perumahan Responden

Lokasi Kawasan Pekerjaan

Peratusan Kawasan Perumahan

Peratusan

a. Bandarb. Pinggiran bandarc. Di Luar Pinangd. Kawasan Laine. Tidak Berkenaanf. Jumlah

351236227204132

1,150

30.5%20.5%19.7%17.7%11.6%100.0%

36329928119215

1,150

31.6%26%

24.4%16.7%1.3%

100.0%

Kajian ini juga menjumpai bahawa seramai 75.6% responden menggunakan masa 30

minit dalam perjalanan ke tempat pekerjaan setiap hari. (Jadual 4.3). Kajian ini

menujukkan bahawa jika terdapat pilihan kebanyakkan responden lebih suka memilik

kawasan perumahan yang lebih dekat dengan tempat pekerjaan mereka.

Jadual 4.3 Masa Perjalanan Ke Tempat Pekerjaan

Gunaan Masa Jumlah Responden Peratusana. Kurang 10 minitb. 11-20 minitc. 21-30 minit

302344211

26.33018.3

Page 19: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

d. 31-40 minite. Lebih 40 minit

171122

14.810.6

4.2 Hasrat Pembangunan Perumahan Oleh Pemaju Di Masa Depan

Lima syarikat pemaju telah dipilih dalam kajian ini untuk mendapatkan pendapat mereka

bahawa kawasa yang akan menjadi tumpuan mereka pada pembangunan masa depan

jangka pendek selama lima tahun. Syarikat-syarikat perumahan tersebut ialah PDC

(Penang Development Cooperation), Sunway-Tunas, IJM, BSG (Boon Siew Group) dan

Farlim Group (Jadual4.4). Sorotan dari kajian ini didapati bahawa para pemaju telah

perlumbah-lumbah mendirikan taman perumahan di kawasan pinggiran bandar.

Jadual 4.4 Trend Pemaju Perumahan Di Pulau Pinang

Kawasan Pilihan Jumlah PemajuGertak Sanggul (Barat Daya)Teluk Kumbar (Selatan)Pulau Betang (Barat)Batu Maung (Tenggara)Kampung Seronok (Tenggara)Sungai Ara (Tenggara)Relau (Tenggara)Balik Pulau (Barat)Kampung Sungai Rusa (Barat)Sungai pinang (Barat)Telok Bahang (Barat Laut)Kampung Mutiara (Utara)Paya Terubong (Timur)Sungai Nibong (Timur)

24154554313323

Berhubung dengan lokasi perumahan yang ingin dimiliki oleh para responden pula,

kebanyakan mereka iaitu 56.8% inginkan unit rumah di Air Itam, Relau, Sungai Ara,

Sungai Nibong Bayan Baru, dan Jalan Tengah. 19.9% inginkan unit perumahan di Balik

Page 20: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Pulau dan Batu Feringgi dan Tanjong Bungah. Selain itu, sebanyak 19.5% inginkan

diluar Pulau Pinang.

Ini menujukkan bahawa permintaan para pemilik juga telah berubah dan mereka lebih

mementingkan kualiti kehidupan dan lebih mirip untuk memiliki unit rumah yang lebih

selesa dan mempunyai kawasan lapangan di kawasan pinggiran bandar. Ini juga

menunjukkan bahawa faktor rangkaian jalan raya baru adalah penting semperna proses

limpahan pembangunan pola kediaman yang semakin berjauhan dari pusat bandar

disusuli oleh wujudnya pengkhususan fungsi zon dan pertumbuhan penduduk di sesuatu

kawasan perumahan. Dari sini ternyatalah bahawa proses perubahan yang melibatkan

masa dan tempat ini melibatkan proses difusi ruangan. (Jadual 4.5).

Jadual 4.5 Lokasi Rumah Depan

Lokasi Jumlah Responden Peratusana. Bahagian Timur Laut Pulau Pinangb. Bahagian Barat Daya Pulau Pinangc. Bahagian Utara Pulau Pinangd. Bahagian Tenggara Pulau Pinange. Luar Pulau Pinang

37522422927349

32.6%19.5%19.9%24.2%4.3%

5.0 Kesimpulan

Kajian ini menujukkan bahawa permintaan untuk tapak perniagaan yang tinggi di

kawasan perniagaan di pusat bandar telah menyebabkan kawasan perumahan di tengah

Page 21: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

bandar tertolak ke pinggir bandar. Selain daripada itu, penyelerakan fungsi bandar ke

kawasan pinggir, terutamanya industri, pelancongan, pentadbiran juga telah

menyebabkan penduduk turut tertarik ke pinggir bandar. Isu yang dapat dilihat ialah

pembinaan rumah-rumah turut berkembang di kawasan pinggir bandar ia merupakan satu

gelombang pembangunan yang pesat. Kalau fenomenon ini tidak difahami dan diambil

berat maka pembangunan yang dijalankan oleh pihak berkuasa sekarang sudah pasti akan

terus menhadapi masalah yang begitu rumit sekali baik dalam isu pembangunan

perumahan mahupun dalam isu yang berhubung dengan rangkaian jalan raya. Jadi,

berdasarkan konseptual diatas jelas menujukan bahawa kewujudan sesebuah petempatan

manusia adalah akibat dari pembinaan rangkaian jalan raya yang dapat memenuhi

keperluan asasi penduduk setempatan. Pembangunan sesuatu kawasan perumahan

berkait-rapat dengan kemudahan sistem rangkaian jalan raya. Walaupun terdapat

perbezaan dari segi isi kandungan antara pembangunan perumahan dan rangkaian jalan

raya, isi kandungan kedua-duanya dapat dilihat menerusi perspektif yang sama iaitu

perspektif geografi manusia. Sejak kebelakangan ini kadar pertumbuhan dan

perkembangan pembangunan kawasan perumahan telah melimbah dari Georgetown ke

bandar-bandar utama seperti Balik Pulau, Bayan Baru, Bandar Baru Ayer Itam, dan Batu

Feringgi serta Seberang Prai telah berlaku dengan pesat. Keadaan ini perlu kajian yang

lebih terliti dan lebih lanjut supaya pembangunan perumahan dapat dikawal dengan baik.

BIBLIOGRAFI

Adams, J.S. (1970) “ Residential Structure in Midwestern Cities,” Annals, Association of American Geographers, 60, 1-37-62.

Alonson, William. (1964) Location and Land Use: Toward a General Theory of Land

Page 22: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Ren. Cambridge, Mass., Harvard Univ. Press.

Burgess, Ernest. (1925) “Growth of the City” dalam Robert E. Park, Ernest Burgess dan R.D. Mekenzie (ed.) The City. The University of Chicago Press. 47-62.

Clawson, M. Held, R.B. dan Stoddard, C. (1960) Land for the Future Baltimore, John Hopkins Press.

De Vaus, D.A. (1986) Serveys in Social Research, Second Edition, London: Unwin Hyman.

Friedmann, J. (1966) Regional Development Policy: A Case Study of Venezuela. MIT Press. P 1-75.

Friedmann, J. (1973) Urbanization, Planning and National Development. Sage.

Harris, C.D., and Ullman, E.L. (1945) “The Nature of Cities”, The Annals of the American Academy of Political and Social Science, 242: 9-15.

Hoyt, H. (1939) The Structure and Growth of Residential Neighborhoods in American Cities, Washington, U.S. Federal Housing Allmin.

Ibrahim Wahab. (1991) Pengangkutan Bandar Di Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Johnson, J.H. (1967) ‘Urban Geography: An Introductory Analysis, Oxford. Pergamon Press.P. 1-134.

Katiman Rostam. (1990) Pengantar Geografi Bandar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Larry S. Bourne. (1981) “The Geography of Housing”. V.H. Winston & Sons. P. 1-36.

Lee Kok Chai. (1996) Impak Pembangunan dan Perindustrian ke atas Kualiti Air Sungai Kluang; Bayan Lepas, Pulau Pinang, Latihan Ilmiah Ijazah Pertama., Universiti Sains Malaysia.

Lee Kok Chai. (1998) Pembaharuan Bandar Selepas Pemansuhan Akta Kawalan Sewa 1966, Satu Kajian Kes Di Geogetown, Pulau Pinang, tesis Master., Universiti Sains Malaysia.

McGee, T.G. (1967) “Cities East Asian City, London, G.Bell & Son Ltd., 204.

Myrdal, G. (1957) Rich Lands and Poor. Harper and Row, New York.

Pannel, Clifton W. (1976) “Cities East and West: Comments on theory, Form and

Page 23: KERTAS KERJA UNTUK PROSIDING UPSI · PDF fileJadi isu pembangunan perumahan dalam kajian ini adalah dirujuk kepada proses dan masalah yang ... 3.0 Sejarah dan Contoh Isu Perkembangan

Methodology”, The Professional Geographers, XXVIII: 236-239.

Von Thunen, J.H. (1966) Der Isolierte Staat. Diterjemah oleh Carla M.Wartenberg Dalam Bahasa Inggeris Isolated State dan diperkenalkan oleh Peter Hall. Dibawah tajuk: Agriculture Economic Aspects (Germany). Pergamon press.