kertas kerja unit fotografi sekolah

Upload: mohd-salimi-baharudin

Post on 04-Apr-2018

392 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    1/8

    KERTAS KERJA PENUBUHAN

    UNIT FOTOGRAFI

    ( KELAB MULTIMEDIA )

    SK TAMAN MOLEK (JBA 1088)

    JOHOR BAHRU, JOHOR

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    2/8

    1.0 PENGENALAN

    Penubuhan Unit Fotografi SK Taman Molek merupakan suatu program ke arah

    pembinaan dan pembentukan kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja

    dari aspek kurikulum, tetapi juga dengan kokurikulum. Di samping itu juga

    penubuhan unit ini dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid dalam

    penghasilan sesuatu fotografi serta kemahiran dalam membuat penyuntingan

    untuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Unit ini melibatkan ahli kelab

    Multimedia yang terpilih serta terbuka kepada semua warga SK Taman Molek

    yang berminat.

    2.0 MATLAMAT

    Penubuhan Unit Fotografi SK Taman Molek ini diharapkan dapat melahirkan

    golongan yang mempunyai kemahiran dan kelayakan di kalangan ahli kelab

    dalam bidang seni fotografi terutamanya dalam bidang penghasilan dan

    penyuntingan. Kelab ini akan memberikan pendidikan dan latihan yangbersesuaian agar para ahli kelab dapat mengaplikasikan kemahiran yang dilatih

    apabila diperlukan.

    3.0 RASIONAL

    Penubuhan Unit Fotografi SK Taman Molek, menekankan kepada kemahiran,

    latihan dan pengetahuan mengenai bidang seni fotografi video secara seimbang

    dan menyeluruh dengan potensi diri dalam aspek jasmani, emosi rohani dan

    intelek di dalam diri setiap warga SK Taman Molek. Di samping itu, program ini

    merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap

    pentingnya pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    3/8

    membina kualiti peribadi dan nilai sebagai murid. Oleh itu, harapan kami agar

    penubuhan Unit Fotografi SK Taman Molek ini berjaya mencapai matlamat dan

    objektifnya.

    4.0 OBJEKTIF

    Adalah diharapkan di akhir penubuhan Unit Fotografi ini ahli akan dapat:

    4.1 Memberikan ilmu kepada semua ahli kelab mengenai perihal seni fotografi

    dan video serta audio yang sebenar.

    4.2 Memberi pengetahuan yang mendalam kepada semua ahli kelab mengenai

    teknik-teknik seni fotografi dan video serta audio dan dapat diaplikasikan di

    sekolah kelak.

    4.3 Melatih semua ahli kelab mampu menjadi seorang penyunting yang baik dan

    berkaliber.

    4.4 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu fotografi dan video

    4.5 Memupuk semangat bertanggungjawab dan berdisiplin diri.

    4.6 Ahli ahli akan seberapa daya untuk mencapai kejayaan dalam setiap aktiviti

    yang diceburi dan ilmu yang dipelajari.

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    4/8

    5.0 JUSTIFIKASI

    Program ini perlu dilaksanakan untuk :

    Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua sekolah

    mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.

    6.0 MAKLUMAT AKTIVITI

    o Latihan Kemahiran dan Teknik Fotografi dan Audio Visual

    o Kursus Pengenalan Seni Fotografi dan Audio Visual

    o Kursus Asas Fotografi

    o Kursus Suntingan Video dan Audio

    o Membantu dalam mendokumentasikan segala program yang dijalankan di

    SK Taman Molek.

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    5/8

    7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

    Penaung : En. Sy Sulaiman b. Ariffin

    Penasihat : Pn. Hajah Rokiah bt. Hj Mat Isa

    Ketua Penyelaras : En. Noor Azlee b. Bakhtiar

    Setiausaha : Mohd Salimi b. Baharudin

    AJK : En. Jamiludin b. Musa

    Cik. Faulina bt. Pardi

    En. Suhaimi b. Ithinin

    Cik. Mazuin bt. Ismail

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    6/8

    En. Fairusasikin b. Fatholmuner

    8.0 PENUTUP

    Diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan penubuhan Unit Fotografi di SK

    Taman Molek ini. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima

    kasih.

    Disediakan oleh :

    .................................................................(MOHD SALIMI BIN BAHARUDIN)Setiausaha,Unit Fotografi , Kelab Multimedia,SK Taman Molek,81100, Johor Bahru,Johor Darul Takzim.Disemak oleh :

    ........................

    ( EN. NOOR AZLEE B. BAKHTIAR )

    Ketua Penyelaras,Kelab MultimediaSK Taman Molek,81100, Johor Bahru,Johor Darul Takzim.

    .

    Disokong oleh :

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    7/8

    .....................

    ( PN. HAJAH ROKIAH BT. HJ MAT ISA )

    GPK Ko-kurikulum ,SK Taman Molek,81100, Johor Bahru,Johor Darul Takzim..

    Diluluskan Oleh :

    ......

    ( EN. SY SULAIMAN B. ARIFFIN )

    Guru Besar,SK Taman Molek,81100, Johor Bahru,Johor Darul Takzim..

    ANTARA SUBJEK DI DALAM UNIT FOTOGRAFI INI:

    1 PENGENALAN FOTOGRAFI

    Sedikit sejarah ringkas fotografi dari zaman analog hingga ke era digital. Fahamiperbezaan, kebaikan dan kelemahan teknologi yang berbeza. Ketahui rahsia amalan

    jurugambar era filem yang lebih memfokus kepada kemahiran dan seni, bukannyateknologi semata-mata.

    2 KAWALAN ASAS KAMERA

    Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian yang

    betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan imej melalui CCDatau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti RAW, TIFF dan JPEG. Fahami

    secara umum format dan teknologi kamera seperti 35mm/full frame SLR sertaAPS sizeDSLR

    3 APERTURETeori f/number, f/stop dan ciri-ciri aperture yang berlainan serta kesannya

    kepada depth-of-field.

    4 SHUTTER

    Teori shutter speed, shutter stop, pergerakan vs shutter, teknik mengelakkan gambar

    goyang dan kaitan focal length dengan shutter speed.

    5 ISO

    Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO serta kaitan ISO

    dengan exposure. Fahami hubungan antarapicture noise,exposure dan image contrast.

  • 7/29/2019 Kertas kerja unit fotografi sekolah

    8/8

    6 FOCAL LENGTH

    Teori mm dalam focal length, kefahaman angle of view, perspektif, depthserta ciri-ciri

    berbeza untuk setiap focal length. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiapsituasi yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk composition yang terbaik.

    Teknologi dan kualiti lensa juga akan dibincangkan.

    7 FOCUSING TECHNIQUESMemahami kawalan ManualdanAuto Focus serta caranya berfungsi. Fungsi

    kawalan Single dan Continuous AF. Pelajari teknik pantaspre-focus dan mengagakjarak serta kaitannya dengan depth-of-field.

    8 DEPTH OF FIELDMedan fokus dan kaitannya dengan aperture, focal length dan focusing distance. Teknik

    mendapatkan shallowatau great depth-of-field. Juga membincangkan kegunaan depth-of-fielddalam penghasilan gambar.

    9 COLOUR TEMPERATURE

    Teori asas suhu warna yang disukat dalam unit Kelvin. Kenali pelbagai sumber cahaya

    dan kesannya pada warna. Ketahui berbagai jenispreset setting dan manualsetting untuk mendapatkan white balance yang sempurna.

    10 EXPOSURE METERFahami sifat dan fungsi built-in exposure meterserta kaitannya terhadaphighlight,

    shadow, incidentdan reflected light. Teknik alternatif kepadaexposure meterdengancara menganalisis cahaya menggunakan deria mata, LCD previewdan histogram.

    11 METERING PATTERN

    Fahami spot meter, centre weighteddan matrix/evaluative metering untuk

    mendapatkan exposure yang tepat setiap masa.

    12 EXPOSURE MODE

    Fahami tentang manual exposure mode, aperture priority/aperture value, shutterpriority/time value, program dan sebagainya. Fahami kaitan setiapexposure

    mode dengan metering pattern, exposure compensation, flashcompensation serta autoexposure mode. Fahami exposure stop dari 1/3 stop, 1/2 stop hingga full stop. Kuasai

    kemahiran penggunaan manual exposuremode untuk hasil yang cepat dan tepat.

    13 MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE

    Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi aperture, shutter, ISO, exposuremeter, metering pattern dan exposure mode untuk mendapatkan

    kualiti exposure terbaik. Pelajari juga bagaimana mengenalpastiperfect exposure dancara mudah untuk mendapatkannya.