asas fotografi _lengkap

38
KOK BOON SHIONG, JTP 1 Asas Fotografi: 1.0 Definisi: Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera. 2.0 Pengenalan: Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital. Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air.

Upload: chut-izzaty

Post on 29-Jun-2015

962 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 1

Asas Fotografi: 1.0 Definisi:

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

2.0 Pengenalan:

Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600.

ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.

Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.

Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.

Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air.

Page 2: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 2

Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.

3.0 Sejarah Perkembangan Fotografi digital:

Salah satu faktor kemunculan fotografi digital adalah permasalahan yang dihadapi oleh para jurnalis suratkhabar di tahun 1970an. Pada masa itu, jurnalis ingin menghasilkan foto dari suatu peristiwa dengan kadar secepat mungkin. Pada masa itu juga, para jurnalis foto masih menggunakan cara konvensional untuk menerbitkan fotonya di suratkhabar. Contohnya, ketika terjadi perang Vietnam, para jurnalis mencetak foto di studio mini yang mereka bawa ke Vietnam, Setelah foto selesai diproses, jurnalis terpaksa mempelawa orang untuk menghantar foto kepada penerbit untuk diterbit dalam suratkhabar. Hal ini menyebabkan berita penting sukar disiarkan dalam media suratkhabar apabila dibandingkan dengan penyampaian berita di television secara siaran langsung.

Untuk mempermudah persoalan ini, maka media pengimbas foto telah digunakan. Sebuah foto digitalize menjadi data elektronik, kemudian dikirimkan melalui jalur telefon. Akan tetapi, cara ini juga masih dianggap terlalu sukar kerana kualiti gambar telah merosot dan proses pengiriman foto juga memerlukan waktu yang terlalu lama.

Perusahaan-perusahaan dalam bidang industri fotografi mulai melakukan penelitian untuk memberikan penyelesaian terhadap permasalahan ini. Mereka berusaha mengembangkan sebuah kamera yang praktis, dan mudah digunakan, di samping menghasilkan foto yang bermutu.

Kamera digital yang paling pertama, ditemukan pada bulan Desember tahun 1975, oleh Steven Sasson, seorang juruteknik di perusahaan Kodak. Kamera yang dibuatnya, menggunakan sensor CCD sebagai media penerimaan gambar. Kamera ini hanya mampu menghasilkan foto hitam putih dengan resolusi hanya sebesar 0,01 megapixel (320 x 240 pixel). Media penyimpanannya adalah sebuah kaset tape, sedangkan untuk melihat hasil gambarnya, kamera ini harus disambungkan terlebih dahulu dengan sebuah television. Kamera ini berat 3,6 kg dan memerlukan 23 minit untuk memproses sekeping foto.

prototype kamera

digital pertama

Page 3: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 3

Perkembangan selanjutnya adalah penemuan kamera digital Sony Mavica pada tahun 1981 oleh perusahaan Sony. Sony Mavica menggunakan Video Floppy (VF Disk) berukuran

2 x 2 inci sebagai media penyimpanan foto. Gambar yang dihasilkannya masih berupa foto hitam putih.

Dua jenis kamera diatas adalah pengasas kamera digital

masa kini. Tetapi, dua kamera itu hanyalah sebuah prototype yang dengan tujuan R&D dan bukan untuk pemasaran. Kamera

digital yang pertama kali dipasarkan adalah jenis Canon RC- 250 Xapshot. Kamera ini hanya dihasil beberapa ratus unit

sahaja. Walaupun foto yang dihasilkannya masih hitam-putih, tetapi kualitinya sudah cukup baik untuk diterbitkan pada suratkhabar.

Kemudian pada tahun 1991, muncul kamera digital yang menjadi model umum untuk kamera-kamera digital masa kini. Kamera itu adalah Kodak DCS-100. Kamera ini menggunakan jenis memori internal dan memiliki resolusi gambar sebesar 1,3 megapixel. Selain itu, format gambar yang digunakannya adalah JPEG.

Sehingga ukuran failnya dapat dikompres menjadi lebih kecil serta dapat dikirimkan secara cepat melalui jaringan Internet. Kamera digital modern yang pertama ini dijual dengan harga sebesar US$13.000.

Perkembangan selanjutnya merupakan awal dari revolusi perangkat digital ini. Kemajuan pesat yang dialami oleh teknologi data dan komputer pada tahun 1990an, turut mempengaruhi perkembangan kamera digital. Kamera-kamera digital mulai menggunakan media penyimpanan gambar yang kecil, seperti SD Card atau MMC. Kemampuannya pun bertambah menjadi media perekam gambar, suara dan video sekaligus. Resolusi gambar yang dihasilkannya sudah semakin tinggi, hingga mencapai puluhan megapixel. Dan produksi secara besar-besaran menyebabkan harga kamera digital menjadi semakin terjangkau. Para profesional pun semakin terbantukan oleh adanya kamera DSLR (Digital Single-Lens Reflex).

Perkembangan yang terakhir adalah, diintegrasikannya kamera digital ke dalam pelbagai alat seperti laptop, telefon seluler, MP3 Player dan GPS.

4.0 Kamera Digital

4.1 Format-format Sensor Kamera DSLR

Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai faktor lain. Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya. Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

4.2 Full frame

Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.

Kamera Digital jenis Sony Mavica yang dipakai pada tahun 90an

Canon RC-250 Xapshot

Page 4: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 4

Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: (a) Nikon D3 (b) Canon 1Ds (c) Canon 1Ds Mark II (d) 1Ds Mark III (e) Canon EOS 5D (f) Contax N Digital (g) Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

4.3 Cropped format

Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. 4.3.1 APS-C

Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk Canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS, Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N

4.3.2 Sistem Four Third The Four Thirds System is a standard created by Olympus and Kodak for digital single-lens reflex camera (DSLR) design and development.[1] (Four Thirds is a registered trademark of Olympus Optical Co., Ltd.) The system provides a standard that, with digital cameras and lenses available from multiple manufacturers, allows for the interchange of lenses and bodies from different manufacturers. U.S. Patent 6, 910, 814 seems to cover the standard. Four Thirds is not an open standard, however, as it does not meet the "allowing anyone to use" criterion commonly accepted as the definition of an open standard.

Jenis-jenis Kamera

(a) Kamera Kompak / Pocket / Kamera Saku

Fujifilm F200 EXR digital compact camera

Page 5: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 5

Popular bagi orang awam, sederhana dan mudah dioperasikan menggunakan filem format 35 mm. Murah, ukuran kecil, mudah dan ringan dibawa ke mana-mana. Terdapat peralatan asas sebuah kamera sahaja. Untuk digunakan, kamera hanya perlu ditujukan kepada subjek, kemudian butang pengatup ditekan. Selalunya, satu lampu imbasan bina dalam dibekalkan dengan kamera. Kungkin juga terdapat satu meter dedahan automatik.

(b) Kamera Kotak / Fokus Tetap (Instamatic)

kodak ‘instamatic’ camera 77x

Kamera jenis ini terdiri daripada satu lensa ringkas, satu butang pengatup dan tuil penggerak filem, pada satu kotak kedap cahaya ringkas. Amat sesuai untuk membuat snap-shots di mana mutu gambar foto tidak dihiraukan sangat. Kamera mempunyai fokus tetap, yakni subjek yang berada lebih 2 meter dari kamera akan kelihatan jelas. Filem yang kerap digunakan bersama kamera ini ialah jenis 120, 127, Instamatic dan 110.

(c) Kamera Rangefinder

Page 6: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 6

Zeiss Ikon Rangefinder Camera ZM

Kamera pemidang titik digabungkan dengan pelaras fokus pada lensa. Alat rangefinder yang terdapat pada pemidang titik dapat menentukan jarak fokus pada lensa kamera itu. Dengan memutarkan pelaras fokus pada lensa ke kiri atau ke kanan sambil melihat pemidang titik, jurugambar boleh memastikan sama ada subjek di hadapan kamera itu kelihatan jelas atau kabur. Umumnya menggunakan filem format 35 mm. Jenis kamera ini sesuai untuk merakamkan bahagian-bahagian yang terperinci dengan lebih sempurna.

(d) Kamera SLR (Single Lens Reflex)

Canon EOS Rebel XSi Black SLR Digital Camera

SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu lensa dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem. Popular di kalangan profesional dan amatur. Kamera jenis ini menggunakan lensa utamanya sebagai peidang tilik dan juga sebagai lensa objektif untuk merakamkan foto. Oleh yang demikian, pandangan yang terdapat pada pemidang tilik memang akan terakam di atas filem. Lensa objektifnya boleh ditukar ganti dengan lensa-lensa berlainan jarak fokus untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang berlainan. Kamera ini memang unggul untuk semua jenis fotografi. Umumnya mempunyai lensa yang dapat diganti. Kamera ini menggunakan filem format 35 mm.

Page 7: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 7

(e) Kamera TLR (Twin Lens Reflex)

Tricloptic TLR Camera

Minty Yashica Mat 124G TLR Camera

Kamera refleks lensa ganda. Biasanya menggunakan format medium. Kamera ini mempunyai dua lensa serupa yang dipasang di atas satu sama lain. TLR ialah kamera dua lensa yang mempunyai peranan masing-masing. Lensa yang di bawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lensa di atas berfungsi membawa cahaya ke viewfinder.

(f) Kamera Viewfinder

Page 8: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 8

Hasselblad 905SWC Medium Format Viewfinder Camera

Kamera viewfinder biasanya menggunakan format medium. (g) Kamera DSLR

Nikon D60 DSLR Camera

Kamera DSLR sangat berguna untuk mengambil gambar bergerak. Kamera jenis ini mempunyai kemampuan menggunakan flash yang kuat untuk waktu gelap dan menggunakan pelbagai lensa seperti lensa makro untuk subjek kecil, lensa lebar untuk pemandangan atau foto kelompok orang, lensa telefoto untuk mengambil gambar objek dari kejauhan, lensa zoom untuk mengambil objek dari jauh dan dekat.

Page 9: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 9

(h) Kamera Super Zoom

Fujifilm's Compact Super-zoom Camera

Kamera ini memiliki jangkauan (zoom) luar biasa panjang, iaitu dari lebar sehingga telefoto. Superzoom juga memiliki fitur-fitur yang biasanya hanya dimiliki kamera DSLR, seperti mengambil gambar digital negatif (RAW) dan continuous shooting dan respon, fokus yang lebih cepat. Kamera Superzoom agak besar dan tidak boleh mengganti lensa seperti DSLR. Harga superzoom lebih relatif murah daripada DSLR.

(I) Kamera Advance Compact dengan manual setting

Casio Exilim Pro EX-F1

Kamera kompak dengan manual setting ini salah satu kamera yang lebih mahal daripada compact, tetapi mempunyai kemampuan yang cukup baik dalam mengingati ukuran yang sangat kecil. Beberapa kemampuan yang baik adalah: mampu mengambil gambar aksi, olahraga, mampu mengambil gambar makro (objek kecil) dan dapat membuat latar belakang menjadi kabur.

Page 10: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 10

(J) Kamera Professional

Nikon Professional Camera

Kamera ini memiliki kemampuan dan kehandalan di atas kamera compact. Kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.

(K) Kamera Instant

Real Polaroid SLR Instant Camera

Polaroid One600

Page 11: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 11

Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Persembahan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan cepat. Kamera segera daripada jenama Polaroid adalah tidak asing lagi pada kebanyakan orang.

(L) Kamera Digital

Menggunakan sensor digital sebagai pengganti filem. Kamera digital adalah alat untuk mengambil gambar dari objek melalui lensa kepada sensor CCD yang hasilnya kemudian dirakam dalam format digital ke dalam media digital.

4.4 Lensa Jenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens. (a) Lensa Standard (Normal lens / Standard lens)

Lensa standard ialah lensa yang boleh mengambil mengikut pandangan mata manusia. Lensa ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar portrait. Lensa Standard mempunyai bukaan 50◦ sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.

Contoh Lensa Standard ialah 50 mm, 55 mm dan 70 mm.

Lensa Macro (Macro lens) mempunyai bukaan 25◦ sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar.

(b) Lensa Jarak Fokus Lebar (Wide angle lens):

Merupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gmabar pada sudut yang luas. Mempunyai bukaan lebih besar dari 60◦ sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Dalam kategori ini, Wide Angle terbahagi kepada Super Wide. Berikut ialah jenis Lensa Wide Angle:

16 mm, 18 mm, 20 mm, 24 mm, 35 mm Jika lebih kecil angka bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberikan kesan lengkung.

(c) Lensa Telefoto (Telefoto lens) :

Lensa Telefoto ialah lensa yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telefoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar. Lensa Telefoto mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 dengan 55 mm, 105 mm dan 200 mm. Lensa 55 mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lensa 105 mm dan 2000 mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

Page 12: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 12

(c) Lensa Zoom (Zoom lens) : Lensa Zoom ialah lensa yang menggabungkan beberapa ciri lensa yang tersenarai di atas. Ini bermakna, dalam satu lensa terdapat dua atau tiga sudut lensa. Lensa Zoom merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 25 mm – 55 mm, 70 mm – 135 mm, 80 mm – 200 mm.

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut

pandangan sahaja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Sigma Telephoto

Fish Eye Lens:

Gambar yang dihasilkan dengan menggunakan lensa fish eye:

Page 13: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 13

Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Lensa Contoh Gambar Ultra wide – fish eye

Nikkor 10.5mm f/2.8G ED AF DX Fisheye Tokina 10‐17mm

Pandangan membengkok.

Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, portrait kreatif

Ultra Wide Nikkor AF-S 14-24mm f/2.8G ED Nikkor AF-S 12-24mm f4 ED DX Sigma 10-20mm Tokina 12-24mm

Perspektif Latar Belakang yang luas. Kesesuaian penggunaan: Bangunan, Landscape, Group, Photo, Perkahwinan dan Photojournalism.

Standard Zoom Kit Lens

Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED II AF-S DX Zoom Tamron 17-50mm f2.8 Canon 17-55mm

Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoom

Kesesuaian penggunaan: Semua Jenis Fotografi.

Page 14: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 14

Standard (Tanpa Zoom)

Noctilux 50mm f/1.0 Nikkor 50mm 1.4&1.8 Nikkor 35mm

Perspektif latarbelakang yang biasa. Kesesuaian penggunaan: Semua jenis fotografi

terutama yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif (distortion).

Telefoto (Tanpa Zoom)

Canon 85mm f1.2L

Perspektif latarbelakang yang kecil. Kesesuaian penggunaan : Portrait

Telefoto Zoom

Nikkor 70-200mm f/2.8G ED-IF A-S VR

Kesesuaian Penggunaan : Fotografi untuk jarak jauh, potrait

Page 15: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 15

4.5 Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar. Bokeh (derived from Japanese bokeaji ボケ味, "blur") is a photographic term referring to the appearance of out-of-focus areas in an image produced by a camera lens.

30mm f2.8 80mm f2.8

4.6 Jarak Fokus (Focal Length)

Jarak fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lensa di dataran fokus dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti. Perubahan jarak akan berlaku apabila lensa difokuskan di dalam penggambaran jarak dekat di mana kedudukan jarak titik pusat lensa ke titik fokus lensa adalah besar. Sekiranya gelung fokus diubah kepada jarak infiniti, jarak fokus bertambah kecil. Teknik penggunaan lensa untuk penggambaran yang terbaik. Dalam “frame” gambar cuba ubah sudut merakam gambar. Cari sudut yang baru, bergerak dari tempat asal. Sama ada berpusing di keliling subjek atau boleh turun ke sudut bawah. Jarak fokus dekat digunakan imej yang kecil akan terbentuk di atas filem. Sekiranya jarak fokus jauh digunakan imej yang lebih besar pula akan terbentuk. Jarak fokus disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan.

Page 16: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 16

Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas

Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.

4.7 Panjang fokal dan perspektif.

Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain,makagambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambardari focal length yang satu lagi.

Page 17: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 17

Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergeraklebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.

Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk mendapatkan satu gambar yang serupa

4.8 Kad Memori

Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital. Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza. Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.

Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.

Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.

Page 18: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 18

5.0 Dedahan / Exposure

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan dikawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.

5.1 Kelajuan Pengatup (Shutter)

Kelajuan pengatup adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej. Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lagi lama masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik. Kelajuan pengatup ialah kelajuan bukaan lensa. Kelajuan pengatup boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka pengatup dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).

Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas.

Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.

Page 19: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 19

Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.

Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.

Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Page 20: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 20

Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.

Contoh shutter speed ialah: 1/B – Shutter speed paling perlahan. 1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30 – Shutter speed perlahan. 1/60, 1/125, 1/250 – Shutter sederhana. 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000

Shutter speed laju 1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan shutter speed paling laju. Namun terdapat satu lagi shutter speed yang boleh dibuka seberapa lamanya iaitu shutter speed 1/B.

5.2 Aperture

Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. Semakin luas iris kamera dibuka, lebih banyak cahaya yang masuk. Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16. Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja. Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak di dalam fokus dipanggil “depth of field”. Aperture – ialah alat bukaan lensa yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik, f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil, f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

Page 21: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 21

f-32 . Bokeh kurang kemas

f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas.

Kesan f-number pada kualiti bokeh.

Contoh aperture analog: f32, f22, f16, f11 – lubang kecil f8, f5.6, f4 – lubang sederhana f3, f3.5, f2, f2.8 – lubang besar Setelah wujudnya kamera digital, aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya. Contohnya f32, f30, f22, f20, f16, f12, f11 – lubang kecil f10, f8, f5, f5.6, f4 – lubang sederhana f3, f3.5, f2, f2.8 – lubang besar.

5.4 Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum

Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: i. Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah

pada f3.5 atau f4. ii. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum

adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

5.5 ISO

ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.

Page 22: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 22

Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.

ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :

ISO Kesesuaian Hasil 100-200 Waktu tengah hari terik dan

cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio.

Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.

400 Waktu mendung, dibawah litupan.

Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima.

800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.

1600 Waktu malam dan kurang bercahaya.

Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.

3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.

Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white node.

4.5 Depth Of Field

Depth of field (DOF) merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF adalah kawasan ketajaman gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang. Kebiasaanya subjek yang kita fokus akan menjadi tajam. Tetapi dengan memahami DOF, selain subjek yang anda fokus menjadi tajam, subjek di bahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam. Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great DOF. Ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Shallow DOF. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa (Focusing Distance), crop factor dan bukaan aperture. 4.6.1 Jenis Dedahan (Exposure Modes)

(a) Programmed AutoExposure Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.

Page 23: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 23

Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

(b) Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan.

3. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

4.6 Metering

Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

4.8 Panduan Sunny 16

Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter.

Page 24: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 24

Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh:

Aperture ISO Kelajuan Shutter

f-16 100 1/100~1/125 f-16 200 1/200~1/250 f-16 400 1/400~1/500 f-16 800 1/800~1/1000

4.9 Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain

Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan Tahap Cahaya Cara Mengetahui Bukan Aperture Sedikit Mendung Ada bayang-bayang dan

bucunya lembut. F11

Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak samarsamar dan bucu hampir sangat lembut.

F8

Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6 4.10 Tip-tip untuk mengawal Exposure

(a) Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.

(b) Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose.

(c) Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette.

(d) Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.

(e) Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

5.0 Histogram

Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sesebuah gambar pada tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight.

Page 25: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 25

Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman.

Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones.

6.0 White Balance

Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda bolehmenukar white balance secara manual. Color Temperature Light Source 1000-2000 K Cahaya Lilin 2500-3500 K Lampu Tungsten 3000-4000 K Sunrise / Sunset 4000-5000 K Lampu Fluorescent 5000-5500 K Flash 5000-6500 K Tengahhari dengan langit tidak berawan

(matahari tegak di atas kepala) 6500-8000 K Sedikit mendung 9000-10000 K Di bawah lindungan atau sangat mendung

Page 26: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 26

7.0 Fokus

Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:

(a) Subjek terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual fokus adalah cara terbaik. (b) tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di

perlukan. (c) Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual fokus atau bersihkan lens. (d) Terlalu dekat. Gunakan close up filter. (e) Subjek bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus

8.0 Kualiti & Format Gambar Resolusi Gambar Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar. Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch. Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar. Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan

Saiz Cetakan Pixel Megapixel 3R-31/2 X 5 in 700x1000 <1 4R-4x6 in 800x1200 1 5R-5x7 1000x1400 1.5 8R-8x10 1600x2000 3.2 11R-11x14 2200x2800 6

*jangkaan cetakan pada 200dpi 9.0 Compression

Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. Di dalam kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC. Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.

Page 27: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 27

Format Fail Gambar kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG. Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. JPEG mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.

TIFF Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.

9.0 Penggunaan Flash

Antara teknik-teknik penggunaan flash (a) Auto flash (b) Fill flash (c) Red Eye flash (d) Slow-sync flash (e) Rear curtain flash

10.0 Teknik-teknik Fotografi 10.1 Portrait

Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu. (a) Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di

rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot.

(b) Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik.

(c) Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang.

(d) Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik.

(e) Model terbaik adalah diri sendiri. 10.2 Kesesuaian Lensa

(a) Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telefoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof.

(b) Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.

(c) Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. (d) Lensa telefoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari

subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa.

Page 28: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 28

(e) Lensa super telefoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.

(f) Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted.

10.3 Komposisi portrait

(a) Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line.

(b) Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di

cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.

(c) Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest.

Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.

(d) Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan elemen semula

jadi seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subjek. Background yang mempunyai tone yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging.

10.4 Portrait Berkumpulan

Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third.

10.5 Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.

10.6 Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.

10.7 Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas.

10.8 Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telefoto dan teknik panning banyak digunakan.

10.9 Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.

11.0 Asas Komposisi

Komposisi adalah cara mengatur / menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa

Page 29: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 29

digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar. “Perlihatkan apa yang anda ingin perlihatkan.” Merupakan salah satu prinsip yang baik.

Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi. Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Ini disebabkan kesesuaian komposisi iaitu:

(a) Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam

gambar itu timbul. (b) Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar

hendaklah berada di kanan gambar dan begitulah sebaliknya. (c) Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan –

baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.

11.1 Titik Punca Tarikan

i. Subjek utama:

Hampir semua gambar memerlukan sekurang-kurangnya satu subjek utama sebagai sumber cerita utama sesebuah gambar.

ii. Foreground / Latarhadapan dan Background /

Latarbelkang

Latarhadapan bermaksud satu kawasan di dalam gambar yang berada di hadapan subjek utama. Latarbelakang pula berada di belakang subjek utama.

Gambar contoh ini mempunyai latarhadapan, subjek utama dan latar belakang.

11.2 Posisi Subjek

Rule of Third

Page 30: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 30

Di dalam panduan ini, cuba bahagikan gambar anda kepada 9 kotak dengan membuat 4 garisan seperti di bawah. Titik penglihatan (focal point) yang lebih dinamik adalah di titik pertemuan antara setiap garis. Penggunaan rule of third di dalam portrait. Subjek utama gambar ini adalah mata. Contoh-contoh rule of third:

11.3 Kekemasan Latarbelakang

Latarbelakang ringkas: Latarbelakang yang baik tidak mengandungi elemen-elemen yang tidak penting dan tidak diperlukan. Seorang jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana mendapatkan sudut terbaik bagi memperolehi latarbelakang yang baik. Sebagai contoh dalam gambar di sebelah, dengan menggunakan sudut pandangan tinggi, latarbelakang yang diperolehi adalah rumput hijau yang kemas dan menarik.

11.4 Menghadkan Fokus Menghadkan fokus bermakna hanya subjek yang sharp dalam gambar dan elemen yang kurang penting akan menjadi samar.

Page 31: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 31

Kaedah ini boleh dicapai dengan mengawal aperture, biasanya yang paling luas seperti f2.8 atau f1.4.

11.5 Keseimbangan

Kita boleh menjadikan komposisi lebih menarik dengan mencipta keseimbangan di dalam gambar. Sebagai contoh, gambar di atas dibahagikan oleh pemisah secara pepenjuru pada bahagian tengah, mencipta satu keseimbangan untuk kedua subjek.

11.6 Tips Pantas untuk mengawal komposisi (a) Pastikan ada subjek utama yang mampu menjadi stopping power untuk mata

yang melihat. (b) Pastikan latarbelakang yang baik, tidak serabut dan melengkapkan subjek

utama. (c) Pastikan komposis adalah seringkas yang mungkin. Elakkan dari

memasukkan semua elemen yang wujud di depan anda. (d) Komposisi yang paling kuat adalah yang mampu menyampaikan mesej paling

cepat dan jelas. (e) Pelajari gambar orang lain dan kenalpasti garisan dan bentuk-bentuk yang

menjadi buidling blok gambar tersebut. (f) Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu

pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas.

(g) Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama.

(h) Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat.

(i) Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain.

(j) Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer.

11.7 Warna Mengawal warna (k) Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang

berlainan. (a) Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2

warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda.

(b) Gunakan vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik.

Page 32: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 32

(c) Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah seasli yang mungkin.

(d) Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast. 11.7 Pencahayaan

Tip-tip menggunakan cahaya persekitaran (a) Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu

paling menarik. (b) Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada wajah, elakkan guna

flash seberapa mungkn. (c) Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gamabr pada waktu tengah

hari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali. Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk sekirannya tiada konstrast.

(d) Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan.

(e) Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan kecerahan semula.

(f) Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash.

Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh memberikan hasil yang menarik. Shooting mode : Manual Aperture : f/25 Shutter Speed : 1/30 Flash : TTL-BI, -0.7EV, Rear Curtain

Flash 12.0 Teknik Penggambaran

(a) Penggambaran Bergerak Penggambaran bergerak adalah salah satu dari teknik-teknik penggambaran. Di sini kamera yang digunakan itu perlu digerakkan semasa dalam proses penggambaran. Biasanya kamera penggambaran itu dipasang di atas sebuah alat yang mudah digerakkan, seperti di troli atau kenderaan. Dengan menggerakkan kamera mengikut pergerakan subjek boleh melahirkan adegan-adegan yang realistik dan menimbulkan mood. Dewasa ini, teknik penggambaran yang bergerak ini amat luas digunakan dalam semua bidang perfileman.

Page 33: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 33

Penggambaran bergerak ini dikategorikan kepada 3 kumpulan: a. Tracking atau Trucking Shot

Trucking adalah pergerakan kamera dari atas sanga yang menggunakan kemudahan untuk bergerak ke kanan atau ke kiri. Dalam hal ini sering juga kita dengar beberapa istilah seperti camera moves in, camera moves out dan camera trucks along. Biasanya penggambaran jenis ini, kalau dalam perfileman dilakukan di luar studio. Kemudahan-kemudahan alat seperti rel, truk, atau kenderaan yang membawa kamera itu bergerak semasa dalam penggambaran. Jika penggerakan yang memerlukan pergerakan yang minima dan ini dilakukan di studio penggambaran itu dikenali juga sebagai “Dolly Shot”.

b. Dolly Shot

Dolly Shot adalah pergerakan kamera ke hadapan mendekati sasaran subjek atau ke belakang menjauhi dari sasaran subjek. Penggambaran seperti ini biasanya dilakukan di dalam studio. Alat yang digunakan dalam penggambaran ini biasanya jenis troli yang berodakan getah. Ini untuk memudahkan troli itu digerakkan oleh seseorang pembantu semasa dalam penggambaran.

Page 34: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 34

c. ARC

ARC merupakan teknik menggabungkan dolly dan truck. Teknik ini dilakukan dalam semi bulatan atau untuk memperlihatkan pemandangan di belakang subjek.

(b) Tilt Shot

Teknik penggambaran yang menginsutkan kamera video mengikut gerak sasaran subjek ke atas atau ke bawah tanpa menggerakkan kedudukan kamera. Penggambaran jenis ini digunakan pada keadaan orang sedang duduk yang kemudiannya membuat pergerakan berdiri atau berjalan ke tempat yang lebih tinggi menaiki tangga, juga jenis penggambaran objek yang tinggi seperti pokok atau bangunan.

(c) Pan Shot

Page 35: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 35

Penggambaran jenis ini adalah proses perkisaran kamera pada sasaran berbentuk panorama. Gambar yang diambil adalah pada persekitaran atau pemandangan sesuatu tempat seperti di dalam Dewan Seminar yang menunjukkan tentang keadaan tempat seminar tersebut. Cara penggambaran dilakukan hanya dengan memutar kamera ke kiri, ke kanan dan sekeliling tanpa menggarakan kedudukan kamera.

13.0 Jenis-jenis Shot (a) Close Up

Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala. Shot ini dapat menggambarkan keadaan emosi subjek.

(b) Medium Close Up

Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala. Shot ini dapat melihat muka subjek dengan jelas.

(c) Big Close Up Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar, misalnya, wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.

(d) Extreme Close Up

Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.

(e) Medium Shot

Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.

Page 36: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 36

(f) Total Shot Shot yang merakamkan keseluruhan objek.

(g) Established Shot Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menanggapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.

(h) Long Shot Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.

(i) Wide Shot

Pada wide shot, objek utama yang diambil memenuhi frame, dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek. Kelihatan dalam gambar, kaki budak perempuan ini menjejaki bawah frame manakala kepalanya hampir menyentuh bahagian atas frame.

(j) Extreme Wide Shot

Shot yang merakamkan pemandangan dari jarak yang jauh sehingga subjek tidak kelihatan. Tujuan jenis shot ini adalah ingin memperkenalkan persekitaran subjek. Extreme Wide Shot selalu diguna dalam shot permulaan. Shot pertama untuk sesuatu tempat agar penonton dapat tahu di mana tempat shot ini dirakamkan.

(k) Very Wide Shot

Very Wide Shot semakin dekat dengan subjek. Tetapi masih terlalu jauh lagi jika dibandingkan dengan wide shot. Subjek mula dapat dilihat dengan Very Wide Shot. Fokus Very Wide Shot masih pada persekitaran subjek.

Page 37: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 37

(l) Two Shot

Shot yang merakamkan wajah dua orang. Jenis shot ini sering digunakan dalam sesi temubual atau sesi persembahan yang melibatkan dua orang sebagai juruacara.

(m) Over Shoulder Shot

Pengambilan gambar di mana kamera berada di belakang bahu salah satu subjek, dan bahu subjek ada dalam frame. Orang yang menghadapi kamera hendaklah memenuhi 1/3 frame.

14.0 Sudut Pengambilan Kamera (a) High Angle (Bird Eye View)

High Anle Shot

Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.

(b) Normal Angle Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.

(c) Low Angle (Frog Eye View) Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.

15.0 Gerakan Kamera (a) Panning

Panning adalah gerakan kamera secara mendatar (posisi kamera tetap di tempat) dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Pan right: Gerak kamera mendatar dari kiri ke kanan. Pan left: Gerak kamera mendatar dari kanan ke kiri.

Page 38: Asas Fotografi _Lengkap

KOK BOON SHIONG, JTP 38

(b) Tilting Tilting adalah gerakan kamera secara menegak (posisi kamera tetap di tempat) dari atas ke bawah atau sebaliknya. Tilt up: Gerak kamera secara menegak dari bawah ke atas. Tilt down: Gerak kamera secara menegak dari atas ke bawah.

(c) Tracking Track adalah gerakan kamera mendekati atau menjauhi subjek. Track in: Gerak kamera mendekati subjek. Track out: Gerak kamera menjauhi subjek.