kertas kerja tandas bdb 2014

8
KERTAS KERJA PROGRAM TANDAS BERIDENTITI DAN BERINFORMASI (BDB) 2014 SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) 1.0 PENGENALAN Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid. Tandas menjadi tempat untuk melepaskan hajat, untuk menyalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat. Sehubugan dengan itu, keadaan fizikal dan aspek kebersihan, keselamatan serta kesihatan seharusnya diberi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau ‘’World Toilet Organization’’ untuk merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang tahun 2020. Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai tanda sokongan, kami jawatankuasa unit kesihatan sekolah telah mengambil beberapa langkah penambah baikan bagi mencapai sasaran tersebut. Kebersihan tandas mencerminkan keperibadian diri. 2.0 MATLAMAT 1

Upload: fara-ara

Post on 18-Feb-2016

1.892 views

Category:

Documents


250 download

DESCRIPTION

tandas sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Tandas Bdb 2014

KERTAS KERJAPROGRAM TANDAS BERIDENTITI DAN BERINFORMASI (BDB) 2014

SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid. Tandas menjadi tempat untuk melepaskan hajat, untuk menyalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat.

Sehubugan dengan itu, keadaan fizikal dan aspek kebersihan, keselamatan serta kesihatan seharusnya diberi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau ‘’World Toilet Organization’’ untuk merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang tahun 2020.

Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai tanda sokongan, kami jawatankuasa unit kesihatan sekolah telah mengambil beberapa langkah penambah baikan bagi mencapai sasaran tersebut. Kebersihan tandas mencerminkan keperibadian diri.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas beridentiti (bersih, ceria dan wangi) dan berinformasi melalui penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang berterusan dalam kehidupan seharian melalui penerapan ilmu.

3.2 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan.

3.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

3.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai kebersihan maksimum.

1

Page 2: Kertas Kerja Tandas Bdb 2014

4.0 CADANGAN AKTIVITI

Beberapa cadangan akiviti telah dirangka sebagai langkah penambahbaikan dan seterusnya bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Antara cadangan aktiviti tersebut adalah;

i- Mengecat TandasPemilihan warna cat yang terang dan ceria adalah tindakan yang dirasakan

wajar kerana warna memepengaruhi suasana sesuatu tempat. Melalui pemilihan warna yang terang dan ceria ini, murid dan guru lebih berasa selesa seolah-olah seperti berada di tandas rumah mereka sendiri.

ii- Pewangi TandasBahan pewangi yang diletakkan di dalam tandas adalah merupakan salah

satu kaedah yang dapat meningkatkan lagi identiti tandas sekolah kita. Tandas yang wangi dapat meningkatkan imej tandas kerana dapat mengnyahkan bau busuk tandas.

iii- Pencuci TanganSeperti mana yang kita ketahui, tandas merupakan tempat berisiko untuk

pembiakan baktiria. Sebagai langkah menjaga kebrsihan dan kesihatan, pencuci tangan diperlukan bagi memastikan tahap kebersihan tangan mereka sentiasa bersih selepas menggunakan tandas.

iv- Hiasan DalamanHiasan dalaman juga diperlukan bagi memastikan suasana tandas itu lebih

menarik dan mempunyai imej yang tersendiri. Ini dapat memberikan identiti kepada tandas tersebut yang membezakan dengan tandas lain. Hiasan dalaman di sini boleh diambil kira seperti pasu bunga, kain lap tangan, dekorasi dinding, dan tong sampah.

v- Penyampaian MaklumatTandas bukan sahaja tempat melepaskan hajat ataupun tempat menyalin

pakaian, malah boleh juga dijadikan tempat penyampaian maklumat. Penyampaian maklumat di sini bermaksud makluman berkaitan dengan etika penggunaan tandas, label-label peralatan yang ada di tandas, signage, dan poster. Maka dengan ini tandas boleh dijadikan medium informasi.

vi- Pertandingan Melukis PosterBagi meningkatkan lagi sensetiviti murid dengan tandas, maka aktiviti

pertandingan melukis poster bertemakan kebersihan tandas boleh dijalankan. Pertandingan ini boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Seni Visual dan poster yang diiktiraf menang akan dibingkaikan dan di letakkan di dalam tandas sebagai melengkapkan hiasan dalaman.

2

Page 3: Kertas Kerja Tandas Bdb 2014

vii- Pertandingan Mereka Visi dan Misi ProgramPertandingan mereka visi dan misi ini dijalankan sempena pelancaran

Program Tandas BDB 2014. pertandingan ini dibuka kepada semua warga SMK Batu Kikir (Model Khas). Peserta boleh menghatar penyertaan mereka visi dan misi ini kepada jawatakuasa program, dan penilaian akan dibuat. Visi dan misi yang terpilih sebagai pemenang akan dijadikan sebagai visi dan misi program.

viii- Tandas AngkatTandas angkat juga merupakan salah satu lagi cadangan aktiviti yang akan

dijalankan, bagi memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid. Aktiviti ini dilaksanakan dengan melibatkan semua kelas tingkatan empat dan lima. Kelas yang bertugas akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tandas berada di dalam keadaan bersih dan selesa. Setiap kelas akan dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajar perempuan untuk tandas murid perempuan, dan kumpulan lelaki untuk tandas murid lelaki. Kelas yang bertugas akan memastikan tandas berada di dalam keadaan baik, dan perlu merkodkan masa pemeriksaan yang dijalankan di smping melaporkan kepada jawatankuasa sekiranya berlaku kerosakan atau sebarang masalah.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

5.1.1 Tandas murid lelaki5.1.2 Tandas murid perempuan

6.0 TARIKH24 April 2014 (Pelancaran) hingga sepanjang tahun 2014

7.0 TEMPATSMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

3

Page 4: Kertas Kerja Tandas Bdb 2014

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Puan Hajah Fatimah binti Wan Abdullah

Timbalan Pengerusi :GPK Pentadbiran SMK Batu Kikir (Model Khas)Puan Mazlina binti Mohamad

Setiausaha :GPK HEM SMK Batu Kikir (Model Khas)Puan Umi Hartini binti Abdull Ghafar

Timb. Setiausaha : Puan Noriah binti Hj Nayan Bendahari : Puan Hafizah binti Mohd Nor

AJK :Bendahari PIBG SMK Batu Kikir (Model Khas)Semua Penyelaras Persatuan dan Kelab

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK : Semua Penyelaras Persatuan dan Kelab : Guru Kelas PraU

4

Page 5: Kertas Kerja Tandas Bdb 2014

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM TANDAS BDB 2014

10.0 RUMUSAN

Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan amalan baik akhirnya dapat membentuk murid yang berjaya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………… …………………………..(Umi Hartini bt Abdull Ghafar) (Mazlina bt Mohamad)Setiausaha GPK HEMUnit Kesihatan & Rawatan SMK Batu Kikir (Model Khas)

Disemak dan diluluskan/diuluskan dengan pindaan/tidak diluluskan

…………………………………(Hajah Fatimah bt Wan Abdullah)

GPK Pentadbiran SMK Batu Kikir (Model Khas)

BATU KIKIR (MODEL KHAS)

PerkaraKuaniti

Unit RMKOS OLEH PIBGCat dinding, syelek, berus 600 Alas kaki (dawai/sabut) 5 100 Cermin muka 4 200Pewangi tandas, pencuci tangan, aksesori dinding 5 200Bunting, poster, signage, label 400Papan Putih 4 200

Jumlah 1,700

5

Page 6: Kertas Kerja Tandas Bdb 2014

TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA TANDAS BDB 2014

1. HENTAK KAKI. KURANGKAN PASIR DI KASUT SEBELUM MASUK TANDAS.

2. BACA DOA SEBELUM MASUK TANDAS DAN KETIKA KELUAR.

3. JAGA ADAB/ ETIKA MENGGUNAKAN TANDAS/ DI DALAM TANDAS

Elak berbual-bual

Elak makan dan minum

Elak berada terlalu lama

Elak berlari-lari untuk elak kemalangan

Elak perbuatan menconteng

Buang air di tempat yang betul (mangkuk tandas)

Tarik pam/flush tandas dengan betul

Gosok menggunakan berus tandas jika masih ada kesan

Buang sampah/ pad wanita dalam bakul sampah

Elak buang sampah untuk elak tandas tersumbat

Elak ganggu rakan lain yang sedang menggunakan tandas

Basuh tangan dengan cecair pencuci tangan sebelum keluar

Tandas/Sekolah adalah kawasan larangan merokok.

4. GUNAKAN PERALATAN TANDAS DENGAN BAIK. JIKA ADA KEROSAKAN MAKLUMKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU BERTUGAS.

“ KEBERSIHAN AMALAN MULIA. KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB SEMUA ”

6