kertas kerja senamrobik

28
SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk menerangkan konsep berhubung Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2012 (Selasa). LATAR BELAKANG 2. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011. Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan. Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. 3. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session” . Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini. KERTAS KONSEP 4. Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records (MBR) iaitu: 4.1 “Largest Children Aerobic Session” yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang. 4.2 “Largest Participation In An Aerobic Session anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574 orang.

Upload: cody-lee

Post on 07-Aug-2015

1.482 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

SUKAN

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA SENAMROBIK

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk menerangkan konsep berhubung Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2012 (Selasa).

LATAR BELAKANG

2. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011. Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan. Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.

3. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

KERTAS KONSEP4. Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat di

dalam Malaysia Book of Records (MBR) iaitu:

4.1 “Largest Children Aerobic Session” yang berlangsung di Lumut Perak pada 27Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang.

4.2 “Largest Participation In An Aerobic Session anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574 orang.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

5. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan untuk menghidupkan kembali dan pengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan:

5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan

Page 2: KERTAS KERJA SENAMROBIK

5.2 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: “Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid”.

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan penganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

7. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

8. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.

9. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.

Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

10. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

10.1 merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan Stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak;

10.2 dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah;

10.3 dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan

10.4 dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat Badan sihat.

Page 3: KERTAS KERJA SENAMROBIK

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

11. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

12. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat

13. Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Objektif

14. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:

14.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;

14.2 melibatkan penyertaan semua murid;14.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;14.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;14.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

STRATEGI PELAKSANAAN

Peringkat Kebangsaan

15. Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi dan bertempat di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor. Bahagian Sukanbercadang YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Page 4: KERTAS KERJA SENAMROBIK

menyempurnakan majlis pelancaran ini. Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan adalah seperti di Lampiran I.

Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri

16. Pada tarikh dan masa yang sama, Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Semua sekolah seluruh Negara akan melaksanakan senamrobik serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran.

Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan adalah seperti di Lampiran II.

Lagu dan Rentak Senamrobik

17. Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa minima yang ditetapkan adalah 30 minit. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah menyediakan cakera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensity rendah kepada tahap intensiti tinggi untuk digunakan khusus pada Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Malaysia Book of Records (MBR). Walaubagaimanapun, bagi melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah selepas pelancaran ini, pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan akitiviti senamrobik di sekolah.

PENUTUP

18. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Bahagian SukanKementerian Pelajaran MalaysiaJun 2012

Page 5: KERTAS KERJA SENAMROBIK

Lampiran I

CADANGAN ATURCARAMAJLIS SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT

KEBANGSAAN

(10 JULAI 2012 – 8.00 PAGI)

6.40 - 7.15 pagi : Semua Peserta Melapor Diri.: Ketibaan Dif-Dif Jemputan.: Ketibaan Y.Bhg Tan Sri KPPM.: Ketibaan Y.Bhg Dato’ KSU, KPM.: Ketibaan YAB Timbalan Menteri Pelajaran.

7.45 pagi : Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

: Bacaan Doa.: Ucapan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

8.00 - 8.35 pagi : Pelancaran Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan.

8.35 - 8.45 pagi : Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR)8.45 pagi : Jamuan

: Sidang media: Lawatan Stesen Sukan Dan Pameran

9.15 pagi : YAB Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis: Aktiviti Sukan / Pameran Kesihatan

9.45 pagi : Bersurai

Page 6: KERTAS KERJA SENAMROBIK

Lampiran II

CADANGAN ATURCARAMAJLIS SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT

SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI

(10 JULAI 2012 – 8.00 PAGI)

6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri7.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan

: Ketibaan Tetamu Kehormat7.30 Pagi : Perhimpunan Rasmi Sekolah

: Bacaan Doa: Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

: Gimik Pelancaran (jika Ada)8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula10.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik

Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Nota:

Pihak sekolah adalah digalakkan supaya mengadakan:

Ceramah atau taklimat kesihatanProgram-program motivasi sukanKempen derma darahLain-lain aktiviti yang bersesuaian

Page 7: KERTAS KERJA SENAMROBIK

SENAMROBIKSERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

1. Tarikh dan masa

1.1 Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)1.2 Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi

2. Tempoh Masa Senamrobik

2.1 Masa senamrobik adalah selama 35 minit.2.2 Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak

seperti yang disediakan dalam cakera padat.2.3 Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut

kemampuan masing-masing.2.4 Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya

mengikut kemampuan masing-masing.

3. Penyertaan

3.1 Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:

3.1.1 murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan Sekolah swasta);

3.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan;3.1.3 ikon sukan; dan3.1.4 VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.

3.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.PANDUAN PELAKSANAAN

4. Pelaksanaan

4.1 Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat pada Jam 8.00 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan Sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Page 8: KERTAS KERJA SENAMROBIK

4.2 Cadangan Atur Cara

6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri

7.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan : Ketibaan Tetamu Kehormat

7.30 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah : Bacaan Doa

: Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

: Gimik Pelancaran (jika Ada)

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula10.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

5. Tempat Senamrobik (keselamatan hendaklah diutamakan)

5.1 Padang sekolah / IPGM / Matrikulasi;5.2 Kawasan lapang; atau5.3 Tempat senamrobik yang sesuai dan selamat.

6. Pendaftaran

6.1 Pra Pendaftaran

6.1.1 Semua sekolah / IPGM / Matrikulasi mesti membuat pra pendaftaran dengan menjangka jumlah kehadiran murid/pelajar ke sekolah / IPGM / Matrikulasi pada 10 Julai 2012 (Selasa).

6.1.2 Sekolah hendaklah mendaftarkan jumlah pra pendaftaran murid / pelajar dengan menggunakan borang seperti (lampiran A) dan hantar melalui emel seperti senarai e-mel (lampiran B) mulai 15 Jun 2012 sehingga 29 Jun 2012.

7. Nombor dan Pakaian Peserta

7.1 Murid / pelajar tidak perlu menggunakan nombor peserta.7.2 Murid/pelajar hendaklah memakai pakaian sukan sekolah masing-masing

atau pakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti senamrobik.

Page 9: KERTAS KERJA SENAMROBIK

8. Pengesahan Jumlah dan Penyerahan Penyertaan

8.1 Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan hendaklah mengesahkan jumlah sebenar penyertaan murid / pelajar dengan menurunkan cop rasmi dan tandatangan pada borang perakuan penyertaan murid / pelajar (Lampiran C) pada hari senamrobik (10 Julai 2012).

8.2 Catatkan jumlah sebenar murid / pelajar yang mengambil bahagian pada borang perakuan penyertaan (Lampiran C) dan sertakan salinan kehadiran murid / pelajar yang telah disahkan oleh Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan.

8.3 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar borang perakuanpenyertaan (Lampiran C) yang telah disahkan dengan cara mengimbas (scan) semua borang kehadiran murid/pelajar dan di e-mel kepada Bahagian Sukan, KPM mulai 10 Julai 2012 iaitu selepas senamrobik dan hendaklah sampai ke Bahagian Sukan sebelum 17 Julai 2012. Senarai e-mel adalah seperti Lampiran B.

8.4 Sebarang pertanyaan dipohon menghubungi Pn. Yasmin Othman, seperti talian berikut :

Pejabat : 03 8884 1357Talian bimbit : 012 474 9464E-mel : [email protected]

9. Penyerahan Gambar

9.1 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mengambil gambar pegun (still photos) sebagai bukti pelaksanaan acara.

9.2 Gambar pegun hendaklah diatur mengikut kronologi acara:

pendaftaran;permulaan senamrobikketika senamrobik berlangsung;aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.

9.3 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah e-mel gambar pegun (maksima 5 keping sahaja) kepada Bahagian Sukan pada atau sebelum 17 Julai 2012 mengikut negeri masing-masing. Senarai e-mel adalah seperti (Lampiran B).

Page 10: KERTAS KERJA SENAMROBIK

10. Sijil Penyertaan dan Penghargaan ( 2markah )

10.1 Semua murid/pelajar akan diberi sijil penyertaan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia .

10.2 Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh muat turun sijil melalui portal Bahagian Sukan, KPM www.moe.gov.my/bsukan mulai 10 Julai 2012.

10.2 Setiap murid/pelajar yang menyertai aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia layak diberi 2 markah (penyertaan)

Page 11: KERTAS KERJA SENAMROBIK
Page 12: KERTAS KERJA SENAMROBIK

SENAMROBIKSERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

PERINGKAT SMK SUNGAI MERAH, SIBU

1. Tarikh dan masa

1.1 Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)1.2 Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi

2. Tempoh Masa Senamrobik

2.1 Masa senamrobik adalah selama 35 minit.2.2 Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak

seperti yang disediakan dalam cakera padat.2.3 Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut

kemampuan masing-masing.2.4 Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya

mengikut kemampuan masing-masing.

3. Penyertaan

3.1 Semua warga Sekolah yang diertikan sebagai berikut:

3.1.1 Murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas );3.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan;

3.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

4. Tempat Senamrobik ( keselamatan hendaklah diutamakan )

4.1 Tapak Perhimpunan4.2 Dewan Wawasan SMK Sungai Merah. – jika hujan

6. Pakaian Peserta

6.1 Murid / pelajar hendaklah memakai pakaian sukan / PJK sekolah masing-masing atau pakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti senamrobik.

6.2 Gunakan Seluar Track Suit.

6.3 Seluar pendek / paras lutut tidak dibenarkan digunakan.

Page 13: KERTAS KERJA SENAMROBIK

7. Pelaksanaan

7.1 Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat pada Jam 8.00 pagi.

7.2 Atur Cara

6.45 pagi : Semua Pelajar bergerak ke Tapak Perhimpunan dan berada dalam barisan tingkatan masing-masing seperti

perhimpunan harian biasa.

( Guru Tingkatan Sila ambil kehadiran pelajar )

7.00 pagi : Perhimpunan rasmi sekolah.

: Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku.

: Bacaan Doa.

7.10 pagi : Ucapan alu-aluan daripada Encik Barry Teo Kok Poh Pengetua SMK Sungai Merah, Sibu.

7.30 pagi : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri.

: Gimik Pelancaran (jika Ada)

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula.

9.00 / 9.40 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Page 14: KERTAS KERJA SENAMROBIK

1.1 JAWATANKUASA PENGELOLA

SENAMROBIK 1SUKAN 1MURID 1MALAYSIA PERINGKAT SMK SUNGAI MERAH, SIBU

10 JULAI 2012

PENGERUSI : EN. BARRY KOK POHNAIB PENGERUSI : CIK SUMINAH BINTI SAMSOLMOHARIPSETIAUSAHA : EN. WAN ZAINI BIN WAN EHIPEN. SETIAUSAHA : CIK SHARIFAH RODZIAH BINTI WAN MOHAMMADBENDAHARI : EN. HASSAN BIN TAHIRGURU SUKAN : EN. MADEHI BIN RAMLEE

BIL AJK NAMA CATATAN /AGIHAN TUGAS

1 BUKU PROGRAM

SUSIE TIONG (K)MENYEDIAKAN BUKU PROGRAM DAN BERBINCANG DENGAN PKKK BERKAITAN MAKLUMAT SENAMROBIK YANG PERLU DIMUATKAN KE DALAM BUKU PROGRAM.

MENCETAK DAN MENGEDARKAN BUKU PROGRAM KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

ADELINE WUONG

2PERASMIAN /

PENUTUPABDUL RAHIM@HALMI

BIN DRAHMAN

MEMASTIKAN MAJLIS PERASMIAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN BERBINCANG DENGAN PKKK BERKAITAN ATURCARA MAJLIS YANG AKAN DIJALANKAN PADA HARI PERASMIAN.

3 KEBERSIHAN

HAYATI BINTI DAHLI (K)MEMASTIKAN KAWASAN SEKITAR TAPAK PERHIMPUNAN DIBERSIHKAN OLEH PELAJAR DAN DIPANTAU OLEH GURU TINGKATAN / PEMBANTU GURU SELEPAS AKTIVITI SENAMROBIK DIJALANKAN SEKIRANYA ADA SAMPAH.

MEMAKLUMKAN GURU TINGKATAN BERKAITAN KEBERSIHAN TAPAK PERHIMPUNAN SELEPAS DIGUNAKAN.

SEMUA GURU TINGKATAN

SEMUA PELAJAR

4MAKANAN / MINUMAN

LAU JIA JIA (K) MENYEDIAKAN MAKANAN / MINUMAN KEPADA TETAMU ( JIKA ADA ) 20 MINIT SEBELUM ACARA SELESAI.

BERBINCANGAN DENGAN PKKK BERKAITAN MENU YANG AKAN DITEMPAH DAN LOKASI UNTUK MENJAMU SELERA.

HASMAH PUKIM

5PESERTA

PENDIDIKAN KHAS

LING CHU SIONG (K) MENCATAT KEHADIRAN PELAJAR MENGGUNAKAN BORANG KHAS YANG AKAN DIEDARKAN PADA PAGI 1O JULAI 2012.

MEMASTIKAN PELAJAR PRA SEKOLAH YANG TERLIBAT SELAMAT UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SENAMROBIK.

MELAPORKAN KEPADA AJK KECEMASAN SEKIRANYA ADA SEBARANG MASALAH KECEMASAN.

ABANG ISMAIL BIN ABANG MALEK

ELYBERTH SIJAH AK BAKAT

ZULLIZA BINTI MOHAMAD SAFIAN

6 PESERTA PRA SEKOLAH HII NIE JING (K)

MENCATAT KEHADIRAN PELAJAR MENGGUNAKAN BORANG KHAS YANG AKAN DIEDARKAN PADA PAGI 1O JULAI 2012.

MEMASTIKAN PELAJAR PRA SEKOLAH YANG TERLIBAT SELAMAT UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI

MIMI LAU

Page 15: KERTAS KERJA SENAMROBIK

SENAMROBIK.

MELAPORKAN KEPADA AJK KECEMASAN SEKIRANYA

7 GURU TINGKATANSEMUA GURU

TINGKATAN / PENGGANTI GURU TINGKATAN

MENCATAT KEHADIRAN PELAJAR MENGGUNAKAN BORANG KHAS YANG AKAN DIEDARKAN PADA PAGI 1O JULAI 2012.

MEMASTIKAN SEMUA BUTIRAN YANG DIPERLUKAN SEPERTI DIBAWAH DILENGKAP ISI DENGAN KEMAS DAN DISERAHKAN KEPADA PKKK SELEPAS SELESAI SENAMROBIK.

1. NAMA PENUH PELAJAR2. NOMBOR KAD PENGENALAN3. TINGKATAN4. CATATAN KEHADIRAN – HADIR / TIDAK HADIR ( SILA BERJUMPA DENGAN PKHEM UNTUK MENENTUKAN STATUS

HADIR PELAJAR YANG BERTANDING ATAU MEWAKILI SEKOLAH )

7 JURUACARA MAJLIS PENGAWAS BERTUGAS MENGACARA MAJLIS DAN MENDAPATKAN ATURCARA MAJLIS DARIPADA SU SUKAN

8SIARAYA, HEBAHAN

& PERALATAN

TING KUNG YIEW (K) MENYEDIAKAN PERALATAN SIARAYA DANMEMASTIKAN PERALATAN TERSEBUT DAPAT DIGUNAKAN SEMASA ACARA SENAMROBIK.

MENGUMUMKAN KEPADA WARGA SEKOLAH BERKAITAN ACARA YANG AKAN DIJALANKAN SEHARISEBELUM ACARA DIJALANKAN

DVD SENAMROBIK DAPATKAN DARIPADA PKKK.

SEDIAKAN PORTABLE WIRELESS MICROFON

KIU HUNG TINGZULHIMI BIN MAMAT

2 ORANG PENGAWAS

9PERTOLONGAN

CEMAS

WANG LIN KYIEN (K)

MENEMPATKAN PELAJAR PEMBANTU DILOKASI-LOKASI YANG SESUAI SEKIRANYA BERLAKU PELAJAR PENGSAN / CEDERA SEMASA MELAKUKAN SENAMROBIK.

MEMASTIKAN BILIK KESIHATAN MEMPUNYAI BEKALAN UBAT YANG DIPERLUKAN DAN KEADAAN BILIK SEDIA UNTUK DIGUNAKAN SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN.

MEMASTIKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA PELAJAR PEMBANTU JIKA BERLAKU SEBARANG KECEMASAN.

MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON KLINIK / HOSPITAL BERDEKATAN.

MEMAKLUMKAN KEPADA PKKK SEKIRANYA ADA KES KECEMASAN SERIUS YANG MEMERLUKAN MANGSA DIHANTAR KE HOSPITAL.

FARIDAH BINTI IMALUDDEN

5 ORANG AHLI PBSMM

10 JURUGAMBAR / VIDEO

IZANIZAM BIN OMAR (K)

MEMASTIKAN GAMBAR PEGUN DIAMBIL DALAM PELBAGAI SUDUT.VIDEO JUGA BOLEH DIAMBIL SEBAGAI REKOD SEKOLAH.

ASPEK CERIA DAN PERPADUAN DALAM MELAKSANAKAN ACARA SENAMROBIK PERLU DIGAMBARKAN DALAM GAMBAR YANG DIAMBIL / MANA-MANA TAFSIRAN GAMBAR YANG POSITIF.

2 PELAJAR PEMBANTU

Page 16: KERTAS KERJA SENAMROBIK

SERAHKAN GAMBAR-GAMBAR / VIDEO TERSEBUT KEPADA PKKK SELEPAS ACARA SELESAI / 1 HARI SELEPAS ACARA.

11 SIJIL NORASIAS BINTI IBRAHIM

MEMBUAT SIJIL PENYERTAAN KEPADA PELAJAR

DAPATKAN KERTAS SIJIL DARIPADA PKKK

GUNAKAN PRINTER PKKK

12AJK DISIPLIN & KESELAMATAN

SHIRLEY SAMAI SUI (K) MEMASTIKAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMROBIK.

MEMASTIKAN TIDAK ADA PELAJAR YANG PONTENG DI DALAM KELAS / LOKASI TERTENTU SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN.

MELAPORKAN KEPADA KETUA SEKIRANYA ADA PELAJAR YANG MENIMBULKAN MASALAH.

MENEGUR PELAJAR YANG CUBA MENGGANGGU KELANCARAN AKTIVITI YANG SEDANG DILAKUKAN.

MEMBANTU PELAJAR YANG PENGSAN ( JIKA ADA ) DAN DIHANTAR KE BILIK KESIHATAN DENGAN BANTUAN BAHAGIAN PERTOLONGAN CEMAS.

MEMASTIKAN PELAJAR MASUK KE KELAS PADA MASA KE 4 DAN MEMASTIKAN TIADA PELAJAR YANG PONTENG.

RONDAAN KE SEMUA KELAS UNTUK MEMASTIKAN TIADA PELAJAR YANG PONTENG SELEPAS AKTIVITI SENAMROBIK DIJALANKAN.

CHEW SOON KIATLAU SIEW KEE

LIM CHING YUNGWONG TIEN PING

SEMUA GURU TINGKATAN

PENGAWAS SEKOLAH YANG BERTUGAS PADA

HARI SELASA

13INSTRUKTOR SENAMROBIK

SITI SABIHAH BINTI GHAZALIE (K)

MENDAPATKAN DVD SENAMROBIK DARIPADA PKKK.

KETUA MEMASTIKAN RAKAN PEMBANTU TURUN UNTUK BERLATIH IAITU SEBELUM BERMULA.

MENCIPTA GERAK BERPANDUKAN MUZIK YANG TELAH DISEDIAKAN.

MULA DARI INTENSITI RENDAH KE TINGGI.

CUBA BERINTERAKSI DENGAN PELAJAR SEMASA PERGERAKKAN DILAKUKAN.

MEMASTIKAN AKTIVITI MENJADI LEBIH MENARIK DAN MUDAH DIIKUTI PELAJAR DAN GURU.

SITI NUR AMALIA ABDUL MAJID

FATEHATUL ASMA BINTI HAMBALI

RATHIKAH SANDARA MOHAN

10 ORANG PELAJAR KEBUDAYAAN

Page 17: KERTAS KERJA SENAMROBIK

LAMPIRAN B

Page 18: KERTAS KERJA SENAMROBIK

BIDANG TUGAS AJK SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

1. SETIAUSA SUKAN

a. TUGAS SEBELUM KEJOHANAN

a) Menyediakan borang kehadiran pelajar.b) Mengedarkan maklumat mengenai SENAMROBIK 1M1S1M.c) Menyedia dan mengedarkan susunan acara senamrobik kepada semua

warga SMKSM.d) Mendapatkan maklumat berkaitan keperluan asas dalam melaksanakan

Senamrobik 1M1S1M.e) Menyedia dan mengisi borang-borang Laporan yang perlu disediakan

lebih awal ialah :a. Borang lampiran Ab. Borang lampiran B

f) Memanggil taklimat kepada guru yang terlibat bagi menyampaikan berbagai maklumat mengenai acara senamrobik

b. TUGAS SEMASA KEJOHANAN

a) Jawatankuasa Teknik hendaklah hadir 1 Jam sebelum Acara Senamrobik bermula seperti dijadualkan.

b) Tanggungjawab pertama ialah mengedarkan senarai kedatangan kepada Guru Tingkatan.

c) Memastikan kawasan yang digunakan untuk senamrobik selamat dan selesa.d) Memastikan Jurugambar merakam beberapa gambar pegun untuk dihantar

sebagai laporan.

c. TUGAS SELEPAS KEJOHANAN

a) Mengira jumlah kehadiran pelajar pada hari tersebut:

b) Menyediakan laporan aktiviti Senamrobik dan di emailkan kepada pihak Bahagian Sukan KPM.

c) Memastikan kawasan yang digunakan dibersihkan sekiranya terdapat sampah sarap.

d) Memastikan pelajar masuk ke kelas selepas selesai aktiviti Senamrobik.

2. JAWATANKUASA PERASMIAAN & PROTOKOL

Page 19: KERTAS KERJA SENAMROBIK

a. TUGAS SEBELUM SENAMROBIK 1M1S1M

a. Menyediakan teks Juruacara Majlis.b. Mendapatkan teks Ucapan Timbalan Perdana Menteri.c. Memastikan pembesar suara telah dicuba dan boleh digunakan.d. Raptai Gimik perasmian ( jika ada )e. Memastikan tempat duduk VIP adalah betul.

f. TUGAS SEMASA KEJOHANAN

a. Pastikan semua Jawatankuasa / pelajar dapat menghadirkan diri lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan.b. Mengawas dan menyelenggara kelancaran aktiviti senamrobik.

5. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM MEDIA & PUBLISITI

1. Mendapatkan semua maklumat dari semua jawatankuasa untuk diisi dan Dimuatkan ke dalam buku program :

a. Kata-kata aluan b. Senarai AJK Kerja Tertinggi c. Aturcara Majlis Perasmian h. Penghargaan k. Lain-lain

2. Mengedarkan buku program kepada semua jawatankuasa untuk diagihkan Kepada ahli jawatankuasa berkenaan.

3. Mengagihkan buku program kepada tetamu sebelum Senamrobik.

4. Anggaran perbelanjaan.

5. JAWATANKUASA PERALATAN / KHEMAH / HIASAN

a. Melakarkan pelan kedudukan payung serta kawasan khas yang lain yang memerlukan.

b. Kenalpasti keperluan payung :

Khemah Dif dan tetamuKhemah PegawaiKhemah PesertaKhemah Urusetia, Hadiah dan JuruhebahKhemah Jualan

c. Peralatan lain :

Page 20: KERTAS KERJA SENAMROBIK

KerusiMejaSofaKipasHealer

d. Persiapan Hiasan :

Bendera MalaysiaBendera NegeriBendera SekolahRostrum

6. JAWATANKUASA JAMUAN / MAKAN & MINUM

a. Air minuman sahaja.

7. JAWATANKUASA SERANTA & SIARAYA

a. Menjalankan kerja-kerja publisiti :

Kain sepanduk (kain rentang)Hand-billHebahan pada waktu perhimpunanLain-lain

g. Menjalankan kerja-kerja mengantung kain sepanduk / rentang di tempat-tempat tumpuan dan di tempat pertandingan dilangsungkan.

h. Menghebahkan berita berkaitan dengan kejohanan iaitu di sekolah sebagai makluman kepada semua pelajar dan guru-guru.

8. JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS

a. Mengenalpasti badan pertolongan cemas yang akan memberikan bantuan.b. Jumlah tenaga yang diperlukan.c. Peralatan yang berkaitan.d. Lokasi yang sesuai untuk menempatkan pelajar yang kurang sihat.

9. JAWATANKUASA KAWALAN KESELAMATAN

a. Mengenalpasti badan yang terlibat Badan Pengawas

b. Jumlah tenaga yang diperlukan.

c. Tempat-tempat yang memerlukan kawalan dan pengawasan keselamatan:

Page 21: KERTAS KERJA SENAMROBIK

Kawasan SenamrobikPintu Masuk Utama SekolahPintu Tepi – berhampiran Stesen BasTangga utama ke kelasKantinTandasSekitar kawasan sekolahLain-lain

10. JAWATANKUASA PROTOKOL JEMPUTAN & SAMBUTAN

a. Kenalpasti semua tetamu: ( jika ada )

VIP yang merasmikan dan menutup majlisLain-lain pegawai dan Dif UndanganPegawai-pegawai di JPN / PPDPegawai-pegawai badan yang terlibat seperti YDP / AJK PIBG

b. Tugas-tugas :

AJK ini adalah penyambut tetamuHadir lebih awal dengan pakaian sesuaiMenyediakan rozet

e. Persiapan sambutan

Bunga manggarPembantu-pembantuJawatankuasa penyambut tetamuPasukan kompang

11. JAWATANKUASA KEBERSIHAN

a. Kenalpasti kawasan yang digunakan untuk Senamrobikb. Peralatan yang berkaitan :

Karung PlastikTong sampahBesi / Kayu pencucuk sampah (plastik / kertas)

c. Pembantu-pembantu

LAMPIRAN A

Page 22: KERTAS KERJA SENAMROBIK

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

BORANG PRA PENDAFTARAN

(JANGKAAN MURID/PELAJAR YANG AKAN HADIR PADA 10 JULAI 2012)

JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

NAMA SEKOLAHJUMLAH

PRA PENDAFTARAN

SARAWAK SMK SUNGAI MERAH, SIBU 840 ORANG MURID

Nota;Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mendaftarkan jumlah pra pendaftaran murid / pelajardengan menggunakan borang seperti (Lampiran A) dan hantar melalui emel seperti(Lampiran B) mulai 15 Jun 2012 sehingga 29 Jun 2012

[email protected]

Cik Norhikmah TauhidTel: o3-8884 1006

LAMPIRAN C

Page 23: KERTAS KERJA SENAMROBIK

PERAKUAN

JUMLAH PENYERTAAN SEBENAR MURID

Saya mengesahkan bahawa 850 (bilangan) murid telah menyertaisenamrobik “Largest Simultaneous Participation Of School Students InAn Aerobic Session”. ini pada 10 Julai 2012. Senamrobik ini diadakan di

√ Sekolah / IPGM / Matrikulasi

Sekitar sekolah/ IPGM / Matrikulasi

Tandatangan Pengetua/Guru Kanan

_____________________

( BARRY TEO KOK POH ) PENGETUA SMK SUNGAI MERAH, SIBU

Tarikh : 10 JULAI 2012

** Setiap sekolah// IPGM / Matrikulasi hanya perlu menghantar satu perakuan penyertaan yang menyatakan jumlah keseluruhan penyertaan.

COPRASMI

SEKOLAH