laporan senamrobik 1m1s

14
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN. DI SEDIAKAN OLEH: PN. NOOR AZWIN BT JOHARY SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA TAHUN 2012

Upload: fadhilahahmad

Post on 25-Jul-2015

871 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN

08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN.

DI SEDIAKAN OLEH:

PN. NOOR AZWIN BT JOHARY

CIK FADHILAH BT AHMAD

CIK NOOR AZMIN BT ADLI

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

TAHUN 2012

Page 2: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

PROGRAM PERLAKSANAAN SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, BEDONG, KEDAH.

TARIKH: 10 JULAI 2012

MASA: 7.20 PAGI

TEMPAT: SK SERI AMAN

MASA SENAMROBIK

Senamrobik mengambil masa dalam 36 minit 9 saat. Acara bermula tepat jam 8.00 pagi

serentak seluruh Malaysia.

SENAMROBIK

Langkah-langkah dalam senamrobik ialah berdasarkan video yang di muat turun

melalui laman sesawang

http://www.moe.gov.my/bsukan

PENDAFTARAN PESERTA

Semua peserta didaftarkan dalam borang penyertaan mengikut kelas masing-masing.

Page 3: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

PENGESAHAN JUMLAH PENYERTAAN

Pengesahan jumlah sebenar murid/peserta yang mengambil bahagian akan dicatatkan

pada borang penyertaan. Guru Besar mengesahkan jumlah sebenar penyertaan

murid/peserta dengan menurunkan cap rasmi dan tandatangan pada borang

penyertaan pada hari senamrobik berlangsung. Jumlah sebenar murid/peserta

dicatatkan pada borang penyertaan untuk rujukan.

PENYERAHAN GAMBAR DAN RAKAMAN VIDEO

Semua sekolah perlu mengambil gambar pegun sebagai bukti pelaksanaan acara.

Semua sekolah digalakkan membuat rakaman video sebagai bahan dokumentasi dan

juga bukti pelaksanaan dan dimuat turun dalam satu cakera padat (CD/VCD). Setiap

gambar atau video perlulah mengikut kronologi sebagaimana berlangsungnya acara.

Semua gambar perlu die-melkan ke Bahagian Sukan atau di hantar ke alamat berikut:

Bahagian Sukan,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 1 & 7, Blok E13,

Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

Page 4: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

LATAR BELAKANG 1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara

aktif dengan menyertai aktivitisukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan

dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui

strategi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Bagi murid yang berbakat

dan berpotensi, bakat mereka dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat

Muda melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.

Aktiviti sukan adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan

kesejahteraan murid. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan

amatlah penting sebagai suatu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang cergas,

dinamik, dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri

dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Page 5: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

MATLAMAT

Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan

murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

OBJEKTIF DASAR

Berhasrat memenuhi objektif-objektif berikut:

1) Meningkatkan kecergasan jasmani.

2) Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

3) Memupuk perpaduan dalam kalangan kaum.

4) Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.

5) Memenuhi naluri semulajadi murid.

6) Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

KONSEP

Memberi fokus kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar setiap murid terlibat

sekurang-kurangnya satu sukan.

Pembangaunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam

sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Pada masa yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan lagi

ke tahap yang lebih tinggi.

Page 6: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

PRINSIP PERLAKSANAAN

1) Dasar 1M1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga tahun 6 di sekolah rendah.

2) Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif semua murid.

3) Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan JERI murid.

4) Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan

yang ditawarkan oleh sekolah.

5) Ibu bapa dan agensi luar/rakan sekolah adalah digalakkan untuk menyumbang

kepada pembangunan sukan sekolah.

Page 7: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

LAPORAN SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Pada hari Khamis iaitu 10 Julai 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Aman telah

Berjaya melaksanakan Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

Program ini bermula pada pukul 7.20 pagi yang dimulakan dengan acara pendaftaran

peserta mengikut kelas masing-masing. Peserta berbaris mengikut kelas di dalam

Dewan Terbuka dan di Dataran Perhimpunan SKSA.

Program dimulakan dengan acara menandatangani borang penyertaan peserta oleh

Puan Guru Besar SKSA iaitu Puan Noridzan Bt Babjan sambil di perhatikan oleh Guru-

guru Penolong Kanan SKSA, guru-guru serta peserta.

Semua peserta membuat senaman ringan sebelum memulakan aktiviti senamrobik

yang diketuai oleh 4 orang jurulatih senamrobik iaitu gur pelatih dari Institut Pendidikan

Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Tepat jam 8.00 pagi, aktiviti

senamrobik dimulakan serentak seluruh Malaysia. Peserta membuat pergerakan

senamrobik mengikut arahan dan pergerakan jurulatih senamrobik. Aktiviti senamrobik

ditamatkan tepat jam 9.00 pagi.

Selepas aktiviti Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ditamatkan, peserta

dibenarkan untuk berehat. Selepas berehat peserta dikehendaki masuk ke kelas

masing-masing dan menjalani sesi penganjaran dan pembelajaran seperti biasa.

“KOKURIKULUM PEMANGKIN MINDA”

Page 8: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

IMPAKProgram Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dapat memberi peluang kepada

murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar mereka terlibat sekurang-kurangnya satu

jenis sukan.

Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dapat menyihatkan tubuh badan dan

meningkatkan tahap kecergasan murid apabila melakukan aktiviti senamrobik.

Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dapat memupuk budaya bersukan

dan gaya hidup sihat dlam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini juga dapat menyemai

semangat kerjasama, perpaduan dan kemesraan dlama kalangan warga sekolah.

Page 9: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

LAPORAN

Page 10: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

BROSUR

Page 11: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

LENSA SEKITAR

PROGRAM

Page 12: LAPORAN SENAMROBIK 1M1S

LAMPIRAN