kertas kerja seminar edit

15
KERTAS KERJA Seminar Penyelidikan Tindakan Sains 2015 TEMA Penyelidikan Tindakan Pemangkin Kreativiti dan Inovasi Pendidikan ANJURAN Pelajar PISMP Sains Ambilan JAN 2012 dengan kerjasama Jabatan Sains IPG Kampus Pulau Pinang Bukit Coombe, 11700 Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang

Upload: an-nisa

Post on 16-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Seminar Edit

TRANSCRIPT

  • KERTAS KERJA

    Seminar Penyelidikan Tindakan Sains 2015

    TEMA

    Penyelidikan Tindakan Pemangkin Kreativiti dan

    Inovasi Pendidikan

    ANJURAN

    Pelajar PISMP Sains

    Ambilan JAN 2012

    dengan kerjasama

    Jabatan Sains

    IPG Kampus Pulau Pinang

    Bukit Coombe, 11700 Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang

  • 1.0 PENGENALAN

    Penyelidikan Tindakan merupakan satu bentuk kajian yang dijalankan oleh

    pengamal profesional iaitu guru dalam meningkatkan amalan profesional

    merangkumi penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seminar

    pula merupakan salah satu langkah untuk menghebahkan penyelidikan yang

    telah dijalankan. Seminar Penyelidikan Tindakan yang akan dilaksanakan ini

    merupakan kerjasama antara pelajar Semester 8 Sains Ambilan Januari 2012

    dengan Jabatan Sains IPG Kampus Pulau Pinang. Seminar ini akan

    dilangsungkan selama sehari yang dan akan disertai oleh 19 orang pembentang

    kertas penyelidikan. Seminar ini akan dilangsungkan di Dewan Tanjung Blok

    Sains dan Makmal B4, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Tujuan

    seminar ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan kursus SCE 3153

    Penyelidikan Tindakan II: Sains Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan

    Pelaporan) dan menyediakan peluang kepada peserta kursus untuk berkongsi

    hasil penyelidikan mereka di samping memberi pendedahan serta pengalaman

    kepada pelajar guru mengenai proses pengelolaan sebuah seminar penyelidikan.

    2.0 OBJEKTIF

    Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar guru dalam pengelolaan

    sebuah seminar penyelidikan.

    Berkongsi pengalaman dan hasil penyelidikan tindakan dalam bidang

    pendidikan.

    Meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran serta mempelbagaikan kreativiti

    dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Meningkatkan lagi inovasi penyelidikan tindakan melalui perkongsian ilmu.

    Menjadikan penyelidikan tindakan sebagai perangsang untuk melahirkan guru

    berkualiti.

  • 3.0 TEMA

    Penyelidikan Tindakan Pemangkin Kreativiti dan Inovasi Pendidikan

    4.0 BUTIRAN SEMINAR

    Tarikh :24 Ogos 2015

    Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang

    Tempat :Dewan Tanjung, Blok Sains

    :Makmal B4, Blok Sains

    5.0 AHLI JAWATANKUASA

    (Sila rujuk Lampiran 1)

    6.0 ATUR CARA PROGRAM

    (Sila rujuk Lampiran 2)

    7.0 SASARAN

    19 orang pelajar Tahun 4 PISMP Ambilan JAN 2012

    (Pengkhususan Sains)

    14 orang Pensyarah Jabatan Sains

    *Senarai nama penuh pelajar PISMP dan pensyarah telah dilampirkan bersama.

    (Sila rujuk Lampiran 3a, 3b dan 3c)

    8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    (Sila rujuk Lampiran 4)

    9.0 SUMBER KEWANGAN

    1. Kutipan wang berjumlah RM 32 seorang dari 19 orang peserta.

    2. Sumbangan dari pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

  • 10.0 PENUTUP

    Seminar ini merupakan salah satu komponen yang sangat penting untuk

    mendedahkan pelajar guru di dalam kursus SCE 3153 Penyelidikan Tindakan lI:

    Sains Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan). Diharapkan

    pelaksanaan seminar penyelidikan tindakan ini dapat mencapai objektif yang

    telah ditetapkan dan berjalan seperti yang dirancang dengan mendapat

    kerjasama daripada semua pihak.

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ................................................... ........................................................................

    ( NORAZIZAH BINTI NAWIR ) (DR. PARVINDER SINGH A/L AMAR SINGH)

    Setiausaha, Penyelaras Kursus SCE 3153,

    Seminar Penyelidikan Tindakan Sains 2015, Jabatan Sains,

    PISMP Ambilan JAN 2012, IPG Kampus Pulau Pinang.

    IPG Kampus Pulau Pinang.

    Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

    ................................................................................ ...........................................

    (MIOR SHAHARUDDIN BIN MIOR ABU BAKAR) (HAJI KHALID BIN AHMAD)

    Ketua Jabatan Sains, Pengarah,

    IPG Kampus Pulau Pinang. IPG Kampus Pulau Pinang.

  • Lampiran 1

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN SAINS 2015

    PISMP SAINS AMBILAN JAN 2012

    AHLI JAWATANKUASA INDUK

    Penaung : Hj. Khalid Bin Hj. Ahmad

    Ketua Penasihat : En. Mior Shaharuddin Bin Mior Abu Bakar (Ketua Jabatan)

    Penasihat : Dr. Parvinder Singh A/L Amar Singh (Penyelaras Kursus)

    Cik Hajjah Juriah Binti Abu Bakar

    Pn. Zainab Binti Itam

    Pn. Norizan Binti Mohamed Izzuddin

    Cik Aida Rahayu Binti Sharifuddin

    En. Azmi Bin Abdul Rahim

    Pn. Noorhalizah Binti Abd Rahman

    Dr. Yeoh Poh Choo

    Pn. Hariton Binti Sharif

    Dr. Faridah Binti Che Hashim

    En. Anwar Bin Sulaiman

    Pn. Yew Lee Heang

    Pn. Azilina Binti Mohamed Nor

    Pengerusi : Mansur bin Kundang

    Setiausaha : Norazizah binti Nawir

    Bendahari : Komala A/P Sithambaram

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN SAINS 2015

    PISMP SAINS AMBILAN JAN 2012

    AHLI JAWATANKUASA KERJA

    Pengacaraan Majlis : Abdullah Bin Bacho,

    :Nur Syahirah Binti Ismail@ Bakar

    Penyelaras : Chua Hui Hung

    Pembentangan

    Penjaga Masa : Alexander Ngu Huong Hang

    Jurugambar & Video : Yu Ming Hui

    : Low Michelle

    Buku Program : Imelda Joseph

    Makanan :Kelly Liew Kah Li

    Jemputan & Publisiti :Sharifa h Salmi Adila Binti Sy. Mohd Fakih

    :Kirubananthini A/P Selvam

    Sijil : Tan Pey Ting

    Cenderamata :M. Shamini A/P Morgan

    Peralatan / : Thian Qin Zhang

    PersediaanTempat

    Gimik dan Hiasan : Muhamad Hafizuddin Bin Mat Zuki

    : Jefferson Anak Jitong

    :Noor Ashikin Binti Abdullah

  • BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN

    2015

    1. PENGERUSI

    a) Mempengerusikan mesyuarat MT dan mesyuarat AJK.

    b) Memantau perkembangan mesyuarat setiap AJK.

    c) Menerima dan menyampaikan arahan daripada pihak atasan.

    d) Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang.

    e) Memantau pengurusan kewangan.

    f) Menjaga kebajikan semua AJK.

    g) Menjadi penghubung antara pensyarah dengan AJK dan sebaliknya.

    h) Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat dengan pensyarah.

    i) Sentiasa berkolaborasi dengan pihak Jabatan Sains.

    j) Menyampaikan ucapan semasa perasmian seminar.

    2. SETIAUSAHA

    a) Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada JK Seminar bagi setiap kali mesyuarat diadakan.

    b) Mencatat dan menghasilkan minit mesyuarat.

    c) Menyediakan kertas kerja seminar penyelidikan tindakan.

    d) Membuat kerja-kerja pendokumentasian.

    e) Membantu mana-mana AJK yang memerlukan bantuan.

    3. BENDAHARI

    a) Mengutip wang berjumlah RM 32 bagi setiap orang peserta.

    b) Menyimpan wang perbelanjaan dengan cara yang selamat dan rahsia.

    c) Mengumpul anggaran jumlah perbelanjaan yang diperlukan dari semua JK.

    d) Menyediakan anggaran perbelanjaan yang bersesuaian mengikut perbelanjaan yang diperlukan.

    e) Membuat kira-kira dan laporan kewangan sepanjang seminar.

    f) Membantu mana-mana JK yang memerlukan bantuan.

  • 4. JK PENGACARAAN MAJLIS

    a) Menetapkan dua orang Pengacara Majlis dan seorang pembaca doa untuk Majlis Perasmian Pembukaan.

    b) Menetapkan dua orang Pengacara Majlis dan seorang pembaca doa untuk Majlis Perasmian Penutupan.

    c) Menyusun, menetapkan dan menyelaras jadual giliran untuk seorang Pengacara Majlis bagi setiap sesi untuk setiap bilik seminar. * sila rujuk giliran pembentangan dari JK Penyelaras Perbentangan untuk menentukan giliran. Sila pastikan petugas tidak terlibat sekurang-kurangnya satu sesi sebelum sesi pembentangannya.

    d) Menyediakan peraturan-peraturan am seminar pada permulaan setiap sesi.

    e) Mengingatkan peserta seminar tentang peraturan-peraturan am seminar pada permulaan setiap sesi.

    f) Mengawal setiap peserta seminar dari melebihi masa pembentangan.

    g) Bekerjasama dengan JK Penyelaras Pembentangan, Penjaga Masa.

    h) Menyediakan teks ( template) untuk MC bagi sesi pembentangan/ perasmian.

    5. JK PENYELARAS PEMBENTANGAN

    a) Menentukan peserta-peserta pembentangan bagi setiap sesi dan setiap bilik.

    b) Menentukan giliran pembentangan kumpulan Pensyarah Penyelia dan Giliran peserta pembentangan.

    c) Menyusun, menetapkan dan menyelaras jadual giliran AJK untuk membawa laptop untuk tujuan pembentangan.

    d) Menerima, mengumpul, menguji dan mengurus slaid-slaid powerpoint dari

    peserta selewat-lewatnya sehari sebelum bermulanya seminar.

    e) Menguji slaid dan bahan peserta selepas diserahkan oleh peserta. Pengujian boleh dilakukan dengan peserta. Sekiranya terdapat sebarang ubahsuai slaid mestilah dilakukan sendiri oleh peserta.(Tulisan atau grafik yang tidak sesuai atau terdapat masalah paparan kerana perisian yang berbeza). DILARANG UNTUK MENGUBAH APA-APA SLAID ATAU BAHAN PESERTA. Sekiranya berlaku sabotaj tindakan tegas akan diambil.

    f) Menyediakan back-up laptop dan slaid-slaid powerpoint peserta.

    g) Bekerjasama dengan JK Pengacaraan Majlis, Penjaga Masa, Buku Program dan Buku Abstrak.

    h)

  • 6. JK PENJAGA MASA

    a) Menyusun, menetapkan dan menyelaras jadual giliran dua orang penjaga masa bagi setiap sesi untuk setiap bilik. * sila rujuk giliran pembentangan dari JK Pmrbentangan untuk menentukan giliran. Sila pastikan petugas tidak terlibat sekurang-kurangnya satu sesi sebelum sesi pembentangannya.

    b) Menetapkan masa untuk bunyi loceng tertentu bagi menandakan masa yang tertentu.

    c) Menyediakan kad-kad nombor tertentu sebagai peringatan tempoh masa yang tinggal kepada peserta permbentangan. d) Bekerjasama dengan JK Penyelaras Pembentangan, Pengacaraan majlis.

    7. JK JURUGAMBAR, VIDEO DAN MONTAJ

    a) Mengambil dan mengumpulkan gambar dan video sepanjang kursus Kajian Tindakan dijalankan bagi kelas Sains.

    b) Menyediakan montaj sepanjang kursus Penyelidikan Tindakan dijalankan.

    c) Mengambil dan mengumpulkan gambar dan video sepanjang seminar dijalankan bagi setiap sesi dan setiap bilik.

    d) Menyediakan montaj sepanjang seminar dijalankan.

    e) Menghasilkan DVD yang mengandungi montaj-montaj yang telah disediakan.

    f) Menguruskan tayangan montaj semasa majlis perasmian dan penutup seminar.

    8. JK BUKU PROGRAM

    a) Mengumpul maklumat berkaitan seminar dan menyediakan satu buku program yang mengandungi maklumat seminar seperti maklumat am, senarai jawatankuasa, senarai giliran peserta pembentangan mengikut sesi dan bilik, jadual program dan penghargaan.

    b) Mencetak buku program mengikut bilangan yang ditetapkan.

    9. JK MAKANAN

    a) Membuat tempahan dan menguruskan makanan kepada VVIP, pensyarah dan peserta seminar.

    b) Memastikan makanan disediakan mengikut jadual seminar.

    c) Menyediakan meja makan dan layanan kepada VIP semasa jamuan.

  • d) Memastikan kebersihan tempat makan selepas digunakan.

    e) Menyediakan air minuman kepada Pensyarah Penyelia dan Pensyarah Penilai pada setiap sesi dan bilik seminar.

    10. JK JEMPUTAN DAN PUBLISITI

    a) Mencari, menyediakan surat dan jemputan seorang tetamu VIP (luar atau dalaman) yang pakar dalam penyelidikan untuk Ucaptama semasa Majlis Perasmian Pembukaan.

    b) Menyedia dan menghantar surat jemputan kepada Pengarah IPGKPP untuk menyempurnakan perasmian pembukaan.

    c) Menyedia dan menghantar kad-kad jemputan seminar kepada semua Ketua

    Jabatan, semua Ketua Unit, semua Pensyarah Jabatan Sains dan semua pelajar guru opsyen Sains di IPGKPP.

    d) Menyedia, mencetak dan menghebahkan banner berkaitan seminar di

    kawasan IPG.

    e) Menyediakan kad nama bagi peserta seminar dan pensyarah yang terlibat.

    11. JK SIJIL

    a) Menyedia dan menguruskan sijil penyertaan kepada 19 orang peserta seminar.

    b) Menyedia dan mengurus sijil penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dalam seminar penyelidikan tindakan.

    c) Menguruskan acara penyampaian sijil kepada semua peserta.

    12. JK CENDERAMATA

    a) Menyedia dan mengurus bayaran honorarium dan cenderamata kepada tetamu VIP, perasmi majlis, para pensyarah dan semua peserta seminar.

    b) Menguruskan penyampaian cenderamata kepada semua yang terlibat pada hari majlis berlangsung.

    c) Bekerjasama dengan JK Pengacaraan Majlis dan JK Pendaftaran.

  • 13. JK PERALATAN & PERSEDIAN TEMPAT

    a) Membuat tempahan dan menyediakan peralatan seperti mikrofon, rostrum, kerusi, meja, jam randik, loceng dan lain-lain yang diperlukan oleh JK lain.

    b) Mengurus dan mengagihkan peralatan-peralatan yang telah ditempah.

    c) Membuat tempahan Dewan Tanjung sepanjang tempoh seminar termasuk untuk persiapan dan raptai.

    d) Menyedia, mengurus dan menghasilkan hiasan bagi dua buah bilik seminar.

    14. JK PROTOKOL DAN SAMBUTAN

    a) Menetapkan kedudukan tetamu mengikut protokol dan keutamaan jawatan.

    b) Menetap dan mengurus gimik perasmian pembukaan.

    c) Menjadi penyambut tetamu semasa majlis berlangsung.

  • Lampiran 2

    ATUR CARA SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN SAINS 2015

    PISMP SAINS AMBILAN JAN 2012

    Tarikh : 24 Ogos

    Hari : Isnin

    MASA

    PERKARA

    8.00 pagi 9.30 pagi

    Pendaftaran dan Majlis Perasmian Pembukaan Seminar

    Ucapan Pengarah/ Ketua Jabatan

    Ucapan Pengerusi

    Gimik/ Tayangan Montaj

    9.30 pagi 10.00 pagi Rehat

    Kudapan

    10.00 pagi 1.30 petang

    Pembentangan Sesi 1

    -Dewan Tanjung ( 7 orang)

    -Makmal B4 ( 7 orang)

    1.30 pagi 2.30 petang Rehat

    Makan tengah hari / Solat

    2.30 petang 4.30 petang Pembentangan Sesi 2

    -Dewan Tanjung (5 orang)

    4:30 petang -5:30 petang Penutup

  • Lampiran 3a

    SENARAI NAMA PELAJAR SEMESTER 8 SAINS

    BIL

    NAMA

    NO KAD

    PENGENALAN

    1 ABDULLAH BIN BACHO 920219-12-5759

    2 ALEXANDER NGU 920416-13-5833

    3 CHUA HUI HUNG 920616-13-6056

    4 IMELDA JOSEPH 920209-12-5528

    5 JEFFERSON ANAK JITONG 920412-13-5983

    6 KELLY LIEW KAH LI 921028-13-6118

    7 KIRUBANANTHINI A/P SELVAM 910603-14-6264

    8 KOMALA A/P SITHAMBARAM 920410-08-6428

    9 LOW MICHELLE 920921-04-5548

    10 M. SHAMINI A/P MORGAN 920225-13-6534

    11 MANSUR BIN KUNDANG 920927-12-5813

    12 MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN MAT ZUKI 910314-03-5269

    13 NOOR ASHIKIN BINTI ABDULLAH 910105-08-5956

    14 NORAZIZAH BINTI NAWIR 920906-12-6876

    15 NUR SYAHIRAH BINTI BAKAR @ ISMAIL 900904-06-5688

    16 SHARIFAH SALMI ADILA BT SAYED MOHD FAKIH 910329-11-5552

    17 TAN PEY TING 920701-01-5048

    18 THIAN QIN ZHANG 921125-13-5301

    19 YU MING HUI 920423-13-5751

  • Lampiran 3b

    SENARAI NAMA PENSYARAH

    JABATAN SAINS IPG KAMPUS PULAU PINANG

    BIL

    NAMA

    1 EN. MIOR SHAHARUDDIN BIN MIOR ABU BAKAR

    2 DR. PARVINDER SINGH A/L AMAR SINGH

    3 CIK HJH JURIAH BINTI ABU BAKAR

    4 PN. ZAINAB BINTI ITAM

    5 PN. NORIZAN BINTI MOHAMED IZZUDDIN

    6 EN. AZMI BIN ABDUL RAHIM

    7 PN. NOORHALIZAH BINTI ABD RAHMAN

    8 CIK AIDA RAHAYU BINTI SHARIFUDDIN

    9 TN HJ ANWAR BIN SULAIMAN

    10 PN. HARITON BINTI SHARIF

    11 PN. AZILINA BINTI MOHAMED NOR

    12 PN. YEW LEE HEANG

    13 DR. YEOH POH CHOO

    14 DR.HJH FARIDAH BINTI CHE HASHIM

  • Lampiran 4

    ANGGARAN PERBELANJAAN

    BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH CATATAN

    1. Sijil penghargaan dan penyertaan

    19 Pelajar 14 Pensyarah

    33 keping Dipohon daripada pihak

    IPGKPP

    2. Penyediaan buku program Hiasan / Kertas RM 30.00 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    3. Simbolik perasmian RM 50.00 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    4. Cenderahati : Pensyarah

    RM 10.00 x15

    RM 150.00 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    5. Makanan & Minuman

    (RM10 x 1 hari x 23) RM 230.00 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    6. Kad holder dan kad nama RM 1.50 x 33 RM49.50 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    7. Cetakan kad jemputan RM 0.15 x 14 RM16.10 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    8. Video dan Montaj CD 33 keping Penyediaan Montaj dan Video RM2.00 x 33

    RM 66.00 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    9. Bunga rosset (Pengacara Majlis) 2 x RM 5.00 RM 10.00 Ditanggung oleh pelajar

    PISMP Sains

    JUMLAH YANG DITANGGUNG PELAJAR PISMP SAINS AMBILAN JAN 2012

    RM 601.60