kertas kerja public speaking bahagian

6
1 KERTAS KERJA PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING COMPETITION) BAHASA INGGERIS PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LIPUS, KANOWIT. TARIKH TENTATIF 9 MAC 2015 DISEDIAKAN OLEH

Upload: nurhajrina-jarawi

Post on 24-Sep-2015

870 views

Category:

Documents


57 download

DESCRIPTION

kertas kerja pertandingan public speaking peringkat bahagian sibu

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING COMPETITION)BAHASA INGGERIS

PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LIPUS, KANOWIT.

TARIKH TENTATIF9 MAC 2015

Disediakan OlehNaib Setiausaha Pertandingan Public Speaking 2015

1. PROGRAMPertandingan Pengucapan Awam (Public Speaking Competition) Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Sibu 2015

2. PENGENALANAktiviti pengucapan awam merupakan suatu aktiviti yang amat berguna dalam memperkembangkan kemahiran berbahasa murid-murid. Dalam aktiviti ini, murid dikehendaki melakukan pengucapan awam di hadapan penonton dari kalangan guru dan murid-murid. Melalui pertandingan seperti ini, murid akan mampu mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berucap di khalayak ramai. Ianya penting untuk memperkembangkan diri murid dari segi akademik, kognitif, serta perhubungan sosialnya melalui medium Bahasa Inggeris.3. OBJEKTIFDalam program ini, terdapat beberapa objektif yang ingin diketengahkan:1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid.2. Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengucapan3. Membina keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai menggunakan Bahasa Inggeris4. Mewujudkan daya saing secara sihat di kalangan para pelajar .5. Melahirkan semangat perpaduan pelbagai kaum. 6. Menjadikan kokurikulum aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah.

4. SASARANProgram ini mensasarkan penyertaan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 Tahun 6) dari sekolah-sekolah kerajaan. Murid dari Tahun 3 dibenarkan menyertai pertandingan dengan syarat mereka berdaftar di bawah sekolah tersebut.5. PELAKSANAANTarikh pelaksanaan: 9 MAC 2015 (Isnin)Masa/ Tentatif : 8.00 pagi Tempat: Dewan VIDP Nanga Lipus, Kanowit

6. KRONOLOGI PELAKSANAANSurat Jemputan Penyertaan: 11 Februari 2015Surat Jemputan Hakim: 11 Februari 2015Tarikh Tutup Penyertaan: 27 Februari 2015Tarikh Mesyuarat Pengurus/Penyelarasan: 6 Mac 2015Tarikh Pertandingan: 9 Mac 2015

7. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi:Pegawai Pendidikan Daerah SibuTimbalan Pengerusi: Pegawai Pendidikan Daerah KanowitNaib Pengerusi: En. Berita Anak Sabang En. Willy Ak. JohnsonPengerusi pengelola: Puan Gia Anak Mabong (Guru Besar SK. Nanga Lipus)Naib Pengerusi Pengelola: En. Majing Anak Gura (PK KK SK. Nanga Lipus)Setiausaha: Cik Adibah Binti Ahmad SaziliNaib Setiausaha: Cik Nurhajrina Binti JarawiBendahari: Cik Angela Wong Sian Yee

JAWATANKUASA KERJA:

Pengerusi pengelola: Puan Gia Anak Mabong (Guru Besar SK. Nanga Lipus)Naib Pengerusi Pengelola: En. Majing Anak Gura (PK KK SK. Nanga Lipus)Setiausaha: Cik Adibah Binti Ahmad SaziliNaib Setiausaha: Cik Nurhajrina Binti JarawiBendahari: Cik Angela Wong Sian Yee

4 PENGACARA MAJLISCIK ANGELA WONG SIAN YEEPUAN WINIFRED RAPHAEL

PROTOKOLPN. GIA ANAK MABONGEN.MAJING ANAK GURAEN. PITRUS ANAK KASSIM

PENJAGA MASACIK ADIBAH BINTI AHMAD SAZILI

PERHIASAN PENTASEN PITRUS KASSIM

SUSUN ATUR DEWANCIK LIA ANAK KAYA

P.A SYSTEMEN BERNERD ANAK GIRAKEN FIDELIS ANAK JOSEPH SEREDIN

PENDAFTARANPN. WINIFRED RAPHAEL

HADIAH DAN CENDERAHATIPN. JANE ANAK PATRICKPN. LEMOK ANAK RANDI

SIJIL DAN BUKU PROGRAMCIK ADIBAH BINTI AHMAD SAZILICIK NURHAJRINA BINTI JARAWI

DOKUMENTASIEN. BERNERD ANAK GIRAK

MAKANAN/ MINUMANCIK LIA ANAK KAYA

ATURCARA PROGRAM PUBLIC SPEAKING COMPETITION 2015TARIKH: 9 MAC 2015TEMPAT: DEWAN VIDP, NANGA LIPUS, KANOWIT

7.30 pagiPendaftaran peserta

8.00 pagiKetibaan hakim

8.15 pagiNyanyian Lagu NegarakuNyanyian Lagu Ibu Pertiwiku

Pertandingan Bermula Penerangan Peraturan Pertandingan (oleh ketua hakim) Pertandingan Section 1: Prepared Speech

10.00 pagiRehat

10.15 pagiPertandingan Section 2: Impromptu Speech

11.30 pagiMajlis Penutupan Ulasan ketua hakim Pengumuman keputusan pertandingan Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Penyampaian Sijil Penyertaan Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar SK. Nanga Lipus Ucapan penutupan rasmi oleh tetamu jemputan (Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit) Jamuan ringan

12.30 tengah hariMajlis bersurai

8.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.PERKARA SEUNITJUMLAHCATATAN

1. Makanan & MinumanRM 7.50 x 40 orang murid

RM 300.00Sumbangan PPD

2. HadiahPiala (Tempat 1, 2, 3)Saguhati (Tempat 4-10)RM250.00 x 1 set RM 10.00 x 7 setRM 320.00

3. CenderahatiRM 25.00 x 10 orangRM 250.00

4. Anggaran Belanja MengurusRM 200.00RM 200.00

JUMLAHRM 1070.00

10. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah digariskan. Diharap melalui program ini, murid-murid dapat meningkatkan minat dan kesedaran untuk belajar serta maju dalam kehidupan. Selain itu, segala apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program ini berlangsung mampu menjadi penyuntik semangat murid-murid dalam menghadapi kehidupan baru di sekolah menengah kelak. Diharapkan juga, segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,

..........................................(Adibah Binti Ahmad Sazili) Setiausaha, Pertandingan Public Speaking, SK. Nanga Lipus. Disahkan oleh

..........................................(Puan Gia anak Mabong)Guru Besar,SK. Nanga Lipus