kertas kerja program prasekolah 2008

Upload: norazreenmdkhairani

Post on 10-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nah

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK 1 : MENCERIAKAN KELAS PRASEKOLAH ANAK EMAS 2

LAPORAN PROJEK : MENCERIAKAN KELAS PRASEKOLAH ANAK EMAS 2Projek menceriakan keadaan kelas prasekolah Anak Emas 2 telah dijalankan pada hari Sabtu, 14 Jun 2008. Sebelum itu, perbincangan antara pengerusi Majlis Permuafakatan dan guru prasekolah telah dijalankan selepas Mesyuarat kali pertama Majlis Permuafakatan iaitu 26 April 2008. Hasil dari perbincangan ini, kami telah memutuskan untuk melukis mural mengikut tema dan mewarnakannya secara bergotong royong.

Pada 14 Jun 2008, gotong-royong diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Peralatan disediakan oleh guru dan ada ibu bapa murid yang menyumbangkan pokok bunga untuk tujuan mengindahkan lagi kelas prasekolah.Selain itu, kelas ini juga mendapat sumbangan daripada ibu bapa untuk pemasangan jaring di bahagian luar tingkap. Ini adalah untuk mengelakkan daripada burung masuk ke dalam kelas.

Merujuk kembali matlamat projek ini iaitu dapat mewujudkan ruang yang selesa dan menarik dalam suasana pembelajaran yang kaya dengan pelbagai bahan sumber telah dicapai. Mural yang impresif dan informatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada murid prasekolah tetapi seluruh warga SaKTIE.

SUKAN MINI PERINGKAT ZON UTARA , DAERAH DAN NEGERITARIKH : 3 April 2009 / Isnin (Peringkat Zon)

MASA : 8.00 pagi ~ 1.00 ptg

Seramai 10 orang murid mengambil bahagian dalam peringkat zon.

BILNAMAACARAKEPUTUSAN

1Afik Hidayatullah bin Muhd AminLari 80m, 4 x 50m lompat jauh

2Arif Hidayatullah bin Muhd AminLari 50m, 4 x 50m

3Alif Syazani bin SazaliLompat tinggi, 4 x 50m

4Muhd Zakwan bin Yusof4 x 50m

5Mohd. Hakmal bin KasirBaling bola lisutJohan

6Nurul Amirah SyahirahLompat jauh, 80 m, 4 x 50m

7Nurasyrina bte RoslanLompat tinggi, 4 x 50m

8Nurul Izzah bte Abdul RahimLari 50m, 4 x 50m

9Nur Khadijah bte Mohd Nazam4 x 50m

10Balqish Umairah bte Muhd. NazriBaling bola lisut

Mohd Hakmal dapat mewakili zon Bandar Utara dan seterusnya mewakili daerah dalam acara baling bola lisut. Beliau telah mendapat tempat ke empat dalam peringkat negeri.LAWATAN KE ZOO NEGERI JOHOR DAN DANGA BAYTARIKH : 17 Julai 2008/ KhamisMASA : 8.00 pagi ~ 1.00 tengahari

Lawatan berjalan seperti yang dirancangkan mengikut jadual. Malah, kami bertolak awal iaitu 7.50 pagi menuju ke zoo.

Seorang ibu kepada murid anak emas telah secara sukarela mengikuti program ini bagi tujuan mengawal keadaan murid semasa program ini berjalan. Beliau ialah Puan Norhasmah bte Mahdi.

Murid dapat melihat haiwan yang ada di zoo secara dekat. Murid sangat gembira dan mempelajari sesuatu yang baru kerana diberi peluang untuk memberi makan kepada haiwan yang ada.

Lawatan di zoo sehingga jam 10.45 dan kami terus menuju ke Danga Bay untuk makan tengahari dan bersantai. Kami menaiki keretapi beramai-ramai. Murid-murid kelihatan begitu seronok dengan aktiviti ini. Selain dari itu murid-murid dibenarkan bermain di taman permainan.

Lawatan berakhir jam 1.00 tengahari. PERTANDINGAN MEWARNA

(ANJURAN PPD SEMPENA KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT NEGERI)

Tarikh

: 12 April 2008 / SabtuTempat: Ruang Legar, Plaza Angsana

Dua orang murid dihantar untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas iaitu Nur Khadijah Bte Muhd Nazam dan Nur Haleeda bte Khairuddin. Acara bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Mereka telah mendapat saguhati dalam pertandingan ini.SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN JAMUAN HARI RAYATarikh

: 10 Oktober 2008 / Jumaat

Tempat: Sek Keb Taman Impian Emas

Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas telah menganjurkan Hari Kanak-kanak dan jamuan Hari Raya peringkat sekolah. Sambutan Hari Kanak-kanak ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar dan seterusnya persembahan dari murid-murid. Persembahan murid terdiri dari nyanyian beramai-ramai, lakonan, sajak, pakaian beragam dan lain-lain mengikut kreativiti murid-murid. Murid prasekolah mempersembahkan nyanyian lagu Suasana Hari Raya.

Persembahan murid berakhir jam 11.00 pagi. Jamuan Hari Raya mengakhiri sambutan ini. Murid-murid prasekolah dijamu dengan lontong, rendang dan sambal kacang. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAANTarikh

: 29 OGOS 2008 / Jumaat

Tempat: Dataran Kejat, SK Taman Impian Emas

Sambutan bermula jam 7.30 pagi. Acara majlis dimulakan dengan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh En Azri bin Abdul Razak ( GPK HEM ) dan ucapan Pengarah Pelajaran disampaikan oleh En. Abdul Halim bin Jaffar ( GPK Kokurikulum ).

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari murid-murid mengikut kreativiti masing-masing. Murid prasekolah membuat persembahan nyanyian lagu patriotik Tanggal 31.

Sebelum berakhir majlis, murid-murid dan guru-guru menyanyikan lagu Kerana Mu Malaysia, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 bersama-sama. Majlis diakhiri dengan laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali. MERDEKA !!!

SAMBUTAN MAULIDUR RASULTarikh

: 29 MAC 2008 / Sabtu

Tempat: Kelas Anak Emas

Murid prasekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna Anjuran Panitia Agama Islam. Keputusan mewarna adalah seperti berikut :Johan : Nurasyrina bte Roslan

Naib Johan : Afik Hidayatullah bin Muhd Amin

Ketiga : Nur Haleeda bte Khairuddin