kertas kerja karnival sukan prasekolah 2014

21
KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH (FUTSAL & BOLA BALING) DAERAH BENTONG 2014 KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH (FUTSAL DAN BOLA BALING) PERINGKAT ZON-ZON DAERAH BENTONG TAHUN 2014 1

Upload: ahma-yusdi-ahmad-yusuf

Post on 17-Oct-2015

361 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH ZON PELANGAI BENTONG PAHANG1. SEKOLAH KEBANGSAAN KG SHAFIE2.SEKOLAH KEBANGSAAN SPG PELANGAI3.SEKOLAH KEBANGSAAN PELANGAI4.SEKOLAH KEBANGSAAN F SG KEMAHAL5.SEKOLAH KEBANGSAAN F CHEMOMOI6.SEKOLAH KEBANGSAAN F KEMASUL

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING )

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH (FUTSAL & BOLA BALING) DAERAH BENTONG 2014

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH (FUTSAL DAN BOLA BALING) PERINGKAT ZON-ZON DAERAH BENTONG TAHUN 2014

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH (FUTSAL DAN BOLA BALING)PERINGKAT ZON-ZON DAERAH BENTONGTAHUN 20141.0 PENDAHULUAN

Karnival Sukan Futsal dan Bola Baling ialah satu aktiviti permainan yang disertai oleh murid prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai

3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.

3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.

3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Bentong.4.2 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Bentong untuk permainan Futsal.4.3 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Bentong untuk permainan Bola Baling.5.0 CADANGAN PELAKSANAAN KARNIVAL SUKAN5.1 Dijalankan selama 1 hari untuk 2 jenis permainan:i. Pertandingan Futsal-ii. Pertandingan Bola Baling-5.2 Tarikh: 21 Jun 2014 (Sabtu)5.3 Tempat: 5 Lokasi berdasarkan 5 Zon dalam Daerah Bentong5.4 Pembahagian Pasukan dalam setiap zon akan ditentukan dalam Mesyuarat J/Kuasa Prasekolah Daerah atau oleh Pegawai Penyelia Prasekolah PPD Bentong.6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 Cadangan yuran penyertaan dikutip dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua permainan bagi Karnival Sukan Prasekolah ini ialah RM 100.00 (tertakluk kepada perbincangan peringkat J/kuasa Prasekolah)7.0 KEWANGAN & PERBELANJAAN (Tertakluk Kepada Keputusan J/kuasa Prasekolah)7.1

Bil.PerkaraJumlahCatatan

1.Bayaran Pengadil RM

2.Hadiah Tempat Pertama Plak / Trofi

RM

3.Hadiah Tempat Kedua Plak / Trofi

RM

4.Hadiah Tempat Ketiga Plak / Trofi

RM

5.Saguhati (untuk semua peserta)

RM

6.Jamuan Guru dan Pegawai RM

7.Jamuan Murid

RM

8. Lain-lain

RM

JUMLAH

RM

8.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA BALING Bilangan pemain untuk pertandingan futsal dan bola baling termasuk simpanan ialah 10 orang. Hanya 7 orang bermain dalam satu perlawanan dan 3 orang lagi simpanan. Peraturan-peraturan semasa pertandingan Futsal dan Bola Baling diberi kelonggaran untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan daripada semua pihak. Pengecualian: Prasekolah yang bilangan muridnya sedikit dibenarkan menyertai salah satu permainan di atas tanpa mengambil kira syarat 10 orang pemain lelaki untuk Futsal dan 10 orang pemain perempuan untuk Bola Baling. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Karnival Sukan ini adalah muktamad.

8.2 NAMA PERTANDINGAN Karnival Sukan Prasekolah (Futsal dan Bola Baling) Peringkat Zon-Zon Daerah Bentong8.3 BILANGAN PEGAWAI DAN PEMAIN Bilangan pegawai dan pemain bagi PertandinganPermainan Futsal dan Bola Baling ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan : 1 orang (setiap pasukan permainan)Jurulatih Pasukan : 1 orang (setiap pasukan permainan)Peserta :10 orang (satu pasukan permainan)8.4 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid kelas Prasekolah Daerah Bentong, Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap sekolah hanya boleh mendaftar satu pasukan untuk Futsal dan satu pasukan untuk Bola Baling. Walau bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola di Peringkat Zon sekiranya bersetuju setiap sekolah boleh mendaftar lebih daripada satu pasukan untuk setiap permainan. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Sijil Lahir Murid iaitu tiga hari sebelum pertandingan.

8.5 TEMPOH PERLAWANAN Tempoh masa perlawanan Futsal dan Bola Baling adalah seperti berikut:

Separuh masa pertama: 7 minit

Rehat

: 3 minit Separuh masa kedua: 7 minit8.6 SISTEM PERTANDINGAN Liga Kumpulan

a. Pusingan Permulaan

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

b.Pusingan Suku Akhir

i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2

iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2 c.Pusingan Separuh Akhir

i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

d. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI PERLAWANAN FUTSAL 8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan Futsal secara Liga adalah seperti berikut :- Menang - 3 Mata; Seri -1 Mata; Kalah- 0 Mata.8.7.2 Keputusan Seri (Peringkat Kumpulan & Kalah Mati)Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama di peringkat kumpulan, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke peringkat suku akhir:-i. Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol masuk dengan jaringan gol kena menduduki tempat yang lebih tinggi.

ii. Jika masih sama, maka pasukanpasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak akan dikira pemenang.

iii. Jika masih sama maka pasukan yang mangalahkan lawannya dalam perlawanan awal akan dikira pemenang.

iv. Jika keputusan awal pun seri, maka jawatankuasa pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti.

v. Bagi perlawanan peringkat kalah mati (suku akhir, separuh akhir dan akhir), sekiranya berkesudahan dengan seri, maka permainan masa tambahan 10 minit (5 minit setiap separuh masa dan 2 minit rehat) dijalankan bagi menentukan pemenang.vi. Jika masih seri maka ia akan ditentukan dengan 3 sepakan penalti setiap pasukan sehingga ada pemenang. 8.8 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI PERLAWANAN BOLA BALING8.8.1Sistem pemberian mata bagi pertandingan Bola Baling di peringkat liga adalah seperti berikut:- Menang - 3 Mata; Seri-1 Mata Kalah - 0 Mata

8.8.2Keputusan seri (Peringkat Kumpulan & Kalah Mati)

i. Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol masuk dengan jaringan gol kena menduduki tempat yang lebih tinggi.

ii. Jika masih sama, maka pasukanpasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak akan dikira pemenang.

iii. Jika masih sama maka pasukan yang mangalahkan lawannya dalam perlawanan awal akan dikira pemenang.

iv. Jika keputusan awal pun seri, maka jawatankuasa pertandingan akan menentukan keputusan dengan balingan penalti.

v. Bagi perlawanan peringkat kalah mati (suku akhir, separuh akhir dan akhir), sekiranya berkesudahan dengan seri, maka permainan masa tambahan 10 minit (5 minit setiap separuh masa dan 2 minit rehat) dijalankan bagi menentukan pemenang.

vi. Jika masih seri maka ia akan ditentukan dengan 3 balingan penalti setiap pasukan sehingga ada pemenang. 9.0 PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan diganti oleh pemain yang lain.

Tiada had pertukaran pemain pada setiap perlawanan. Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemain di gelanggang bertukar posisi.

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

i. Masa rehat

ii.Apabila permainan dihentikan apabila pemain cedera atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan dihentikan, mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran posisi.

Penggantian bagi satu-satu pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah didaftarkan9.2 Kecederaan Pemain Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.

9.4Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitandan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.10.0 PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai jersi iaitu corak, bentuk dan warna yang sama atau seragam. Setiap pasukan dikehendaki membawa satu lagi jersi warna yang berbeza sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.

Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN Saiz gelanggang Futsal dan Bola Baling adalah sama ukurannya dengan merujuk kepada peraturan asas yang diubahsuai mengikut kesesuaian murid Prasekolah. 1. Cadangan luas padang Futsal & Bola Baling ialah 25 m X 18 m (panjang(p) X lebar(l) )

25 m

18 m

i. Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 mii. Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m

2. Peralatan Futsal & Bola Baling 2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah saiz tiga (3) untuk Futsal dan bola saiz kosong (0) untuk Bola Baling.

Tiang gol untuk kedua-dua permainan ialah ukuran tiang gol Bola Baling (Boleh diubahsuai jika perlu) 12.0 KELEWATAN Setiap pasukan hendaklah berada dalam gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0. Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak diisi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol dijaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain diposisi yang dibiarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

Wang tidak akan dikembalikan jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.14.0 PANEL RAYUAN Ahli Panel Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum).

Juri Rayuan terdiri daripada:

i.Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.

ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0 KESELAMATAN15.1.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan ataupunsebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa akan membuat persediaan dan langkah keselamatan akan diambil bagi mengelakkan kehilangan, kecederaan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah diwajibkan menyediakan Kelengkapan Pertolongan Cemas sendiri.15.1.2 Pihak sekolah / pengurusan pasukan bertanggungjawab memastikan murid-murid adalah sihat untuk bersukan dan telah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak ibu bapa / penjaga / pewaris murid prasekolah sebelum mereka dipilih menyertai pertandingan ini.16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

a. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

b. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.

c. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

d. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Baling akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.17.0 PENGADIL-PENGADIL / PENGERUSI TEKNIKJawatankuasa Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Baling. Manakala pengadil-pengadil atau pegawai teknik akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah atau Jawatankuasa Prasekolah Peringkat Zon yang menganjurkan Karnival Sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

18.0CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

ALATANKUANTITI

Kerusi

6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1 pencatat skor)

Bangku panjang2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpan)

Meja

2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Payung2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)

Borang pertandinganborang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik

2 buah

Bola pertandingan2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding) setiap pertandingan

Papan skor1 atau 2 unit

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.20.0JAWATANKUASA PENGELOLA PERINGKAT ZONPengerusi

:

Naib Pengerusi:

Setiausaha

:

Naib Setiausaha:

Bendahari

:

Ahli Jawatankuasa:

i. Urus Setia Pendaftaran & Dokumentasiii. Persiapan Tempat / Padang & Peralatan iii. Teknik & Kepegawaian / Statistikiv. Jamuan (untuk Pegawai Pertandingan)v. Hadiah & Cenderamatavi. Buku Program & Jemputan

vii. 2 Juru Acara

viii. 2 Penyelia Perlawanan (1 Futsal & 1 Bola Baling)ix. Keselamatan & Rawatan

20.1 Bidang Tugas AJK Pengelola

BILAJKTUGASCATATAN

1Urus Setia Pendaftaran & Dokumentasi

(2 orang-SKKS)-Menyelaraskan aktiviti jawatankuasa kecil.-Menguruskan urusan surat menyurat.

-Menyediakan senarai semak pertandingan, banner & tanda nama-Menyediakan borang pendaftaran pasukan & borang pertandingan.-Mendapatkan maklumat lengkap senarai pemain dari semua pasukan 3 hari sebelum Hari Karnival Sukan dijalankan.-Menyediakan laporan kepada PPD selepas selesai Karnival Sukan dijalankan.

-Mendapatkan kerjasama PKG untuk urusan fotografi sepanjang pertandingan.-Surat disediakan oleh Setiausaha

2Teknik & Kepegawaian / Statistik(Pengerusi Teknik Alif Khalid SKFK & Dibantu 6 Orang Pengadil Dipilih Daripada Setiap Sekolah )-Menyediakan syarat-syarat pertandingan

-Memastikan syarat pertandingan diterima dan dipatuhi oleh setiap pasukan-Mencadangkan pelantikan pengadil setiap perlawanan.-Melantik Panel Juri Rayuan.-Memberi taklimat kepada Pengadil, Juri Rayuan dan Pengurus Pasukan sebelum pertandingan dijalankan.-Menetapkan format pertandingan dan pemarkahan.-Menyusun jadual perlawanan.-Menguruskan urusan undian pasukan.-Bertanggungjawab membuat keputusan berkaitan dengan teknikal pertandingan Futsal & Bola Baling.-J/kuasa ini diketuai oleh Pengerusi Teknik yang dilantik oleh J/Kuasa Pengelola-Peraturan pertandingan adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Kertas Kerja Karnival Sukan.

3Penyelia Perlawanan(2 Orang: SKFC)-Memastikan pasukan-pasukan bertanding berada di gelanggang 30 minit sebelum perlawanan bermula.

-Melantik penjaga masa untuk setiap perlawanan.-Mendapatkan maklumat pengadil perlawanan daripada Pengerusi Teknik.-Memastikan semua pemain dalam setiap pasukan mematuhi peraturan dari segi pakaian dan disiplin.-Mendapatkan borang perlawanan daripada Urus Setia.-Memastikan keputusan perlawanan dicatat pada papan skor dan pada borang keputusan pertandingan.-Menyerah borang keputusan pertandingan kepada Urus Setia.

-Sentiasa merujuk kepada Pengerusi Teknik bagi setiap perkara yang berkaitan dengan teknikal dan format pertandingan.-Seorang Penyelia Perlawanan Futsal dan seorang Penyelia Perlawanan Bola Baling.

4Persiapan Tempat/ Padang & Peralatan(3 Orang SKPjj)-Menyedia dan memastikan gelanggang pertandingan menepati ukuran yang telah ditetapkan.-Mencari, menyusun dan menguruskan semua peralatan pertandingan yang diperlukan termasuk bola, tiang gol, alat siar raya dan semua peralatan yang dinyatakan dalam Kertas Kerja Karnival Sukan.-Menyediakan kawasan khas bagi pasukan yang menunggu giliran bertanding.-Melabelkan papan tanda arah lokasi -Bilangan gelanggang untuk Futsal dan Bola Baling bergantung kepada pendaftaran pasukan yang diterima.

5Buku Program & Jemputan(2 Orang SKSP)-Mendapat maklumat berkaitan jawatankuasa, pasukan-pasukan bertanding & jadual perlawanan.-Menyediakan tentatif program / atur cara Karnival Sukan.-Menguruskan jemputan rasmi kepada semua tetamu khas & pegawai pertandingan.

-Mendapatkan kata alu-aluan daripada PPD / Pengerusi Jawatankuasa Pengelola untuk dimasukkan dalam Buku Program.-Mendapatkan pengesahan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola sebelum Buku Program dicetak

-Memastikan Buku Program diedarkan kepada tetamu khas & pengurusan pasukan semasa pendaftaran pada hari pertandingan-Dapatkan maklumat daripada j/kuasa Urus Setia-Jemputan rasmi boleh dibuat dalam bentuk Kad Jemputan-Membantu Urus Setia semasa hari pertandingan

6.Hadiah & Cenderamata(2 Orang SKFSK)-Menyediakan hadiah dan cenderamata mengikut persetujuan mesyuarat di peringkat J/kuasa Pengelola.-Menguruskan urusan tempahan hadiah

-Menyusun hadiah pada tempat yang disediakan.-Mendapatkan salinan keputusan pertandingan daripada urus setia.-Menyerahkan bil-bil pembelian hadiah kepada Bendahari J/kuasa.-Rujuk kepada Bendahari J/kuasa bagi perkara berkaitan kewangan Karnival Sukan

7.Juru Acara(2 Orang: SKSP)-Bertindak sebagai pelaung sepanjang Karnival Sukan Prasekolah.-Memaklumkan atau memanggil pasukan-pasukan yang akan bermain berdasarkan jadual perlawanan.-Mengendalikan majlis perasmian dan acara penyampaian hadiah.-Peralatan seperti loud haler dan mikrofon diperlukan.

8.Jamuan & Minuman(4 Orang SKPjj)-Membuat tempahan menu jamuan untuk pegawai pertandingan.-Menyedia dan mengedarkan air minuman kepada semua peserta dan pegawai pertandingan

-Mencadangkan tempat yang sesuai untuk jamuan.-Mencadangkan menu jika perlu

-Memastikan makanan dan minuman disediakan mencukupi.-Tertakluk kepada anggaran perbelanjaan yang dipersetujui oleh AJK Pengelola.

9Keselamatan & Rawatan(3 Orang: 3 SKFK)-Menyediakan tempat rawatan sementara bagi pemain yang memerlukan rawatan

-Pastikan alat pertolongan cemas yang disediakan mencukupi.-Sekurang-kurangnya menyediakan 3 orang pembantu yang perlu bersedia untuk membantu memberikan rawatan

-Memberikan bantuan awal kepada pemain atau pegawai pertandingan yang memerlukan rawatan.

-Mendapatkan surat kebenaran rawatan pemain daripada pengurus pasukan

-Memaklumkan kepada Klinik Kesihatan yang berhampiran tentang Karnival Sukan ini untuk perhatian agensi tersebut jika diperlukan rawatan susulan.-Menyediakan kenderaan khas jika sekiranya perlu menghantar segera pemain atau peserta yang tercedera dan memerlukan rawatan lanjut ke klinik berhampiran.-Mengurus dan mengendalikan acara senamrobik untuk sesi memanaskan badan pada Hari Karnival Sukan Prasekolah sebelum pertandingan bermula.-Setiap pasukan wajib ada First Aid sendiri.

21.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan penyediaan kertas kerja ini, aktiviti Karnival Sukan Prasekolah (Futsal dan Bola Baling) ianya boleh dilaksanakan pada tahun ini. Kertas kerja ini hanyalah sebagai garis panduan dan rujukan untuk pelaksanaan di peringkat zon. Pindaan dan pengubahsuaian boleh dilakukan jika perlu. Walau bagaimanapun sebarang perubahan perlulah dibincang, dipersetujui dan diminitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sokongan Prasekolah Daerah atau Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah Peringkat Zon.

DISEDIAKAN OLEH:

(AHMA YUSDI BIN AHMAD YUSUF)

AHLI J/KUASA SOKONGAN

PRASEKOLAH DAERAH BENTONG

2014

DISEMAK & DISAHKAN OLEH:

LAMPIRAN1. Jadual Perlawanan secara Liga & Kalah Mati (Futsal dan Bola Baling)2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan3. Borang Penyertaan Pertandingan4. Borang Senarai Nama Pasukan

JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA & KALAH MATIKUMPULAN A

KUMPULAN 1

SUKU AKHIRKUMPULAN 2

SEPARUH AKHIRKUMPULAN 3

SUKU AKHIR

KUMPULAN 4

AKHIR

KUMPULAN 5

SUKU AKHIRKUMPULAN 6

SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 7

SUKU AKHIRKUMPULAN 8

LAMPIRAN 2JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN / PASUKANNAMA PASUKANPERLAWANANMENANGSERIKALAHJARINGANBOLOSMATA

PASUKAN 1

PASUKAN 2

PASUKAN 3

PASUKAN 4

JUMLAH

Disahkan oleh,

LAMPIRAN 3

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL & BOLA BALINGNAMA SEKOLAH: NAMA PASUKAN: .NAMA GURU (PENGURUS) : NO. TEL BIMBIT:.NAMA JURULATIH: ..WARNA JERSI

: ..BILNAMA PESERTANO. SIJIL LAHIR(SERTAKAN 1 SALINAN FOTOSTAT SIJIL LAHIR)CATATAN

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

. LAMPIRAN 4SENARAI NAMA PASUKAN

BILNAMA SEKOLAHJURULATIH / PENGURUS PASUKAN

5 m3m

3 m

1.5 m

1