stpm percubaan 2008 sabah sejarah kertas 1

Upload: zulhilmi-mat-zain

Post on 30-May-2018

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    1/27

    SU

    LIT*

    SULIT* STPM 2008

    940/1

    JABATAN PELAJARAN SABAH(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

    SEJARAH

    KERTAS 1

    (TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)( Tiga jam)

    MODUL 2SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

    Arahan kepada calon:

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

    Jawab empatsoalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripadaBahagian B.

    Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].

    _________________________________________________________________________Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

    Sektor Pengurusan Akademik, JPN

    STPM 940/1 [Lihat Sebelah* Kertas soalan ini SULIT sehingga kertas soalan ini tamat SULIT*SULIT* 2

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    2/27

    Bahagian AJawab dua soalan sahaja.

    1. Masyarakat India di Lembah Indus mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan.Bincangkan. [25]

    2. Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara Bangsa pada sekitar abad ke-15 di Eropah. [25]

    3. Jelaskan peranan orang laut dalam sejarah ketahanan dan pertahanan di Alam Melayu. [25]

    4. Bincangkan sistem ekonomi zaman kemuncak pertengahan Eropah dan huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalis. [25]

    5. Jelaskan sistem pendidikan Negara kota Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani. [25]

    6. Huraikan konsep humanisme dan individualisme dan kesannya terhadap masyarakatEropah. [25]

    7. Bincangkan faktor yang mendorong kuasa barat melakukan penjelajahan dan penerokaanpada abad ke-15 dan ke-16 Masehi. [25]

    8. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan senibina tamadun awal. [25]

    Bahagian BJawab dua soalan sahaja.

    9. Kehidupan manusia di Zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islammempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepadamasyarakat Tanah Arab. [25]

    10. Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan Khulafa Ar Rasyidin dengan kerajaanMelayu Melaka. [25]

    11. Terangkan konsep ketahanan dan pertahanan, serta bandingkan objektif peperangan dalamTamadun Barat dan Tamadun Islam. [25]

    12. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi Islam? Bincangkan sumber-sumber ekonomiIslam pada Zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Al-Rasyidin. [25]

    13. Bincangkan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Makkah danMadinah. [25]

    14. Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka danterkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut. [25]

    15. Bincangkan konsep penjalajahan dan penerokaan dari perspektif Islam. Berdasarkancontoh-contoh yang sesuai jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan tersebut. [25]

    16. Seni bina Islam berkembang sejak Zaman Nabi Muhammad (saw) sehingga kini.Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan seni bina Islam di Alam Melayu.

    940/1 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamatSULIT*

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    3/27

    Panduan Skema

    SKEMA JAWAPANEXCEL 2 ( KERTAS 1 )

    BAHAGIAN ATAMADUN DUNIA

    Soalan 1Masyarakat India di Lembah Indus mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan.Bincangkan.

    Pengenalan ( 3 markah )- Ahli-ahli sosiologi melihat agama sebagai sistem kepercayaan dan amalan satu kelompok

    manusia terhadap sesuatu yang mereka anggap suci atau kudus.- Hasil hubungan manusia dan alam sekelilingnya telah melahirkan pelbagai sistem

    kepercayaan dalam peradaban manusia.- Di lembah Indus perkembangan agamanya bermula seiring dengan perkembangan

    penempatan di kawasan lembah Sungai Indus dan Sungai Saraswati- Malahan kebanyakan unsur-unsur kepercayaan masyarakat tersebut menjadi sebahagian

    daripada kepercayaan masyarakat Hindu pada masa sekarang.

    Isi-isi penting ( 20 markah )

    Bemula tahun 1500 orang-orang Aryan menyebarkan kepercayaan polithisme kepada masyarakat

    lembah Indus. Terdapat banyak dewa-dewi yang mewakili fenomena alam seperti langit, bumi,

    air,api, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Umumnya terdapat 3 bentuk kepercayaan yang utama:

    i. Penyembahan Dewi Ibu Merupakan amalan yang paling popular. Patung-patung yangmenyerupai wanita banyak di temui di Selatan Baluchistan dan Lembah Zhobsehinggalah ke Asia Barat. Penyembahan Dewi Ibu meletakkan asas bagi penyembahansaktisma.

    ii. Penyembahan Dewa Berkepala Tiga (Shiva) Penemuan mohor pada 1930menunjukkan gambar seseorang yang duduk bersila dalam keadaan sedang membuatyoga. Pada gambar itu terdapat gambar berkepala tiga yang mewakili konsep Trimurthi.Dewa Shiva berfungsi sebagai pencipta, pemelihara dan pemusnah. Dewa Shivadianggap ketau Yogi dan ini menunjukkan amalan Yoga berasal daripada masyarakatIndus.

    iii. Penyembahan Lingam Bukti terdapat pada penemuan kon di Mohenjo-Daro danHarappa. Lingam ialah lambang Dewa Shiva. Para sarjana mengaitkan objek-objekberbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva.

    4. Amalan penyembahan pokok

    Bukti pada penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok pipal dan acacia diMohenjoro-Daro dan Harappa. Pokok-pokok ini dianggap suci kerana menjadi tempat tinggaldewa-dewi. Pokok Pipal dianggap paling suci. Pokok ini melambangkan ilmu pengetahuan.Mereka yang mengikat daun pokok tersebut di kepala akan memperoleh segala ilmu. PokokPipal juga menjadi pelindung dewa daripada segala kuasa jahat. Dalam kalangan masyarakatIndus pokok Pipal juga dianggap menjadi lambang Dewa Pipal. Dewa Pipal pula ialah ketuabagi semua dewa orang Indus.

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    4/27

    5. Amalan kerohanian yang lainAntaranya penemuan patung gangsa seorang wanita melambangkan wujudnya seni tari ritual.Mereka juga mengamalkan amalan membakar mayat dan membuang abu ke dalam sungai.Kewujudan kolam mandi di Mohenjo-Daro menunjukkan wujud juga amalan mandi ritual dibawah pengawasan golongan sami.

    Kesimpulan [2 markah]Masyarakat Indus mempunyai sistem kepercayaan yang unik. Masyarakat Indus banyak mewarisi

    kepercayaan agama mereka, contohnya penyembahan Dewi Ibu amat popular dalam kalanganorang Dravida (khususnya orang Tamil). Begitu juga amalan penyembahan pokok yang diamalakansecara meluas oleh masyarakat India.

    Soalan 2Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa pada sekitar abad ke -15 di Eropah.

    Pengenalan ( 3 Markah )

    - Negara bangsa ialah sebuah pemerintahan yang bebas daripada dunia empayar.- Negara bangsa berdaulat dan berada dibawah kekuasaan raja mutlak- Penduduknya berteraskan ciri-ciri seperti satu bangsa, satu bahasa, satu adat, satu

    kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan- Negara bangsa wujud berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah sebuah

    negara- Setiap wilayah mempunyai pemerintahan sendiri tetapi dikawal oleh kerajaan pusat dibawah

    seorang raja- Raja berkuasa mengisytiharkan perang, memungut cukai, menjalankan pentadbiran dan

    menguatkuasakan undang-undang yang seragam diseluruh negara.- Contoh negara bangsa yang muncul di sekitar abad ke-15 ialah England, Perancis dan

    Sepanyol.- Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa

    Isi-isi Penting ( 20 Markah)

    A. Faktor pembentukan Negara Bangsa ialah

    1. Kejatuhan Sistem Feudal

    - Feudalisme ialah susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat pada zamanpertengahan awal mengandungi raja, vassal (bangsawan) dan serf (petani dan rakyat biasa)

    - Raja memiliki tanah dan menyerahkan tanah kepada vassal untuk diusahakan atas balasantaat setia yang dicurahkan oleh vassal.

    - Vassal pula akan menyerahkan sebahagian hasil tanaman- Lama-kelamaan vassal akan semakin kaya dan berkuasa manakala kuasa raja akan

    terancam

    - Oleh itu, raja menggunakan wang daripada hasil tanaman membentuk angkatan tenterauntuk memerangi vassal- Dengan ini, negara bangsa akan wujud apabila raja menyatukan kawasan persekitaraan

    daripada kelompok bangsa yang sama

    2. Perang Salib

    - Negara bangsa juga wujud kerana berlakunya perang Salib- Perang ini berlangsung selama lebih 200 tahun antara orang Kristian dengan orang Islam di

    Timur Tengah dan Asia Kecil- Semasa perang Salib, orang Kristian meminta bantuan Pope(Paus) dan pemerintah Eropah

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    5/27

    untuk meminta bantuan ketenteraan- Oleh itu, pemerintah meminta bantuan daripada vassal dan serf disumbangkan menjadi

    tentera- Kuasa dan pengaruh vassal berkurangan apabila serf tidak pulang kepada vassal selepas

    peperangan selesai.- Oleh itu, raja bertindak mengukuhkan kedudukan dan melaksanakan ekspedisi ketenteraan

    untuk membentuk negara bangsa- Perang Salib juga menyebabkan orang Kristian sedar akan kelemahan diri dan ingin

    mewujudkan negara bangsa seperti zaman kegemilangan Tamadun Yunani dan Rom.

    3. Renaissance

    - Negara bangsa juga terbentuk kerana Renaissance- Renaissance ialah pemulihan budaya- Pertembungan budaya menyebabkan raja mempersoalkan budaya lama dan inginkan

    perubahan dari aspek perubahan intelektual dan pentadbiran serta memperoleh sokonganrakyat

    4. Perubahan Ekonomi

    - Perubahan ekonomi merupakan faktor kepada pembentukan negara bangsa- Perubahan ekonomi sara diri dan tradisional kepada perkembangan ekonomi pertanian

    dagangan, perindustrian dan komersial dibandar menyebabkan serf lari daripada vassaluntuk pergi ke bandar.

    - Raja mengambil kesempatan untuk meluaskan pengaruh serta kuasanya dan membentuknegara bangsa

    5. Kemunculan golongan pertengahan- Golongan pertengahan yang mengusahakan perdagangan dan perindustrian sanggup

    menyokong dan membayar cukai yang banyak kepada pemerintah yang boleh mewujudkankeamanan untuk pertumbuhan ekonomi

    - Dengan ini raja menggunakan hasil cukai untuk menguatkan angkatan tentera dan menggaji

    pegawai perkhidmatan awam untuk melindungi golongan pertengahan dan membentukkerajaan yang diingini

    6. Perkembangan bahasa Kebangsaan

    - Raja yang ingin mewujudkan negara bangsa memberi kebebasan berbahasa danmewujudkan bahasa kebangsaan dengan tujuan mendapat sokongan kelas pertengahan

    - Oleh itu, di Perancis, buku-buku di tulis dalam dialek Norman dan Burgundi dan bukan dalambahasa Latin

    - Bahasa Perancis menjadi identiti penduduk dan mempercepatkan usaha pembetukannegara bangsa

    7. Pemeberian anugerah serta gelaran kepada golongan bangsawan.- Negara bangsa terbentuk dengan pemberian anugerah serta gelaran kepada golongan

    bangsawan- Contoh gelaran yang diberi ialah Duke, Earl, Baron dan Count- Cara ini dapat memuaskan hati golongan bangsawan, memudahkan raja mengawal mereka

    dan mendapat taat setia mereka- Raja semakin kukuh dan negara bangsa berjaya dibentuk

    8. Golongan gereja

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    6/27

    - Kejatuhan institusi dan golongan gereja juga turut menyumbang kepada pembentukannegara bangsa.

    - Gereja amat berkuasa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini menggugat kedudukanraja

    - Oleh itu, raja memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin gereja- Dengan ini kuasa gereja dapat dihalang dan raja mendapat sokongan rakyat- Pembentukan negara bangsa menjadi mudah

    Kesimpulan: (2 markah)

    - Negara bangsa terbentuk bukan sahaja kerana faktor dalaman tetapi juga faktor luaran- Pembentukan negara bangsa menggiatkan lagi penjelajahan dan penerokaan,

    mengembangkan ilmu pengetahuan sains, pelayaran, geografi dan falsafah.

    Soalan 3Jelaskan peranan orang laut dalam sejarah ketahanan dan pertahanan di Alam Melayu

    Pengenalan (3 Markah)- Tom Pires menggelarkan orang laut sebagai Celates/Selatter, Prof. O.W. Wolters

    menggunakan istilah Gipsi Laut.- Tempat asal kelompok ini ialah gugusan Riau-Lingga, di selatan Selat Melaka.- Kamus Dewan (1990), ketahanan bermaksud sesuatu yang menahan,menghalang rintangan

    dan keupayaan menanggung sesuatu yang merujuk kepada daya juang dan sifat tahan lasakseseorang.

    - Pertahanan bermaksud sebagai hal mempertahankan kubu dan benteng bagimempertahankan diri daripada serangan musuh.

    Isi-isi Penting (20 Markah):1. Pengumpul hasil-hasil laut.

    i. Orang laut menjalankan kehidupan mereka dengan melakukan rondaan keselamatan dilaut dan mengumpul hasil-hasil laut seperti mengutip trepang, kulit penyu,mengumpul

    tumbuhan laut seperti agar-agar dan sagu.ii. Mempunyai banyak pengetahuan tentang angin monsun dan pulau-pulau di pesisir

    pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu.2. Pembina dan pendokong utama kerajaan Srivijaya, Melaka dan Johor-Riau

    i. Hubungan erat orang laut dan Kerajaan Srivijaya banyak membantu kerajaan Srivijayamengekalkan keunggulan ekonomi dan politiknya pada kurun ke-7 hingga kurun ke-13.

    ii. Kajian awal membuktikan bahawa peranan Orang Laut ini amat penting dalam membinakegemilangan kerajan Srivijaya,Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan terusberkesinambungan pada zaman kerajaan Johor-Riau.

    iii. Menjadi tulang belakang dalam angkatan laut serta mendapat kedudukan yang tinggidala hieraki sosial.

    3. Segelintir menjadi pentadbir utama dalam istana

    i. Anak raja Srivijaya iaitu Parameswara telah dibantu oleh orang laut untuk menubuhkankerajaan Melayu Melaka.ii. Upacara pertabalan telah dilakukan ke atas Parameswara iaitu upacara abhiseka

    memberikan kedaulatan kepadanya dan keturunannya.iii. Orang Laut menjadi pendayung,hulubalang,panglima dan Bentara malahan ke jawatan

    tinggi seperti Bendahara, Laksamana dan Temenggung.4. Setia sebagai tentera laut dan pahlawan

    i. Orang Laut merupakan pasukan perang yang gagah dan kemahiran mereka mendayungtelah menjadikan mereka pilihan utama sebagai angkatan laut.

    ii. Kekuatan Orang Laut juga tergambar kerana jumlah mereka yang menjadi hulubalanglebih ramai daripada orang Melayu pada abad ke-19.

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    7/27

    iii. Mereka dianggarkan menganggotai kira-kira satu suku tentera Melayu dalam KerajaanJohor-Riau.

    5. Pembangun dan penyedia kelengkapan kerajaani. Orang Laut juga berperanan sebagai pengangkut utusan dan surat-surat kepada

    pemerintah luar negeri,menyediakan agar-agar dan sagu kepada raja, berkhidmat didapur istana,mengangkut air dan kayu api serta menjaga anjing perburuan Sultan.

    ii. Pemerintah Johor memahami peranan dan bakat semula jadi Orang Laut untuk menarikkapal asing berdagang ke Johor dan mengurangkan persaingan asing terutama dari

    pihak Belanda di Selat Melaka.

    Kesimpulan (2 Markah):Orang Laut memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan kekuatan dankegemilangan Melaka dan Johor.Pada suatu masa mereka amat gemilang dan berada di mercu yang tinggi dalam hieraki sosial dankuasa politik Melayu dari abad ke-7 hingga abad ke-17 Masihi.

    Soalan 4Bincangkan sistem ekonomi Zaman Kemuncak Pertengahan Eropah dan huraikan faktor-

    faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalis.

    Pengenalan (2 Markah)- Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan secara revolusi mengikut zaman.- Athens mengamalkan sistem ekonomi bebas dan menjalinkan hubungan perdagangan

    dengan negara luar manakala Sparta mengamalkan system ekonomi sara diri.- Kemudian pada Zaman Pertengahan Awal, masyarakat Eropah mengamalkan sistem

    ekonomi bersifat feudal dan tiada hubungan dengan dunia luar.- Pada Zaman Kemuncak Pertengahan,system ekonominya bercorak kapitalisme kerana pada

    zaman ini berlaku pemulihan perdagangan di sepanjang jalan perdagangan Eropah Barat.

    Isi-isi penting.

    A. Konsep ekonomi kapitalisme ( 5 Markah)

    - Sistem kapitalisme diperkenalkan oleh dunia Barat.- Setelah tamatnya Zaman Gelap di Eropah,sistem ini membawa perubahan yang besar

    dalam pelbagai bidang di Eropah itu sendiri.- Ekonomi kapitalisme ialah satu sistem ekonomi bebas.- Setiap individu dan syarikat yang memiliki harta atau modal bebas menjalankan kegiatan

    ekonomi dan perdagangan- Ekonomi kapitalisme bermatlamatkan mengaut keuntungan semata-mata.

    B. Faktor-Faktor Perdagangan (15 Markah)

    1. Perang Salib telah menemukan bangsa Eropah dengan dunia Timur yang menambahkanperdagangan antara kedua-dua kawasan.2. Asas ekonomi Eropah berpindah dari selatan ke utara. Kekayaan baru ialah hasil

    pertanian kawasan utara.3. Berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di utara akibat perpindahan penduduk

    dari Perancis, Sepanyol, dan Sicily.4. Keadaan ini juga membawa kepada perkembangan bandar sebagai sebagai pusat

    pertukaran dan pengeluaran.5. Kemunculan golongan pedagang ini telah membawa kepada perkembangan bandar

    sebagai pusat pertukaran dan pengeluaran.6. Kemunculan Bandar-bandar baru juga hasil daripada perkembangan Revolusi

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    8/27

    Perindustrian telah menyebabkan perkembangan dan kemajuan dalam bidangperdagangan.

    7. Kemunculan Bandar dan golongan perdagang ini telah menjalinkan semula hubunganEropah dengan Laut Mediterranean yang tertutup pada Zaman Gelap dahulu telahmempergiatkan lagi perkembangan kapitalisme di Eropah.

    8. Institusi perbankan telah membantu golongan kapitalis meminjam wang untukmemperluaskan aktiviti ekonomi mereka.

    9. Penubuhan negara bangsa juga menggalakkan perkembangan kapitalisme

    10. Keadaan ini adalah kerana golongan raja mendukung sistem ekonomi merkantilismeyang mampu menjadikan negara kaya dan berkuasa melalui penguasaan koloni.

    11. Hal ini menggalakkan setiap negara bangsa untuk menubuhkan koloni masing-masing.12. Dasar perluasan kuasa menyebabkan negara seperti Sepanyol, England dan Perancis

    menubuhkan koloni mereka di benua Amerika, Afrika, dan Asia.13. Penubuhan koloni baru telah menyebabkan para kapitalis membuka kawasan pertanian

    dan perladangan dan permintaan tenaga buruh makin meningkat.14. Keadaan ini telah membawa kepada penghijrahan manusia sebagai buruh ke kawasan

    perladangan.15. Penggunaan buruh asing juga mengembangkan ekonomi negara Eropah serta

    membawa kepada perkembangan kapitalisme di koloni-koloni tersebut.16. Revolusi Perindustrian di Eropah telah menggalakkan pembinaan kilang dan

    pengeluaran barangan secara besar-besaran.17. Hasilnya, pengumpulan modal yang besar untuk kegiatan ekonomi secara besar-besaran

    telah berlaku.

    Kesimpulan. (3 Markah)- Sistem kapitalisme berkembang pesat selepas Eropah melalui Zaman Gelap.- Sistem ekonomi ini diperkenalkan oleh masyarakat Barat sebagai akibat kemerosotan sistem

    ekonomi feudal dan membawa kepada perkembangan industri dan penubuhan koloni-kolonidi dunia luar.

    - Kesannya, sistem ekonomi kapitalisme ini berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.-

    Soalan 5

    Jelaskan sistem pendidikan negara kota Athens dan Sprta dalam tamadun Yunani

    Pengenalan (3 Markah )Tamadun Yunani terletak di tebing Sungai Tiber di Lembah Latium.Dua buah kota yang terkenal pada Zaman Yunani ialah Athens dan SpartaKedua-duanya mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiriTamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkancendikiawan.

    Isi-isi penting.A. Dasar pendidikan Athens (4 Markah)

    1. Bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang.

    2. Penekanan pelajaran kepada ilmu, seni muzik, dan kesukanan.3. Athens mahu melahirkan warganegara yang serba boleh dalam pelbagai bidang4. Institusi pendidikan utama ialah sekolah tempat mendidik anak-anak mereka5. Sekolah pertama wujud pada abad ketujuh S.M. yang dikendalikan oleh bukan golongan

    agama dan swasta.6. Raja Solon mengeluarkan arahan agar kanak-kanak lelaki mesti belajar membaca dan

    berenang.7. Peraturan ini dikeluarkan oleh Majistret khas.8. Pengajar di sekolah adalah guru baru yang yang dikenali sebagai sofis.9. Pengajaran tertumpu kepada pembacaan, penulisan, aritmetik, dan menghafal sajak atau

    syair.

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    9/27

    10. Dalam Akademik Sekolah Pendidikan Tinggi, pelajar mengeluarkan pendapat.

    B. Tahap Pendidikan (4 Markah)1. Tahap lama (abad kelima hingga abad keenam S.M)

    i. Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastikii. Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca, mengira dan

    menulis.2. Tahap kedua ( abad keempat hingga 338 M)

    i. Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacara kehidupan awam.ii. Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik.iii. Solon mengasaskan Cynossarges.iv. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre.v. Pada umumnya, sekolah di Athens di bawah Penyeliaan Negara, khususnya Majlis

    Aeropagus.

    C. Kurikulum (4 Markah)1. Kurikulum lama- pelajar didedahkan pelbagai mata pelajaran.2. Seorang kanak-kanak akan dibimbing oleh seorang hamba, iaitu poedagogus3. Pelajar dikehendaki membawa alat muzik dan lain-lain.4. Sebat akan dikenakan bagi pelajar yang ingkar.

    D. Peringkat sekolah (4 Markah)

    1. Sekolah rendah.i. Pelajar belajar bertinju dan muzik.ii. Waktu belajar dari pagi hingga ke petang.iii. Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta menghafal tanpa

    mengetahui maknanya.2. Peringkat sekolah menengah

    i. Pelajar berusia 15 tahun.ii. Pelajar belajar Gimnasiumiii. Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal ialah Protagoras

    dan Gorgias.

    iv. Kurikulum meliputi aspek tatabahasa,retorik, dan pidato3. Subjek peringkat rendah dan menengah.i. Pelajar diajar konsep 3Mii. Kandungan Pendidikan bersifat informatif, kritikal, dan konstruktifiii. Pelajaran peringkat menengah ialah falsafah dan retorik.

    E. Sparta (4 Markah)1. Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanak-

    kanak agar berani.2. Institusi pendidikan awal ialah keluarga.3. Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera.4. Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar

    aktiviti sukan.5. Kurikulum Sparta menekankan latihan fizikal6. Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara peperangan.7. Peperiksaan setiap 10 hari.8. Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar.9. Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin.10. Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat,

    dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.

    Kesimpulan. (2 Markah)

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    10/27

    Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melaluipendidikan.Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani.Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat, dan berguna kepada bangsa.

    Soalan 6Huraikan konsep Humanisme dan individualisme dan kesannya terhadap masyarakat Eropah.

    Pengenalan. (3 Markah)- Semasa Zaman Gelap, kemajuan ekonomi, politik dan sosial terbantut.- Gereja telah menjadi penyelamat kepada bangsa Eropah.- Aliran pemikiran gereja hanya tertumpu pada soal akhirat yang dikenali sebagai asceticm.- Semasa Zaman Gelap ini berlaku Renaaissance yang yang membawa Eropah kepada era

    kemodenan.- Ciri-ciri humanisme dan individualisme yang dibawa oleh Renaissance telah membawa

    perubahan kepada mentaliti dan pemikiran penduduk Eropah

    Isi-isi penting.A. Humanisme (10 Markah)

    1. Ciri-ciri Humanisme.

    i. Bermaksud kajian ke atas manusia yang tertumpu pada kemakmuran dan aktivitimanusia di dunia.

    ii.Menolak kehidupan manusia berasaskan takdir.iii.Golongan ini mementingkan kemajuan manusia dari segi intelek, mentaliti, dan

    kelakuan manusia.iv.Golongan ini memberi penekanan kepada kemampuan manusia untuk

    menyelesaikan sesuatu perkara yang dihadapi.v.Bertentangan dengan Zaman Gelap yang mengutamakan doktrin keagamaan yang

    dikawal oleh gereja ke atas sekolah Cathedral dan institusi monastri.vi.Penumpuan kurikulum Zaman Gelap hanya berkisar tentang ilmu klasik, istilah, dan

    kajian ke atas agama Kristian.vii.Tumpuan zaman ini hanya menjurus kepada soal kehidupan selepas mati telah

    dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan.viii.Pada Zaman Renaissance, sistem pendidikan sekular diterapkan:mementingkansains dan perkara praktikal diambil penting untuk aktiviti di dalam bilik darjah.

    ix.Zaman ini memperlihatkan penubuhan universiti yang mementingkan pendidikansekular seperti bidang perundangan, perubatan, dan sains

    2. Tokoh Humanisme.i. Erasmus.

    Eramus telah mengarang dua buah karya, iaitu Colloquies dan On theLibereal of Boys From the beginning.

    Beliau memberikan penekanan soal humanisme dalam pendidikan danperkembangan fizikal,mental, dan jiwa yang dibincangkan secara mendalam.

    Eramus menekankan soal praktikal dalam semua perkara yang dilakukan.

    Bukunya The Praise of Folly telah mengkritik kepentingan golonganpedagang, ahli falsafah, dan agama yang dikatakan merosakkan masyarakat.

    Beliau mengkritik golongan atasan, cardinal, dan Bishop yang hidup mewahserta bertentangan dengan cara hidup golongan agama.

    ii. Thomas More

    Beliau mengkritik kuasa mutlak raja England serta golongan bangsawan.

    Beliau juga mengkritik dasar ekonomi kapitalis yang menekankan soalmengumpul kekayaan dengan mengabaikan kebajikan golongan bawahan.

    Thomas menyatakan bahawa golongan kaya menjalankan konspirasiekonomi kerana sentiasa ingin menjaga status dan kekayaan mereka.

    Bukunya, Utopia telah menggariskan bahawa setiap orang berhak untuk

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    11/27

    memiliki semua perkara yang diingini dan semua harta adalah milik bersama.

    Bukunya juga menetengahkan masyarakat ideal yang berkerja lima hariseminggu dan menekankan soal berehat dan menjalankan aktivitikekeluargaan pada hari tidak bekerja.

    iii. Petrach

    Melalui kajian terhadap karya Greek dan Rom Purba, menyimpulkan bahawaorang Greek dan Rom lebih mementingkan soal dunia berbanding akhirat.

    Karya Greek dan Rom banyak menyentuh soal percintaan, keindahan alam ,

    dan masalah kehidupan seharian.3. Kesan Fahaman Humanisme

    i. Telah mempengaruhi perkembangan sastera pada Zaman Kemuncak Pertengahan.ii.William Shakespears pada zaman Permaisuri Elizaberth telah memperkenalkan

    manifestasi humanisme seperti personaliti manusia, perantaran emosi, danpengalaman hidup.

    iii.Lukisan rupa dan badan manusia menjadi tumpuan kerana pelukis dan pengukirpercaya dengan anugerah Tuhan yang paling menakjubkan.

    iv.Micheal Angelo dalam lukisannya, David menggambarkan kegagahan dankeberanian seseorang lelaki.

    B. Individualisme (10 Markah)

    1. Aspek ini penting pada Zaman Renaissance yang membezakan antara ZamanPertengahan awal dengan kemuncak tentang kedudukan seseorang individu.

    2. Pada Zaman Pertengahan Awal, peranan individu ditentukan oleh kelahirannya dalamkesatuan monarki yang membawa keterbatasan golongan bawahan dalam kegiatanekonomi dan pertanian.

    3. Pada Zaman Kemuncak Pertengahan, individu berhak untuk menentukan kehidupannyadengan usahanya sendiri.

    4. Setiap individu perlu memahami kebolehan dan mengetahui potensinya untuk maju dantidak ada perkara yang dapat menghalang untuk menjadikan dirinya maju.

    5. Pada Zaman Renaissance, keturunan seseorang tidak penting dan bergantung kepadahasrat serta keinginan individu untuk maju.

    6. Kesan Individualime.

    i.Perubahan dapat dilihat pada penghasilan seni oleh golonganpelukis dan pengukir, iaitu hasil mereka dihormati.

    ii.Perkembangan ekonomi kapitalisme pada zaman ini menekankanaspek kebebasan pasaran, hak milik persendirian, pengumpulanmodal, dan keuntungan melalui perniagaan di dalam dan di luarbenua Eropah.

    iii.Bermulanya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah sertamendapat galakan daripada golongan pemerintah denganmenjanjikan kekayaan dan pangkat bagi mereka yang berjayamenemui kawasan baru.

    iv.Vasco da Gama, Columbus, Magellan telah dijadikan Viceroydalam penjelajahan mereka.

    v.Columbus pernah dikecam sebagai orang gila keranakeinginannya untuk mencari dunia baru kerana masyarakat padaketika itu terpengaruh dengan gereja bahawa dunia ini bukannyabulat.

    Kesimpulan (2 Markah)Aspek humanisme dan individualisme telah menjadi sebahagian fahaman dalam PergerakanRenaissance.Kata-kata Socrates manusia adalah penukuran bagi segala-galanya bertepatan dengan fahamansedemikian.

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    12/27

    Soalan 7Bincangkan faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahanpada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

    Pengenalan ( 3 Markah )Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.

    Penjelajahan pula membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom lagi.Orang Eropah juga belayar merentasi Lautan Atlantik ke Greenland menerusi Amerika Utara.Menjelang abad ke-15 dan ke-16 Masihi, kuasa-kuasa Barat mula melakukan penerokaan danpenjelajahan secara besar-besaran. Orang Portugis merupakan bangsa terawal yang mempeloporikegiatan penerokaan dan penjelajahan ke seberang laut.Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan danpenerokaan adalah untuk mendapat kekayaan ( gold ), kemegahan ( glory ) dan keagamaan( gospel ).

    Isi-isi Penting ( 20 Markah )

    1. Gerakan Renaissancei. Gerakan ini merubah cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah serta

    menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme,pemikiran kritis dan rasionalisme.

    ii.Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakat Eropahhilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankankepentingan sains dan teknologi serta kemahiran berfikir

    2. Perkembangan kapitalisme dan merkantalismei. Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik

    persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negarabangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan

    mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.ii.Menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasarekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpulkekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

    3. Menyebarkan agama Kristiani. Raja-raja Eropah dan golongan mubaligh Kristian bercita-cita

    untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Parapendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagaringin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.

    ii.Kepercayaan mengenai Prester John, seorang tokoh lagenda

    Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asiaatau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untukmencari kerajaan tersebut.

    4. Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islami. Orang Eropah memerlukan barang-barang dari timur seperti

    rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempahdikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengautkeuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut padaharga yang tinggi.

    ii.Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    13/27

    Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untukmendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah.

    iii.Mereka juga mahu memecahkan monopoli perdagangansaudagar-saudagar Islam.

    5. Perang Salibi. Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu

    pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri,matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan inimelahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkangaya hidup baru, iaitu suka bersiar-siar dan belayar.

    ii.Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia timur. Mereka mahumenguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar-saudagarArab. Penaklukan wilayah Islam di Sepanyol telah menyebabkan ilmupelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantumereka menjelajah dunia luar.

    6. Perlumbaan antara negara-negara bangsai. Portugis, Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara-

    negara bangsa yang bersaing antara satu sama lain untukmeneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika danAmerika.

    ii.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah danpasaran baru bagi barang-barang mereka. Para pemerintah jugamemberi galakan hadiah yang lumayan dan gelaran kepada parapeneroka.

    7. Kemajuan dalam teknologi pelayarani. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran menggiatkan lagi

    penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yanglengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 M.

    ii.Alat seperti kompas magnetit dan astrolabe dicipta untuk memudahkanpelayaran. Pelayar-pelayar Eropah berjaya meneroka kawasan-kawasan baru dengan bantuan alat-alat pelayaran serta kemampuanmembina kapal-kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas.

    8. Pengetahuan tentang dunia luari. Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte Corvino yang

    berkhidmat di Parsi, India dan China mendorong masyarakatEropah melakukan pengembaraan.

    ii.Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan olehpengembara tentang India dan China menarik minat ChristopherColumbus untuk melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

    Kesimpulan ( 2 Markah )Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan danpenjelajahan pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi. Aktiviti penerokaan dan penjelajahan ini telahmenghubungkan benua Eropah dengan dunia sebelah timur melalui jalan laut.Menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan, negara-negara Barat juga dapat mewujudkan tanah

    jajahan dan empayar yang luas, mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentukempayar perdagangan

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    14/27

    Soalan 8Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal.

    Pengenalan: (3 markah)Seni bina merupakan salah satu cabang kesenian untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dansebagainya yg dibina oleh manusia.Bidang seni bina memerlukan kecekapan dan perancangan yang teliti supaya indah dan sesuai

    dengan tujuan pembinaan sesebuah bangunan atau monumen. Seni bina melibatkan peralatan dankekukuhan sesuatu bangunan seterusnya memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilikatau penggunanya.Bagi Ibn Khaldun, seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yg penting kerana menjadi mercutanda kegemilangan sesuatu bangsa.

    Isi-isi Penting: (20 markah)1. Pertahanan

    i. Menjadi penyebab pembinaan sesebuah bangunan.ii.Membina tembok di sekeliling bandar merupakan satu ciri perbandaran di

    Sumeria.iii.Ini bukan sahaja melambangkan kecekapan mereka dalam pembinaan malahan

    bagi mengatasi serangan musuh.iv.Begitu juga dengan pembinaan Tembok Besar China yang panjangnya melebihi

    5000 km merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa faktor pertahananadalah penting bagi pembinaan sesebuah bangunan.

    2. Agamai. Faktor ini sangat diutamakan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Tujuan

    pembinaan bangunan itu biasanya dijadikan sebagai tempat pemujaan tuhan,tempat perayaan keagamaan dan tempat kediaman tuhan.

    ii.Antara bangunan contoh ialah Pantheon yang dibina sebagai pusat pemujaanDewi Antena di Yunani dan Ziggurat di Mesopotamia.

    iii.Selain itu kota Babylon mempunyai lapan pintu gerbang dan setiap pintu gerbangdiberi nama bersempena nama tuhan-tuhan mereka.

    3. Memperingati Kekuasaan Rajai. Seni bina juga dibina oleh raja atau bangsawan untuk kegunaan ataumemperingati mereka.

    ii.Di Mesir piramid merupakan tempat raja mereka bersemadi.iii.Besar atau kecil piramid itu bergantung kepada kekuatan dan kebesaran

    seorang firaun.iv.Misalnya Cheops, Chepren, dan Mycerinus merupakan tiga piramid agung.

    Cheops merupakan piramid yang paling besar yang menyerupai gunung.Chepren pula dibina untuk anak lelaki Cheops.

    v.Piramid Mycerinus pula paling kecil dan mempunyai tiga buah makam berbilik.4. Kemudahan dan Rekreasi

    a. Orang Rom membina bangunan awam yang dapat memberi kemudahan

    dan rekreasi kepada masyarakat mereka yang dikenali sebagaiutilitarian.b. Setiap bandar di Rom terdapat Forum, untuk kegiatan agama, sivik dan

    perdagangan.c. Colosseum pula merupakan tempat orang ramai berkumpul untuk

    menyaksikan perlawanan gladiator.

    5. Lambang Kemegahan dan Kebanggaani. Negara kota di Yunani dan Mesopotamia berlumba-lumba untuk

    menghasilkan bangunan-bangunan yang cantik dan unik sebagailambang kemegahan dan kebanggaan negara kota masing-

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    15/27

    masing.ii.Bangunan yang cantik lagi indah membuktikan bahawa

    warganegara mereka lebih bijak dan mahir dalam membinasesebuah bangunan atau monumen.

    Kesimpulan: (2 markah)Pelbagai faktor mempengaruhi pembinaan sesebuah bangunan atau monumen dan setiapbangunan yang dibina itu mempunyai tujuan dan fungsi tertentu dalam tamadun awal.

    Bahagian B

    Soalan 9Kehidupan manusia di zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islammempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepadamasyarakat Tanah Arab.

    Pendahuluan[3 Markah]

    Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh.

    Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun alQuran dan kerasulan

    Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.

    Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut:- Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk- Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun.- Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.- Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

    Isi-isi Penting (5 X 4 Markah)1. Perbezaan konsep ketuhanan

    i. Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme.Terdapat lima agama yang berkembang di Tanah Arab padaketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.

    ii.Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi

    Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan AllahS.W.T

    2. Perbezaan aspek politiki. Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.ii.Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.iii.Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh

    Khulafa al-Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah3. Perbezaan aspek ekonomi

    i. Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandarmengusahakan kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing.Di kawasan subur seperti Yaman dan Madinah mereka menanam kurma

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    16/27

    dan anggur.ii.Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan

    pertukangan, membuat patung dan membuat senjata.iii.Terlibat dalam kegiatan perdagangan.iv.Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral.

    Pedagang menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli.v.Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam

    melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan

    4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuani. Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

    Kebanyakan mereka merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiaptindakan mereka lebih berdasarkan naluri dan emosi.

    ii.Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulishanya kira-kira 17 orang sahaja.

    iii.Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja sepertigolongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengethuan berlaku dalambentuk lisan

    iv.Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. UmatIslam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik,ekonomi, sosial dan budaya.

    5. Perbezaan aspek sosiali. Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras,

    berzina dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas danketurunan seperti atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanitabegitu rendah dan dijadikan barangan nafsu lelaki. Namun begitu merekaterkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani.

    ii.Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikirdan menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan digantidengan sistem ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan

    pembunuhan bayi perempuan diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawaorang yang paling mulia ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah S.W.T.

    Kesimpulan[2 Markah]Sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar kacirdengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup masyarakat Tanah Arabmencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial.

    Soalan 10Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan khulafa al-Rasyidin dengan kerajaanMelayu Melaka.

    Pendahuluan[3 markah]- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah pada 632 M. Saidina

    Abu Bakar Al Sidiq menjadi khalifah pertama, diikuti Khalifah Omar Al Khatab,KhalifahOthman Al Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

    - Kerajaan Khalifah Al Rasyidin berakhir pada 633M apabila Muawiyah Bin Abu Sufianmengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.

    - Sebaliknya kerajaan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramasewara pada 1404M- Kerajaan ini terletak diperkampungan nelayan selat Melaka. Kerajaan Melaka menerima

    Islam apabila Paramaswara berkahwin dengan puteri Raja Pasai pada1414M. Melakamencapai kegemilangan pemerintahan Islam pada Zaman Mansor Syah dan Sultan Muzaffar

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    17/27

    Shah.- Kerajaan Melaka berakhir pada 1511M apabila diserang oleh Pertugis.

    Isi-isi Penting ( 5X4 =20 Markah )1. Perbandingan Politik

    - Kerajaan Khalifah ar Rasyidin mengamalkan konsep Syura dan Baiah. Wujud pemusatankuasa dengan Khalifah dalam hal perlantikan pegawai kerajaan penglima perang dan gebnor

    Wilayah. Khalifah akan bertindak berdasarkan persetujuan syura. KAR menekankan konsepjihad dan penaklukan bagi meluaskan pengaruh Islam. Contohnya pada zaman KhalifahUmar al- Khatab terdapat lima belas wilayah Islam seperti Mesir, Iraq, Iran,Syria dan Palestin

    - Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan Monarki.kuasa sultan tidakterbatas.Rakyat mesti taat kepada pemerintah.

    - Rakyat tidak boleh menderhaka kerana raja mempunyai daulat, Kerajaan Melakamengamalkan sistem pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung, Pembesarlapan dan Pembesar enam belas

    2. Perbandingan Ekonomi

    - Di zaman KAR,bentuk ekonomi Islam telah diamalkan sepenuhnya tanpa ada unsur-unsur

    ekonomi Jahiliah seperti judi,riba,penipuan dan sebagainya dihapuskan.- Pemimpin mengamalkan hidup sederhana dan tidak mengawal ekonomi untuk kepentingan

    peribadi- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan konsep perbendaharaan negara dan ekonomi Islam

    tidak secara menyeluruh.- Ini kerana sistem ekonomi bercampur dengan bentuk ekonomi tradisi dan undang-undang

    adat- Konsep Baitul Mal dan pelaksanaannya diamalkan sepenuhnya bagi meningkatkan ekonomi

    Islam. Baitul Mal merupakan tempat mengumpul harta kerajaan Islam.- Terdapat pegawai yang khusus untuk menguruskan Baitul Mal dan khalifah tidak terlibat

    secara langsung dalam mengawal harta kerajaan- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem ufti terhadap negeri yang dijajah.Ufti dibayar

    dalam pelbagai bentuk seperti emas,senjata,makanan,persalinan dan sebagainya- Lambang penindasan terhadap negeri yang lemah- KAR, pelaksanaan cukai dan zakat dijalankan dengan baik seperti jizyah,kharaj,Usyur,zakat

    dll.

    - Kerajaan Melayu Melaka, pengurusan semua kerajaan diletakkan di istana Sultan, Semuaharta adalah milik mutlak pemerintah dan berhak menggunakan untuk kepentingan peribadidan keluarga.

    - Biasanya pemerintah hidup mewah melalui cukai dan kutipan hasil yang dikenakan terhadap

    rakyat.- Tidak ada bukti zakat dilaksanakan di Melaka

    3. Aspek Sosial.

    - Di Zaman KAR, sistem sosial dijalankan dengan baik.Tidak ada masalah pilih kasih,penindasan atau perkauman

    - Mengamalkan konsep persamaan taraf antara kaum Arab dari pelbagai keturunan danantara kaum Arab dengan Islam Mawali ( bukan Arab ) seperti Farsi,Mesir,Afrika,Qubti,Iraqdll

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    18/27

    - Usaha penyebaran Islam dijalankan dengan penuh hikmah- Kerajaan Melayu Melaka, mengamalkan konsep susun lapis dalam masyarakat iaitu

    golongan pemerintah dan golongan yang diperintah- Pemerintah terdiri daripada Sultan dan golongan bangsawan manakala golongan diperintah

    terdiri daripada pembesar, rakyat merdeka dan hamba- Wujud amalan pilih kasih dalam perlantikan pegawai kerajaan dan pembesar.

    4. Aspek Pendidikan

    - Di Zaman KAR, pendidikan Islam telah diutamakan dimana khalifah menekankan pendidikankepada semua rakyat tanpa pilih kasih

    - Khalifah membina kemudahan pendidikan seperti sekolah,masjid,madrasah dan sebagainya- Contoh Khalifah Umar telah membina banyak masjid untuk dijadikan pusat pendidikan

    kepada semua rakyat- Kerajaan Melayu Melaka, Perkembangan pendidikan Islam agak berkembang di

    Melaka.Walaubagaimanapun perkembangan adalah terhad dikawasan istana. menjadi pusatkeilmuan,perpustakaan dan intelektual.Contoh Sultan Melayu Melaka menjadi Istana untukmenyimpan kitab-kitab dan buku-buku daripada Timur TengahTerdapat juga bukti, perkembangan pendidikan berlaku diluar istana seperti dimasjid,madrasah atau sursu.kebanyakan dilakukan oleh tokoh-tokoh Arab seperti Maulana

    Abu Bakar di zaman Sultan Muzaffar Syah.

    5. Aspek Perundangan

    - Di zaman KAR. Undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya mengikut hukum-hukum yangditetapkan dalam al-Quran seperti hukuman potong tangan,rejam,bunuh,qisas,takzir dll

    - Hakim dilantik dikalangan mereka yang benar layak dan mahir dalam bidang perundangan.- Khalifah terletak dibawah undang-undang dimana khalifah dan kaum keluarga boleh

    dihukum seperti rakyat biasa sekiranya mereka melakukan kesalahan- Kerajaan Melayu Melaka . Pelaksanaan undang-undang Islam agak terhad dan bercampur

    dengan pelaksanaan undang-undang adat.Contoh hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka hanya terdapat kira-kira 45% sahaja undang-undang Islam seperti

    hukum potong tangan,sebat,bunuh dan lain-lain- Di Melaka, Sultan mengatasi undang-undang. Ini bermakna pelaksanaannya tidak termasukkepada sultan dan golongan pemerintah

    Kesimpulan ( 2 Markah )Apa sahaja yang berkaitan.

    Soalan 11Terangkan konsep ketahanan dan pertahanan, serta bandingkan objektif peperangan dalamtamadun barat dan tamadun Islam

    Pendahuluan[3 Markah]Konflik dan pertelingkahan merupakan fenomena hidup manusia semula jadi yang telah berlakusejak zaman Nabi Adam a.s lagi. Kedua-dua anak Adam a.s, Habil dan Qabil telah berbalah hinggamenyebabkan berlakunya pembunuhan. Moral daripada cerita ini menunjukkan konflik danpertelingkahan akan terus berlaku selagi manusia didorong oleh nafsu, sikap kebangsaan,kedaerahan, kekeluargaan dan keagaamaan. Oleh yang demikian setiap tamadun mempunyai caramereka tersendiri dalam usaha membina ketahanan dan pertahanan mereka masing-masing.Kedua-dua tamadun barat dan Islam mempunyai objektif yang agak berbeza.

    A. Konsep Ketahanan dan Pertahanan [4 Markah]

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    19/27

    Ketahanan bermaksud kecekalan, ketabahan dan kesabaran. Seseorang yang tahan ialahseorang yang tabah, sabar dan cekal menghadapi sebarang cabaran, dugaan serta tidakmudah luntur dalam perjuangan. Sifat-sifat sabar, tabah dan cekal adalah perlu bagiseseorang pejuang bangsa dan agama. Ketahanan juga merangkumi aspek rohaniah danfizikal. Ketahanan dari segi fizikal merangkumi aspek lahiriyah termasuk pembinaan jasmanidan ketenteraan. Ketahanan dari segi rohani pula melibatkan aspek agama dan moral.Manakala pertahanan merujuk kepada perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dannegara daripada serangan musuh. Membela golongan yang lemah atau teraniaya dan dizalimi

    juga termasuk dalam erti pertahanan. Menurut Islam, mempertahankan diri, agama dannegara adalah wajib dan hak setiap individu. Sekiranya mereka gugur dalam mempertahankankebenaran, maka kematian mereka dianggap jihad.

    B. Objektif peperangan dalam Tamadun Barat[8 Markah]

    - Perluasan wilayah. Dalam tamadun Rom baik pada zaman Republik mahupun zamanempayar, kerajaan Rom menjalankan dasar perluasan kuasa untuk meluaskan kuasasehingga menduduki tiga buah benua, meliputi Afrika, Asia dan Eropah

    - Bermotifkan ekonomi. Rom dan Carthage misalnya berperang disebabkan kedua-dua kuasatersebut ingin mengekalkan monopoli perdagangan di lautan Mediterranean

    - Mempertahankan agama Kristian. Perang Salib berlangsung selama 200 tahun (1096M

    hingga 1291M). Peperangan ini berlaku kerana keinginan tentera barat mengambil semulaBaitul Maqdis di Palestin daripada tangan orang Islam. Pihak gereja Byzantine telahmenganggap bahawa Islam adalah ancaman pada agama Kristian dan orang Kristian perlubersatu menentangnya. Pemimpin gereja Rom, iaitu Pope Gregory VII menyambut seruanComnenus (Maharaja Byzantine) dengan bersatu melancarkan perang suci untukmendapatkan Baitul Maqdis

    - Bersifat kebangsaan. Pembentukan negara bangsa ekoran Renaissance dan Reformasimenyaksikan perkembangan semangat kebangsaan dalam kalangan negara-negara iniuntuk bersaing bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa masing-masing

    - Bermotifkan politik. Negara kota Sparta mewajibkan latihan tentera kepada warganegaralelaki. Mereka dipisahkan daripada keluarga seawal usia 7 tahun. Kaum lelaki Sparta akanberkhidmat sebagai tentera sehingga berumur 30 tahun untuk mempertahankan negara

    tersebut daripada ancanam musuh

    C. Objektif peperangan dalam Islam[8 Markah]

    - Demi kehormatan dan dan keutuhan agama, masyarakat dan negara. Islam adalah agamadamai dan cintakan pendamaian. Perkataan Islam itu sendiri membawa erti salam ataupendamaian

    - Menegakkan agama Allah S.W.T. Menjadi tanggung jawab setiap individu muslimmempertahankan agamanya. Allah S.W.T tidak mengizinkan orang Islam berperangmelainkan setelah orang Islam diancam oleh musuh luar. Misalnya peperangan Badar,Uhud, dan Khandak berlaku kerana mempertahankan negara Islam daripada serangan kaummusyrikin Quraisy

    - Peperangan dalam Islam terikat kepada etikanya. Islam melarang membunuh kanak-kanak,orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarangmembunuh binatang sesuka hati kecuali untuk makan dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan

    - Mempertahankan maruah diri dan agama.- Mendapatkan tanah-tanah jajahan. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah Islam sampai

    ke Afrika Utara (Mesir) dan Parsi- Kepentingan ekonomi- Islam membenarkan rampasan harta ke atas orang-orang kafir yang

    ingkar.

    Kesimpulan[2 Markah]Apa sahaja yang berkaitan

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    20/27

    Soalan12Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi Islam? Bincangkan sumber-sumber ekonomiIslam pada Zaman Nabi Muhammad dan Khulafa al-Rasyidin.

    Pengenalan ( 3 Markah )- Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang

    selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan,penggunaan atau

    pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani danjasmani bagi mendapat keredahan Allah

    - Asas ekonomi Islam berkait dan terangkum dalam:a. Allah sebagai pencipta dan penguasa ke atas segala makhluknya.b. Manusia sebagai hamba yang menerima, mematuhi perintah dan menikmati anugerah Maha

    Pencipta.c. Kekayaan alam yang mesti dimanafaatkan oleh manusia menurut hukum dan peraturan Allah.Sistem kewangan Islam ialah Baitulmal iaitu sebuah dewan tertinggi yang bertanggungjawab dalammasalah kewangan negara. Sama dengan Kementerian Kewangan sekarang.

    Isi-isi Penting ( 20 Markah )1. Al-Kharaj-

    i. bermaksud cukai yang dikenakan kepada orang-orang kafir keranamengusahakan tanah yang dikuasai oleh orang-orang Islam daripada hasilpeperangan.

    ii.Gabenor daerah adalah bertanggungjawab memungut cukai-cukai tersebutkemudahan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara.

    iii.-Ada tiga jenis tanah yang tidak dikenakan cukai kharaj, tetapi dikenakanbayaran Usyur iaitu hasil perusahaan dengan membayar 10% daripadahasilnya kepada kerajaan, iaitu.

    a. Tanah yang dikuasai oleh Islam dan diberi kepada tentera yangberperang.b. Tanah yang diusahakan sendiri oleh anak negeri.c. Tanah yang dikuasai dengan cara peperangan dan orang-orang Islam

    sendiri yang mengerjakannya.iv.Tiga cara kutipan yang dilakukan.

    a. Cara Iltizam iaitu bayaran secara pajak tahunanb. Cara Muqasamah,iaitu membayar dengan hasil tanaman yang

    ditanam sendiri.c. Cara Muhasabah,iaitu kiraan menurut kadar luas tanah yang

    diusahakan dan hasil yang diperolehi.

    2. Zakat

    - Pada bahasa bererti bersih, subur dan berkat. Zakat pada istilah berertimengeluarkan harta benda tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengansyarat-syarat tertentu

    - Zakat fitrah diwajibkan setahun sekali terhadap semua umat Islam-bulanRamadhan

    - Zakat harta diwajibkan terhadap orang yang memiliki harta benda yangmemenuhi syarat-syaratnya

    - Antara jenis harta benda yang diwajibkan zakat termasuklahi. Ternakan seperti,unta,lembu kerbau,kambing biri-biri

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    21/27

    ii. Emas dan perak yang bukan untuk perhiasan wanitaiii.Galian seperti logam, besi,timah dan petroleumiv.Harta rikaz iaitu harta yang didapati dari perut bumiv.Perniagaan,perusahaan dan perdagangan,wang simpanan,pelaburan saham dllvi.Biji-bijian dan buah-buahan seperti tamar,padi gandum dll.

    3. Jizyah

    - Merupakan cukai tahunan yang dipungut dari rakyat yang bukan Islam.Jizyah itudikenakan ke atas orang-orang dewasa lelaki sahaja.orang-orang sakit,orang tuadan paderi-paderi adalah dikecualikan daripada membayar jizyah

    - Kadar dipungut.48 dinar setahun bagi orang kaya24 dinar setahun bagi orang sederhana12 dinar setahun bagi orang biasa

    - Tujuan dikenakan jizyah ialah untuk memberi peringatan di antara orang-orangIslam dengan yang bukan Islam supaya mereka sama-sama menikmati faedahdaripada negara.Orang-orang Islam dikenakan zakat, maka orang kafir dikenakan

    jizyah

    4. Al-Ghanimah.Ghanimah ialah harta-harta rampasan perang dengan orang-orang kafir termasuk orang-orangtawanan dan sebagainya.-Harta tersebut dibahagikan kepada

    -1/4 daripadanya dibahagikan kepada tentera-tentera yang berjuang.-1/5 lagi diperuntukkan kepada;-Rasulullah dan keluarganya-Anak-anak Yatim-Orang-orang miskin-Orang-orang dalam musafir.

    -Selepas wafat Rasulullah, 1/5 peruntukannya dimasukkan dalam baitulmal.

    5. FiqFiq ialah harta yang didapati daripada orang-orang kafir,tidak melalui peperangan dan harta inidibahagikan kepada 6 bahagian.

    i. Untuk baitulmalii.Untuk kerabat Rasulullahiii.Untuk anak Yatimiv.Untuk Orang miskinv.Untuk orang musafir danvi.Untuk Rasulullah dan selepas wafatnya dimasukkan ke dalam baitulmal.

    Harta Ghanimah dan Fiq bukanlah sumber tetap tetapi kewangan negara, kerana iabergantung kepada peperangan yang dimenangi oleh orang-orang Islam.

    Penutup ( 1 Markah )Allah telah menyediakan sumber kekayaan untuk manusia memenafaat harta-harta tersebut ke jalanyang diredahi oleh Allah.

    Soalan 13Bincangkan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan diMadinah.

    Pendahuluan[3 Markah]

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    22/27

    Pendidikan Islam bermula ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pada tahun610M dengan turunnya surah al-Alaq, ayat 1. Ayat ini, selain menandakan kelahiran Islam, turutmemberi penekanan kepada kewajipan umatnya untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina atauketurunan. Menurut Iman al-Ghazali, terdapat 1404 ayat atau 25 peratus daripada keseluruhan ayatal-Quran yang menyentuh tentang pendidikan. Secara keseluruhannya sistem pendidikan padazaman Baginda berfokuskan kepada tiga perkara, iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak danpendidikan syariah.

    Isi-isi Penting[20 Markah]

    A. Pendidikan Islam di Makkah[10 Markah]1. Pada peringkat awal, bentuk pendidikan secara sulit. Tumpuan Nabi kepada keluarga

    terdekat. Hasil pendidikan tersebut tokoh-tokoh besar seperti Khadijah, Ali bin Abi Talib,Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam.

    2. Pendidikan secara lembut dan berhikmah. Hasilnya hari demi hari semakin ramaimemeluk Islam. Antaranya Uthman bin Affan, Zubayr al-Awwan, Abdul Rahman bin Aufdan Talhah bin Ubaidullah.

    3. Rumah al-Arqam sebagai pusat penyebaran Islam. Pusat kegiatan dakwah bermula dirumah Nabi Muhammad s.a.w sendiri kemudian beralih ke rumah al-Arqam yang terletakdi Bukit Safa. Di sinilah Baginda bermesyuarat serta berbincang untuk mengatur segara

    strategi dakwah. Rumah al-Arqam dianggap sebagai tempat pendidikan Islam yangpertama.

    4. Wahyu meminta Rasulullah s.w.t menyampaikan dakwah secara terang-terangan.Setelah berdakwah selama 3 tahun secara sulit, Allah S.W.T memerintahkan NabiMuhammad s.a.w menyampaikan dakwah secara terbuka. Baginda mengumpulkanorang ramai di Bukit Safa, termasuk Abu Lahap. Ucapan Baginda yang menyeru kepadaIslam telah dibantah keras oleh Abu Lahap. Kaum musyirkin Quraisy telah memujuk AbuTalib mempengaruhi Baginda. Namun Abu Talib tetap mempertahankan anaksaudaranya itu walaupun dia tidak memeluk Islam.

    5. Baginda menyampaikan pendidikan secara berpidato, berceramah serta bertabligh.Tumpuan Baginda ialah tempat ramai orang berkumpul terutamanya di Pekan Ukaz danberhampiran Kaabah pada musim haji. Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat-ayat al-

    Quran yang memberi pengajaran dan petunjuk kepada orang ramai. Memandangkansemakin ramai yang memeluk Islam, maka kaum Quraisy meningkatkan ancamandengan menggunakan kekerasan. Hal ini membawa kepada penghijrahan umat Islam keHabsyah dan Madinah pada 622M.

    6. Intipati Pendidikan di Makkah.Akidah Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan Tuhanatau dikenali sebagai Rukum Iman. Umat Islam diwajibkan beriman kepada Allah SWT,malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qadak dan qadar.Akhlak- Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kaum Muslim agar berakhlak mulia.Akhlak yang terpuji membentuk kaum Muslimin yang bertakwa. Umat Islam perlu bersikatsederhana, tolong-menolong dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. Sikapburuk seperti menyekutukan Allah S.W.T dan menipu dilarang oleh Islam kerana

    memberi kesan buruk kepada masyarakat.

    B. Pendidikan Islam di Madinah[10 Markah]1. Terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Apabila Nabi Muhammad

    s.a.w. tiba di Madinah pada 622M, Baginda membina Masjid Quba danMasjid Nabawi. Masjid tersebut menjadi sekolah pertama dalam sejarahpendidikan Islam. Struktur pengajiannya lebih berbentuk ttidak formal.Struktur pengajian lebih sistematik dan formal dapat dibentuk apabilasebuah serambi (al-suffah) didirikan bersambungan dengan masjid. Al-Quran menjadi kitab pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Matapelajaran lain yang diajar kemudiannya seperti seni khat, sejarah,

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    23/27

    menunggang kuda, memanah dan bahasa asing.2. Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan setiap mukmin yang pandai

    membaca dan menulis agar mengajar orang yang tidak mengetahuinya.Baginda juga memilih pendakwah daripada kalangan yang pandaimembaca dan menulis sahaja untuk di hantar ke daerah baru memelukIslam. Contohnya, apabila Kota Makkah di tawan, Baginda menghantarMuaz bin Jabal untuk mengajar orang yang baru memeluk Islam diYaman.

    3. Dalam usaha memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisapermusuhan, konseppendidikan di Madinah menumpukan kepada aspek:

    Konsep IbadatUmat Islam diwajibkan mendirikan solat Jumaat, disunatkan solat Hari Raya Aidil Fitridan Hari Raya Haji. Umat Islam juga perlu menjaga waktu solat. Pendidikan berpuasadimulakan pada Ramadhan 2 hijrah. Ibadat Haji, kewajiban zakat, hukum perkahwinan,kegiatan ekonomi dan pemerintah bermula pada 6 Hijrah,Pendidikan AkhlakLanjutan daripada pendidikan di Makkah lagi. Hanya zaman Madinah diperincikan lagi.Antara yang diajar pada zaman Madinah ialah seperti adab masuk ke rumah jiran, adabberjiran dan adab bergaul dengan masyarakat. Cara Nabi Muhammad s.a.w mengajarpendidikan akhlak dengan membaca kisah-kisah daripada al-Quran dan kisah-kisah

    umat zaman dahulu supaya diambil pengajaran daripada sesuatu kisah. Baginda jugamenunjukkan contoh teladan yang baik.

    4. Pendidikan Membaca dan Menulisi. Di Madinah , mereka yang pandai membaca dan menulis dikehendaki menulis al

    Quran yang diwahyukan. Mereka di minta mengajar umat Islam yang tidak tahumembaca dan menulis. Tawanan perang Badar di minta menebus dirinya denganmengajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang tinggal diMadinah. Umat Islam juga digalakkan mempelajari bahasa asing.

    ii. Pendidikan untuk kaum wanita juga tidak di abaikan. Nabi Muhammad mengambilsatu hari khusus untuk menyampaikan ilmu kepada kaum wanita. Mereka diajarhal-hal keagamaan dan keduniaan

    Kesimpulan[2Markah]Sistem pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w merupakan sistem pendidikan paling sempurna.Sistem pendidikan ini boleh menjadi model dan ikut hingga ke akhir zaman. Pendidikanbersumberkan al-Quran dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupandunia dan akhirat. Umat Islam pada zaman Baginda sudah terbukti kehebatan mereka dalam semuaaspek kehidupan hasil pendidikan yang diterima daripada Baginda.

    Soalan 14Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka danterkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut.

    Pendahuluan ( 3 M )Perkembangan Intelektual Islam serentak dengan Islam dibawa oleh Nabi Muhammad (saw).Kelahiran Intelektual Islam tidak berlaku Zaman Nabi Muhammad (saw) dan Khulafa al-Rasyidinkerana sibuk dengan perkembangan Islam.Kelahiran dengan jelas zaman Bani Abbasiyah yangberpusat di Baghdad. Sumbangan dan peranan intelektual Islam dijadikan asas dan panduankepada perkembangan intelektual berikutnya. Contohnya Ibn Khaldun 1321-1406 M ( 732-808 H )dan Ibn Taymiyah 1263 1328 M ( 661 728 H )

    Isi-isi PentingA. Sumbangan dan Peranan Ibn Khaldun ( 10 Markah )

    1. Nama Abu al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun ai-Hadrami dilahir di

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    24/27

    Tunis pada 1321 M ( 732 H ). Berasal dari Hadramaut pindah ke Seville( Sepanyol ) dan menetap di Tunis. P.K.Hitti ( ( History of Arabs ) - sarjanaIslam yang terkenal dalam sejarah,sosiologi,politik,falsafah dan agama danpernah dilantik sebagai Ahli Persuratan Istana Fas. Perdana menteri diBouqie,kadi dan khatib serta hakim mahkamah tinggi Mesir.

    2. Tonybee ( A Study of History ) tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingandan menghasilkan falsafah sejarah yang memberi sumbangan besarkepada dunia. R.Nicholson ( Literary History of The Arabs) tiada seorang

    muslimin yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebabperistiwa yang berlaku bagi mendedah kuasa-kuasa moral dan spirtual yangmendasari pembukaannya atau untuk mentakdiskan undang-undangmengenai jatuh bangun sesuatu bangsa.

    3. Muqaddimah, al-Ibar wa Diwan al-Mutabtaadawa al-Khabar fi Ayyamal-Rabwa al-Ajam wa al-barbarantara karya Ibn Khaldun. B.Lewis ( Originsof Islamilism ) Ensoklopedia sintesis mengenai metodologi sainskebudayaan yang penting dan membantu ahli sejarah menghasilkan kajianyang benar dan ilmiah.Karyanya menjadi bahan kajian kerana pendekatanyang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal dan terperinci. IbnKhaldun menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedahsosiologi.pada dasarnya manusia menentukan sejarahnya kecuali apabila

    manusia melanggar hukum Tuhan.

    B. Peranan dan Sumbangan Ibn Taymiyah ( 10 Markah )1. Nama Taqi al-Din bin Taymiyah dilahirkan di Harran.Syria pada 263 M ( 661

    H). Mendapat didikan keagamaan dari bapanya dan menyambungkanpelajaran ke Damsyik.Ibn Taymiyah penghafal Al-Quran. Al-Dhahbi dan IbnWardi menyatakan Ibn Taymiyah telah mempelajari pelbagai ilmu. SarjanaIslam yang terkenal dalam ilmu tafsir,hadis,tauhid,fikah,usul fiqh,tarikh,ilmukalam,nahu saraf,balaghah,matematik,logik, falsafah dan seni khat.

    2. Peranan dan sumbangan menghasilkan tulisan melebihi 300 buah buku.al-Dhahabi dan Ibn Wardi menyatakan tulisannya melebihi 500 buahbuku.P.K.Hitti ( History of Arabs )- adalah bapa reformasi Islam dengan

    melakukan reformasi tentang akidah dan membenteraskan unsur-unsursyirik dan bidaah.Contohnya melakukan tajdid akidah tauhid danmembenteras akidah syirik dan budaya bertentangan dengan konsepIslam,mengkritik falsafah,mantik dan psikologi Yunani,membalas hujah-hujah puak penyeleweng Islam, mengkritik Syiah dan memperbaharui ilmusyariat.

    3. Idea dan pemikirannya telah mempengaruhi reformis lain seperti IbnQayyim, Muhammad Abdul Wahab,Muhammad Rashid Ridha, MuhammadAbdu,Hassan al-Bana dan Tokoh-tokoh reformis lain seperti di TanahMelayu,Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Peniup jihadkepada umat Islam Syam menentang penjajahan.Contohnya pada tahun1301 M ( 699H ) dan 1302 M ( 700 H ) menentang penjajah Monggol.

    Kesimpulan ( 2 Markah )-Walaupun Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah berlainan konsep dan pembawaan dalam perkembanganilmu pengetahuan dan intelektual Islam, mereka adalah sarjana Islam yang memainkan perananpenting.Peranan-peranan dan sumbangan-sumbangan mereka dijadikan asas dan panduan sertasusun galur kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual Islam.- ( Apa-apa sahaja yang berkaitan dan mempunyai hubung kait dengan persoalan dalam soalan ).

    Soalan 15Bincangkan konsep penjelajahan dan penerokaan dari perspektif Islam. Berdasarkancontoh-contoh yang sesuai. Jelaskan tujuan-tujuan penjelajahan dan penerokaan tersebut.

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    25/27

    Pendahuluan (3 markah)

    Penjelajahan dan penerokaan amat penting daripada perspektif Islam.Kamus Dewan :

    Penjelajahan bererti perihal menjelajah, mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempatuntuk tujuan menyelidik.

    Penerokaan bererti perihal perbuatab, usaha dan sebagainya untuk mengetahui sesuatu.

    Al-Quran Surah al-Mukmin Apakah mereka tidak mengembara di muka bumi dan memerhatikan

    kesudahan orang sebelum mereka?

    Surah al-Haj Apakah mereka tidak mengembara di muka bumi

    Isi-isi Penting (mana-mana 7 isi X 3 = 21 markah)

    1. Aspek PolitikDengan adanya kuasa politik menyebabkan umat Islam disegani oleh pihak lawan. Bagimemperkukuhkan politik Islam banyak penerokaan ke kawasan-kawasan baharu dibuat olehpemerintah Islam. Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, seluruh Afrika Utaraserta sebahagian besar Semenanjung Iberia (Andalus) telah dikuasai oleh orang Islam.

    2. Aspek EkonomiSemasa pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik, pedagang Islam berkesempatanmenjalankan perdagangan sehingga ke Negara China serta ke lain-lain daerah selatan.Barangan yang diperdagangkan ialah sutera, pinggan mangkuk dan kertas dari NegaraChina, dan permaidani, kain, batu permata dari Parsi, Mesir dan Iraq serta lain-lain daerah.

    3. Aspek KebudayaanPenerokaan dan penjelajahan menyebabkan umat Islam menjadi berbilang bangsa.Kebudayaan yang terdapat di kalangan negeri-negeri Islam yang berbilang bangsa itumenjadikan kebudayaan Islam lebih kaya. Kebudayaan ini sedikit sebanyak pengaruhmempengaruhi antara satu sama lain.

    4. PengislamanRamai pendakwah Islam menjelajah dan meneroka ke seluruh dunia bagi memperkenalkan

    dan menyeru umat manusia memeluk agama Islam. Antara pendakwah yang sampai keAlam Melayu, Syeikh Ismail di Pasai, Syeikh Abdul Arif di utara Sumatera (Hikayat Acheh),Syeikh Burhanuddin dan Sayid Abu Bakar di Sulu, Maulana Malik Ibrahim di Gresik, Jawadan Syeikh Abdul Aziz di Melaka.

    5. PengintelektualanIslam memerintahkan umatnya mencari ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dalammenjalankan kegiatan penjelajahan dan penerokaan, umat Islam telah dapat mencedokbanyak ilmu pengetahuan sama ada daripada tamadun sebelumnya ataupun daripadapemerhatian alam ini. Antara ilmu tersebut ialah seperti ilmu astronomi, geografi, perubatandan lain-lain.

    6. Ilmu AstronomiPada peringkat awal, orang Islam mempelajari dan menterjemahkan ilmu dan karya

    astronomi yang dihasilkan oleh orang Parsi. Sebuah buku astronomi yang dihasilkan padatahun 555M, iaitu Zij-I Syahi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Abu Hassan al-Tamimi dan tafsirannya dibuat oleh Abu Mashar.Astronomi Islam juga dipelajari disebabkan penjelajahan dan penerokaan ke India. Zij karyaal-Farazi telah diterbitkan dan kandungan buku ini dikatakan berasaskan kandungan bukuSiddhanta Brahmagupta. Yaqub ibn Tariq, turut membawa pengaruh astronomi India kedalam ilmu falak Islam.

    7. Ilmu GeografiUmat Islam pada peringkat awal sejarahnya tidak mempunyai maklumat yang banyakberkenaan geografi. Selepas wilayah orang Islam menjadi luas mereka menterjemah buku-buku purba daripada tamadun Yunani, Parsi, Mesir, India dan lain-lain. Umat Islam juga

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    26/27

    tahu kawasan-kawasan selatan dan timur Asia dan utara Afrika hingga ke zon tropika. UmatIslam juga telah mencatatkan secara terperinci berkenaan kawasan di sebelah utara Koreahingga Laut yang Gelap (The Arctic Ocean).

    8. Ilmu PerubatanIlmu perubatan Islam bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661-72M).Kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750-1258M). Pada kedua-dua zaman ini, banyak berlaku penjelajahan dan penerokaan. Olehitu, banyak ilmu perubatan umat Islam telah ditimba terutamanya daripada sumber asing,

    khususnya daripada orang Parsi, Kristian dan Yahudi, Yunani, India dan Mesir. Ilmuperubatan Islam lahir sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, tradisiHippokrates dan Galen.

    Kesimpulan ( 1 markah )Dapat disimpulkan bahawa penjelajahan dan penerokaan amat penting daripada perspektif Islam.

    Soalan 16Seni bina Islam berkembang sejak Zaman Nabi Muhammad (saw) sehingga kini. Berdasarkankenyataan tersebut, jelaskan perkembangan seni bina Islam di Alam Melayu.

    Pendahuluan ( 3 Markah )Abdul Manan Haji Yahya ( Bentuk Seni Bina Islam ): ialah keindahan yang dicetuskan darikemahiran dalam binaan dan pertukangan merangkumi reka bentuk daripada kayu, batu dansebagainya.Ibn Khaldun: Satu ciri ketamadunan, lambang dan mercu tanda kegemilangan sesuatubangsa atau negara. Seni bina Alam Melayu dipengaruhi oleh Hindu-buddha. Seni bina Islambertapak serentak dengan Islam pada abad ke-10 M. Selain itu dipengaruhi oleh unsur India danChina.

    Isi-isi Penting ( 20 Markah )

    1. MasjidSeni bina Islam paling jelas pada masjid yang dibina bersama perkembangan Islam sekitarabad ke-15 M dan 16 M bersesuaian dengan iklim tempatan daripadakayu berbumbung yangbertingkat. Apabila Barat datang ke Alam Melayu,pembinaan masjid menggunakan konkrit(simen )Seni bina masjid di pengaruhi oleh seni bina Arab,Turki,Iran dan India berkubah berbentuklabu. Contohnya Masjid Tuban dan Masjid Raya Acheh.Selain itu dipengaruhi oleh seni binaChina, rabung bergelombang.Contoh,Masjid Lama Melaka.Ciri-ciri Masjid ialah bumbungberbentuk atap tumpang,bumbung berbentuk bumbung rumah kampung,bumbung berbentukpayung. Contoh bentuk payung Masjid Negara Malaysia.

    2. RumahPembinaan rumah dipengaruhi oleh agama,sosial dan iklim. Rumah Melayu Melaka rumahberbumbung tinggi dengan ruang tamu, dapur dan serambi yang tertutup dan berdinding.Rumah panjang berbumbung tinggi mencuram ke atas yang diperbuat dari daun nipa ataugenting. Contohnya Rumah Bumbung Panjang Melaka.Rumah Tiang Dua Belas mempunyaitiang dua belas, rumah tradisi masyarakat Melayu dengan pintu, tingkap dan dinding rumahdiukir dengan pelbagai ukiran seperti bunga-bungaan dan dedaun.Rumah Perabung Lima pengaruh Belanda, perabung menjadi bumbung utama kepadaserambi. Contohnya rumah-rumah di Jawa dan Patani ( Selatan Negeri Thai ).Rumah Limasberbentuk kecil dan rendah, tidak mempunyai pangkal serambi dan biasanya dimiliki olehgolongan kaya.Rumah Rabung Perak, Rumah Limas yang diubah suai, mempunyai dua

  • 8/9/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Sejarah Kertas 1

    27/27

    bumbung selari memanjang dengan bukaan atap kecil pada hujung bumbung tersebut. RumahMinangkabau berbumbung menyerupai tanduk kerbau.Contohnya di Negeri Sembilan danRumah Bujang, kecil dan mempunyai enam tiang, empat tingkap dan dua pintu. Contohnya diTerangganu.

    3. Pintu GerbangBerfungsi pintu masuk ke sesebuah bangunan tujuan mempercantik dan memperindahbangunan seperti istana, masjid dan bandar ( kota ). Contoh Masjid Tengkera di Melaka dan

    Masjid Menara Kudus di Jawa. Kebanyakan dibina mengguna kayu atau buluh dan dihiasidengan kain berwarna -warni.

    4. Kota dan KubuKota berfungsi menjaga keselamatan raja dan keluarga.Kota mempunyai benteng pertahananyang kukuh dan dilengkapi dengan pengawal-pengawal bersenjata. Contohnya Kota KualaLumpur, Kota Melawati dan Kota Kuala Kedah di Malaysia ( telah runtuh, sekarang hanyaterdapat kesan-kesannya sahaja ). Kubu berfungsi benteng dan pusat pertahanan seranganmusuh.

    5. Pusara / MakamFungsi tanda ingatan seseorang yang mati.Sejarah bermula sejak penemuan batu-batu nisan

    pusara. Pusara yang besar dan indah milik raja, keluarga dan pembesar serta hartawan.Bumbung Pusara dihias dengan seni bina Melayu berunsur keagamaan seperti ukiran ayat-ayat Al-Quran. Contoh pusara di Malaysia ialah Makam Diraja Johor, di Jawa makam WaliSogo dan makam Sunan Kalijang.

    6. Rumah Wakaf Rumah kecil berfungsi tempat berehat yang lazimnya dibina di istana-istana, tanah perkuburandan di tengah perjalanan. Bangunan ini dihiasi dengan ukiran pada tiang dan kisi-kisinya.Rumah wakaf masih terdapat pada masa sekarang.

    Kesimpulan ( 2 Markah )Oleh kerana Hindu-Buddha lebih awal bertapak, pengaruh tersebut diasimilasikan dengan pengaruh

    Islam dalam seni bina Alam Melayu. Selain itu pengaruh India dan China, kedatangan Barat(Eropah) pada awal abad ke-17M telah mempengaruhi seni bina Hindu-Buddha, Islam dan Barat.( Apa-apa sahaja yang berkaitan dan mempunyai hubung kait dengan persoalan dalam soalan ).