kertas kerja (ukm) 2008

24
ANALISIS RESPON PENAWARAN GETAH ASLI DI KALANGAN PEKEBUN KECIL DI SABAH. Jim Jipun* Remali Yusoff** Dullah Mulok*** ABSTRAK Kajian ini mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Justeru itu, sebuah struktur model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil getah di sabah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Struktur model berkenaan mengandungi tiga persamaan gelagat. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi keluasan kawasan getah getah ialah harga getah tertangguh tiga tahun, perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Keluasan kawasan getah matang dipengaruhi oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. Pengeluaran getah asli dipengaruhi oleh pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang, harga getah dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi. Implikasi daripada kajian didapati bahawa memastikan harga getah yang baik, meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah, penanaman getah secara berskala besar dan penggunaan teknologi pertanian adalah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan perkembangan industri getah asli di Sabah. Di samping itu penilaian model juga dilakukan untuk menilai kesesuaian model tersebut antara yang sebenar dengan yang dianggar. Kata Kunci: (Keluasan Kawasan Baru, Keluasan Kawasan Matang, Pengeluaran, Keanjalan harga dan Keanjalan Harga Silang). * Jim Jipun ialah Pegawai Penyelidik di Unit Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, Kumpulan Yayasan Sabah dan Pelajar Sarjana Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. ** Remali Yusoff ialah Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. 1

Upload: ah-che

Post on 28-Jun-2015

959 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja (UKM) 2008

ANALISIS RESPON PENAWARAN GETAH ASLI DI KALANGAN PEKEBUN KECIL DI SABAH.

Jim Jipun*Remali Yusoff**Dullah Mulok***

ABSTRAK

Kajian ini mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Justeru itu, sebuah struktur model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil getah di sabah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Struktur model berkenaan mengandungi tiga persamaan gelagat. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi keluasan kawasan getah getah ialah harga getah tertangguh tiga tahun, perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Keluasan kawasan getah matang dipengaruhi oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. Pengeluaran getah asli dipengaruhi oleh pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang, harga getah dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi. Implikasi daripada kajian didapati bahawa memastikan harga getah yang baik, meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah, penanaman getah secara berskala besar dan penggunaan teknologi pertanian adalah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan perkembangan industri getah asli di Sabah. Di samping itu penilaian model juga dilakukan untuk menilai kesesuaian model tersebut antara yang sebenar dengan yang dianggar.

Kata Kunci: (Keluasan Kawasan Baru, Keluasan Kawasan Matang, Pengeluaran, Keanjalan harga dan Keanjalan Harga Silang).

* Jim Jipun ialah Pegawai Penyelidik di Unit Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, Kumpulan Yayasan Sabah dan Pelajar Sarjana Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah.** Remali Yusoff ialah Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. ***Dullah Mulok ialah Pensyarah Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah.

PENGENALAN

Industri sektor pekebun kecil getah merupakan salah satu kegiatan pertanian yang paling popular dan dinamik di negeri Sabah. Walaupun komoditi getah kurang menguntungkan berbanding komoditi lain seperti kelapa sawit, koko dan kopi tetapi komoditi getah merupakan tanaman yang paling menguntungkan dan mudah dilaksanakan di kalangan pekebun kecil. Ini kerana kos bagi penanaman getah adalah rendah berbanding komoditi komersial lain. Pada tahun 2004, sumbangannya kepada eksport negeri ialah RM188,693,193. Keluaran getah yang dieksport adalah terdiri daripada getah piawaian Malaysia (SMR) dan getah Speciality (Lembaga Industri Getah Sabah, 2004).

1

Page 2: Kertas Kerja (UKM) 2008

Keluaran ini kemudiannya dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk kerja pemprosesan seterusnya. Pemprosesan lanjut ini akan mengeluarkan keluaran atau barangan yang bermutu tinggi. Walau bagaimanapun pada masa ini penanaman getah hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja (The Institute for Development Studies, Sabah (IDS), 1999).

Begitu juga dengan prospek pada masa hadapan, penanaman getah lebih ditumpukan kepada sektor pekebun kecil kerana sektor estet kurang/tidak lagi berminat untuk penanaman getah yang tidak menguntungkan bagi mereka (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005c). Pada masa ini, kerajaan juga menggalakan penghasilan getah untuk keluaran kayu getah. Kerajaan mempromosikan keluaran perabot kayu getah yang kini kepentingannya telah meningkat di pasaran dunia (The Institute for Development Studies, Sabah (IDS), 1999).

Sejak dari awal pembangunan iaitu sekitar 1940an, sektor pekebun kecil getah (SPKG) di Sabah telah mengalami berbagai-bagai perubahan. Pada tahun 2005 terdapat seluas 15,161 hektar permohonan untuk penanaman getah yang diterima daripada para pekebun kecil tetapi hanya seluas 4,053 hektar yang dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukkan kewangan (peruntukkan kewangan terhad) dan seluas 11,108 hektar lagi baki kawasan yang masih belum ditanam dan berpotensi untuk tanaman getah. (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b).

Menurut statistik keluasan kawasan getah matang negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), keluasan kawasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah didapati telah berkembang daripada hanya seluas 53,250 hektar pada tahun 1985 kepada 64,972 hektar pada tahun 1995 dan seterusnya kepada 69,937 hektar pada tahun 2002. Tetapi keluasan kawasan getah matang ini telah jatuh dengan mendadak pada tahun 2003 iaitu menurun kepada 45,435 hektar dan meningkat kembali kepada 52,250.47 hektar pada tahun 2004 (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b).

Selain itu, pengeluaran yang tidak konsisten dan mengalami kekurangan pembekalan getah asli menyebabkan agensi-agensi berkaitan sukar untuk menyalurkan teknologi-teknologi baru untuk meningkatkan pengeluaran, mereka menghadapi risiko yang tinggi dalam menyalurkan sesuatu teknologi baru (khususnya teknologi pemprosesan hasil) dengan tiada pengeluaran yang konsisten. Namun, menurut statistik pengeluaran getah asli negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), jumlah pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil telah mengalami peningkatan yang agak memberangsangkan pada tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu masing-masing mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 31,463 tan metrik, 46,834 tan metrik dan 68,263 tan metrik berbanding jumlah pengeluaran pada tahun 2001 (kejatuhan yang mendadak dalam pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil) yang hanya mencatatkan sebanyak 27,564 tan metrik (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b).

Kepentingan sumbangan sektor pekebun kecil getah (SPKG) dalam keutuhan ekonomi negeri Sabah memang tidak dapat disangsikan lagi. SPKG telah menyumbangkan sebanyak 95 peratus dari jumlah pengeluaran getah asli negeri Sabah dalam tahun 2003 (Lembaga Industri Getah Sabah, 2003) dengan keluasan 57,756.34 hektar (termasuk getah belum matang) berbanding sektor estet dan ladang swasta, masing-masing hanya seluas 5,953.73 hektar dan 177.25 hektar (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b). Oleh itu, memandangkan SPKG merupakan salah satu komponen penting dalam sektor pertanian iaitu sebagai penyumbang utama kepada industri getah negeri Sabah. Maka terdapat keperluan untuk mengenal pasti variabel-variabel yang berpengaruh supaya langkah-langkah yang wajar dapat dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam sektor ini.

Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Model ini dibentuk untuk menganalisis faktor-faktor utama yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil dengan harapan model ini dapat digunakan untuk menganalisis permasalahan industri sektor pekebun kecil getah ini.

2

Page 3: Kertas Kerja (UKM) 2008

KERANGKA MODEL

Persamaan model respon penawaran getah asli bagi kajian ini pada dasarnya berdasarkan kepada model respon penawaran getah asli yang dibina oleh Mohammad Alias (1985, 1987). Model Mohammad Alias (1985, 1987) mengandungi tiga persamaan iaitu persamaan yang menentukan stok pohon ditanam (kawasan baru), keluasan cukup umur (matang) dan Output (pengeluaran). Ketiga-tiga persamaan model Mohammad Alias (1985, 1987) dapat diringkaskan seperti berikut:

It = ƒ (NRPt , OPt , ut) (1) At = ƒ (At-1 , NPt-i , RPt-i , Lt , ut) (2)Qt = ƒ (Qt-1 , NRPt-1 , OPt-1 , TIME , ut) (3) Di mana,It = Stok pohon ditanam pada masa t.At = Keluasan getah cukup umur (matang) di awal tempoh;Qt = Output getah asli pada masa t.NRPt = Harga getah pada masa t.OPt

= Harga komoditi pengganti pada masa t.NPt-i = Jumlah keluasan tanaman baru yang masih hidup yang dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t;RPt-i = Jumlah keluasan ditanam semula yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan hasil pada masa t;Lt = Pengurangan bersih dalam keluasan getah disebabkan oleh kawasan yang ditinggalkan atau ditanam dengan tanaman lain.NRPt-i = Harga getah pada masa t-i lalu.OPt-i = Harga komoditi pengganti pada masa t-i lalu.TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi.ut = Variabel rawak.

KELUASAN KAWASAN BARU GETAH

Spesifikasi model keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah adalah berdasarkan kepada model yang dibina oleh Mohammad Alias (1987). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958), Wickens & Greenfield (1973) dan Mohammad Alias (1985a, 1985b). Model keluasan kawasan baru yang dibina oleh Mohammad Alias (1987) dapat diringkaskan seperti berikut:

It = ƒ (NRPt, OPt, ut) (4)

Di mana,It = Keluasan kawasan baru/stok pohon ditanam pada masa t.NRPt = Harga getah pada masa t.OPt

= Harga komoditi pengganti pada masa t.ut = Variabel rawak.

Persamaan (4) adalah persamaan keluasan kawasan baru getah. Sub model ini adalah berfungsi kepada variabel harga getah itu sendiri dan variabel eksogen/penerang yang lain.

3

Page 4: Kertas Kerja (UKM) 2008

Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibina oleh Mohammad Alias (1985, 1987), maka model keluasan kawasan baru getah bagi kajian ini adalah seperti berikut:

NEWAREAt = ƒ (PRubt, POilt, INVt, LABOURt, ut) (5) Di mana,NEWAREAt = Keluasan kawasan baru getah pada masa t.PRubt-3 = Harga getah tertangguh tiga tahun.POilt-3 = Harga kelapa sawit tertangguh tiga tahun.INVt-3 = Perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun.LABOURt-3 = Bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun.ut = Variabel rawak.

Secara ringkas, keluasan kawasan baru getah dijangka dipengaruhi oleh harga getah itu sendiri. Kelapa sawit diandaikan pengganti bagi getah dalam persaingan penggunaan tanah serta keanjalan harga silang adalah dijangka positif. Seterusnya, keluasan kawasan baru getah juga dijangka meningkat dengan pertambahan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah. Selain itu, keluasan kawasan baru getah juga dijangka dipengaruhi oleh bilangan buruh/pekebun kecil. Kesemua variabel penerang ini ditangguhkan sebanyak tiga tahun.

Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran, persamaan (5) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Persamaan tersebut adalah seperti berikut:

Ln NEWAREAt = 0 + 1 Ln PRubt-3 + 2 Ln POilt-3 + 3 Ln INVt-3

+ 4 Ln LABOURt-3 + ut (6)

Di mana,NEWAREAt = Permintaan penanaman getah pada masa t.PRubt-3 = Harga getah tertangguh tiga tahun.POilt-3 = Harga kelapa sawit tertangguh tiga tahun. INVt-3 = Perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun.LABOURt-3 = Bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun.0 = Pintasan regresi.1, 2, 3 & 4 = Parameter dianggar.ut = Variabel rawak.

KELUASAN KAWASAN GETAH MATANG

Spesifikasi model keluasan kawasan getah matang dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada model yang dibina oleh Mohammad Alias (1985, 1987). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958), Wickens & Greenfield (1973), Mohammad Alias (1985a, 1985b). Model keluasan kawasan matang yang dibina oleh Mohammad Alias (1987) dapat diringkaskan seperti berikut:

At = ƒ (At-1 , NPt-i , RPt-i , Lt , ut) (7)

4

Page 5: Kertas Kerja (UKM) 2008

Di mana,At-1 = Keluasan getah cukup umur (matang) di awal tempoh;NPt-i = Jumlah keluasan tanaman baru yang masih hidup yang dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t;RPt-i = Jumlah keluasan ditanam semula yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan hasil pada masa t;Lt = Pengurangan bersih dalam keluasan getah disebabkan oleh kawasan yang ditinggalkan atau ditanam dengan tanaman lain.ut = Variabel rawak.

Persamaan (7) adalah keluasan kawasan getah cukup umur/matang yang berfungsi terhadap jumlah keluasan tanaman baru getah yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t, jumlah keluasan tanaman semula getah yang masih hidup dilaksanakan t-i tempoh lalu dan mengeluarkan pada masa t dan pengurangan bersih dalam keluasan getah disebabkan yang ditinggalkan atau ditanam tanaman lain.

Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibuat oleh Mohammad Alias (1985, 1987), model keluasan kawasan getah matang bagi kajian ini dapat diringkaskan seperti berikut:

MATAREAt = ƒ (MATAREAt-1 , NEWAREAt , LOSTAREAt) (8)

Di mana,MATAREAt = Keluasan getah matang pada masa t.MATAREAt-1 = Keluasan getah matang tertangguh satu tahun.NEWAREAt-1 = Jumlah keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun.LOSTAREAt = Jumlah keluasan kawasan getah getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman pada masa t.

Secara ringkas, keluasan kawasan getah matang dijangka dipengaruhi oleh jumlah keluasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. Selain itu, keluasan getah matang juga dijangka dipengaruhi jumlah keluasan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman pada masa kini.

Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran, persamaan (8) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Persamaan tersebut adalah seperti berikut:-

Ln MATAREAt = 0 + 1 Ln MATAREAt-1 + 2 Ln NEWAREAt-i + 3 Ln LOSTAREAt-i + ut (9)

Di mana,MATAREAt = Keluasan getah matang pada masa t.MATAREAt-1 = Keluasan getah matang tertangguh satu tahun.NEWAREAt-1 = Jumlah keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun.LOSTAREAt = Jumlah keluasan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman pada t.

5

Page 6: Kertas Kerja (UKM) 2008

0 = Pintasan regresi.1, 2 & 3 = Parameter dianggar.ut = Variabel rawak.

PENGELUARAN GETAH ASLI

Spesifikasi model pengeluaran getah asli dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada model yang dibina oleh Mohammad Alias (1987). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958), Wickens dan Greenfield (1973), Labys (1973, 1975), Tan (1984), Mohammad Alias (1985a, 1985b).

Ringkasnya model pengeluaran yang dibina oleh Mohammad Alias (1985, 1987) adalah seperti berikut:

Qt = ƒ (NRPt-i, OPt-i, TIME) (10)

Di mana,Qt = Pengeluaran/output getah asli pada masa t.NRPt-i = Harga getah pada masa t-i lalu.OPt-i = Harga kelapa sawit pada masa t-i lalu.TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi.ut = Variabel rawak.

Persamaan (10) merupakan persamaan pengeluaran/output getah. Sub model ini berfungsi kepada harga getah pada masa lalu, harga kelapa sawit pada masa lalu dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi.

Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibina oleh Mohammad Alias (1985, 1987), model pengeluaran getah asli bagi kajian ini dapat diringkaskan seperti berikut:

RUBSUPt = ƒ (RUBSUPt-1, Prubt, MATAREAt, TIME, ut) (11)

Di mana,RUBSUPt = Pengeluaran getah asli pada masa t.RUBSUPt-1 = Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun.PRubt = Harga getah pada masa t.MATAREAt = Keluasan kawasan getah matang pada masa t.TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi.ut = Variable rawak.

Secara ringkas, pengeluaran getah asli pada masa kini dijangka dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran getah asli pada satu tahun lepas dan keluasan kawasan getah matang. Selain itu, pengeluaran getah asli juga dijangka ditentukan oleh harga getah semasa. Seperti tanaman komoditi lain, pengeluaran getah asli juga dijangka bergantung kepada kemajuan teknologi (siri masa proksi kepada perubahan teknologi).

Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran, persamaan (11) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Persamaan tersebut adalah seperti berikut:

6

Page 7: Kertas Kerja (UKM) 2008

Ln RUBSUPt = 0 + 1 Ln RUBSUPt-1 + 2 Ln PRubt + 3 Ln MATAREAt + 4 Ln TIMEt + ut (12)

Di mana,RUBSUPt = Pengeluaran getah asli pada masa t.RUBSUPt-1 = Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun.PRubt = Harga getah pada masa t.MATAREAt = Keluasan kawasan getah matang pada masa t.TIME = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi.0 = Pintasan regresi.1, 2, 3, & 4 = Parameter dianggar.ut = Variable rawak

KEPUTUSAN EMPIRIKAL

Pemilihan variabel serta tempoh tangguhan dalam spesifikasi persamaan adalah berdasarkan kepada kombinasi antara kriterion dan variabel peramal yang paling sesuai dengan teori dan ciri-ciri statistik iaitu tanda koefisien yang betul, kesignifikanan variabel peramal, R2, dan statistik Durbin-Watson (D.W), Durbin-h & Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test. Selain itu, disebabkan model struktur yang dibentuk bersifat rekursif maka penganggaran dibuat dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log.

a. Keluasan Kawasan Baru Getah

Keputusan penganggaran bagi model persamaan keluasan kawasan baru getah adalah seperti berikut:

* * Ln NEWAREAt = 4.866 + 0.273 Ln PRUBt-3 – 1.244 Ln POilt-3

(2.158) (3.233) (0.225)

** * + 0.142 Ln INVt-3 + 0.355 Ln LABOURt-3 (13)

(1.753) (2.187)

R2 = 0.954F = 135. 334LM(3) = 0.163

Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus ** Signifikan pada aras 10 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.

7

Page 8: Kertas Kerja (UKM) 2008

Persamaan (13) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 95.4 peratus: R2 = 0.954, perubahan keluasan kawasan baru getah dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara harga getah tertangguh tiga tahun, harga kelapa sawit tertangguh tiga tahun, perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun.

Harga getah tertangguh tiga tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil. Anggaran keanjalan keluasan kawasan baru getah terhadap harga getah tertangguh tiga tahun ialah 0.27 (=0.273, p=.003). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam harga getah pada tiga tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan baru getah getah meningkat sebanyak 0.27 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil. Anggaran keanjalan keluasan kawasan baru getah tertangguh tiga tahun terhadap perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah ialah 0.14 (=0.142, p=.091). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah pada tiga tahun lepas maka keluasan kawasan baru getah akan meningkat sebanyak 0.14 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan baru getah di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun ialah 0.36 (=0.355, p=.038). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam bilangan buruh/pekebun kecil pada tiga tahun lepas maka keluasan kawasan baru getah akan meningkat sebanyak 0.36 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

b. Keluasan Kawasan Getah Matang

Keputusan penganggaran bagi model persamaan keluasan getah matang adalah seperti berikut:

* * Ln MATAREA = 0.036 + 1.014 Ln MATAREAt-1 + 0.002 Ln NEWAREAt-1 (0.023) (8.466) (2.940) - 0.026 Ln LOSTAREAt (14) (-0.723)

R2 = 0.994F = 1613.320Durbin-h = 1.332

Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.

8

Page 9: Kertas Kerja (UKM) 2008

Jadual (14) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan keluasan kawasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 99.4 peratus: R2 = 0.994, perubahan keluasan kawasan getah matang dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun, keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman.

Keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan getah matang di sektor pekebun kecil. Walau bagaimanapun, nilai anggaran keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun adalah kurang tepat/sesuai untuk menerangkan tingkat perubahan keluasan kawasan getah matang yang sebenar. Nilai keanjalan tersebut perlu diselaraskan. Anggaran keanjalan keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun setelah diselaraskan ialah 0.10 [δ = (1-1.104) = 0.104 , p=.000] daripada pengeluaran getah asli sebenar pada setiap tahun. Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan getah matang pada satu tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan getah matang meningkat sebanyak 0.10 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan getah matang di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun ialah 0.002 (=0.002, p=.006). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan baru getah pada satu tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan getah matang meningkat sebanyak 0.002 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

c. Pengeluaran Getah Asli

Keputusan penganggaran bagi model persamaan permintaan penanaman getah adalah seperti berikut:

* * * Ln RUBSUPt = - 3.083 + 0.369 Ln RUBSUPt-1 + 0.861 Ln MATAREAt (-3.923) (2.361) (5.177)

* ** + 0.049 Ln Prub t + 0.040 Ln TIME (15)

(2.026) (1.539)

R2 = 0.990F = 665.323Durbin-h = 0.201

Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus. **Signifikan pada aras 10 peratus.

9

Page 10: Kertas Kerja (UKM) 2008

Angka dalam kurungan adalah nilai t.

Jadual (15) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 99 peratus: R2 = 0.990, perubahan pengeluaran getah asli dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara jumlah pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang, harga getah (semasa) dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi.

Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil. Walau bagaimanapun, nilai anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun adalah kurang tepat/sesuai untuk menerangkan tingkat perubahan pengeluaran getah asli yang sebenar. Nilai keanjalan tersebut perlu diselaraskan. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap pengeluaran getah asli setelah diselaraskan ialah 0.63 [δ = (1-0.369) = 0.631, p=.025] daripada pengeluaran getah asli sebenar pada setiap tahun. Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam pengeluaran getah asli pada satu tahun lepas akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.63 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Harga getah (semasa) adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap harga getah ialah 0.05 (=0.049, p=.052). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam harga getah akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.05 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Keluasan kawasan getah matang adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap keluasan kawasan getah matang ialah 0.86 (=0.861, p=.000). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan getah matang akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.86 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Siri masa proksi kepada perubahan teknologi adalah signifikan pada aras 10 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan siri masa proksi kepada perubahan teknologi ialah 0.04 (=0.040, p=.136). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam teknologi akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.04 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

KEPUTUSAN SIMULASI

Simulasi boleh dilakukan untuk beberapa tujuan seperti mengesahkan sesuatu spesifikasi model, analisis dasar dan tujuan peramalan (Yusoff, A., 1996; Pindyk & Rubinfeld, 1991). Sekiranya spesifikasi model benar bermakna variabel-variabel yang digunakan dapat mewakili atau menerangkan keadaan sebenar sesuatu kajian. Oleh itu, ujian simulasi yang lain boleh dilaksanakan terhadap model tersebut. Pengesahan model ini adalah sangat penting kerana bagi model yang salah spesifikasi menyebabkan hasil penganggaran dan implikasi dasar yang dibuat tidak konsisten, tidak saksama dan pincang (Yusoff, R., 1996).

Terdapat beberapa kaedah untuk menguji ketepatan sesuatu model yang dibina tetapi kajian ini hanya menggunakan empat kaedah statistik untuk menguji ketepatan model yang dibina sebagai alat peramalan. Kaedah tersebut adalah seperti berikut:

10

Page 11: Kertas Kerja (UKM) 2008

i. The Root Mean Squared Error (RMSE).ii. The Mean Absolute Error (MAE).iii. The Mean Absolute Percentage Error (MAPE).iv. Theil’s Inequality Coefficient (U)

Bagi kaedah RMSE, MAE dan MAPE, ianya bertujuan untuk mengukur sisihan nilai dianggar dengan nilai sebenar. Sekiranya nilai yang diperoleh semakin kecil bererti semakin tepat nilai yang dianggarkan (Yusoff, R., 1996; Pindyk & Rubinfeld, 1991). Keputusan kajian berhubung dengan ujian RMSE, MAE dan MAPE adalah seperti berikut:

Jadual 1: Keputusan statistik simulasi.

Persamaan RMSE MAE MAPENEWAREA 0.050 0.039 0.419MATAREA 0.008 0.006 0.057

RUBSUP 0.021 0.015 0.150

Di mana,NEWAREA = Keluasan kawasan baru getahMATAREA = Keluasan kawasan getah matangRUBSUP = Pengeluaran getah asliRMSE = The Root Mean Squared Error.MAE = The Mean Absolute Error.MAPE = The Mean Absolute Percentage Error.

Manakala Theil’s Inequality Coefficient pula ialah mengukur ketepatan peramalan melalui perbandingan di antara nilai simulasi dengan nilai sebenar variabel endogen. Nilai U berada di antara 0 dan 1. Jika U = 0, menunjukkan keupayaan model sebagai penganggar adalah sempurna dan sebaliknya. Keupayaan peramalan dan ketepatan model sempurna bila U = 0 atau apabila nilai simulasi sama dengan nilai sebenar sepenjang tempoh kajian. Theil’s Inequality Coefficient dibahagikan kepada tiga kaedah penilaian utama yang dinamakan proportions of inequality seperti berikut:

UM = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh kepincangan.US = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan variasi.Uc = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan kovarian.

Kaedah statistik UM dan US ini bertujuan untuk mengukur bahagian daripada kesilapan disebabkan oleh kepincangan dan perbezaan perubahan di antara nilai yang dianggarkan berbanding dengan nilai sebenar. Sekiranya nilai yang diperoleh semakin kecil iaitu menghampiri kosong atau sama dengan kosong, ianya bererti model yang digunakan adalah baik atau semakin tepat nilai yang dianggarkan. Bagi nilai Uc, sekiranya nilai yang diperoleh hampir dengan satu atau bersamaan dengan satu, ianya bererti semakin baik model dan semakin tepat nilai yang dianggarkan (Yusoff, R., 1996; Pindyk & Rubinfeld, 1991). Keputusan kajian berhubung dengan Theil’s Inequality Coefficient atau U statistik adalah seperti berikut:

11

Page 12: Kertas Kerja (UKM) 2008

Jadual 2: Keputusan statistik simulasi (U)

Persamaan U UM US Uc

NEWAREA 0.003 0.000 0.012 0.988MATAREA 0.000 0.000 0.001 0.999

RUBSUP 0.001 0.000 0.003 0.997

Di mana,NEWAREA = Keluasan kawasan getahMATAREA = Keluasan kawasan getah matangRUBSUP = Pengeluaran getah asliU = Theil’s Inequality Coefficient.UM = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh kepincangan.US = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan variasi.Uc = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan kovarian.

Selain itu, terdapat juga cara lain yang boleh digunakan bagi menentukan ketepatan model iaitu simulasi kebolehan model untuk menjejaki titik perubahan atau “turning point” dalam data sebenar. Berdasarkan data siri masa bagi tempoh 1971-2004, satu simulasi dinamik telah dilaksanakan bertujuan melihat keupayaan model menjejaki data sejarah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3. Daripada keputusan yang diperoleh menunjukkan dengan jelas bahawa simulasi garis dasar dapat menjejaki nilai-nilai sebenar.

Berdasarkan kepada keputusan simulasi dengan menggunakan kaedah RMSE, MAE, MAPE, U statistik dan simulasi garis dasar, dapatlah dirumuskan bahawa model ekonometrik bagi permintaan penanaman getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli yang dibina dalam kajian ini boleh dianggap sebagai suatu model yang sah, tepat dan boleh digunakan untuk simulasi dasar yang berkaitan dengan industri getah di Sabah.

Rajah 1: Simulasi garis dasar persamaan keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah, 1971-2004.

12

Hektar

Page 13: Kertas Kerja (UKM) 2008

8000

10000

12000

14000

16000

18000

20000

1975 1980 1985 1990 1995 2000

NEWAREA NEWAREAF

RS = Sebenar RSF = Dianggar

Rajah 2: Simulasi garis dasar persamaan keluasan kawasan getah matang di kalangan pekebun kecil di Sabah, 1971-2004.

50000

55000

60000

65000

70000

75000

80000

1975 1980 1985 1990 1995 2000

MATAREA MATAREAF

RS = Sebenar RSF = Dianggar

Rajah 3: Simulasi garis dasar persamaan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah, 1971-2004.

13

Tahun

Hektar

Tahun

Page 14: Kertas Kerja (UKM) 2008

15000

20000

25000

30000

35000

40000

45000

50000

1975 1980 1985 1990 1995 2000

RUBSUP RUBSUPF

RS = Sebenar RSF = Dianggar

RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

Secara keseluruhannya, prestasi model ekonometrik yang digunakan dalam kajian ini adalah memuaskan. Model yang dibentuk sebagai satu sistem adalah baik. Oleh itu, model tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menganalisis kesan perubahan dalam industri sektor pekebun kecil getah di Sabah. Keluasan kawasan baru getah di kalangan pekebun kecil di Sabah adalah diterangkan dengan signifikan oleh harga getah tertangguh tiga tahun, perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Keluasan kawasan getah matang di kalangan pekebun kecil di Sabah boleh diterangkan dengan signifikan oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun. Pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah dapat diterangkan secara signifikan oleh tingkat pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, harga getah semasa, keluasan kawasan getah matang dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi.

Nilai keanjalan keluasan kawasan baru getah dan pengeluaran getah asli terhadap harga getah ialah masing-masing sebanyak 0.27 (harga tertangguh tiga tahun) dan 0.05. Ini menunjukkan bahawa para pekebun kecil akan mengambil kira pada perubahan harga getah dalam membuat keputusan untuk menambah keluasan kawasan getah dan menoreh getah. Harga getah yang baik menggalakkan para pekebun kecil akan terus setia dan bergiat aktif dalam aktiviti penanaman getah. Oleh itu, adalah mustahak untuk mengawal harga getah di Sabah agar tidak turun dengan terlalu rendah.

Nilai keanjalan keluasan kawasan baru getah terhadap perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun ialah 0.14. Nilai keanjalan yang agak tinggi ini menunjukkan bahawa para pekebun kecil di Sabah masih lagi bergantung kepada bantuan kerajaan (Lembaga Industri Getah Sabah) dalam membuat keputusan untuk menanam atau menambah keluasan getah mereka. Oleh itu, disarankan agar belanjawan atau perbelanjaan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan ke atas pembangunan industri getah di Sabah

14

Tahun

Tan Metrik

Page 15: Kertas Kerja (UKM) 2008

haruslah dipertingkatkan bagi menggalakkan para pekebun kecil untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti penanaman getah.

Nilai keanjalan pengeluaran getah asli terhadap siri masa proksi kepada perubahan teknologi ialah 0.04. Nilai keanjalan yang agak rendah ini menunjukkan bahawa kemajuan dan penggunaan teknologi khususnya teknologi pengeluaran masih lagi rendah di kalangan pekebun kecil getah di Sabah. Oleh itu, disarankan agar dasar menggalakkan penyaluran dan penggunaan teknologi khususnya teknologi pengeluaran di kalangan para pekebun getah di Sabah haruslah dipergiatkan. Pemindahan dan penggunaan teknologi moden terutama sekali alat-alat yang menjimatkan keperluan tenaga pekerja seperti Sistem Torehan Intensiti Rendah (LITS), penggunaan klon lateks balak dan pemendekan tempoh matang adalah penting untuk meningkatkan pengeluaran/output serta produktiviti setiap unit kebun getah.

Nilai keanjalan pengeluaran getah asli terhadap keluasan kawasan getah matang ialah 0.86. Nilai keanjalan yang tinggi ini menunjukkan bahawa keluasan kawasan getah matang memberi sumbangan yang sangat penting kepada tingkat pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Oleh itu, disarankan agar dasar menggalakkan penanaman getah secara bersekala besar dilaksanakan. Ini bertujuan untuk mengekalkan atau menambah jumlah stok pohon-pohon getah matang pada masa hadapan. Selain itu, saiz kebun getah yang besar juga akan meningkatkan hasil keluaran getah di ladang seterusnya kepada peningkatan pendapatan di kalangan para pekebun kecil getah.

PENUTUP

Kesimpulannya, para penggubalan polisi, perancangan dan pemantauan industri yang berkaitan dengan getah haruslah membuat perancangan yang teliti dan sistematik untuk memastikan nasib industri getah khususnya sektor pekebun kecil di Sabah akan terus terjamin dan terbela serta mencapai kestabilan dalam ekonomi sejajar dengan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain. Selain itu, penglibatan dan usaha bersungguh-sungguh daripada para pekebun kecil juga adalah amat mustahak bagi tujuan ini.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mahdzan Ayob, 2002. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahidin Ulong Shaban. et al.,1986. A New Outlook for Malaysian Smallholders in The Light of Problems Faced by Natural Rubber as The Main Crop. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 131-139.

Aliasak Ambia, 1987. A Case Study of Group Approach to Rubber Replanting in Lenga, Muar, Johore. Preceedings RRIM Rubber Growers’ Conference 1987: 371-383.

Au, K. & Boyd, M. S., 1992. An analysis of Supply Response, Export Demand and Stocks for Malaysian Palm Oil. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (9): 47-58.

Barlow, C., 1978. The Natural Rubber Industry: Its Development Technology and Economy in Malaysia. Kuala Lumpur: OUP.

15

Page 16: Kertas Kerja (UKM) 2008

Barrow, M., 2001. Statistics for Economics, Accountig and Business Studies. Third Edition. London. Prentice Hall.

Basri Abdul Talib. 1988. Supply Response Analysis of Palm Oil in Malaysia 1961-1985. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Berry, W. D., 1993. Understanding Regression Assumptions. Florida State University: Sage Publications.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. Buku Dua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Doll, J.P. & Frank Orazen, 1978. Production Economics. Theory With Application, Ohio: Grid Inc.

Dowling, G. C., 1979. The Supply Response of Rubber in Thailand. Southern Economic Journal. pp.795-805.

Drabble, J.H., 1973. Rubber in Malaysia 1876-1922. Kuala Lumpur: OUP Draf Sabah Rubber Fund Board 1975 Estimates.

Elnagheeb, A. H. & Florkowski, W. J., 1993. Modeling Perennial Crop Supply: An Illustration from the Pecan Industry. Journal Agricultural and Applied Economics 25 (July, 1993): 187-196.

Eric Ghysels et al, 2001. Essays in Econometrics: Collected Papers of Clive W. J. Granjer. Volume 1: Spectral Analysis, Seasonality, Nonlinearity, Methodology and Forecasting. Cambridge University Press.

Gaynor, P. E. & Kirkpatrick, R. C., 1994. Introduction To Time-Series Modelling and Forcasting In Business and Economics. McGraw-Hill.

Gotsch, N., 2001.  Dynamic Supply Response and Welfare Effects of Technological Change on Perennial Crops: The Case of Cocoa in Malaysia. American Journal of Agricultural Economics, vol. 83(2): 272-285. 

Greene, W. H., 2000. Econometric Analysis. Fourth Edition. New York: Prentice Hall.

Gujerati, D. N., 2002. Basic Econometrics. Forth Edition. United States Military Academy, West Point: McGraw Hill.

Gujerati, D. N., 2003. Basic Econometrics. Fourth edition. New York: R.K. Donnelley and Sons Company.

Gujerati, D. N., 1999. Essential of Econometrics. Second edition. Boston: MC Graw Hill.

16

Page 17: Kertas Kerja (UKM) 2008

Hill, R. C. et al, 2001. Using Eviews for Undergraduate Econometrics. Second Edition. Hoboken: John Wiley & Sons, Inc.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 1971. Buku Maklumat Getah Sabah 1971.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003. Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005. Nota Teknikal Ringkasan Perangkaan Getah Bulanan.

Laby’s, W.C, 1973. Dynamics Commodity Model: Specifications, Estimation and Simulation, Lexingrton, Massachusetts: D.C. Health and Company.

Lembaga Getah Malaysia, 2003. LGM Recommendations 2003. Monograf.

Lembaga Getah Malaysia, 2003. Pertanian Ibtegrasi Berasaskan Getah. Monograf.

Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b: Nota Taklimat Semasa Lawatan Rasmi Menteri pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah; YB. Datuk Haji Abdul Rahim Ismail pada 11 Julai 2005.

Lembaga Industri Getah Sabah, 2005c: IOD.

Lim, S.C., 1968. Analysis of smallholders Rubber marketing in West Malaysia, Rubber Research Institute, Natural Rubber Conference, Kuala Lumpur.

Mad Nasir Shamsudin. 1992. A Short Note on Forecasting Natural Rubber Prices Using a Marma Model. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (9): 59-68.

Mad Nasir Shamsudin et al, 1994. A Market Model for Malaysian Palm Oil Industry. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (11): 81-102.

Mad Nasir Shamsudin, et al., 1989. Productivity and Sources of Growth Malaysian Agriculture, 1960-1986. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (6): 34-47.

Mansor Jusoh & Abdul Hamid Jaafar, 1990. Gerak Balas Penawaran Industri Lada Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 28.

Mirer, T. W., 1995. Economic Statistics and Econometrics. Third Edition. London: Prentice Hall.

Mohammad Alias & Tuck Cheong Tang, 2005. Supply Response of Malaysian Plam Oil Producers: Impact of Interest Rate Veriations. Malaysian Palm Oil Board.

Mohammad Alias, 1986. A Structural Model of The Estate Sector of the Malaysian Natural Rubber Industry. Proceedings of the International Rubber Conference 1985. Kuala Lumpur: 555-577.

17

Page 18: Kertas Kerja (UKM) 2008

Mohammad Alias. 1988a. Supply Response In The Natural Rubber Industry. Jurnal Ekonomi Malaysia 12: 5-39

Mohammad Alias. 1988b. Pembinaan dan pemilihan Model Respon Penawaran Pengeluar Getah Asli. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Mohammad Alias et al, 1987. A model of Malaysia Agricultural Sector: Preliminary Result, Paper persented at Fourth Economic Meeting MIER, Kuala Lumpur.

Mohd. Anuar Md. Amin, 1988. Teori Ekonometrik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Anuar Md. Amin, 1991. Ekonometrik: Teori dan Gunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Ariff Hussein, 1990. Kaedah Penyelidikan Gunaan Dalam Bidang Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nichoson, W., 1989. Microeconomi Theory: Basic Principles and Extensions. Orlando, Florida. The Dryden Press.

Pendyck, R. S. & Rubinfeld, D. L., 1991. Econometric Models and Economic Forecasts. Third Edition. Singapore: McGRAW-HILL.

Peries, O. S., et al, 1985. Some Aspects of the Economics of Smollholding Rubber in Sri Lanka. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 385-407.

Punnoose, K. I., et al, 1985. Response of Hevea brasiliensis to Fertilisers in south India. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 84-103.

Remali Yusoff, 1996. Analisis Ekonomi Ke Atas Penawaran dan Permintaan Biji Koko Di Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Remali Yusoff, 1999a. Analisis Ekonomi Ke Atas Penawaran dan Permintaan Biji Koko Di Malaysia, Analisis Penawaran dan Permintaan Barangan Utama. Universiti Malaysia Sabah.

Remali Yusoff. 1999b. Asas Pembenaan Model Ekonometrik dan Unjuran Industri Koko Di Malaysia, Analisis Penawaran dan Permintaan Barangan Utama. Universiti Malaysia Sabah.

Remali Yusoff, 1999c. Analisis Ekonometrik Industri Minyak Kelapa Sawit Di Sabah, Analisis Penawaran dan Permintaan Barangan Utama. Universiti Malaysia Sabah.

Remali Yusoff et al, 1988. Supply and Demand Model of the Malaysian Cocoa Industry. Borneo Review 9(1): 67-86.

Rudaheranwa, N. et al, 2003. Supply Response of Selected Export Comodities in

18

Page 19: Kertas Kerja (UKM) 2008

Uganda. PAPU Research Series. Pp. 1-32.

Schmidt, S. J., 2005. Econometrics. Boston. McGraw-Hill.

Smith, H. P. & C. Burger, P. J., 1986. Supply Response and Market Developments of Natural Rubber. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 115-129.

The Rubber Fund Board of North Borneo, 1960: Annual Report 1960.

Wickens, M. R. & Greenfield., 1973. The Econometrics of Agricultural Supply: An Application to the World Cofee Market. Econometrica (5): 433-439.

Williams, F & Monge, P., 2001. Reasoning with Statistcs: How to Read Quantative Research. Fifth Edition. New York: Harcout Collage.

______.,2004. Eviews 5. User Guide.

______.,2004. Eviews 5. Command and Programming Reference.

19