kertas kerja plc 2015a.docx

5
1 KERTAS KERJA KURSUS KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL SIRI 1 (PLC) SMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR SESI MAC - JULAI 2012

Upload: aimiesk

Post on 24-Dec-2015

2.621 views

Category:

Documents


394 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja PLC 2015a.docx

1

KERTAS KERJA KURSUS

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL SIRI 1

(PLC)

SMA DATO’ KLANA PETRA MAAMORSESI MAC - JULAI 2012

Page 2: kertas kerja PLC 2015a.docx

1.0 Pendahuluan

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.  Oleh yang demikian, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dalam mengaplikasi amalan PLC ini. Bagi merealisasikan pembudayaan PLC di sekolah ini, semua guru perlu memahami konsep dan strategi PLC. Sehubungan itu, tercetuslah idea bagi pelaksanaan program pemantapan PLC ini.

2.0 MATLAMAT

Program ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada nilai tambah untuk meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.      

3.0 OBJEKTIF KURSUS PLC

3.1 Memberi pemahaman guru terhadap konsep amalan budaya PLC.3.2 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.3.3 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama

dalam kalangan guru.3.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

4.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kumpulan sasaran program ini ialah semua guru Smadklana. Bilangan guru adalah seramai 47 orang.

4.2 Program ini akan diadakan selama 2 hari.4.3 Tenaga penggerak adalah dari kalangan Jawatankuasa Program.4.4 Program akan dikendalikan dalam bentuk ceramah dan kerja kumpulan (susunan

kumpulan adalah mengikut panitia).4.5 Program akan dilaksanakan di Dewan Kuliah Hotel Royal Bintang.4.6 Tarikh perlaksanaan program pada 13 dan 14 Mac 2015 (Jumaat & Sabtu)

5.0 PENCERAMAH / FASILITATOR

Penceramah adalah terdiri daripada 2 orang penceramah jemputan iaitu Pakar Rujuk PLC PPD Seremban dan JPN Negeri Sembilan.

2

Page 3: kertas kerja PLC 2015a.docx

6.0 CADANGAN TARIKH

Tarikh yang dicadangkan ialah 27 – 28 Mac 2015.

7.0 CADANGAN TEMPAT

Tempat yang dicadangkan ialah Bilik Gerakan Smadklana

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Puan Samsiah binti Chik - Pengetua

Timbalan Pengerusi : Tn Haji Muhammad Abduh bin Azrai - Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi : Pn Norazidah binti Abdul Aziz - Guru Penolong Kanan HEM)Pn Zakiah binti Ali - Guru Penolong Kanan Ko-KurikulumPn Junaidah binti Tahir - Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Setiausaha : Pn Siti Khajaru’ain binti Osman - Penyelaras PLC Smadklana

AJK : Pn Norzila binti YacubCik Halimah binti Jamil Pn Khatijah binti KhatibPn Nor Emilia Izzati binti Abdullah

6.0 CADANGAN SLOT PROGRAM

Pengisian program ini dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari. Kandungan program meliputi 6 slot :

Masa Slot Kandungan FailitatorHari Pertama Slot 1 - Slot Pengenalan Konsep PLC Pakar Rujuk PLC

PPD Seremban- Jelajah Pembelajaran (Learning Walks)- Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi. (Peer Coaching / Instructional Coaches)

Hari Kedua Slot 4 - Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)

Pakar Rujuk PLC JPNNSdanPakar Rujuk PLC PPD Seremban

- Bengkel Lesson Study- Persembahan Lesson Study

Slot 5 Sesi Perkongsian Guru(Teacher Sharing Sessions)

Slot 6 Sesi Kritikan Video Pengajaran Guru(Video Critiques of Teaching Moments)Kesimpulan slotPenutup Program

3

Page 4: kertas kerja PLC 2015a.docx

7.0 Anggaran perbelanjaan

Anggaran kos perbelanjaan bagi program ini

Bil Perkara Peruntukan Jumlah1 Honorarium Penceramah RM 100 x 10 jam RM 1,000.002 Makan dan minum RM 35.00 X 50 orang RM 1,750.002 Hadiah dan Cenderamata RM 500 RM 500.00

JUMLAH RM 3,250.00

8.0 Penutup

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada para guru Smadklana, diharap program ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru.

Disediakan oleh :

..........................................................SITI KHAJARU’AIN BINTI OSMANPenyelaras PLCSMA Dato’ Klana Petra Maamor

Disemak oleh :

...................................................MUHAMMAD ABDUH BIN AZRAIPenolong Kanan PentadbiranSMA Dato’ Klana Petra Maamor

Disahkan oleh :

...................................................SAMSIAH BINTI CHIKPenolong Kanan PentadbiranSMA Dato’ Klana Petra Maamor

4