kertas kerja perkhemahan murid prasekolah

5
SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN BUKIT, KAJANG, SELANGOR. KERTAS KERJA PERKHEMAHAN MURID PRASEKOLAH 2012 TARIKH : 14 SEPTEMBER 2012 MASA : 8.00 PAGI 11.00 PAGI TEMPAT : SK (2) JALAN BUKIT, KAJANG.

Upload: linda-zain

Post on 02-Jul-2015

1.747 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN BUKIT,

KAJANG, SELANGOR.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN MURID

PRASEKOLAH 2012

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2012

MASA : 8.00 PAGI – 11.00 PAGI

TEMPAT : SK (2) JALAN BUKIT, KAJANG.

Page 2: Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah

1.0 PENDAHULUAN

Program perkhemahan murid prasekolah adalah satu program yang memupuk

semangat kerjasama perpaduan dalam kalangan murid prasekolah yang berbilang

kaum. Program ini melibatkan guru dan murid prasekolah bagi mengeratkan

silaturrahim antara murid dan guru.

2.0 TUJUAN

Untuk mendedahkan murid prasekolah dalam aktiviti perkhemahan.

3.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid prasekolah dalam menjalankan

aktiviti luar bilik darjah.

2. Menjalinkan hubungan erat di antara murid-murid prasekolah dan guru.

3. Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan murid-

murid prasekolah.

4.0 PERINCIAN PROGRAM

Tarikh : 14 SEPTEMBER 2012

Hari : Jumaat

Tempat : Prasekolah SK Jalan Bukit (Dua)

5.0 KUMPULAN SASARAN

1) Murid-murid prasekolah SK (2) Jalan Bukit, Kajang.

2) Guru prasekolah.

Page 3: Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah

6.0 TENTATIF PROGRAM

Jadual aktiviti

8.00 - Ketibaan Murid

- Menyiapkan peralatan

8.15 - Memasang khemah dan peralatan

8.45 - Minum pagi

9.00 - Aktiviti 1 “ Sayang Si Buta”

9.30 - Aktiviti 2 “ Kembara Alam”

10.00 - Rehat ( Membuat Sandwich)

10.30 - Aktiviti 3 “ Kebudayaan”

11.00 - Kemas khemah

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Hjh Chek Norlia Bt Hassan

Pengerusi : Pn. Norlela Bt Ahmad Sapian

Timbalan pengerusi : Cik Nur Wanie Binti Yusoff

Setiausaha : Cik Adilla Binti Mokhtar

Senarai Ahli Jawatankuasa:

Persiapan Tempat dan Peralatan : Cik Nur Wanie Binti Yusoff

Persiapan Makanan dan Minuman : Pn. Sabariah Binti Yacob

Kebersihan : Semua guru

Fotografi dan Dokumentasi : Cik Adilla Binti Mokhtar

Page 4: Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL. PERKARA RM

1. Roti Potong (3 bungkus x RM 3.40) RM 10.20

2. Sardin (2 tin besar x RM 6.50) RM 13.00

3. Tomato RM 3.00

4. Timun RM 3.00

5. Mayonis RM 9.00

6. Planta RM 8.00

7. Air Minuman RM 7.00

JUMLAH RM53.20

9.0 PERALATAN

BIL. PERALATAN JUMLAH

1. Khemah 3 buah

2. Pembesar suara 1 buah

3. Tikar 2 helai

4. Peralatan Memasak

- pinggan

- sudu

- papan pemotong

- pisau

- mangkuk

25

25

1

3

3

10.0 PENUTUP

Diharap program yang diadakan ini akan memberi kesan positif dan mendatangkan

faedah dalam memupuk semangat kejasama, rasa tanggungjawab, mengeratkan

perpaduan dan silaturrahim dan membentuk peribadi individu yang seimbang dalam

kalangan murid prasekolah.

Page 5: Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah

Disediakan oleh :

Cik Adilla Binti Mokhtar,

Setiausaha Program Perkhemahan Murid

Prasekolah,

SK Jalan Bukit (2),

43000 Kajang, Selangor.

..............................................

Disemak oleh :

Pn. Norlela Binti Ahmad Sapian,

Guru Prasekolah,

SK Jalan Bukit (Satu),

43000 Kajang, Selangor.

................................................

Diluluskan oleh :

Pn. Check Norlia Binti Hasan,

Guru Besar,

SK Jalan Bukit (2),

43000 Kajang, Selangor.

................................................