modul pentaksiran perkembangan murid prasekolah

Download Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah

Post on 17-Feb-2015

502 views

Category:

Documents

53 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan cara apa pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan: pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna : modul pentaksiran perkembangan murid di prasekolah, (Siri panduan guru prasekolah) ISBN 978-967-5094-62-0 1. Education, Preschool--CurriculaMalaysia. 2. Education, PreschoolStudy and teachingMalaysia. II. SiriI. 372.0710595

Dicetak oleh: Percetakan Rita No.12 & 14. Jalan 12/10 Taman KOperasi Polis Prasa 1 68100 Kuala Lumpur

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

2

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

KANDUNGANHalaman

PENGENALAN OBJEKTIF MODUL APAKAH PENTAKSIRAN PRASEKOLAH? APAKAH PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD? APAKAH CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH? BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK GURU? BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK MURID? APAKAH YANG DITAKSIR? Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian Sikap Dan Nilai o Pendidikan Islam o Pendidikan Moral Tunjang Keterampilan Diri Perkembangan Sosioemosi Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika o Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan o Perkembangan Kreativiti Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains dan Awal Matematik o Awal Sains o Awal Matematik Tunjang Kemanusiaan Kontruk yang ditaksir.

2 2 2 3 5 6 6 6 7 7 7 7 7 8 8 9 9 9 9 9 10 12 14 14 14 15 15 16 16

BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH? Merancang Membina item/instrumen/aktiviti Mentaksir Merekod o Senarai semak o Rekod Anekdot o Rekod Berterusan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

3

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

Halaman

Menganalisis dan menginterprestasi Analisis Hasil Kerja Mengguna maklumat

17 17 19 19 19 20 21 21 22 22 22

PENYIMPANAN MAKLUMAT Portfolio Rekod Perbadi Murid Tatacara Pengurusan dan Penyimpanan Rekod

TINDAKAN SUSULAN ETIKA PENTAKSIRAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH PELAPORAN Pelaporan Perkembangan dan Kemajuan Murid

LAMPIRAN Lampiran A : Standard Pentaksiran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Lampiran B : Rekod Senarai Semak Lampiran C : Rekod Anekdot Lampiran D : Rekod Berterusan 27 31 41 45 48

PANEL PENULISAN

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

4

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

Kata Alu-Aluan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

5

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

Prakata

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

6

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

7

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

PENGENALANPendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangan kanak-kanak dalam aspek-aspek yang dikenalpasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif melalui pengajaran dan pembelajaran harian. Modul ini bertujuan menyediakan maklumat asas, definisi konsep dan istilah serta penerangan dan contoh instrumen untuk dijadikan panduan kepada guru bagi menjalankan pentaksiran dan menilai perkembangan murid di peringkat prasekolah.

OBJEKTIF MODULObjektif modul ini bertujuan menyediakan maklumat asas, menerangkan definisi, konsep, istilah serta memberi contoh instrument untuk dijadikan panduan kepada guru bagi menjalankan pentaksiran dan menilai perkembangan murid di peringkat prasekolah Objektif modul iniadalah untuk membantu guru: i. Memahami tujuan, konsep, istilah serta kaedah berkaitan pentaksiran prasekolah ii. Mengenalpasti perkara-perkara (konstruk) yang ditaksir iii. Mengenal pasti jenis instrumen yang sesuai untuk mentaksir murid iv. Membina instrumen v. Mengurus dan melaksanakan pentaksiran vi. Merekod dan menganalisis maklumat tentang prestasi murid vii. Membuat pelaporan perkembangan prestasi murid

APAKAH PENTAKSIRAN PRASEKOLAH?Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah. Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

8

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Bilik Darjah ( Classroom Assessment) atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Justeru, maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di tahun satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK (rujuk Lampiran A dalam modul ini) perlu diakur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.

APAKAH PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD ?Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkaraperkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku ( behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan penguasaan setiap standard kandungan. Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses dan produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (juga dipanggil bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan. Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada kejayaan dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik ( indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat pelaporan tentang murid.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

9

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara at