kertas kerja perkhemahan kokurikulum

14
Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009 KERTAS PERLAKSANAAN PERKHEMAHAN PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT) (LATIHAN / KURSUS PEMAKAIAN PANGKAT) PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2009 1. PENDAHULUAN Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform SMK Dato’ haji Kamaruddin 2012 merupakan perkhemahan tahunan kali ke-10. Perkhemahan merupakan pembalikan kepada konsep perkhemahan asal yang diadakan di sekolah supaya penglibatan murid lebih ramai. Di samping itu juga, faktor kos yang rendah atau murah juga mendorong kepada pkhemahan tahunan ini di adakan di sekolah. Melalui program perkhemahan tahunan ini, diharap murid-murid akan dapat merasai sendiri cabaran hidup berdikari, berkerjasama dan berdisiplin. Pada masa yang sama, pengetahuan dan kemahiran dikalangan murid-murid dapat dipertingkatkan secara terus iaitu dengan cara mengalami dan melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan. Oleh yang demikian, matlamat untuk melahirkan insan yang cemerlang, komited, berkeyakinan diri, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat kerajaan ke arah membentuk generasi belia yang berwawasan akan dicapai. 2. RASIONAL Perkhemahan ini perlu dilaksanakan sebagai salah satu kaedah memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap latihan berkonsepkan perkhemahan. Di samping itu juga, rasa tanggungjawab dan bidang tugas berdasarkan pangkat setiap anggota dapat disemai dan dikembangkan mengikut kebolehan dan potensi murid. 3. OBJEKTIF 3.1. Mungumpul semua murid dari pelbagai Unit Beruniform bagi menjalani aktiviti yang sama dan selaras. 3.2. Memupuk semangat setiakawan dan bekerjasama sepasukan. 3.3. Menanam kepercayaan akan kebolehan diri sendiri untuk hidup berdikari dan bermasyarakat. 3.4. Melahirkan generasi yang sayang dan cintakan negara melalui aktiviti berkonsepkan ketenteraan. Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor 1

Upload: zainudinchesab

Post on 27-Nov-2015

134 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

KERTAS PERLAKSANAANPERKHEMAHAN PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT)

(LATIHAN / KURSUS PEMAKAIAN PANGKAT)PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

TAHUN 2009

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform SMK Dato’ haji Kamaruddin 2012 merupakan perkhemahan tahunan kali ke-10. Perkhemahan merupakan pembalikan kepada konsep perkhemahan asal yang diadakan di sekolah supaya penglibatan murid lebih ramai. Di samping itu juga, faktor kos yang rendah atau murah juga mendorong kepada pkhemahan tahunan ini di adakan di sekolah.

Melalui program perkhemahan tahunan ini, diharap murid-murid akan dapat merasai sendiri cabaran hidup berdikari, berkerjasama dan berdisiplin. Pada masa yang sama, pengetahuan dan kemahiran dikalangan murid-murid dapat dipertingkatkan secara terus iaitu dengan cara mengalami dan melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan. Oleh yang demikian, matlamat untuk melahirkan insan yang cemerlang, komited, berkeyakinan diri, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat kerajaan ke arah membentuk generasi belia yang berwawasan akan dicapai.

2. RASIONAL

Perkhemahan ini perlu dilaksanakan sebagai salah satu kaedah memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap latihan berkonsepkan perkhemahan. Di samping itu juga, rasa tanggungjawab dan bidang tugas berdasarkan pangkat setiap anggota dapat disemai dan dikembangkan mengikut kebolehan dan potensi murid.

3. OBJEKTIF

3.1.Mungumpul semua murid dari pelbagai Unit Beruniform bagi menjalani aktiviti yang sama dan selaras.

3.2.Memupuk semangat setiakawan dan bekerjasama sepasukan.3.3.Menanam kepercayaan akan kebolehan diri sendiri untuk hidup berdikari

dan bermasyarakat.3.4.Melahirkan generasi yang sayang dan cintakan negara melalui aktiviti

berkonsepkan ketenteraan. 3.5.Memupuk disiplin, keberanian dan kebolehan memimpin dikalangan

anggota PKBM(D).3.6.Memupuk minat dan kecenderungan murid-murid terhadap kerjaya

bidang ketenteraan.3.7.Memilih dan melatih anggota PKBM(D) pelapis (baru) untuk

diketengahkan bagi pendaftaran sesi 2010.3.8.Memilih dan melatih anggota PKBM(D) untuk kenaikan / pemakaian

pangkat sesi 2010.

4. STRATEGI PELAKSANAAN

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor1

Page 2: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

4.1.Tarikh : 17 hingga 19 November 2009

4.2.Tempat : Kawasan Rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor.

5. KONSEP PERKHEMAHAN

Perkhemahan yang bakal dilaksanakan berkonsepkan kursus / latihan dan pertandingan. Di samping itu, kegiatan kerohanian, sukan dan riadah turut diadakan dengan menjadikan ketenteraan sebagai teras kegiatan.

6. PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua anggota PKBM(D) yang berdaftar dan bernombor serta anggota pelapis (baru) dari sekolah daerah Hulu Selangor.

Agihan penyertaan adalah seperti berikut :

6.1.Kadet Lelaki - 40 orang6.2.Kadet Perempuan - 40 orang6.3.Guru & Jurulatih PKBM (D) :

6.3.1. 2 x Guru Lelaki bagi setiap Platun Lelaki6.3.2. 2 x Guru Wanita bagi setiap Platun Perempuan6.3.3. 6 x Jurulatih 4 RSD6.3.4. 8 x Urusetia6.3.5. 2 x Pemandu

6.4.Jumlah : 100 orang

7. ARAHAN PERGERAKAN

7.1.Pergerakan pasukan akan diuruskan oleh pasukan gabungan iaitu 4 Rejimen Semboyan DiRaja.

7.2.Pergerakan menggunakan kenderaan tentera (trak 3 ton) dimestikan mengisi Borang Pelepasan Tanggungan.

7.3.Guru dan Jurulatih PKBM (D) dikehendaki memastikan semua anggota menepati masa yang telah ditetapkan dan mementingkan hal-hal pentadbiran dan keselamatan.

8. PENTADBIRAN DAN LOGISTIK

8.1. Pengangkutan

8.1.1. Pengangkutan menggunakan kenderaan (1 x 3 Ton) yang akan disediakan dan diselaraskan oleh unit gabungan.

8.1.2. Pengerakan sepanjang aktiviti perkhemahan akan dikoordinasikan oleh pasukan gabungan.

8.2. Penginapan

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor2

Page 3: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

8.2.1. Semua peserta akan ditempatkan di tapak pekhemahan mengikut kawasan yang telah ditentukan oleh pihak penganjur.

8.2.2. Pihak penganjur akan menyediakan keperluan penginapan seperti khemah ’Sun Tent’ dan juga ’Igloo’ bagi keperluan anggota kadet, guru-guru, staf jurulatih dan anggota elemen tadbir yang lain.

8.3. Sajian

8.3.1. Penyediaan sajian / makanan akan di uruskan oleh pembekal yang dilantik oleh penganjur di bawah seliaan AJK Makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

8.3.2. Jadual makan akan dimaklumkan kelak.

8.4. Keperluan Anggota Kadet

8.4.1. Pihak sekolah dikehendaki memastikan semua anggota dalam keadaan bersedia dengan keperluan pakaian dan peralatan diri yang mencukupi.

8.4.2. Senarai keperluan anggota kadet : RUJUK LAMPIRAN A

9. AKTIVITI / PERTANDINGAN

9.1.Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

9.1.1. Perkhemahan9.1.2. Latihan dan Ujian Kawat9.1.3. Merentas Dataran9.1.4. Merempuh Halangan9.1.5. Ikhtiar Hidup9.1.6. Pelajaran Membaca Peta9.1.7. Malam Akrab9.1.8. Sukan / Riadah

JADUAL : RUJUK LAMPIRAN B

10. SIJIL / HADIAH

Sijil dan hadiah disediakan bagi setiap aktiviti berbentuk pertandingan. Pecahan sijil dan hadiah adalah seperti berikut :

10.1. Sijil :10.1.1. Sijil Penyertaan - Semua Peserta 10.1.2. Sijil Pencapaian - Mengikut Pertandingan10.1.3. Sijil Penghargaan - Guru PKBM / Jurulatih / AJK

Nota : Sijil disediakan oleh PPD Hulu Selangor

10.2. Hadiah :10.2.1. Kawad (Individu) - Terbaik (L & P)10.2.2. Ketua Perbarisan Terbaik - Johan (Individu)10.2.3. Merentas Dataran (Individu) - Johan hingga Ke- 5 (L & P) 10.2.4. Merempuh Halangan (pskn) - Johan hingga Ke-3

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor3

Page 4: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

10.2.5. Malam Akrab (pskn) - Johan hingga Ke- 310.2.6. Kumpulan Terbaik - Johan10.2.7. Peserta Terbaik Keseluruhan - Johan

ANALISA HADIAH & SIJIL : RUJUK LAMPIRAN C

11. IMPLIKASI KEWANGAN

11.1. Anggaran Perbelanjaan :

a) Makan Peserta : 100 orang x RM 12.00 x 3 hari = RM 3600.00b) Sewa tempat : = RM 100.00c) Publisiti / Siaraya : = RM 300.00c) Hadiah : = RM 500.00d) Cenderahati : = RM 300.00e) Ubatan / Kecemasan : = RM 200.00d) Pentadbiran / Runcit : = RM 800.00

JUMLAH BESAR = RM 5800.00

11.2. Sumber Kewangan : PPD Hulu Selangor

12. JAWATANKUASA

Untuk melancarkan pelaksanaan program perkhemahan ini, beberapa jawatankuasa telah diwujudkan seperti berikut :

12.1. Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Tuan Haji Suhaimi bin Rashid, A.M.NBersama Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Lt. Kol. Zulkifli bin IbrahimPegawai Memerintah 4 Rejimen Semboyan

Diraja

Timb. Pengerusi: Encik Rozali bin Mazlan

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor4

Page 5: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

Bersama Timbalan PPD Hulu Selangor

Mej. Mahadi bin KadirTimbalan Pegawai Memerintah 4 RSD

Naib Pengerusi : Encik Kamal bin RusdiPegawai Memerintah .................,Bersama Penolong PPD Sektor Pengurusan Pemb. Kemanusiaan

Tuan Haji Manap bin JarkasiPengetua Cemerlang SMK Dato’ Haji

Kamaruddin

Kapt Arishah Zaireen bin Abu BakarKetua Cawangan Latih 4 RSD

Setiausaha 1 : Puan Yusma binti YusofPenyelia Kokurikulum, PPD Hulu Selangor

Setiausaha 2 : Kapt Sharos Azisapinas binti ShahidanAJT 4 RSD

P. Setiausaha 1 : Encik Abd Aziz bin Mohammed YusoffPenolong Kanan Kokurikulum, SMKDHK

P. Setiausaha 2 : Kapt Mohd Firdaus bin RosPegawai PKBM, 4 RSD

Bendahari : Encik Mohd Fuzi bin SaidPenyelia Kanan Kokurikulum JPS

Ahli J/Kuasa : Encik Zainudin bin Che SabPegawai Teknik PKBM(D) Daerah Hulu Selangor

PW 11 Zarimi bin IsmailSSM 4 Rejimen Semboyan Dirija

PW 11 Baharim bin Ithnin4 Rejimen Semboyan Dirija

Puan Zuraidah binti Mohd. AminPenyelaras Unit Beruniform, SMKDHK

12.2. Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Tuan Haji Suhaimi bin Rashid, A.M.NPegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Encik Rozali bin MazlanTimbalan PPD Hulu Selangor

Encik Kamal bin RusdiPegawai Memerintah .................,

Penolong PPD Sektor Pengurusan Pemb. Kemanusiaan

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor5

Page 6: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

Pengerusi : Tuan Haji Manap bin JarkasiBersama Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Haji Kamaruddin

Lt. Kol. Zulkifli bin IbrahimPegawai Memerintah 4 Rejimen Semboyan

Diraja

Naib Pengerusi : Encik Abd Aziz bin Mohammed YusoffBersama Penolong Kanan Kokurikulum, SMKDHK

Mej. Mahadi bin KadirTimbalan Pegawai Memerintah 4 RSD

Setiausaha 1 : Puan Yusma binti YusofPenyelia Kokurikulum, PPD Hulu Selangor

Setiausaha 2 : Kapt Sharos Azisapinas binti ShahidanAJT 4 RSD

Bendahari : En. Mohd Fuzi bin SaidPen. Penyelia Kokurikulum, PPD Hulu Selangor

Penyelaras 1 : Encik Zainudin bin Che SabPegawai Teknik PKBM(D) Daerah Hulu Selangor

Penyelaras 2 : Kapt Mohd Firdaus bin RosPegawai PKBM, 4 RSD

Ahli Jawatankuasa Kerja:

Urusetia / : Puan Nor’aini binti Mohamad SelehSekretariat Cik Hadijah binti Jamali

Cik Suriawati binti Ismail

Logistik / : KPL Osman bin HamidPers. Tempat KPL Abdul Ghani bin Ahmad

Encik Zainal Abidin bin Sanusi

Pengangkutan / : PW II Dahli bin Samshu

Sajian / : Encik Khalilludin bin ItamMakanan Puan Mazrina binti YusoffAktiviti / : PW II Zarimi bin IsmailPertandingan KPL Mahadir bin Ahmad

KPL Osman bin HamidKPL Abdul Ghani bin Ahmad

Malam Akrab / : Puan Norlizah binti RazaliKebudayaan Cik Hadijah binti Jamali

Kerohanian / : Ustaz Mohammad Nasaruddin bin Mohd Arif Moral Encik Fuad bin Abd Rahim

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor6

Page 7: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

Keselamatan / : Encik Yusry bin RamliKecemasan KPL Mahadir bin Ahmad

Perhubungan / : Urusetia – 4 RSDSiaraya / Statistik

Fotografi / : Puan Norlizah binti RazaliDokumentasi Cik Suraiwati binti Ismail

Perasmian : UrusetiaPenutupan

13. PELAN TINDAKAN

Bil.

Perkara Tarikh Tempat Tindakan

(a) (b) (c) (d) (e)1 Mesy. JK Induk 01/10/20 4 RSD -2 Lawatan Tapak I 07/10/09 KKB & Btg. Kali JK Induk3 Lawatan Tapak II 05/11/09 Kerling JK Induk4 Lawatan Tapak III 10/11/09 Kerling JK Induk5 Mesy. AJK Pelaksana 12/11/09 SMKDHK JK Pelaksana6 Pentadbiran / Persiapan 16/11/09 Kerling JK Pelaksana

7 Pelaksanaan17-

19/11/09Kerling Semua

NOTA : SMKDHK - SMK Dato’ Haji Kamaruddin4 RSD - 4 Rejimen Semboyan DiRaja

14. ATURCARA PERASMIAN PENUTUPAN

Tarikh : 19 November 2009

Tempat : Tapak Perkhemahan,Kawasan Rekreasi Kolam Air Panas, Kerling,Hulu Selangor.

Perasmi : Tuan Haji Suhaimi bin Rashid, A.M.NPegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Aturcara :

Bil Masa Perkara / Aktiviti Catatan(a) (b) (c) (d)

1 1000 Perbarisan Masuk Padang

2 1045 Ketibaan Tetamu dan Jemputan

3 1100 Ketibaan Pengetua SMK Dato’ Haji

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor7

Page 8: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

Kamaruddin

4 1115 Ketibaan PPD Hulu Selangor

- Nyanyian Lagu Tentera Darat- Pemeriksaan Perbarisan- Penyampaian Sijil dan Hadiah- Ucapan Pengetua SMK Dato’ Haji Kamaruddin- Ucapan Perasmian Penutupan oleh- PPD Hulu Selangor- Upacara Menurunkan Bendera PKBM(D)- Teriakan Gempur Wira- Nyanyian NegaraKu- Bacaan Doa

6 1200 Jamuan

7 1300 Majlis Tamat / Bersurai

15. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

15.1. ARAHAN UMUM

15.1.1. Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan.

15.1.2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.

15.1.3. Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan.

15.1.4. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan atau pegawai perubatan yang bertugas.

15.1.5. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia.

15.1.6. Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian.

15.1.7. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan.

15.1.8. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham. 15.1.9. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim

di sepanjang perkhemahan

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor8

Page 9: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”

15.2. KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

15.2.1. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan.

15.2.2. Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan selepas mengisi borang yang disediakan.

15.2.3. PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’ semasa perkhemahan.

15.3. KESELAMATAN: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”

15.3.1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak. 15.3.2. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan

berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan15.3.3. PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah

ditetapkan.

15.4. KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA

15.4.1. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan.

15.4.2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda

15.4.3. Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang

15.4.4. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem / seumpamanya

15.4.5. Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 1200 tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai.

15.5. PAKAIAN

Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan- Semasa Pertandingan- Semasa Sukan dan Riadah- Semasa Aktiviti Kerohanian- Semasa Majlis Perasmian Penutup

15.6. PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor9

Page 10: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

15.6.1. Bentuk Perbarisan :

a. Perbarisan Keseluruhan Anggota PerkhemahanTindakan : Kem Komandan

b. Perbarisan PlatunTindakan : Ketua Platun

15.6.2. Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan.15.6.3. Perbarisan pagi / sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh

Kem Komandan mengikut kaedah :- Doa - Lagu Negaraku- Lagu Negeri Selangor- Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan anggota

kepada Pegawai Bertugas).15.6.4. Jurulatih / Guru mengambil tempat dan seterusnya

menjalankan tugas.

15.7. PERATURAN KEBERSIHAN

15.7.1. Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur.

15.7.2. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.15.7.3. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa

Kebersihan.15.7.4. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.15.7.5. Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang

pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya.15.7.6. Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan

tersusun.15.7.7. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang

memuaskan dan teratur sebelum solat bermula.15.7.8. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik

kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama.15.7.9. Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan

dahulu sebelum dibuang ditempat yang sepatutnya.

15.8. PERATURAN KELUAR MASUK

15.8.1. Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia.

15.8.2. Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan kem.

15.8.3. Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan dengan kebenaran Kem Komandan dan pengetahuan Urusetia.

16. HAL-HAL LAIN

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor10

Page 11: Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum

Kertas Perlaksanaan Perkhemahan PKBM(D) 2009

16.1. Semua peserta perkhemahan termasuk guru dan jurulatih PKBM(D) adalah tertakluk di bawah peraturan dan tatatertib yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

16.2. Setiap peserta atau pasukan mestilah peka kepada sebarang makluman atau perubahan jadual aktiviti.

16.3. Sebarang masalah dan kemusykilan sila berhubung dengan pihak urusetia pengelola.

16.4. Perkara-perkara yang tidak disentuh dalam kertas konsep ini akan dibincangkan kemudian.

17. PENUTUP

Adalah diharapkan Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Daerah Selangor Tahun 2009 akan dapat direalisasikan dengan jayanya. Kejayaan perlaksanaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen semua jawatankuasa serta elemen tadbir yang terlibat. Menjadi harapan semua, semoga peserta yang terdiri daripada murid-murid yang kita latih dan didik akan memperoleh pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang berguna sepanjang perkhemahan ini.

Sekian, Terima Kasih

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

........................................... .................................................(ZAINUDIN BIN CHE SAB) (TN. HAJI MANAP BIN JARKASI)Pegawai Teknik PKBM(D), Pengetua Cemerlang SMKDHK,Daerah Hulu Selangor. merangkap,

Pengerusi Pengelola,Perkhemahan PKBM(D) Daerah Hulu Selangor.

Unit Kokukurikulum PPD Hulu Selangor11