kertas kerja perkhemahan perdana tkrs

17
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH SK JALAN 3 TARIKH 10-12 OKTOBER 2014 TEMPAT Sk Iskandar Perdana 43!" Bandar Bar# Ban$%& Se'an$(r Dar#' E)san* ANJ+RAN, Pas#kan +n% Pen$aka. Sek('a) & Sek('a) Ke/an$saan Ja'an 3 SK JALAN 3 1

Upload: arefiq931027

Post on 04-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

merangkumu kesemua aktiviti dan belanjawan

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAPPERINGKAT SEKOLAH SK JALAN 3

TARIKH10-12 OKTOBER 2014

TEMPATSk Iskandar Perdana 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

ANJURAN:Pasukan Unit Pengakap Sekolah , Sekolah Kebangsaan Jalan 3

SK JALAN 3 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1.0TUJUANKertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pihak Pentadbiran SK JALAN 3 untuk mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap yang akan diadakan pada 16 Oktober 2014 di SK JALAN 3.

2.0PENGENALAN 2.1Perkhemahan Perdana Pengakap peringkat SK JALAN 3 merupakan aktiviti tahunan pengakap sekolah ini. 2.2Perkhemahan ini akan memberikan tumpuan secara khusus kepada kurikulum kepengakapan. Aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan ketahanan diri anggota ketika mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam pelbagai aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti jalan lasak, orienteering dan reka cipta. 2.3Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, penilaian akan dibuat secara menyeluruh berkenaan kemajuan dan keberkesanan aspek perancangan dan pengurusan dalam melaksanakan aktiviti untuk mengembangkan dan memajukan pasukan pengakap di peringkat sekolah, daerah, negeri serta kebangsaan semenjak penubuhannya.

3.0 RASIONAL

3.1Perkhemahan Perdana Pengakap patut diadakan setiap tahun kerana merupakan acara kemuncak ahli pengakap di sekolah untuk dinilai sama ada layak untuk menerima pangkat yang dinilai. 3.2Dicadangkan tema tahun 2014 ialah PENGAKAP KE ARAH KEPIMPINAN BERKUALITI

4.0 OBJEKTIF4.1 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli pengakap tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.4.2 Untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli pengakap tentang perkembangan terkini kemajuan dunia.4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional antara kaum, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

5.0 TEMAPENGAKAP KE ARAH KEPIMPINAN BERKUALITI

6.0 TARIKH

10-12 OKTOBER 2014 ( JUMAAT- AHAD)

7.0 LOKASIPADANG SK JALAN 3

8.0 ANJURAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP SEKOLAH , SK JALAN 3

9.0 SASARAN PESERTA40 PELAJAR

10.0 SENARAI JAWATANKUASARUJUK LAMPIRAN A

11.0 TENTATIF PROGRAMRUJUK LAMPIRAN B

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN RUJUK LAMPIRAN C

13.0 PENUTUP Diharapkan agar program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta berjaya melahirkan guru pelatih yang sentiasa bermujahadah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan penuh keberkatan. Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah S.W.T. Insya-Allah, sekian terima kasih.Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

...................................................... .........................................................(ZIKRI BIN ZAIMANI) (MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMED)Setiausaha, Guru Penasihat,Perkhemahan Pengakap 2014, Unit Beruniform Pengakap, SK Jalan 3. SK Jalan 3.

Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,

.......................................... ............................................... (JEFRIDIN BIN PILUS) (HAJI OSMAN BIN HUSSAIN)Guru Kanan Kokurikulum, Guru Besar,SK Jalan 3. SK Jalan 3.

LAMPIRAN AJAWATAN KUASA KERJA PERKHEMAHAN

Penasihat : Guru Besar( Haji Osman Bin Hussain)

Pengerusi : Penolong kanan Kokurikulum(JEFRIDIN BIN PILUS) Timb. Pengerusi : Guru Penasihat (Muhammad Afiq bin Mohamed)

Setiausaha : Zikri bin Zaimani Penolong Setiausaha : Sabrina Bt MazlanBendahari Kehormat : Norbaya bin Husin JAWATANKUASA KERJA1. Urusetia : Sekretariat Pengakap Daerah Kajang2. Kem Komandan :Nazri Bin Hassan3. Timbalan Kem Komandan :Muhamad Asri Bin Ashari4. Pemimpin :Mohd Hafez Bin Abd Aziz JW Aktiviti /PenilaianMohd Hamizi Bin Harun1. JW Pendaftaran / Sijil /: Noorismail Hij OmarDokumentasi Roslan Bin Khamis6. JW Persiapan Tempat / : Mohd Afrizal Bin Zakaria Siaraya Mohd Fadzli Bin Yaakob7. JW Kerohanian / Moral :Mahyuddin Bin Mohamad Khusyunuddin Ahmad Mokhtar

8. Jawatankuasa Makanan : Zunita Bt Mohd Taib: Mohd Nasrun Bin Maudin9. JW Perkhemahan Luar / :Abd Latif bin Ahmad Khidmas Saidi Ahmad10. JW Khemah/Peralatan / Pengangkutan:Saidi Bin AhmadMohd Hafiz Abd Aziz 11. Jawatankuasa Keselamatan / HEWA :Zaidawati Bt ZainalNoraini bin Saad

11

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP SEKOLAH SK JALAN 3, 43657 Bandar Baru Bangi, SELANGOR

Tarikh0530 -07000800-10001030 -12301230 14001400 - 16001600 - 17001700 - 18301830 - 21002130 - 23302330

10/10/14(Khamis)PendaftaranMendirikan Khemah/ TaklimatKursusMakan Tengahari / Solat ZuhurAktiviti 1Solat Asar / Minum PetangAktiviti 2Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isya/ KuliahAktiviti 3Minum Malam / Persiapan Diri

11/10/14(Jumaat)Solat Subuh/ Ujian Kerohanian/ Upacara Pagi/SarapanAktiviti 4Aktiviti 5Makan Tengahari / Solat ZuhurAktiviti 6Solat Asar / Minum PetangAktiviti 7Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isya/ KuliahKebudayaanMinum Malam / Persiapan Diri

12/10/14(Sabtu)Solat Subuh/Upacara Pagi/SarapanKhidmasRaptaiPenutup / Majlis PenutupMakan Tengahari / Solat ZuhurBersurai

LAMPIRAN C

PerkaraButiranJumlah [RM]

Makan TengahariRM 4.50 x 2 kali x 260 orangRM 2340.00

Makan MalamRM 4.50 x 2 kali x 260 orangRM 2340.00

Minum PetangRM 1.50 x 2 kali x 260 orangRM 780.00

SarapanRM 2.00 x 2 kali x 260 orangRM 1040.00

Minum MalamRM 1.50 x 2 kali x 260 orangRM 780.00

Makanan Urusetia / JurulatihRM 20 x 2 kali x 25 orang (5 Kali)RM 1000.00

Logistik & penginapanRM 300RM 300.00

Sewaan Tapak MuridRM 3 X 2 hari X 260 orangRM 1200.00

Sewaan Tapak PegawaiRM 3 X 2 hari X 25 orangRM 150.00

Perubatan / kecemasanRM 200RM 200.00

Urusetia / Luar jangkaanRM 500RM 500.00

Jamuan VIPRM 10 x 10 OrangRM 100.00

Dokumentasi / Sijil / Name TaqRM 300RM 300.00

JUMLAH BESAR RM 11 030.00

SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP SEKOLAHPERINGKAT SEKOLAH JALAN 3 (10-12 OKTOBER 2014)

BILNAMAKELASCATATAN

1MOHD HELMI BIN ABD MANAF4 BESTARI

2 ZUNITA BT MOHD TAIB4 BESTARI

3MOKHTAR BIN SAAD4 BESTARI

4 MUHAMMAD AZLEY BIN AZMI4 BESTARI

5ABD LATIF AHMAD4 BESTARI

6 ROSLAN BIN KHAMIS4 BESTARI

7 FADZLI YAAKOB4 BESTARI

8 NORAINI SAAD4 BESTARI

9 MOHD HAMIZI BIN HARUN 4 BESTARI

10 NAZRI BIN HASSAN4 BESTARI

11SAIDI AHMAD4 BESTARI

12MUHAMAD ASRI BIN ASHARI4 BESTARI

13NOORISMAIL HJ OMAR4 BESTARI

14MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA4 BESTARI

15ZAIDAWATI BT ZAINAL4 BESTARI

16MOHD HAFEZ BIN ABD AZIZ4 BESTARI

17MD ZAIB BIN TAIB4 BESTARI

18SHABRI BIN MD LUDIN4 BESTARI

19KHUSNYUDDIN B. MOHD MOKHTAR4 BESTARI

20MOHD NASRUN BIN MAUDIN4 BESTARI

21MAHYUDDIN BIN MOHAMAD4 BESTARI

22MOHD ZAHIR BIN TAHIR4 BESTARI

23SURAYA BT SHARIP4 BESTARI

LAPORAN PELAKSANAAN KHIDMAT KOMUNITI

Tajuk : LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI PEMBERSIHAN TAPAK PERKHEMAHANTarikh : 11 SEPTEMBER 2014Masa : 7.30 PAGI - 10.00 PAGITempat : KEM BIRO TATA NEGARA ULU SEPRI, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

1.0 PengenalanPerkhemahan Perdana telah diadakan untuk semua Unit Beruniform bagi guru pelatih semester 4. Perkhemahan ini merupakan elemen wajib di dalam proforma Unit Beruniform bagi fasa kedua ini. Semua guru pelatih semester 4 yang mewakili unit beruniform masing-masing terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan juga Bulan Sabit Merah Malaysia terlibat di dalam perkhemahan perdana ini. Perkehamahan ini telah diadakan di Kem Biro Tata Negara Ulu sepri di Negeri Sembilan. Perkhemahan tersebut telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam.Perancangan aktiviti perkhemahan perdana tersebut telah dirancang dengan rapi dan teliti. Setiap unit membuat perancangan aktiviti sendiri mengikut keperluan unit beruniform masing-masing. Unit beruniform pengakap membuat kursus manik kayu 1 di dalam Perkhemahan Perdana ini seperti ceramah kepengakapan, membina gajet dan juga khidmat komuniti. Khidmat komuniti ini melibatkan semua ahli pengakap mengikut agihan tugas kerja yang diberikan. Antara aktiviti yang dilakukan bagi khidmat komuniti ini ialah menurunkan khemah, membersihkan kawasan khemah, membersihkan tempat memasak dan juga membersih tandas.

2.0 ObjektifAntara objektif pelaksanaan khidmat komuniti ini adalah untuk melatih peserta yang bakal menjadi guru untuk melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Kerja komuniti merujuk kepada pemerkasaan komuniti melalui penglibatan aktif komuniti secara sukarela untuk kepentingan bersama. Penglibatan peserta di dalam pelaksanaan khidmat komuniti sangat penting untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang semangat setiakawan dan berpasukan di dalam diri. Tujuan khidmat komuniti yang pertama ialah untuk mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara peserta dengan jurulatih unit beruniform masing-masing. Hubungan ini wujud apabila peserta membersihkan kawasan Kem Ulu sepri melalui arahan dan bimbingan jurulatih. Hasilnya ialah sikap bertanggungjawab dapat dipupuk dalam kalangan peserta. Sebagai individu yang bertanggungjawab, sudah tentu akan memastikan tempat yang digunakan kembali bersih dan ceria. Tujuan yang kedua ialah untuk melahirkan sikap sukarelawan dalam kalangan peserta dalam kerja-kerja amal. Sikap ini perlu dibentuk kepada para peserta perkhemahan bagi melatih mereka untuk berkhidmat di dalam masyarakat kelak. Para peserta berpeluang membentuk sikap tolong-menolong, kerjasama dan sikap ringan tulang semasa membersihkan kawasan kem. Kesannya ialah semangat gotongroyong dan budaya kesukarelawan dapat dipupuk dalam kalangan belia. Akhir sekali ialah khidmat komuniti ini memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kebolehan dan keyakinan untuk berdikari, memikul tanggungjawab sebagai bakal guru yang perlu turun di medan masyarakat. Guru yang mempunyai cara pergaulan yang baik akan mudah mendekati masyarakat. Semasa pelaksanaan khidmat komuniti dijalankan, terdapat ahli yang dilantik sebagi ketua. Oleh itu, mereka diberi peluang untuk memberi arahan dan memastikan semua ahli melakukan kerja dengan baik. Idea dan fikiran yang dilontar mampu melicinkan kerja yang dilakukan.

3.0 Laporan AktivitiPelaksanaan khidmat komuniti ini dijalankan pada 11 September 2014 pada jam 7.30 pagi. Setiap unit perlu menjalankan khidmat komuniti ini mengikut keperluan unit masing-masing. Bagi unit pengakap, aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan ialah pembersihan tapak perkhemahan, pembersihan tandas, pembersihan tapak masakan, pembersihan sekitar dewan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan bagi menunjukkan sikap bertanggungjawab peserta sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan kerana membenarkan aktiviti dilakukan di kem tersebut.3.1 Sebelum AktivitiSebelum aktiviti ini dilaksanakan, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengetuai pelaksanaan khidmat komuniti ini yang diterajui oleh saudara Zikri bin Zaimani. Beliau dengan beberapa orang ahlinya mengatur pelaksanaan khidmat komuniti ini bagi melancarkan pelaksanaan aktiviti tersebut. Beberapa kumpulan telah diagihkan untuk melaksanakan aktiviti khidmat komuniti ini. Kumpulan yang terlibat ialah kumpulan mengemas alatan gajet, mengemas khemah, membersih tandas, mengemas peralatan dan juga membersihkan tapak memasak. Aktiviti pembersihan ini dilakukan sekitar kawasan tapak perkhemahan dan kawasan sekitar. 3.2 Semasa AktivitiSeawal jam 7.30 pagi, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti khidmat komuniti ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh para peserta ialah mengemas khemah yang telah digunakan. Khemah dikemas mengikut kumpulan peserta yang menggunakan khemah tersebut. Khemah perlu dipastikan dalam keadaan yang baik semasa menyimpan di dalam beg khemah agar dapat digunakan oleh peserta-peserta lain dimasa akan datang. Semua kumpulan dapat mengemas dan menyimpan khemah dengan baik disamping pemantauan jurulatih di sekitar tapak perkhemahan. Aktiviti kedua khidmat komuniti ialah pembersihan tandas, peralatan, tapak memasak, gajet dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan bagi memudahkan dan menjimat masa khidmat komuniti yang dilakukan. Bagi kumpulan membersihkan tandas, mereka membersihkan tandas surau dan tandas dewan. Antara peralatan yang digunakan ialah mop lantai, berus, dan juga beberapa peralatan lain. Aktiviti pembersihan tandas ini juga melibatkan ahli kumpulan daripada unit-unit lain. Hal ini kerana tandas yang digunakan turut sama dipakai oleh unit-unit lain. Kerjasama yang terbentuk melalui aktiviti ini dapat dieratkan dan dijadikan sebagai penanda aras kepada persefahaman antara peserta.Bagi kumpulan pembersihan tapak memasak, para peserta diarahkan untuk memastikan segala peralatan memasak mencukupi dan tapak yang digunakan bersih. Peralatan memasak ini ditugaskan kepada Fatihah Mohd selaku ketua memasak bagi perkhemahan perdana pada kali ini. Antara peralatan yang digunakan untuk pembersihan tapak memasak ialah penyapu, mop lantai, berus dan sebagainya. Aktiviti pembersihan peralatan memasak dan juga tapak ini mengambil masa yang agak panjang memandangkan para peserta perlu membasuh segala alatan memasak yang digunakan. Alhamdulillah walaupun mengambil masa yang agak panjang, kerja pembersihan tersebut dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.Seterusnya berkenaan kumpulan pembersihan tapak perkhemahan. Para peserta diminta untuk memastikan kawasan tapak perkhemahan bersih seperti sebelum digunakan. Antara peralatan yang digunakan ialah penyapu, pencakar, penyodok dan sebagainya. Para peserta mengutip sampah-sampah di sekitar kawasan perkhemahan dan juga mencakar daun-daun kering untuk dikumpulkan dan diletakkan di satu tempat. Kerja pembersihan tersebut berjalan dengan baik dan kawasan tapak perkhemahan tersebut bersih.

3.3 Selepas Aktiviti Aktiviti khidmat komuniti tamat pada jam 10.00 pagi. Semua kumpulan dapat menyiapkan tugasan masing-masing pada jam yang telah ditetapkan. Kerjasama yang terbentuk oleh para peserta kem dapat mempercepatkan aktiviti pembersihan tersebut. Segala sampah-sampah yang telah dikutip dan diletakkan di satu tempat telah dibakar di kawasan pembakaran sampah. Semua kawasan aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan bersih dan seperti sediakala.

4.0 RumusanAlhamdulillah, segala aktiviti yang dirancang di dalam pelaksanaan khidmat komuniti ini berjalan dengan baik dan lancar dengan penglibatan keseluruhan ahli Pengakap IPG Kampus Pendidikan Islam. Kesemua ahli dan peserta kem dapat menunjukkan sikap prihatin terhadap rakan seperjuangan dan semangat setiakawan yang tinggi sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Jurulatih-jurulatih berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta kem perhemahan perdana tersebut.

Disediakan Oleh,

(MUHAMMAD AFIQ MOHAMED)Ahli Pengakap,IPG Kampus Pendidikan Islam.

Refleksi Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wataala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana saya telah berjaya menjalani Kursus Manik Kayu 1 bertempat di Ulu Sepri Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk memantapkan lagi nilai kepimpinan dalam diri para pelatih guru khususnya unit pengakap untuk terus aktif bergiat dalam unit beruniform serta dalam mempersiapkan lagi diri saya kearah menjadi pemimpin yang cemerlang,aktif,berintergriti dan berkualiti tinggi selaras seperti yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia. Unit Beruniform merupakan satu program yang memberi banyak impak yang positif dalam kehidupan seorang yang bakal bergelar pendidik pada suatu hari nanti, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta khususnya pengakap semasa menjalani program unit beruniform ini amat berguna untuk di aplikasi dalam kehidupan. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk di aplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna .Program unit beruniform ini juga telah mendedahkan dan mengajar saya tentang pengurusan masa yang tepat, kerjasama antara semua rakan, kekentalan semangat juang yang tinggi dan tabah menempuhi semua halangan dan rintangan. Di samping itu juga, ia juga telah melatih saya untuk bermasyarakat memandangkan program kali ini kami telah diberikan kursus manik kayu 1. Selain itu juga, ini banyak perkara baru yang telah saya peroleh sepanjang menyertai unit beruniform pengakap untuk di manfaatkan dalam mendidik para murid nanti. . Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat komuniti ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Akhir kata, semoga penglibatan dalam unit beruniform ini telah menambah pengetahuan, pengalaman dan memantapkan kemahiran perkhemahan selain memupuk sikap dan nilai murni dalam kalangan pelajar dan diharap ia dapat dimanfaatkan ketika memimpin pasukan unit beruniform di sekolah kelak.