kertas cadangan perkhemahan puteri islam

Upload: zarina-bt-juki-ina

Post on 04-Apr-2018

473 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    1/13

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI 2012

    KOD KURSUS : HBEF 2703

    PENDIDIKAN KOKURIKULUM

    TAJUK TUGASAN:

    KOKURIKULUM

    ( KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM )

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    2/13

    KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM

    SMK KULAI BESAR

    SEKOLAH MENENGAH KEBANSAAN KULAI BESAR

    BATU 19,81400 KULAIJAYA,

    JOHOR

    PERKHEMAHAN

    PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 2012

    TARIKH :

    25 HINGGA 27 MEI 2012

    TEMPAT:

    PADANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR,

    81400 KULAIJAYA,

    Johor.

    ANJURAN:

    PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR

    81400 KULAIJAYA

    JOHOR

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    3/13

    PENGENALAN

    Perkhemahan unit beruniform adalah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang

    amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan

    juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.

    Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran

    baru dan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Di samping

    dapat menimba pengalaman, perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-

    murid untuk menonjolkan kemampuan diri mereka dan mengeratkan tali persaudaraan sesama

    murid dan juga guru-guru.

    RASIONALPerkhemahan unit beruniform (Pergerakan Puteri Islam Malaysia) merupakan aktiviti

    pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform SMK Kulai

    Besar, Kulaijaya, Johor. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid

    sekolah ini dalam aktiviti perkhemahan di samping menyemai sikap dan nilai kerjasama dan

    berdikari dalam diri murid-murid sekolah menengah. Selain itu, aktiviti ini dilaksanakan

    selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal

    insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam

    bidang kokurikulum.

    OBJEKTIF

    Pada akhir perkhemahan ini, peserta perkhemahan akan dapat :

    1. Merasai pengalaman dalam menyertai perkhemahan.

    2. Membentuk diri yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap

    situasi.

    3. Melatih diri untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alamsekitar.

    4. Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas

    semasa mereka menyertai aktiviti berkumpulan.

    5. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

    6. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

    sosial.

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    4/13

    JAWATANKUASA PELAKSANA

    PENAUNG

    Puan Tan Moi Yan

    (Pengetua)

    KETUA PERKHEMAHAN

    Encik Tahir bin Omar

    (GPK Kokurikulum)

    KEM KOMANDAN

    Encik Sukor bin Rosli

    SETIAUSAHA PERKHEMAHAN

    Puan Zarina bt. Juki

    GURU PENASIHAT:

    1. Puan Zarina bt Juki (Ketua)

    2. Puan Norhaisarah bt. Akhbar

    3. Puan Nurhasanah bt. Abu Bakar

    4. Puan Mardiana bt. Hashim

    5. Puan Siti Raudhah bt. Mohamed

    6. Cik Azizah bt. Mohd. Diah

    Pengerusi : Hazimah bt. Roslan

    Timbalan Pengerusi : Nur Shahira bt. Hisyam

    Setiausaha : Siti Amanina bt. Norman

    Bendahari : Nur Fazilah bt. Buang

    AHLI JAWATANKUASA

    AJK Makanan : Nurul Fazlina bt. Faizal (Ketua)

    Syarifah Fitri bt. Syed Lokman

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    5/13

    AJK Kerohanian : Zulaila Dewi bt. Ahmad (Ketua)

    Nur Farhana bt. Salleh

    AJK Hadiah dan Sijil : Nur Aifa bt. Mustafa (Ketua)

    Siti Jazlina bt. Mohd. Faizal

    AJK Disiplin : Nur Atikah bt. Hashim (Ketua)

    Afriena Nadhira bt. Mohd. Asri

    AJK Peralatan : Nur Fatehah bt. Ismail (Ketua)

    Nuraini bt. Hamran

    AJK Kebajkan : Nur Natasya Ainira bt. Razmi (Ketua)

    Nurhasyimah bt. Kasali

    AJK Pertandingan : Siti Suhana bt. Zainal (Ketua)

    Nurul Jannah bt. Zulhana

    BUTIRAN PERKHEMAHAN

    Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

    i. Hari : Jumaat hingga Ahad

    ii. Tarikh : 25, 26 dan 27 Mei 2012

    iii. Tempat : Padang SMK Kulai Besar, 81000 Kulaijaya,Johor.

    iv. Jurulatih : Guru-guru dari SMK Kulai besar

    SASARAN PENYERTAAN

    Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, SMK Kulai

    Besar seramai 60 orang peserta.

    SUMBER KEWANGAN

    Peruntukan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    6/13

    ANGGARAN PERBELANJAAN

    Bil. Perkara Kuantit

    i

    Harga

    (RM)

    Kos Perbelanjaan Jumlah

    1 Makan bagi 40 orang

    peserta

    60 RM 10 60 x RM 10.00 x 3 hari RM 1 800.00

    2 Makan bagi 7 orang

    guru

    4 RM

    15.00

    7 x RM 15.00 x 3 hari RM 315.00

    3 Hadiah RM 150.00

    4 Sijil Penyertaan 60 Sumbangan sekolah

    JUMLAH RM 2 265.00

    MENU MAKANAN DAN MINUMAN

    (Untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan)

    Jumaat 25 Mei 2012 Menu

    Minum petang Air teh, roti dan kuih

    Makan malam Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air sirap

    Sabtu 26 Mei 2012 Menu

    Sarapan pagi Mi goreng, air teh

    Minum pagi Air Milo,kuih

    Makan Tengah hari Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air orenMinum petang Air teh, roti bun

    Makan malam Nasi putih, ikan goreng, sayur, air sirap

    Ahad 27 Mei 2012 Menu

    Sarapan pagi Air nescafe, nasi lemak, sambal ikan bilis, telur rebus.

    Minum pagi Air teh, kuih

    Makan tengah hari Nasi putih, ayam masak merah, sayur campur, air sirap

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    7/13

    TENTATIF PROGRAM

    HARI PERTAMA ( Jumaat 25 Mei 2012)

    MASA AKTIVITI

    12.00 01.00 ptg Pendaftaran, Taklimat dan membina khemah

    Aktiviti 1 Jalinan Silaturahim

    1.00 2.30 ptg Pengurusan Diri,makan dan solat

    2.30 04.00 ptg Gajet, ikatan dan simpulan

    04.00 05.00 ptg Tatacara perjumpaan dan kawat kaki.

    05.00 09.00 mlm Pengurusan diri, makan, solat dan tazkirah

    09.00 -11.00 mlm Aktiviti 2 Ice Breaking : Menuju Impian Dunia dan Akhirat

    11.00 mlm Minum malam dan tidur

    HARI KEDUA (Sabtu 26 Mei 2012)

    MASA AKTIVITI

    05.00 07.00 pagi Qiamullail

    Solat Subuh/ tazkirah

    07.00 7.30 pagi Senaman, Tatacara Perjumpaan

    07.30 09.00 pagi Minum pagi, dan pengurusan diri

    09.00 12.00 tgh Aktiviti 3 - Ikhtiar hidup : Pertandingan Masakan Tanpa Api dan Ala

    Rimba

    12.00 02.00 ptg Pengurusan diri, makan tengah hari dan solat

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    8/13

    02.00 04.00 ptg Aktiviti 4 Pertolongan Cemas

    04.00 05.00 ptg Tatacara Perjumpaan dan Senam Robik

    05.00 09.00 mlm Pengurusan diri, makan, solat dan tazkirah

    09.00 10.30 mlm Malam Kebudayaan

    10.30 11.00 mlm Minum malam

    11.00 malam Tidur dan jaga malam.

    HARI KETIGA (Ahad 27 Mei 2012)

    MASA AKIVITI

    05.00 07.00 pagi Pengurusan diri, solat subuh

    07.00 07.30 pagi Senaman pagi

    07.30 08.30 pagi Sarapan pagi

    08.30 10.30 pagi Aktiviti 5 Khidmat Masyarakat

    10.30 11.30 pagi Pengurusan Khemah

    11.30 12.00 tgh Refleksi dan Majlis Perasmian Penutup

    12.00 01.00 ptg Makan Tengah hari

    Bersurai (pulang ke rumah masing-masing)

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    9/13

    TUGAS JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

    TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKANAN

    1. Memastikan para peserta perkhemahan mendapat makanan yang disediakan pihak

    pengurusan.

    2. Memastikan pinggan dan cawan yang digunakan disusun di tempat yang betul setelah

    digunakan.

    TUGAS JAWATANKUASA KEROHANIAN

    1. Memantau dan memastikan semua peserta perkhemahan menunaikan solat berjemaah(kecuali uzur) dan mengikuti tazkirah.

    TUGAS JAWATANKUASA HADIAH DAN SIJIL

    1. Menyediakan tempat untuk menyusun cenderamata.

    2. Menyediakan dulang, alas meja, bunga dan sebagainya untuk hiasan.

    3. Membantu dan menyelaraskan tugas dan tanggungjawaab di atas pentas dengan

    pengerusi, pengacara majlis penutupan rasmi dan jawatnkuasa pertandingan.

    TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN

    1. Membantu dan memantau peserta perkhemahan.

    2. Sentiasa mengingatkan, memberi teguran kepada peserta perkhemahan sepanjang

    perkhemahan.

    3. Melaporkan kepada guru penasihat yang bertugas jika perlu.

    TUGAS JAWATANKUASA PERALATAN

    1. Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan sepanjang perkhemahan.

    2. Meyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti dan pertandingan yang

    dijalankan semasa perkhemahan.

    3. Menyemak peralatan sebelum meminjam dan semasa memulangkan.

    4. Membantu mengemas, menyusun peralatan ke dalam stor.

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    10/13

    5. Memastikan semua peralatan bersih/ dibersihkan sebelum disimpan semula ke dalam

    stor.

    TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN

    1. Menjaga kebajikan peserta perkhemahan.

    2. Membantu peserta perkhemahan yang menghadapi masalah dan melaporkan kepada

    guru penasihat yang bertugas jika perlu.

    TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN

    1. Memantau persediaan menjalankan pertandingan.

    2. Memastikan setiap kumpulan yang menyertai pettandingan membuat persediaan

    dengan sebaiknya.

    3. Memantau perjalanan pertandingan.

    BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP PESERTA

    1. Pakaian seragam PPIM berserta kasut hitam.

    2. Seluar panjang / track bottom.

    3. T-shirt PPIM/ T-shirt PJ

    4. Baju kerja secukupnya.

    5. Stoking 6 pasang

    6. Kasut sukan dan selipar.

    7. Perkakasan mandi.

    8. Pakaian Solat dan sejadah.

    9. Alat tulis dan buku catatan.

    10. Wisel.

    11. Selimut

    12. Tikar/ surat khabar.

    13. Baju hujan jika perlu.

    14. Sleeping beg.

    15. First Aid (1 sahaja)

    16. Kain Anduh

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    11/13

    PENUTUP

    Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam

    Malaysia (PPIM) ini dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang

    paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu

    diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak

    sekolah. Semoga segala matlamat dan objektif perkhemahan dapat direalisasikan semasa

    perkhemahan tersebut.

    Disediakan oleh,

    ......................................

    ( ZARINA BINTI JUKI )

    Setiausaha,

    Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia,

    SMK Kulai Besar,

    Kulaijaya, Johor.

    Disahkan oleh,

    .......................................

    TAN MOI YAN

    Pengetua,

    SMK Kulai Besar,

    Kulaijaya, Johor.

    GAMBAR GAMBAR PERKHEMAHAN

    PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

    SMK KULAI BESAR

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    12/13

    Ahli Puteri menjalankan aktiviti Pertolongan Cemas.

    Ahli PPIM bekerjasama mendirikan khemah

  • 7/30/2019 Kertas Cadangan Perkhemahan Puteri Islam

    13/13

    Bekerjasama dalam satu kumpulan.

    Para peserta perkhemahan sedang solat Zuhur secara berjemaah.