kertas kerja perkhemahan krs daerah

Upload: mohdameri57

Post on 08-Oct-2015

271 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

Disediakan oleh ,

SEKRETARIAT KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA

DAERAH PADANG TERAP PENDANG

2006

KERTAS KONSEP

PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH

DAERAH PADANG TERAP PENDANG

TAHUN 2006

RASIONAL

Kadet Remaja Sekolah Kedah akan mengelolakan Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Malaysia tahun 2006 dan Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Negeri Kedah Darul Aman tahun 2006 . Adalah menjadi tanggungjawab penting bagi Sekretariat Kadet Remaja Sekolah(KRS) Daerah Padang Terap Pendang untuk mencungkil, mendidik dan melatih serta menguji anggota-anggota terpilih dari setiap sekolah menengah daerah ini sebagai persediaan menghadapi kedua-dua aktiviti tersebut.

Anggota Kadet Remaja sekolah (KRS) yang melepasi piawaian dalam perkhemahan daerah ini akan dicalonkan untuk mewakili daerah PTP dalam perkhemahan-perkhemahan tersebut serta layak untuk diberi kenaikan pangkat Koperal KRS .

MATLAMAT

Melahirkan anggota KRS peringkat sekolah dalam daerah Padang Terap Pendang yang berkebolehan dan berkeyakinan dalam semua program perkhemahan di samping memiliki daya tahan dalam melakukan program lasak Kadet Remaja Sekolah. Sesuatu yang penting juga ialah perkhemahan ini akan dapat melahirkan anggota yang berpangkat bagi memenuhi keperluan platun KRS di sekolah-sekolah.

OBJEKTIF

1. Memastikan peserta dari daerah Padang Terap Pendang berjaya mencapai tahap kemahiran

semua aktiviti yang bakal dilaksanakan di perkhemahan negeri .

2. Melatih, memilih dan memahirkan bakal-bakal jurulatih pengiring, ketua Platun , ketua seksyen dan anggota platun KRS PTP dengan simulasi suasana perkhemahan peringkat tinggi.

3. Menilai dan menyelesaikan halangan bagi kontingen KRS PTP mengulangi kecemerlangan

tahun-tahun sebelumnya.

4. Melaksana dan menyemarakkan program yang dirancang bagi KRS PTP .

5. Menjadi landasan memilih anggota putera dan puteri KRS Padang Terap / Pendang ke

Perkhemahan Negeri dan Kursus Sarjan negeri.

6. Menambah bilangan anggota KRS yang berpangkat serta berkemahiran sebagai pemimpin

peringkat seksyen di sekolah-sekolah menengah daerah Padang Terap / Pendang

KUMPULAN SASARAN

Anggota KRS yang berkelayakan dari sekolah-sekolah menengah PTP seramai orang iaitu lelaki dan perempuan setiap sekolah . Mereka merupakan anggota KRS daripada tingkatan 2, atau 3, atau 4, atau 5 di setiap sekolah . Jumlah pelajar 102 orang dan jumlah pegawai pula seramai 14 orang .Jumlah keseluruhan pegawai dan peserta ialah 116 orang.

PELAKSANAAN

i.TARIKH

23 Februari 2006 hingga 25 Februari 2006

( Khamis hingga Sabtu )

ii.MASA PENDAFTARAN

8.30 pagi 9.30 pagi 24 Februari 2006

iii.TEMPAT

Pusat Ko-kurikulum Daerah Padang Terap Pendang , SK Sungai Tiang B

YURAN

Setiap peserta dikenakan bayaran pengurusan sebanyak RM 5.00 menggunakan wang SUWA sekolah..

PENGINAPAN

Peserta akan bermalam di dalam khemah. Setiap sekolah diminta menyediakan 2 khemah .

MAKAN

Makanan akan dimasak dan disediakan oleh JK Makanan Perkhemahan mulai minum petang

hari pertama sehingga minum pagi hari terakhir . Selain dari masa tersebut makanan akan dibekalkan oleh pembekal makanan .

PENGANGKUTAN

Pengangkutan peserta pergi dan balik diuruskan oleh pihak sekolah.

AKTIVITI PERKHEMAHAN ( Rujuk Lampiran 2 Jadual )

i. Bercorak Pertandingan :

Kraf Perkhemahan , Kawad Individu , Persembahan Kumpulan , Memasak Kumpulan

ii.Bercorak Integrasi :

Permainan Tradisional , Bantu Mula , Membaca Kompas

AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

Pengerusi

: Lt . Kol (KRS) Hj. Ibrahim b. Hashim

Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap/Pendang

Timbalan Pengerusi

: Mejar (KRS) Samsudin b. Yusof

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

Unit Pembangunan Manusia ( HEM )

Naib Pengerusi 1

: Mejar (KRS) Abu Hassan b. Baharom

Guru Besar SK Sungai Tiang

Naib Pengerusi 2

: Kapten (KRS) Hj. Zainol b. Hj Abdullah

Penyelia Kokurikulum

Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap / Pendang

Setiausaha

: Kapt (KRS) Amir b. Mat Rejab

Pegawai Tadbir KRS

Daerah Padang Terap /Pendang

Penolong Setiausaha

: Kapt (KRS) Patimah bt. Khairuddin

Pegawai Hal Ehwal Wanita KRS

Daerah Padang Terap / Pendang

Bendahari Kehormat

: Kapt (KRS) Roshidi b. Derani

Pegawai Istiadat KRS

Daerah Padang Terap / Pendang

JAWATANKUASA KERJA

1. Urusetia Sekretariat KRS PTP

2. Kem Komandan Lt (KRS) Elyas b. Abdullah

3. Timbalan Kem Komandan Lt (KRS) Saliza bt. Saad

4. Ketua jurulatih / Jawatankuasa Aktiviti / Kapt (KRS) Mohd Zahir b. Mohd Syed

Penilaian

5. Jawatankuasa Pendaftaran / Sijil / Dokumentasi Lt (KRS) Ridhuan b. Aini

6. Jawatankuasa Persiapan Tempat / Siaraya Lt.M ( KRS ) Mohd Zaidi b. Ibrahim

7. Jawatankuasa Jemputan / Sambutan / Majlis Penutup Kapt (KRS) Roshidi b. Derani

8. Jawatankuasa Makanan Lt M (KRS) Sharipah bt Shafie

9. Jawatankuasa Kerohanian / Khidmas Lt. (KRS) Mohamad b. Zakaria

10. Jawatankuasa Peralatan / Pengangkutan Lt.M (KRS) Shah Jehan b. Kassim

11. Jawatankuasa Moral / Keselamatan / HEWA Lt.M ( KRS ) Salwa bt Omar

TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA KERJA

JAWATAN KUASA

TUGAS / PERANAN

1. Kem Komandan

i. Menyediakan peraturan- peraturan perkhemahan.

ii.Memastikan segala aspek tugasan, aktiviti dan, latihan berjalan lanca r serta mendapatkan maklum balas daripada jurulatih dan AJK.

iii.Memberi taklimat awal , taklimat jurulatih dan ucapan penutup.

iv.Mempengerusikan mesyuarat harian atau O Group .

v. Menentukan dan memastikan objektif aktiviti tercapai

viMenyediakan jurulatih gantian , rancangan alternatif dan rancangan latihan tambahan jika perlu.

v. Memantau keselamatan , kebajikan dan tingkah laku semua peringkat anggota

2. Timbalan Kem Kom

i. Membantu tugas-tugas kem komandan.

ii. Mengambil alih tugas kem komandan semasa ketiadaan kem komandan.

iii. Mengumpulkan barang-barang berharga dan benda-benda larangan daripada para peserta dan menyerahkan kembali pada hari akhir perkhemahan .

iv. vi. Membantu menyusun dan melaksanakan acara taklimat awal dan upacara penutup .

3.Jawatankuasa Pendaftaran / Sijil /

Dokumentasi . Menyedia / mengurus cara pendaftaran

Menyediakan borang yang berkaitan

Menerima dan mendaftar anggota KRS yang datang

Menyusun anggota KRS yang telah mendaftar kepada kumpulan yang telah di tetapkan

Mengambil gambar dan menyusun dokumentasi sepanjang perkhemahan .

Mendapatkan sijil dan mencetak

Menyediakan komputer dan pencetak

Menyediakan data data anggota .

Melengkapkan data penting bilik urusetia

4. Jawatankuasa Persiapan Tempat /

Siaraya Menguruskan tempat-tempat khas yang perlu untuk program beserta kemudahan yang sesuai

* Menyedia dan melabel tempat khas yang diperlukan seperti

i. ruang pendaftaran , ruang makan

ii. bilik urusetia , bilik mesyuarat

iii. bilik air peserta , pegawai

lelaki dan perempuan

iv. Dewan perasmian majlis penutupan

Menyediakan kemudahan lampu , generator

, dan pembesar suara.

* Memastikan kawasan perkhemahan sentiasa

bersih .

5. Jawatankuasa Aktiviti dan Penilaian Menyusun aktiviti pengisian perkhemahan sesuai dengan objektif perkhemahan.

Menyediakan borang markah untuk ujian-ujian yang berkaitan

Menyusun petugas yang sesuai untuk setiap aktiviti ujian yang dicadangkan

Memastikan setiap aktiviti yang

dirancang berjalan dengan lancar.

Memantau dan memilih bakal peserta PTP

Menyediakan peralatan untuk aktiviti.

Merancang slot bercorak akademik.

6. Jawatankuasa Jemputan / Sambutan / Majlis Penutup

Mengenalpasti tetamu untuk dijemput menghadiri majlis penutupan

Merancang majlis dan menyusun petugas khas untuk sambutan pada hari pendaftaran dan penutupan perkhemahan.

Menguruskan surat siaran dan makluman

Teks ucapan VIP , Kem Kom dan MC serta doa

Menyambut peserta , dan tetamu

7.Jawatankuasa Makanan

Menyusun menu peserta dan VIP

Memastikan penyediaan makanan dan minuman peserta dan pegawai bertugas menepati waktu dan menu yang dicadangkan

Memastikan air minuman disediakan sepanjang masa

Berurusan dengan pihak pembekal bahan

mentah.

Menyusun petugas penyediaan makanan.

8.Jawatankuasa Keselamatan / Moral /

HEWA Makluman kepada pihak Polis, Rela dan Kesihatan jika perlu.

Mendapatkan nombor telefon pihak tersebut sebagai persediaan.

Memastikan kawalan keselamatan disusun sepanjang aktiviti perkhemahan berjalan

Menguruskan kebajikan wanita .

Menguruskan peserta sakit.

Menyedia program moral untuk peserta bukan Islam dan petugasnya.

9. Jawatankuasa Kerohanian dan Khidmas

Mencari petugas berkaitan slot-slot kerohanian termasuk bacaan Yassin.

Memastikan peserta kursus hadir dan mengikut slot kerohanian yang dijalankan

Merancang , melaksanakan dan memantau khidmas mengikut jadual aktiviti yang telah dicadangkan.

Menyediakan alat untuk Khidmas.

10. Jawatankuasa Peralatan /

Pengangkutan Menyediakan peralatan untuk perkhemahan terutama untuk memasak dan minuman .

Mencari dan menyediakan set hidangan pegawai

Mengumpul , mengeluar , dan memulangan peralatan.

Menyediakan giliran pengangkutan sepanjang masa .

JADUAL KURSUS

Rujuk Lampiran 2

SUMBER KEWANGAN DAN BELANJAWAN

Sumber Kewangan akan diperolehi daripada :

i.Peruntukan PPD untuk makan minum dan tuntutan pegawai.

ii.Yuran pendaftaran peserta seramai 102 orang x RM 5.00 = RM 510.00

PENUTUP

Kerjasama ahli jawatankuasa kerja perkhemahan dan Pejabat Pelajaran Daerah PTP sepanjang perkhemahan ini dijalankan ini diharap akan meningkatkan lagi martabat KRS Daerah Padang Terap / Pendang . Semoga dengan semangat ini ditambah lagi dengan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan membuahkan lagi kejayaan kepada KRS daerah PTP . Berilmu , Beriman , Beramal .

Disediakan oleh ,

KAPT. (KRS) AMIR B. MAT REJAB

Pegawai Tadbir KRS

Daerah Padang Terap Pendang.

LAMPIRAN 1

PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

DAERAH PADANG TERAP PENDANG 2006

A. Keperluan Peralatan Peserta:

1.Pakaian seragam No. 4 dan baju T KRS

2.Kasut spike

3. Pakaian sukan dan kasut sukan

4.Pakaian sembahyang

5. Pakaian untuk aktiviti lasak

6.Peralatan mandi / tidur

7. Lampu suluh

8.Ubat peribadi ( jika diperlukan )

9. Buku nota / alat tulis

10. Kain anduh 3 Segi

10.Pinggan , sudu , dan gelas plastik.

11. Surat Kebenaran Waris.

12. Kad Pengenalan

13.Baju Hujan .

Lampiran

SENARAI KEPERLUAN PERALATAN

URUSETIA DAN JK-JK PERKHEMAHANBIL.NAMA ALATKUANTITITINDAKANCATATAN

1Khemah Plastik10Zaidi

2Khemah Igloo tambahan4Ust. Mat , Zafri

3Gergaji , Parang2Amir , Zahir

4Cangkul2Ust. Mat

5Payung Besar2Amir

6Wayar Hitam100 mZaidi ,

7Generator1Zaidi

8LampuSecukupnyaZaidi

9Klip board8Azhar

10Komputer , Pencetak , Ink , Kertas , Sijil2 setRidhuan

11Hailer , Bateri1Amir

12Tali putih2 gulungZahir

13Tali raffia2 gulungAmir

14Tali jut2 kiloAmir

15Tong air minuman2Shah Jehan

16Tangki air poli1Shah Jehan

17Baldi4Shidi

18Gayung10Timah

19Peti Ubat , Stretcher1Amir

20Buku Yasin100Ust. Mat

21Walkie Talkie , Kompas4Zaidi , Fauzi

22Set Bendera , Banner PPD1 setZahir , Amir

23Wisel2Roshidi

24Set makan 15 Pegawai1 setSyaripah

25Periuk Besar1Elyas , Syah

26Periuk Sedang3Elyas , Syah

27Cerek4Elyas , Syah

28Belanga , Kuali kecil1 + 4Elyas , Syah

29Dapor Gas4Elyas , Amir

30Tong Gas2Elyas , Syah

31Tungku2Syah Jehan

32Belerang4 kiloSalwa

33Pisau , Cutting board6 + 6Salwa , Ruzaini

34Besen , besen kecil2 + 4Timah , Ruzaini

35Penapis beras / sayur2Timah , Ruzaini

36Senduk , sodep besar , kecil2 set + 4Syah Jehan

37Tag Nama , tali115Ridhuan

38Buluh sateZahir

39Alat MuzikSMK Sy. Ibra.

Lampiran 5

Senarai Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa

Perkhemahan KRS Daerah Padang Terap Pendang 2006

Tarikh : 16 Februari 2006

Masa : 9.00 pagi

Tempat: Pejabat Pelajaran Daerah , Padang Terap Pendang

BilNamaSekolahN0. Tel.T/ Tangan

1.Samsudin b. Yusoff

PPD PTP

2Amir b. Mat Rejab

SMK T. Temenggung

3Roshidi b. Derani

SMK Naka

4Mohd Zahir b. Mohd Syed

SMK Dato Syed Ahmad

5Mohd Ridhuan b. Aini

SK Padang Terap

6Patimah bt. Khairuddin

SMK Kubur Panjang

7Elyas b. Abdullah

SK Bukit Choras

8Shah Jehan b. Kassim

SK Bendang Raja

9Salwa bt Omar

SK Guar Kepayang

10Zaidi b Ibrahim

SK Pokok Asam

11Syarifah bt Syafie

SMK Tobiar

12

Senarai Urusetia / Pegawai

Perkhemahan KRS Daerah Padang Terap Pendang 2006

BilNamaSekolahNo Tel.Catatan

1Amir b. Mat Rejab

SMK T. Temenggung

2Roshidi b. Derani

SMK Naka

3Mohd Zahir b. Mohd Syed

SMK Dato Syed Ahmad

4Mohd Ridhuan b. Aini

SK Padang Terap

5Patimah bt. Khairuddin

SMK Kubur Panjang

6Elyas b. Abdullah

SK Bukit Choras

7Shah Jehan b. Kassim

SK Bendang Raja

8Salwa bt Omar

SK Guar Kepayang

9Zaidi b Ibrahim

SK Pokok Asam

10Syarifah bt Syafie

SMK Tobiar

11Mohd Azhar b. GhazaliSMK Ayer Puteh Dalam

12Saliza bt Saad

SMK Tanah Merah

13Roslan b. Khamis

S. Model Khas Bukit

Jenun

14Mohamad b. Zakaria

SMK Pendang

15Ruzaini bt. Abd Kadir

SK Penghulu Jusoh

LAMPIRAN 3

PERKHEMAHAN KRS DAERAH PTP 2006

Arahan Tetap KemDemi menjaga nama baik bersama menjayakan Perkhemahan ini , semua peserta dengan tiada pengecualian adalah diwajibkan mengikuti segala Arahan Tetap ini sebagai mana tersebut di bawah :

1KAWASAN PERKHEMAHAN

i.Hanya meliputi kawasan SK Sg. Tiang B , surau , dan padang sahaja.

Peserta dibenarkan berada dikawasan lain dengan kebenaran Kem Komandan dan Timbalan Kem Komandan sahaja

2.KAWASAN MANDI

i.Peserta lelaki dan wanita mandi di bilik air dan kolah di bangunan yang ditetapkan sahaja .

3.KAWASAN LARANGAN

i.Tempat mandi jantina lain .

ii.Bilik Urusetia , dan Bilik Mesyuarat.

4MASA

i.Semua peserta dikehendaki berada di tempat aktiviti yang diprogramkan lima minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan . Ketepatan masa adalah diutamakan.

5.SOLAT

i.Secara berjemaah di surau . Sila hadir tepat pada masanya .

ii.Peserta lelaki hendaklah hadir bersembahyang Jumaat dan pulang segera ke perkhemahan

6.ARAHAN KEM / ISYARAT KEM

i.Wisel panjang bertalu-talu : Semua peserta berkumpul di tempat wisel dibunyikan

ii.Bunyi siren Hailer:Semua peserta berkumpul di tempat siren dibunyikan .

ii.Wisel panjang sekali dan pendek bertalu-talu : Semua ketua kumpulan berkumpul di tempat wisel dibunyikan.

iv.Isyarat lain yang mustahak akan dikeluarkan oleh Kem Komandan dari semasa ke semasa.

7.PAKAIAN AKTIVITI

i.Pakai pakaian yang bersesuaian bagi setiap aktiviti .

ii.Dilarang memakai selipar semasa aktiviti kecuali pada masa mandi , sembahyang , atau selepas aktiviti malam tamat .

iii.Tidak mendedahkan aurat atau memakai pakaian yang mendedahkan aurat.

8.BARANGAN LARANGAN

i.Tiada rokok.

ii.Tiada telefon bimbit . Penggunaan sebarang jenis telefon adalah dengan kebenaran Timbalan Kem Komandan .

iii.Keselamatan barangan berharga adalah tanggungjawab sendiri . Sekiranya was-was, sila serahkan kepada Timbalan Kem Komandan untuk disimpan.

9.KESELAMATAN

i.Tidak dibenarkan merayau-rayau dalam kawasan sekolah ini atau bergerak keluar dari kawasan perkhemahan pada sebarang masa tanpa kebenaran Kem Komandan atau Timbalan Kem Komandan.

ii.Tidak dibenarkan membawa masuk orang luar ke dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran Kem Komandan atau Timbalan Kem Komandan .

iii.Sebarang pergerakan malam hendaklah berteman daripada jantina sejenis , bawa lampu suluh . Maklumkan kepada jurulatih atau pengawal malam terlebih dahulu.

iv.Tutup khemah dan beg persendirian sebelum meninggalkan khemah.

v.Jangan terus menyarung kasut. Awas binatang berbisa.

vi.Jangan nyalakan api , ubat nyamuk atau menyimpan benda tajam dalam khemah.

vii.Sebarang masalah kesihatan , kecederaan ,dan keselamatan hendaklah dirujuk terus kepada jurulatih .

viii.Sekiranya berlaku hujan lebat atau petir , jangan bermain-main di luar kawasan bangunan berbumbung .

ix. Awasi tutur kata anda. Jangan bercakap besar. Sebarang keadaan yang mencurigakan hendaklah disampaikan kepada jurulatih .

10.KEBERSIHAN

i.Kebersihan keseluruhan kawasan kem , khemah , bilik air dan tempat masak hendaklah dalam keadaan bersih . Dilarang meninggalkan sabun , bekas sabun , ubat gigi , kotak ubat gigi dan berus gigi di dalam bilik air .

ii.Semua sampah sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah atau plastik sampah.

iii.Pinggan dan bekas minuman hendak dibersihkan sendiri di tempat yang disediakan .

iv.Semua kain , pakaian basahan , dan tuala hendaklah disidai di kawasan yang disediakan dan tidak boleh di sangkut di merata-rata tempat .

11.MAKAN / MINUM

i.Makan di kawasan perkhemahan masing-masing. Jangan makan dalam khemah.

ii.Berbaris sewaktu mengambil makanan. Jangan berebut-rebut.

iii.Basuh bekas makanan di tempat yang disediakan. Sebelum membasuh , bersihkan pinggan anda daripada sebarang sisa makanan / nasi.Disediakan oleh ,

URUSETIA PERKHEMAHAN.

PTP 2006.

Lampiran

SENARAI KEPERLUAN PERALATAN

KONTINGEN PERKHEMAHAN NEGERI PTP 2006BIL.NAMA ALATKUANTITITINDAKANCATATAN

1Khemah Plastik4Beli

2Khemah Igloo tambahan4Pinjam

3Gergaji , Parang4 + 4Beli

4Cangkul2Beli

5Set Makan 7 PegawaiPinjam

6Banner PPD1Bawa

7Set Bendera PPD2Minta

8Wisel2

9Klip board4

10Gayung10

11Peti Ubat 2Pinjam

12Tali putih2 gulungBeli

13Tali raffia3 gulungBeli

14Tali jut2 kiloBeli

15Tong air minuman2Beli

16Tangki air poli1Bawa

17Baldi4Beli

18Periuk Besar2Negeri sediaBeli

19Periuk Sedang3Beli

20Cerek6Beli

21Belanga , kawah1Negeri sediaBeli

22Dapor Gas4Negeri sediaBeli

23Tong Gas2Negeri sediaBeli

24Tungku2Negeri sediaBeli

25Belerang4 kiloBeli

26Pisau , Cutting board4 + 4Beli

27Besen4Beli

28Penapis beras / sayur4Beli

29Senduk , sodep , 3 + 3Beli

30Alat MuzikBawa

31Chop Kuku Kambing2Beli

32

33

34

35

36

37

38

39

PERKHEMAHAN

KADET REMAJA SEKOLAH

DAERAH PADANG TERAP PENDANG

2006

PAGE 1