kertas kerja perkhemahan

Upload: salakmadu2645826987

Post on 03-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENANG85300 LABISJBA 7028

KERTAS KERJAPROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LKTP TENANG

TARIKH22-23 MEI 2015

TEMPATPUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS

KELOLAAN:UNIT KOKURIKULUM SK LKTP TENANG

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan setarakan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM Program Perkhemahan Unit Beruniform SK LKTP Tenang

3.0 RASIONALPerkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

4.0 MATLAMATAntara matlamat program ini ialah seperti berikut:i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih. ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masing-masing. iii. Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi mencabar. iv. Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah swt, dan melahirkan generasi yang tahu menghargai masa . v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan. vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

5.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat: i. Membina generasi yang bersemangat patriotik, cintakan agama, bangsa dan Negara. ii. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. iii. Membina dan memupuk pemimpin dikalangan pelajar yang sentiasa mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan ko kurikulum. iv. Menanam sikap bertoleransi, kerjasama,tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN22-23 Mei 20157.0 ANJURANUnit Beruniform SK LKTP Tenang8.0 PERASMIGuru Besar SK LKTP Tenang9.0 KUMPULAN SASARANTAHUN 633 ORANG

TAHUN 57 ORANG

JUMLAH40 ORANG

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANAANPENGERUSI:Pn. Saadiah bte KhamisGuru Besar SK LKTP TENANG

TIMB. PENGERUSI1:En. Abu Bakar bin Omar (GPK Kokurikulum)TIMB. PENGERUSI 2:En. Rosli bin A.Samad (GPK Kurikulum)TIMB. PENGERUSI 3:Pn. Haslina bte Seliman (GPK HEM)PENYELARAS:Siti Zubaidah bte Khamis BENDAHARI:Pn. Rohaini bte BasriSETIAUSAHA:En. Azli bin AbdullahKEM KOMANDAN : En. Lokman bin SamingonPEN. KEM KOMANDAN:En. Iskandarmiza bin Abd Aziz

Perasmian penutup dan JuruacaraPn.Nur Aini Hikmah bte Lokman

Aktiviti dan Pertandingan En.Yusli bin Yunos

Persiapan Tempat En. Ismail bin Mahadi

Peralatan dan KhemahEn. Lokman bin Samingon

Kawalan Murid/DisiplinEn. Iskandarmiza bin Abd Aziz

KerohanianEn. Azli bin Abdullah

Dokumentasi/ Siaraya/ Buku ProgramPn. Nor Aishah bte Muhammad

Urusetia & Pendaftaran Pn. Arpah bte Diman

Makanan dan MinumanPn. Norhashimah bte Separi

Sijil /Hadiah & CenderamataPn. Rohaini bte Basri

Penginapan PesertaEn. Ismail bin Mahadi (L)Pn. Nur Aini Hikmah bte Lokman (P)

Fizikal/Senamrobik/RiadahPn. Mashitah bte Mokhtar

Keselamatan/Kecemasan/KebajikanPn.Hjh. Maimunah bte Jantan

Kebersihan Jurufoto PerasmiPn. Siti Nur HanisahEn.Saifuladhli bin LatehGuru Besar SK LKTP Tenang

11.0 TENTATIF PROGRAMJUMAAT-(22 MEI 2015)MasaAktivitiTempatTindakanCatatan

3.00petangPendaftaran SurauPn. Arfah bte DimanPn.Hamimah

4:00 petangTaklimat dan pemasangan khemahTapak Rekreasi Kolam Air PanasEn. Ismail bin MahadiEn.Lokman bin SamingonEn.Ismail YDPEn.Taufek Hamidi

5.30 petangIkatan & SimpulanTapak RekreasiEn. Yusli bin YunosEn.KussiniPn. Nur Aini Hikmah bte LokmanPn. Mashitah bte Mokhtar

6.30 petangPersiapan DiriPn. Mashitah bte Mokhtar

7: 30 petangSolat Maghrib & Tazkirah SurauEn.Azli bin Abdullah

8:00 malamMakan MalamPn.Norhahsimah bte SepariPn. Aminah bte Md Aris

8:30 malamSolat IsyakSurauEn. Azli bin Abdullah

9:00 malamPersembahan KumpulanTapak RekreasiPn. Siti Nur HanisahPn. Nur Aini Hikmah bte LokmanPertandingan

10 30 malamMinum MalamPn. Norhashimah bte SepariPn.Suzana bte Sulaiman

11.00 malamTidurKhemahEn. Lokman bin SamingonEn.IskandarmizaEn.SarifudinPn.Maimunah bte JantanPn,Siti Zubaidah bte KhamisPn.Nur Hanisah

SABTU ( 23 MEI 2015)MasaAktivitiTempatTindakanCatatan

5:00 pagiBangun tidur (Persiapan Diri)Pn.Siti Zubaidah bte Khamis

6:00 pagiSOLAT SUBUH + Kuliah SubuhSurauEn. Iskandarmiza bin Abd Aziz

6:30 pagiSenamrobikTapak RekreasiEn.Iskandarmiza bin Aziz

7:00 pagiSarapan pagiKantinPn. Suzana bte SulaimanPn. Aminah bte Md Aris

7.30 pagiMenghias KhemahTapak RekreasiPn.Hjh. Maimunah bte JantanPn. Siti Nur HanisahPertandingan

9:00 pagiJungle TrackingKg. JuasehEn.Lokman bin SamingonEn.Ismail bin MahadiEn.Iskandarmiza bin Abd AzizEn.Azli bin AbdullahPn. Hjh.Maimunah bte JantanPn.Siti Zubaidah bte KhamisPn. Mashitah bte MokhtarPn. Nur Aini Hikmah bte Lokman

Terbuka kepada semua guru dan mereka yang berminat.

11:00 pagiMembuat gajetTapak RekreasiEn.Yusli bin YunosEn. Sahir bin AbdullahEn. Lokman bin SamingonEn. Azli bin AbdullahPertandingan

12:00 t/hariPERSIAPAN DIRIPn.Siti Zubaidah bte Khamis

1:00 petangMakan TengahariPn. Norhashimah bte SepariPn. Arfah bte DimanPn. Norhalijah bte Abd Ghani

1.30petangSolat ZuhurSurauPn. Rohaini bte Basri

2:00 petangMeruntuhkan Khemah & membersihkan kawasan perkhemahanTapak RekreasiSemua Guru

2:30 petangUpacara perasmian penutupTapak RekreasiEn. Sahir bin AbdullahDirasmikan oleh GB SK LKTP Tenang

3:30 petangJamuan dan Bersurai

12.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAHARGA ( RM)JUMLAH

1Sarapan pagiRM 4.00 X 50 orang X 1kaliRM 200.00

2Minum pagi petang& malam2.00 X 50 orang X 2kaliRM 100.00

3Makan tengahari & malam5.00 X 50 orang X 2kaliRM 500:00

4Jamuan penutup2.50 X 40RM 100.00

5Sewa tapak 100.00RM 100.00

6PengangkutanPergi dan balikRM 100.00

7PelbagaiBelian runcitRM 100.00

Jumlah besarRM 1200.00

13.0 SUMBER KEWANGAN

Kutipan MuridRM 15.00 X 40 orangRM 600.00

Sumbangan PIBG RM 100.00

Wang Peruntukan dari SekolahRM 475.00

Sumbangan RM 150.00

Jumlah besarRM 1200.00

14.0 HAKIM PERTANDINGANPertandinganHakim

1Khemah tercantik/terbersihPn. Haslina bte Seliman (Ketua)Pn.Arfah bte DimanPn. Rohaini bte Basri

2Gajet + ikatanEn.Azli bin Abdullah (Ketua)En. Ismail YDPEn.Lokman bin Samingon

3Malam Apresiasi SeniPn.Nur Aini Hikmah bte Lokman (Ketua)Pn. Siti Nur HanisahPn. Mashitah bte Mokhtar

15.0 BIDANG TUGAS PELAKSANAPENYELARAS Membentuk jawatankuasa pelaksana Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

SETIAUSAHA Menguruskan surat menyurat dan laporan penuh program Menyelaras dan menyelia persiapan dan pelaksanaan jawatankuasa program Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

BENDAHARI Menyediakan anggaran dan laporan perbelanjaan Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan

PENDAFTARAN & BUKU PROGRAM Menyediakan borang pendaftaran Menyediakan pamplet aturcara program Mengatur jadual perjalanan program

TEKNIKAL, PERALATAN, DAN PERSIAPAN TEMPAT

Menyedia dan menyusun tempat aktiviti dijalankan. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan.Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

MAKANAN DAN MINUMAN Menyediakan anggaran perbelanjaan Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

DOKUMENTASI DAN JURUFOTO

Menyediakan kain rentang dan backdrop KEM GEMILANG Merakam peristiwa.

HADIAH DAN CENDERAHATI

Menyediakan hadiah dan cenderahati kepada pemenang.

UNIT PENGINAPAN

Menyediakan tempat tidur untuk peserta kem. Memastikan semua peserta kem dapat keperluan tidur yang secukupnya.

UNIT KAWALAN MURID & KECEMASAN

Memastikan semua peserta kem dapat mematuhi jadual perjalanan program. Memastikan semua peserta kem berdisiplin.

UNIT KEROHANIAN

Menyediakan tempat solat. Memberikan tazkirah kepada peserta kem.

UNIT KEBERSIHAN

Memastikan segala tempat yang akan digunakan oleh peserta kem dalam keadaan bersih.

16.0 PENUTUPAdalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkaninsan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat inginberdikari.Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untukmerealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itusendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlakusebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segalabentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu ataukumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh :-

.............................................(SITI ZUBAIDAH BTE KHAMIS)Penyelaras Program Perkhemahan Unit BeruniformSK LKTP TENANG.

Disemak oleh:-

.........................................(EN. ABU BAKAR BIN OMAR)GPK Kokurikulum SK LKTP TENANG

Disahkan oleh:-

......................................(PN.SADIAH BTE KHAMIS)Guru BesarSK LKTP TENANG.