kertas kerja pembangunan makmal matematik ( n )
DESCRIPTION
Kertas Kerja Pembangunan Makmal MatematikTRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PEMBANGUNAN
MAKMAL MATEMATIK
SJK(C) AIR KUNING SELATAN
2014
PENDAHULUAN
SJK ( C ) Air Kuning Selatan merupakan sekolah jenis greb B yang mempunyai murid seramai
120 orang. Sekolah memerlukan makmal Matematik kerana membolehkan murid-murid
membelajari ilmu matematik yang luas secara globalisasi. Selain itu, ia juga berperanan untuk
menarik minat murid terhadap mata pelajaran ini. Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu “Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, maka saya Lee
Yian Nee selaku ketua dan setiausaha panitia matematik bercadang untuk membina sebuah
makmal matematik di SJK (C) Air Kuning Selatan. Maka, dengan ini amatlah berharap
cadangan ni dipertimbangkan dan akan mendapat perhatian dari pihak berkenaan bagi
menjamin kecemerlangan murid dalam menguasai ilmu matematik dan dapat memberi manfaat
kepada generasi baru.
RASIONAL DAN MATLAMAT
Tujuan utama Makmal Matematik ini diadakan ialah memberi peluang kepada murid-murid
untuk menimba ilmu matematik melalui kaedah Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.
Murid-murid juga akan memperoleh pengalaman yang banyak dalam menjalankan penerokaan
dan penemuan berkaitan masalah yang bersangkutan Matematik melalui penyediaan aset-aset
yang telah disediakan dalam Makmal Matematik. Malahan, Makmal Matematik turut dapat
mengurangkan beban cikgu untuk menyediakan peralatan mengajar kerana semuanya telah
disediakan dalam Makmal Matematik.
OBJEKTIF
Penggunaan yang optimum Makmal Matematik dalam kalangan guru pelatih dapat :
a. Memberi motivasi kepada murid-murid untuk meneroka pembelajaran
matematik.
b. Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid-murid akan merasa seronok
dengan matematik.
c. Memupuk perasaan kerjasama dan bertanggungjawab. Murid lebih
bertanggungjawab untuk menjaga asset atau peralatan dalam Makmal
Matematik.
d. Menghargai dan menghayati keindahan matematik menerusi kaedah inquiri
penemuan dan penerokaan.
e. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah matematik
serta mencapai persetujuan bagi penyelesaian yang didapati.
f. Memperkembangkan kekuatan berfikir secara kreatif dan kritis, logik dan
imaginasi melalui aktiviti Matematik sama ada secara kumpulan atau individu.
g. Menghayati dan mengamalkan nilai murni seperti sikap positif, bekerjasama dan
bertanggungjawab.
LOKASI SASARAN
Bolok D, Bolok ini amat sesuai dijadikan pilihan kerana telah disediakan dengan beberapa
kemudahan yang dapat mengurangkan perbelanjaan bagi membina satu makmal komputer.
Sebagai contohnya, kerusi dan dua buah komputer telah disediakan. Malahan, keadaan bilik
tersebut yang kondusif iaitu dari segi keluasan dapat memberi keselesaan kepada murid-murid
untuk menuntut ilmu matematik di situ. Murid – murid boleh menjalani aktiviti matematik di
makmal tanpa gangguan.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Dalam cadangan membina makmal matematik ini, terdapat banyak asset yang perlu disediakan
bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik dijalankan secara
optimum. Maka, Antaranya adalah aset yang disediakan boleh dibahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama adalah aset elektronik manakala bahagian kedua pula adalah aset yang
bukan elektronik. Oleh itu, dengan ini akan didemonstrasikan dalam bentuk jadual aset yang
diperlukan dalam Makmal Matematik yang dicadangkan beserta dengan anggaran
perbelanjaannya sekali
Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.
SUMBER KEWANGAN
Kami mengharapkan sumbangan dari pihak PIBG,pihak koporat,juga mana-mana pihak yang
sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat kami membangunkan, menambah baik
serta mengindahkan makmal matematik.
PENUTUP
Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangan ini boleh mendapat sokongan dari
semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan, membaik pulih serta menceriakan
makmal matematik ini tercapai hendaknya.
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PEMBANGUNAN
MAKMAL MATEMATIK SJK (C) Air Kuning Selatan
PENASIHAT
Pn. Lee Swee Lan
(Guru Besar SJK(C) Air Kuning Selatan)
Pn. Chong Man Dee
(YDP PIBG SJK(C) Air Kuning Selatan)
PENGERUSI
En. Loi Chee Choong
(GK Pentadbiran)
SETIAUSAHA
Cik. Lee Yian Nee
(Guru Penyelaras Makmal Matematik)
AJKCik. Chong Sin Ling
En. Wee Seng Huat
Cik. Loo Pei Ling
Cik Lee Swee Yee(Guru Makmal Matematik)
Disediakan Oleh:-
Disahkan Oleh:-
(LEE SWEE LAN)Guru BesarSJK (C) Air kuning Selatan
(LEE YIAN NEE)
Setiausaha
Program Pembangunan Makmal Matematik
Lampiran 1
Aset-Aset Keperluan Makmal Matematik
Aset-aset elektronik
Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran Harga
(1 unit)
Jumlah (RM)
1. Komputer 7 RM 1100 7 x RM 1100 = RM
7700
2. IWB (Interactive
white Board)
1 RM 10000 1 X RM 10000 =
RM 10000
3. Projektor LCD
(TOSHIBA)
1 RM 2000 1 X RM 2000 = RM
2000
4. Pembesar Suara 1 RM 1000 1 x RM 1000 = RM
1000
JUMLAH RM 20700.00
Aset-aset bukan elektronik
Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran
Harga (1 unit)
Jumalah
1. Almari Kabinet 1 Rm 700 1 x RM 700
= RM 700
2. Almari bercermin kaca
( rendah )
1 RM 600 1 x RM 600
= RM 600
3. Almari Buku 1 RM 400 1 x RM 400
= RM 400
4. Troli ABM 1 RM 50 1 x RM 50
= RM 50
5. Meja murid 8 RM 350 8 x RM 350
= RM 2800
6. Tong Sampah 2 RM 5 2 x RM 5
= RM 5
JUML
AH
RM 4555.00
Jadi, melalui anggaran perbelanjaan yang ditunjukkan di atas, dapat dilihat bahawa
saya telah mengklasifikasikan aset-aset kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan
elektronik.
∴ Jumlah anggaran perbelanjaan
= aset elektronik + aset-aset bukan elektronik
= RM 20700.00+ RM 4555.00
= RM 25255.00