e-fm18.09 jabatan sains matematik utm e-issn no: … · matematik tambahan. program jalinan etos...

6
e-FM JABATAN SAINS MATEMATIK UTM e-FM18.09 Shazirawati Tok Itam Sis Kekwat Hazzirah Hang See Pheng Zarina Fauzi Sekiranya anda mempunyai artikel menarik yang ingin dikongsikan, sila emel- kan kepada: [email protected] cc: [email protected] SIDANG REDAKSI e-FM e-ISSN No: 2636-9753 Konvokesyen Ke-61: 115 Graduan JSM Terima Anugerah Seramai 115 orang graduan daripada Jabatan Sains Matematik, UTM telah menerima ijazah masing- masing di Majlis Konvokesyen ke-61 yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 10 hingga 12 No- vember 2018 yang lalu. Daripada jumlah berkenaan, 20 graduan adalah daripada Ijazah Sarjana dan 14 graduan Doktor Falsafah, manakala 81 graduan daripada Ijazah Sarjana Muda, masing-masing 40 orang daripada Ijazah Sarjana Muda Matematik, dan 41 orang daripada Ijazah Sarjana Muda Ma- tematik Industri. Turut mendapat liputan istimewa sempena konvokesyen kali ini ialah graduan pertama program double-Degree UTM-University of Kent, saudara Foo Woei Ming (gambar). Menerusi program ini, Foo menerima dua ijazah yang berasingan, iaitu Ijazah Sar- jana Muda Sains (Matematik Industri) dari UTM dan BSc in Ac- tuarial Science dari University of Kent. Berita lanjut di https://goo.gl/TdEgtt Best Postgraduate Student Award Abdullahi Ibrahim - PhD Nurhidayah Zaid- MSc Ahmad Qushairi Mohamad - PhD Anugerah Alumni (Sains Teknologi) Ahmad Qushairi Mohamad- PhD Anugerah Kecemerlangan Akademik Antarabangsa Foo Woei Ming - BSc (Industrial Mathematics) Anugerah Alumni Nur Syahirah Mohd Salehuddin - BSc (Mathematics) Anugerah Naib Canselor Yew Siew Chen - BSc (Industrial Mathematics) Anugerah Kecemerlangan Akademik Nur Hanan Humaira Nurhashimah Basri - BSc (Mathematics) Anugerah Kecemerlangan Akademik PERSAMA Nik Fazera Nik Azeman - BSc (Industrial Mathematics) Beberapa orang graduan JSM turut menerima anugerah-anugerah tertentu bersempena majlis kon- vokesyen ke-61 ini. Berikut merupakan senarai penerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan! 1/6

Upload: lamtu

Post on 29-Jun-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M

e-FM18.09

S h a z i r a w a t i

T o k I t a m

S i s K e k w a t

H a z z i r a h

H a n g S e e P h e n g

Z a r i n a

Fauzi

Sekiranya anda

mempunyai artikel

menarik yang ingin

dikongsikan, sila emel-

kan kepada:

[email protected]

cc: [email protected]

SIDANG

REDAKSI

e-FM

e-ISSN No: 2636-9753

Konvokesyen Ke-61: 115 Graduan JSM Terima Anugerah

Seramai 115 orang graduan daripada Jabatan Sains Matematik, UTM telah menerima ijazah masing-

masing di Majlis Konvokesyen ke-61 yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 10 hingga 12 No-

vember 2018 yang lalu. Daripada jumlah berkenaan, 20 graduan adalah daripada Ijazah Sarjana dan 14

graduan Doktor Falsafah, manakala 81 graduan daripada Ijazah Sarjana Muda, masing-masing 40

orang daripada Ijazah Sarjana Muda Matematik, dan 41 orang daripada Ijazah Sarjana Muda Ma-

tematik Industri.

Turut mendapat liputan istimewa sempena konvokesyen kali ini

ialah graduan pertama program double-Degree UTM-University

of Kent, saudara Foo Woei Ming (gambar). Menerusi program

ini, Foo menerima dua ijazah yang berasingan, iaitu Ijazah Sar-

jana Muda Sains (Matematik Industri) dari UTM dan BSc in Ac-

tuarial Science dari University of Kent. Berita lanjut di

https://goo.gl/TdEgtt

Best Postgraduate Student Award

Abdullahi Ibrahim - PhD

Nurhidayah Zaid- MSc

Ahmad Qushairi Mohamad - PhD

Anugerah Alumni (Sains Teknologi)

Ahmad Qushairi Mohamad- PhD

Anugerah Kecemerlangan Akademik Antarabangsa

Foo Woei Ming - BSc (Industrial Mathematics)

Anugerah Alumni

Nur Syahirah Mohd Salehuddin - BSc (Mathematics)

Anugerah Naib Canselor

Yew Siew Chen - BSc (Industrial Mathematics)

Anugerah Kecemerlangan Akademik Nur Hanan

Humaira

Nurhashimah Basri - BSc (Mathematics)

Anugerah Kecemerlangan Akademik PERSAMA

Nik Fazera Nik Azeman - BSc (Industrial Mathematics)

Beberapa orang graduan JSM turut menerima anugerah-anugerah tertentu bersempena majlis kon-

vokesyen ke-61 ini. Berikut merupakan senarai penerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan!

1/6

Sekalung Tahniah

Setinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Sharidan Shafie yang

telah memenangi Anugerah Malaysia Research Star Award (MRSA) pada 25.10.2018.

Selamat maju jaya diucapkan.

BERITA DAN MAKLUMAN

Staf Baru. Tahniah dan selamat datang diucap-kan kepada Dr. Nur Arina Bazilah Kamisan yang baru melapor diri di JSM pada 28 November 2018. Pejabat beliau ialah di C10 421.

Lantikan.

• Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Zainal Abdul Aziz yang telah dilantik sebagai Professor VK07 dengan pembaharuan tempoh kontrak beliau mulai 21.10.2018 hingga 20.10.2019 di Jabatan Sains Matematik.

• Tahniah diucapkan kepada Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin

yang telah dilantik sebagai Timbalan UTM-Centre for Indus-

trial & Applied Mathematics (UTM-CIAM).

Lantikan Task Force (TF):

• TF Al-Khwarizmi International Mathematics Olympiad for Un-

dergraduate Students (AKHIMO 2018) di Khorezm, Uzbekistan.

Ahli TF: PM Dr. Ali Hassan Mohamed Murid, Prof. Dr. Tahir

Ahmad, PM. Dr. Mukhidin Muminov, PM Dr. Nor Muhainiah

Mohd Ali, Dr. Norhaiza Ahmad, Dr. Sharrifah Suhaila Syed

Jamaludin.

Staf Menghadiri Seminar/Bengkel/Kursus.

• The 2018 3rd International Seminar Between HZU and UTM

Mathematics and Big Data Science Session (ISHU 2018), 18

October 2018 bertempat do Huizhou, China. Staff terlibat: PM Dr. Sharidan Shafie, PM Dr. Norma Alias and Dr. Fuaada Mohd Siam.

• The 2018 4th International Conference on Science in Infor-mation Technology (ICSITech) , 30-31 October 2018 ber-tempat di Swiss Garden Hotel, Melaka. Staff terlibat: Dr. Hang See Pheng.

Majlis Perhimpunan Bulanan (Disember) bersama Datuk Naib Canselor.

Tarikh : 11 Disember 2018 (Selasa). Masa : 8.15 pagi Tempat : i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.

[LINTAS LANGSUNG] ii. Dewan Senat & Dewan Bankuet, UTM Johor Bahru iii. UTM Kampus Pagoh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Telefon bimbit Tok Itam berdering. Jarang telefon Tok Itam berdering

sejak ada Whatsapp dan Telegram. Isteri Tok Itam yang membuat

panggilan. Mesti mustahak ni. Selalunya WA je.

Isteri TI : ‘Bang, mesin basuh rosak.’

TI : ‘Takpe, ada warranty lagi tu. Nanti I call kedai.’

Mesin basuh rosak ni memang hal mustahak sebab penghuni di ru-

mah Tok Itam ni ramai. Nak mendobi layan diri selalu, tinggi kosnya.

Terus Tok Itam telefon kedai yang Tok Itam beli mesin basuh dulu.

TI : ‘Bos, saya punya mesin basuh rosak. Check warranty.’

Kedai : ‘OK. Sekejap aaa……(Tok Itam didendangkan muzik). Encik

punya warranty habis semalam.

Dua tahun punya jaminan tamat semalam dan hari ini rosak. Hebat

betul jenama LG ni. Life is Good untuk dua tahun. Matematik apa yang

LG guna untuk tentukan hayat mesin basuh LG. Tentulah

menggunakan taburan statistik yang boleh dipercayai dan tepat. Ja-

minan LG.

Tok Itam pergi pasar. Belek tempe.

Pekedai : ‘Tempe hari ni Encik. Elok lagi.’

Tok Itam beli lima bungkus sahaja untuk buat tempe goreng. Tak ada

pulak label tarikh luput pada bungkusan tempe. Bila dibuka bungkusan

tempe di rumah hanya tiga bungkus sahaja yang boleh diguna. Dua

lagi dah hitam, dah rosak. Tempe hari ini. Jaminan Pekedai.

Peti sejuk rumah Tok Itam ni pula dah guna berbelas tahun. Dah tiga

empat kali rosak dan dibaiki. Pintu dan badannya pun dah berkarat.

Sudah boleh mendatangkan bahaya. Masa untuk peti sejuk baru.

Jurujual : ‘Warranty setahun. Tapi kalau Encik nak tambah sampai lima

tahun kena tambah RM 256.’

Tok Itam pilih tambah RM 256. Congak Tok Itam, berdasarkan mesin

basuh LG Tok Itam, ada peluang agak tinggi untuk peti sejuk

rosak dalam tempoh lima tahun mendatang. Jaminan Sendiri

Berkos.

Tok Itam

2/6

3/6

AKTIVITI BERGAMBAR

Getting Started with R, 14 Oktober 2018, Makmal Komputer 1

Program ini merupakan program anjuran JSM dan UTM-CIAM.

Staf terlibat: Dr. Norhaiza (instructor), Dr. Arifah Bahar, dan Dr. Nur Arina Bazilah Aziz.

Fasilitator terdiri daripada pelajar Ph.D iaitu Nur Syazwin Mansor dan Siti Rohani Md Nor. Seramai 15 orang peserta terlibat. Antara peserta yg hadir: Professor Marimuthu (AIMST uni), Datuk Ir. Ishak Ismail (bekas dekan FKE UTM),

penyelidik2 & pelajar2 dari Sekolah-sekolah Engineering UTM, Fakulti Sains & UTM-CIAM.

First Year experience (FYE), 16 October 2018, C08 408 & 409

Hari Mesra 1 Matematik (HAM1M), 13 Oktober 2018, Padang KRP, UTM

Staf terlibat: PM Dr. Nor Muhainiah, PM Dr. Ani Shabri, Dr. Faridah Mustapha, Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Dr. Hang

See Pheng, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Yeak Su Hoe, dan Dr. Nur Arina Bazilah Aziz.

Program ini merupakan salah satu program di bawah MyRoadMap fakulti.

Bengkel Kerja Penilaian Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah Tahun 2018: Zon Selatan

13-15 November 2018, KSL Hotel & Resort

Staf terlibat: Dr. Zarina Mohd Khalid dan Dr. Muhammad Fauzee Hamdan. Dr. Zarina dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Matematik sementara Dr. Muhammad Fauzee dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan

Matematik Tambahan.

Program Jalinan Etos Matematik 'Pembelajaran STEM' SASER-UTM

16 - 17 November 2018, DK2 C17 dan Makmal Komputer 1, C22

Staf terlibat: Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Yeak Sue Hoe dan Tn. Hj. Hamisan Rahmat.

Turut dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar postgraduate dan juga pelajar tahun 2 SSCE dan 2 SSCM.

Pertandingan Perahu Naga,

13 Oktober 2018, Tasik UTM Lawatan Sambil Belajar SMK Tenang Stesen Segamat ke FS,

25 October 2018, T02 & T05

Staf terlibat: Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Yeak Su Hoe, Dr. Fuaada Mohd

Siam, Dr. Hazzirah Izzati Mat Isa, Dr. Zaiton Mat Isa, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi.

Staf terlibat: Dr. Zaiton Mat Isa dan Pn. Zari-

na Mohamed. Team FS ini telah berjaya me-

rangkul pingat Perak dalam pertandingan ini.

4/6

Ikuti temubual bertulis e-FM bersama pelajar 3 SSCE, MUHAMMAD AMMAR BIN ANUAR yang kini sedang mengikuti

program Student Exchange (Sandwich Program) di Shibaura Institute of Technology (SIT), Jepun.

5/6

Khabar dari Jepun...

MUHAMMAD AMMAR BIN ANUAR Sarjana Muda Sains (Matematik)

Student Exchange (Sandwich Program)

Shibaura Institute of Technology (SIT), Jepun 1 September 2018 - 31 Januari 2019

Pertamanya, boleh terangkan, kenapa saudara Ammar memilih Shi-

baura Institute of Technology?

Pada awalnya, saya mendapat pemberitahuan mengenai program

pertukaran pelajar ke universiti ini melalui pensyarah saya. Setelah

membuat kajian mengenai universiti ini dan beberapa universiti

lain di sekitar Tokyo, saya mendapati universiti ini adalah pilihan

yang terbaik kerana beberapa sebab iaitu:

Institut ini menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, ia amat memudahkan

proses pembelajaran kepada semua pelajar, terutamanya bagi

mereka yang tidak menguasai bahasa Jepun.

Kesemua kampus-kampus SIT (kampus Omiya, Toyosu, dan

Shibaura) amat dekat dengan bandar metropolitan Tokyo

yang menjadi tumpuan semua orang yang berada di Jepun.

Saya juga mendapati bahawa institut ini adalah ‘partner uni-

versity’ bersama UTM. Ini bermaksud mereka yang menyertai

program dengan universiti luar negara yang merupakan

‘partner university’ bersama UTM akan ditanggung segala

yuran pengajian oleh universiti tersebut.

Institut ini merupakan antara universiti yang tersohor di Je-

pun, di mana institut ini tergolong dalam ‘Top 10 Universities

in Japan’.

Institut ini juga menyediakan biasiswa kepada pelajar per-

tukaran yang terpilih.

Shibaura Institute of Technology (Kampus Toyosu)

Adakah saudara Ammar bergaul dengan pelajar tempatan di sana,

dan bagaimana penerimaan mereka?

Pada mulanya, agak kekok untuk bergaul dengan mereka kerana

ada sebahagian mereka yang tidak faham bahasa Inggeris. Walau-

pun begitu, mereka menerima kedatangan kami dengan tangan

terbuka, terutamanya ketika waktu orientasi, di mana kami ber-

peluang untuk berinteraksi bersama mereka dan mengenali mere-

ka dengan lebih mendalam dan mesra. Lebih-lebih lagi, mereka

teruja apabila berjumpa dengan pelajar daripada UTM rentetan

daripada pelbagai program yang dijalankan antara UTM dengan

SIT.

Boleh ceritakan tentang pengalaman pembelajaran di sana?

Apakah perbezaan dengan sistem pembelajaran di UTM?

Seperti yang dinyatakan di atas, institut ini menyediakan proses

P&P dalam bahasa Inggeris, selain daripada bahasa ibunda mere-

ka. Maka, sudah tentu mudah untuk saya belajar dalam bahasa

Inggeris kerana saya mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang

amat sedikit. Di sini, mereka masih lagi mengadakan peperiksaan

pertengahan semester, tetapi tidak secara formal. Kelas untuk se-

tiap subjek juga hanya sekali dalam seminggu, dan sesi tutorial

pula bergantung kepada pensyarah tersebut sama ada mahu

dibuat dalam kelas atau pelajar tersebut harus buat latihan secara

sendirian. Alat bahan bantu mengajar di SIT kebanyakannya tidak

kurang canggihnya seperti di Malaysia. Yang menariknya, mereka

menggunakan sistem kehadiran pelajar yang lebih canggih, iaitu

dengan ‘scan’ kad pelajar pada suatu mesin kecil di tepi pintu ma-

suk kelas setiap kali menghadiri kuliah. Walaupun begitu, mereka

juga masih lagi menggunakan sistem kehadiran pelajar yang bi-

asa, iaitu dengan menanda kehadiran pada kertas daripada pen-

syarah, seperti yang dilakukan di UTM.

Adakah mobility program ini mengubah persepsi/gaya hidup/gaya

berfikir saudara Ammar? Boleh jelaskan impak nya?

Orang Jepun sangat menghargai masa. Kebanyakan pensyarah

sentiasa tiba di kelas pada masa yang tepat, malah saya juga tidak

dapat menandingi ketepatan masa mereka. Ini menyebabkan saya

mengubah cara hidup saya untuk tiba di kelas lebih awal daripada

masa tersebut. Malah, ia juga merupakan salah satu beradab

dengan guru. Melihat cara kehidupan orang Jepun yang sangat

berdisiplin dan beradab juga membentuk adab dan pemikiran

saya yang lebih positif. Cara kehidupan mereka juga membuatkan

diri saya untuk lebih dekat dengan Allah SWT kerana cara ke-

hidupan mereka yang lebih dekat dengan Islam, meskipun mereka

tidak berapa ambil berat mengenai keagamaan.

e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM

Apakah cabaran yang saudara Ammar lalui sebelum atau semasa

program dijalankan?

SEBELUM PROGRAM:

Walaupun SIT menyediakan perkhidmatan asrama kepada pelajar,

tetapi permohonan tersebut amat terhad dan saringan dilakukan

untuk menentukan pelajar yang hanya betul-betul layak dipilih un-

tuk mendiami di asrama tersebut. Pada akhirnya, kami tidak terpilih

untuk permohonan tersebut. Rentetan daripada itu, kami harus

mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kampus tersebut.

Rumah sewa di Jepun lebih mahal daripada di Malaysia, maka kami

terpaksa mencari dengan lebih mendalam lagi untuk mencari ru-

mah sewa yang lebih murah dan berhampiran dengan kampus.

Pencarian ini mengambil masa lebih kurang sebulan. Setelah

mendapat makluman bahawa UTM tidak menanggung per-

belanjaan kepada kami untuk persiapan kami ke program ini, kami

terpaksa mengeluarkan pembelajaan sendiri dan keluarga untuk

membayar harga rumah sewa dan harga ‘house move-in’, tiket ka-

pal terbang, dan pelbagai lagi.

SEMASA PROGRAM:

Oleh sebab kami menginap di rumah sewa, kami menggunakan

sebahagian daripada duit biasiswa daripada SIT untuk membayar

kos sewa bulanan pada setiap bulan. Selain itu, oleh sebab saya

mempunyai kemahiran bahasa Jepun yang sangat sedikit, sudah

tentu amat sukar untuk berkomunikasi dengan orang Jepun di luar

SIT. Kadang-kadang, saya terpaksa membawa kawan saya yang

mahir berbahasa Jepun atau menggunakan terjemahan melalui

‘online’ apabila saya berseorangan. Tidak lupa juga, sebagai orang

Islam, makanan halal di Jepun amat terhad. Maka, saya harus lebih

teliti dalam menentukan sama ada makanan tersebut selamat un-

tuk dimakan ataupun tidak.

Apakah nasihat/kata semangat yang ingin saudara Ammar sam-

paikan kepada mahasiswa lain yang bakal menyertai mobility pro-

gram seperti ini?

Kepada anda yang berkeinginan untuk menyertai program mobiliti

ke luar negara, saya menasihatkan kepada anda agar membuat

persediaan yang lebih awal dengan menyelidik lebih mendalam

tentang latar belakang program tersebut. Buat perancangan

mengikut kemampuan anda.

Walaupun memang seronok menyertai program mobiliti ini, saya

sendiri mengakui bahawa terdapat pelbagai halangan seperti

kewangan yang mebebankan, terlalu banyak persediaan dokumen,

dan sebagainya, yang menyebabkan saya berfikir untuk menarik

diri daripada program ini pada awalnya. Tetapi, ingatlah bahawa di

sebalik setiap kesusahan, ada kesenangan yang akan mendatang.

Walaupun agak payah mengharungi cabaran sebelum dan semasa

program, namun pasti kita akan tersenyum mengenang kembali

kepayahan yang telah berjaya diharungi. Ia juga amat bernilai se-

bagai pengalaman hidup untuk kehidupan akan datang dan akan

dikongsi bersama dengan orang lain. Maka, jadikan program sep-

erti ini sebagai penambah nilai untuk pengalaman hidup anda.

Sedikit kata-kata terakhir daripada saudara Ammar.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas memberi peluang

kepada saya untuk temuramah mengenai penglibatan saya dalam

program mobiliti ini. Maaf atas segala kekurangan saya yang ada

dalam temuramah bertulis ini. Banyak lagi yang hendak diceritakan,

tetapi ini sahaja yang mampu saya ceritakan sepanjang keberadaan

saya dalam program mobiliti ini. Sekali lagi, terima kasih atas

kesudian ini.

e-FM merakamkan setinggi penghargaan kepada saudara Ammar

atas kesudian beliau ditemubual.

Selamat maju jaya buat saudara Ammar!

6/6