kertas kerja lawatan pj 2013 [edited] 2

17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN,75400 MELAKA Kertas Cadangan PROGRAM LAWATAN ILMIAH Tarikh : 4 – 5 MAC 2013 (ISNIN DAN SELASA) Tempat : PUSAT SUKAN, UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL, KEM SUNGAI BESI, 57000 KUALA LUMPUR MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA KOMPLEKS SUKAN NEGARA, SRI PETALING 57000 KUALA LUMPUR Anjuran: KUMPULAN PISMP SEMESTER 5 PRASEKOLAH JANUARI 2011

Upload: fuyu-haru

Post on 05-Dec-2014

127 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU

JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN,75400

MELAKA

Kertas CadanganPROGRAM LAWATAN ILMIAH

Tarikh :4 – 5 MAC 2013

(ISNIN DAN SELASA)

Tempat : PUSAT SUKAN,

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL,KEM SUNGAI BESI,

57000 KUALA LUMPUR

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIAKOMPLEKS SUKAN NEGARA,

SRI PETALING 57000KUALA LUMPUR

Anjuran:KUMPULAN PISMP SEMESTER 5

PRASEKOLAH JANUARI 2011

1.0 NAMA PROGRAM

Program Lawatan Ilmiah ke UPNM dan Majlis Sukan Negara Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Program Lawatan Ilmiah yang bakal dianjurkan merupakan sesuatu

program yang wajib dilaksanakan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (PISMP) Semester 05, yang mengikuti proforma subjek

PJM 3112. Program ini penting untuk membantu guru pelatih

memperolehi maklumat yang mendalam tentang perlembagaan,

pentadbiran dan pengurusan sesuatu agensi.

Ia juga diharap sebagai satu wadah untuk memberi pengalaman

berharga yang dapat digunakan oleh guru pelatih bagi membiasakan diri

dengan sistem pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi induk.

Program ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti guru pelatih dalam

menguruskan sesebuah organisasi.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama Program Lawatan Amali ini untuk memberi

peluang kepada guru-guru pelatih untuk melihat sendiri sistem

pengurusan bahagian sukan. Bagaimana untuk merancang, menguruskan

dan mentadbir.

4.0 RASIONAL

Lawatan ilmiah akan dijalankan di satu pusat sukan universiti awam

Malaysia iaitu Pusat Sukan Universiti Pertahanan Nasional dan Majlis

Sukan Negara Malaysia untuk membina insan yang mempunyai tahap

pencapaian yang tinggi. Tempat ini dipilih kerana keadaan fizikalnya yang

amat sesuai untuk menjalankan lawatan ilmiah yang memfokuskan

kepada pembangunan sukan bagi meningkatkan pengetahuan dan

pengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran sukan dengan berkesan.

Selain itu, pelajar dapat mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari

dengan ledakan teknologi maklumat dan saluran komunikasi berkesan

untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna

bagi memartabatkan sukan negara.

5.0 OBJEKTIF

Lawatan ilmiah ini adalah diwajibkan kepada semua pelajar Kursus

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112),

Semester 05 dan merupakan sebahagian dari penilaian Kerja Kursus

mereka (rujuk Pro Forma Kursus PJM 3112 berkuatkuasa 2009,

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia). Di

akhir Program Lawatan Ilmiah ini, guru-guru pelatih dapat;

5.1 menjadikan ia sebagai satu aktiviti wajib berdasarkan sukatan

PJM 3112 (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan).

5.2 memberi pendedahan kepada guru pelatih memahami

perlembagaan, pentadbiran dan pengurusan di pusat sukan UPNM

dan Majlis Sukan Negara sebagai panduan untuk memastikan

keberkesanan dan kelicinan pengurusan semasa di sekolah.

5.3 memberi persiapan kepada guru pelatih menjadi pengurus

pasukan yang berkaliber di sekolah.

5.4 mendekatkan diri dan mewujudkan hubungan yang baik antara

guru pelatih dengan agensi luar.

5.5 memberi gambaran dan pengalaman berguna yang dapat

digunakan untuk menghadapi cabaran profesion perguruan di

masa hadapan.

5.6 Memperkasakan pengetahuan guru pelatih terhadap pedagogi

pengajaran yang melibatkan bidang sukan dan akademik.

5.7 Mendapatkan pendedahan tentang program-program sukan yang

dianjurkan oleh UPNM dan Majlis Sukan Negara.

5.8 Mendapatkan maklumat terperinci tentang kemudahan sukan

terkini dan bertaraf antarabangsa yang terdapat di Majlis Sukan

Negara.

5.9 Mendapatkan pendedahan tentang struktur organisasi Majlis Sukan

Negara serta bidang tugas yang terlibat.

6.0 TEMPAT

Pusat Sukan,

Universiti Pertahanan Nasional,

Kem Sungai Besi,

57000 Kuala Lumpur

Majlis Sukan Negara Malaysia

Kompleks Sukan Negara,

Sri Petaling 57000

Kuala Lumpur

7.0 TARIKH

4 – 5 Mac 2013

(Isnin dan Selasa)

8.0 PENGELOLA

Kumpulan pengajian Prasekolah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Semester 05, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

9.0 PERASMI

Pengurus Pusat Sukan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala

Lumpur dan Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur

10.0 PENYERTAAN DAN MAKLUMAT PESERTA

Kumpulan PISMP semester 5 Pengajian Prasekolah

(Rujuk LAMPIRAN 1)

11.0 TENTATIF PROGRAM

EKSPLORASI ILMIAH

4 Mac 2013

0645 : Guru pelatih berkumpul

0700 : Bertolak ke Pusat Sukan, UPM

1000 : Sarapan pagi

1030 : Aktiviti 1 – Taklimat ringkas daripada pegawai bertugas

Pusat Sukan UPM

1300 : Rehat

1430 : Aktiviti 2 – Lawatan sekitar Pusat Sukan UPM

– Pemberian cenderamata

1700 : Riadah

1900 : Menginap di Kolej Kediaman UPM

5 Mac 2013

0800 : Sarapan pagi

0900 : Bertolak dari UPM ke Majlis Sukan Negara

1000 : Aktiviti 1 – Taklimat ringkas daripada pegawai bertugas

MSN

Aktiviti 2 – Lawatan sekitar Pusat Akuatik MSN

Aktiviti 3 – Pemberian cenderamata

1400 : Bertolak pulang ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

1700 : Sampai di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

12.0 PENGANGKUTAN

Bagi pengangkutan ke UPM dan MSN menggunakan satu bas besar IPG

Kampus Perempuan Melayu Melaka.

13.0 BELANJAWAN

Bil Perkara Harga / Unit (RM)

Jumlah

1 *Makanan dan Penginapan (Asrama UPSI) – LO

RM 20 x 20 orang x 2 hari

RM 800

2 Cenderahati

1. Plaque IPGKPM2. Beg Kertas IPGKPM3. Cenderahati Pen IPGKPM

Diberikan kepada :Pusat Sukan UPM, Fakulti Sains Sukan UPM, MPP UPM, Pelajar Fakulti Sains Sukan UPM dan Pusat Akuatik MSN.

5 unit5 unit5 unit

3 Peralatan Dokumentasi

1. Kertas A4 1 rim

2. Kertas Warna 1 rim

4 Sijil Penyertaan 50 keping

5 Lain-lain (dipinjam dari Unit GERKO)

1. First Aid 1 unit

JUMLAH RM 800

*Bayaran bagi penginapan dan makanan adalah berdasarkan peruntukan yang

diberikan iaitu RM 40 (untuk 2 hari) bagi setiap guru pelatih. Peruntukan

diberikan dalam bentuk LO.

14.0 AHLI JAWATANKUASA

14.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Cik Khatijah Binti Haji Tompang

Penyeleras Program : Pn. Fatimah Binti Mustaffa

Pensyarah Pembimbing : En. Ramle Bin Taib

Pn. Zaimawati Binti Abd. Kadir

Pem. Pensyarah : En. Omar Bin Husin

Pengerusi : Nor Izzah Binti A Karim

Naib Pengerusi : Nur Syafiqah Binti Abd Razak

Setiausaha : Intan Yusnani Binti Md Yusuf

Naib Setiausaha : Syahirah Binti Zainal Abidin

Bendahari : Siti Nurafieqah Binti Zurkfli

14.2 AHLI JAWATANKUASA KERJA

14.2.1 AJK PERHUBUNGAN

Noramali Afiqah Binti Abu Bakar (K)

Siti Hajar Binti Harun

14.2.2 AJK BUKU PROGRAM DAN PROTOKOL

Siti Hajar Binti Mokhtar (K)

Siti Aesyah Binti Mat Jusoh

14.2.3 AJK PENGINAPAN

Nur Asyikin Binti Md Najib (K)

Amirah Najwa Binti Ismail

14.2.4 AJK DOKUMENTASI

Nurul Izzati Binti Shamri (K)

Sofiah Binti Ahmad

14.2.5 AJK SIJIL DAN CENDERAMATA

Wan Amirah Binti Wan Hussein (K)

Norhasanah Binti Mohammad Yussop

14.2.6 AJK MAKANAN

Nurnabillahhuda Binti Rosdan (K)

Nur Shafieqhah Amira Binti Shaari

14.2.7 AJK KEROHANIAN, KEBAJIKAN DAN PENGANGKUTAN

Nor Shafinah Binti Mohd Yussof (K)

Suraya Binti Nawi

Nursyuhaida Binti Sahari

15.0 LANGKAH KESELAMATAN

Beberapa tindakan sebelum dan semasa akan diambil untuk

memastikan keselamatan peserta iaitu:

Taklimat keselamatan dari Penyelaras Lawatan Ilmiah / KJ PJK.

Mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada pihak Pusat

Sukan UPNM dan MSSN.

Melaksanakan semua aktiviti mengikut prosedur.

Menyediakan Kotak Pertolongan Cemas yang mencukupi.

16.0 SENARAI SEMAK JAWATANKUASA KECIL DAN BIDANG

TUGASNYA

16.1 PERHUBUNGAN

Menguruskan perkara-perkara yang melibatkan pihak luar (MSN

dan UPM). Memaklumkan semula kepada pihak MSN dan UPM

tentang kedatangan ahli lawatan sehari sebelum tarikh lawatan.

16.2 BUKU PROGRAM DAN PROTOKOL

Memantau setiap aktiviti yang dirancang semasa program ini

berlangsung. Menyediakan pengacara majlis sekiranya perlu.

16.3 PENGINAPAN

Menguruskan hal ehwal penginapan dengan pihak UPM.

Memastikan keselesaan penginapan pada setiap peserta program.

16.4 DOKUMENTASI

Merakam setiap aktiviti dan membuat laporan dokumentasi projek.

16.5 SIJIL DAN CENDERAMATA

Menyediakan cenderahati kepada pihak MSN dan UPM sebagai

tanda penghargaan. Menguruskan sijil penyertaan daripada pihak

MSN dan UPM kepada guru pelatih dan pensyarah pengiring.

16.6 MAKANAN

Mengurus makanan guru pelatih dan pensyarah pengiring sewaktu

berada di UPM. Memastikan bekalan makanan cukup dan

berkhasiat.

16.7 KEROHANIAN, KEBAJIKAN DAN PENGANGKUTAN

Mengetuai bacaan doa dalam setiap majlis.

Mengawal keadaan dan keselamatan ahli kelab. Mengenalpasti

pihak yang boleh menjadi tempat rujukan apabila berlaku

kemalangan/kecemasan sewaktu program berlangsung. Membuat

permohonan untuk meminjam ’First Aid’.

Menguruskan hal ehwal pengangkutan guru pelatih dan pensyarah

pengiring. Membuat permohonan menggunakan bas IPGKPM

daripada pihak pengurusan IPGKPM.

16.8 PENSYARAH PENGIRING

Memastikan aktiviti yang dirancang untuk sesuatu hari itu

dijalankan menepati masa.

Taklimatkan kepada Ketua Kumpulan / peserta isyarat berkumpul

dan isyarat kecemasan.

Mencadangkan pindaan / perubahan aktiviti jika perlu dan

bersesuaian.

Memberikan Bantu Mula untuk kes kecemasan / kecederaan /

kemalangan dan mengambil tindakan sepatutnya.

17.0 PENUTUP

Sebagai persediaan sebelum menghadapi alam persekolahan yang

sebenar, guru pelatih perlulah terlebih dahulu bersedia dari aspek fizikal dan

mental. Dengan adanya program seperti ini, diharap guru pelatih dapat menimba

pelbagai pengalaman yang berguna terutamanya dalam bahagian merancang,

mengurus dan melaksana, sekaligus dapat merealisasikan Matlamat Pendidikan

Negara untuk melahirkan guru yang berkualiti hingga ke tahap antarabangsa.

Kami berharap agar kertas kerja ini diluluskan dan segala perancangan yang

diatur dapat direalisasikan.

Disediakan oleh,

______________________________

( INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF )

Setiausaha Program Lawatan Ilmiah

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Melaka

Disemak oleh,

_______________________________

( PN. FATIMAH BINTI MUSTAFFA )

Penyelaras Program Lawatan Ilmiah,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Melaka

Disahkan oleh,

_______________________________

( CIK KHATIJAH BINTI HAJI TOMPANG )

Pensyarah Penasihat,

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Melaka.

Diluluskan oleh,

________________________

( PN. TUMERAH BINTI ROSMIN )

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Melaka.

LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA GURU PELATIH EXPLORASI ILMIAH

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

( PISMP ) AMBILAN JANUARI 2011

OPSYEN : S017OM6VP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

MENTOR : EN. JAMILUDDIN B. MOHD NOOR

BIL. NAMA NO. KP

1 AMIRAH NAJWA BT ISMAIL 910301-075034

2 INTAN YUSNANI BT MD YUSUF 910811-04-5310

3 NOR IZZAH BT A.KARIM 910513-11-5544

4 NORAMALI AFIQAH BT ABU BAKAR 900812-05-5052

5 NORHASANAH MOHAMAD YUSSOP 900120-03-6002

6 NORSHAFINAH BT MOHD YOSOFF 891009-08-6042

7 NORSYUHAIDA BT SAHARI 910501-11-5088

8 NUR ASYIKIN BT MD. NAJIB 911014-04-5312

9 NUR SYAFIQAH BT ABD RAZAK 910907-09-5136

10 NURNABILLAHHUDA BT ROSDAN 910820-06-5524

11 NURUL IZZATI BT SHAMRI 910107-06-5342

12 SITI AESYAH BT MAT JUSOH 910220-03-5870

13 SITI HAJAR BT MOKHTAR 910608-14-5834

14 SITI HAJAR BT HARUN 910118-14-5030

15 SITI NURAFIEQAH BT ZURKFLI 910317-03-5870

16 SOFIAH BT AHMAD 910823-02-5392

17 SURAYA BT NAWI 900106-03-6102

18 WAN AMIRAH BT WAN HUSSEIN 900726-05-5494

19 SYAHIRAH BT ZAINALABIDIN 910903-10-6176

20 NUR SHAFIEQHAH AMIRA BT SHAARI 910808-02-6100

PERKARA TANDATANGAN/ULASAN

Disediakan oleh:Intan Yusnani Binti Md Yusuf

Setiausaha,Program Lawatan IlmiahInstitut Pendidikan Guru,Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab, Melaka

Disemak oleh:Pn. Fatimah Binti Mustaffa

Penyelaras Program Lawatan Ilmiah,Jabatan Pendidikan Jasmani dan KesihatanInstitut Pendidikan Guru,Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab, Melaka

Disahkan oleh:Cik Khatijah Binti Haji Tompang

Pensyarah Penasihat, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Institut Pendidikan Guru,Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab, Melaka.

Diluluskan / Tidak luluskan oleh:Pn. Tumerah Binti Rosmin

Pengarah,Institut Pendidikan Guru,Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab, Melaka.