kertas kerja ke shah alam

4
SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) SUNGAI RETANG 27000 JERANTUT PAHANG KERTAS KERJA “LAWATAN SAMBIL BELAJAR UPSR” 21 JUN 2014 ANJURAN BERSAMA :- UNIT LAWATAN DAN PELANCONGAN, UNIT KECEMERLANGAN UPSR DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Upload: rizal-syah

Post on 25-Sep-2015

278 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lawatan sekolah untuk murid tahun 6

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) SUNGAI RETANG

27000 JERANTUT

PAHANG

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR UPSR

21 JUN 2014

ANJURAN BERSAMA :-UNIT LAWATAN DAN PELANCONGAN,UNIT KECEMERLANGAN UPSR

DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LAWATAN SAMBIL BELAJAR UPSR

SK (LKTP) SUNGAI RETANG

JERANTUT, PAHANG

1.0 MATLAMAT

Lawatan Sambil Belajar UPSR diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta dapat memperkukuhkan lagi aktiviti pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Selain itu, lawatan ini merupakan satu usaha dalam menyemai dan menyemarakkan kecintaan masyarakat Malaysia terhadap negara iaitu melalui aktiviti lanjutan luar bilik darjah.2.0 OBJEKTIFObjektif lawatan ini adalah untuk:-

2.1 Mempelbagaikan aktiviti yang disertai oleh murid-murid sebelum UPSR.

2.2 Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan murid-murid.

2.3 Meransang motivasi murid-murid.

3.0 SASARAN / PESERTA

Murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 iaitu seramai 39 orang dan 4 orang guru pengiring.

(Rujuk Format 2)

4.0 TARIKH / TEMPAT

Tarikh

: 21 Jun 2014Hari

: SabtuTempat: Selangor Darul Ehsan

( Kilang Coklat Grandeur, Selayang/ Taman Botani Negara Shah

Alam / Yayasan Restu Shah Alam / Muzium Sultan Alam Shah)5.0 PELAKSANAAN

Cara pelaksanaan Lawatan Sambil Belajar ini adalah seperti berikut:-

5.1 Mempamerkan notis mengenai lawatan.

5.2 Mengambil nama murid yang mendaftar dan mengutip bayaran daripada murid.

5.3 Menghantar surat-surat kebenaran kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, tempat yang hendak dilawati dan sebagainya.

5.4 Menghantar surat kebenaran kepada penjaga murid-murid yang mengikuti lawatan.5.5 Memohon sumbangan daripada mana-mana pihak.

5.6 Mengadakan pertandingan menulis laporan selepas lawatan untuk menguji tahap pengetahuan murid sepanjang tempoh lawatan tersebut diadakan.

6.0 ANGGARAN KEWANGAN

Rujuk Format 3

7.0 CADANGAN TEMPAT LAWATANRujuk Format 18.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar lawatan ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid Tahun 6 dalam pembelajaran terutamanya untuk diaplikasikan dalam peperiksaan UPSR. Lawatan ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua murid yang mengikutinya sebagai bekalan dalam melengkapkan diri bagi menempuh alam dewasa yang semakin mencabar.Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.

..

(PN RAHIMAH BT ZAKARIA)

(EN MOHD ZAINI B MOHD YUNAN PPN)SETIAUSAHA UNIT LAWATAN DAN PELANCONGAN GURU BESARSK LKTP SUNGAI RETANG

SK LKTP SUNGAI RETANG