dalam mahkamah rayuan syariah shah alam di...

16
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN NO: 10000-003-0034-2014 ANTARA ZALELA BINTI ABD AZIZ …PEMOHON DAN KAHARUDIN MD SALEH RESPONDEN DI HADAPAN: YA DATO’ HUSSIN BIN HARUN PENGERUSI YA DATUK HAJI MOHAMAD BIN HAJI ABDULLAH AHLI PANEL YA DATO’ HAJI YUSOF BIN MUSA AHLI PENEL Pada : 10 November 2014 ALASAN PENGHAKIMAN Permohonan [1] Dalam kes ini, YA Hakim Bicara memohon semakan atas keputusannya sendiri sebagai Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang mengeluarkan satu perintah harta sepencarian dalam kes 10300-017-0397-2010 bertarikh 12 Ogos 2014 berkaitan bidangkuasa tuntutan harta sepencarian selepas berlaku perceraian. [2] Kami telah menerima Permohonan Semakan tersebut dari Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Mawardi bin Che Man melalui surat bertarikh 5/9/2014.

Upload: buingoc

Post on 22-Apr-2019

291 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM

DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PERMOHONAN SEMAKAN NO: 10000-003-0034-2014

ANTARA

ZALELA BINTI ABD AZIZ …PEMOHON

DAN

KAHARUDIN MD SALEH … RESPONDEN

DI HADAPAN:

YA DATO’ HUSSIN BIN HARUN PENGERUSI

YA DATUK HAJI MOHAMAD BIN HAJI ABDULLAH AHLI PANEL

YA DATO’ HAJI YUSOF BIN MUSA AHLI PENEL

Pada : 10 November 2014

ALASAN PENGHAKIMAN

Permohonan

[1] Dalam kes ini, YA Hakim Bicara memohon semakan atas keputusannya

sendiri sebagai Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang mengeluarkan satu

perintah harta sepencarian dalam kes 10300-017-0397-2010 bertarikh 12 Ogos

2014 berkaitan bidangkuasa tuntutan harta sepencarian selepas berlaku

perceraian.

[2] Kami telah menerima Permohonan Semakan tersebut dari Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Mawardi bin Che Man melalui surat

bertarikh 5/9/2014.

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

2

[3] Dalam surat tersebut, YA Hakim memohon semakan kepada Mahkamah

Rayuan Syariah ini terhadap suatu penghakimannya yang membenarkan tuntutan

harta sepencarian di Selangor walaupun perceraian pihak-pihak berlaku di

Melaka.

[4] YA Hakim bicara menyatakan alasan semakan ini dibuat adalah kerana:

(a) Setelah meneliti semula peruntukan seksyen 122 Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUUKIS) dan Arahan

Amalan No 6 Tahun 2003 serta kes Noh bin Atan lawan Shakila

binti Mohamed, telah timbul kekhilafan terhadap isu bidangkuasa di

dalam kes ini memandangkan pihak-pihak telah disahkan bercerai di

Negeri lain (Melaka).

Fakta Kes

[5] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 6 Mac 1995 dan telah bercerai

di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah pada 1 Januari 2009 dan telah disahkan

bercerai talaq satu kali pertama oleh Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah,

Melaka pada 2 Februari 2009 melalui kes Saman No : 04001-054-0006-2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 7 orang cahaya mata.

[6] Pada 15 Disember 2010, Plaintif telah memfailkan tuntutan harta

sepencarian terhadap harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan Plaintif

dengan Defendan melalui Peguam Syarienya, Tn. Haji Amli Bin Haji Embong

dari Tetuan Amli & Associates. Harta yang menjadi tuntutan Plaintif di dalam

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

3

kes ini adalah melibatkan satu tak alih iaitu sebuah rumah teres satu tingkat yang

beralamat di 37, Jalan M24, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka.

Saman dan Pernyataan Tuntutan berjaya diserahkan kepada Defendan melalui

Peguam Syarienya, Pn. Siti Marlina Binti Shikh Ibrahim dari Tetuan Lina &

Associates pada 11 Februari 2011. Pembelaan dan Tuntutan Balas telah

difailkan oleh Defendan pada 7 April dengan membuat tuntutan balas bagi

aset/harta alih seperti yang berikut :

a. Perabot dan peralatan rumah seperti ;

i. 3 buah penghawa dingin jenis Mitsubishi.

ii. Sebuah almari pakaian ( 5 pintu).

iii. 2 keping tilam Vono.

iv. 1 set perhiasan kayu jati.

v. Sebuah TV Sony 29 inci.

vi. Set peralatan pinggan mangkuk.

vii. Set peralatan memasak.

viii. Set perabot rotan.

ix. Sebuah peti ais.

b. Dua buah kenderaan, iaitu ;

i. Sebuah kereta Nissan Sunny, No. Pendaftaran MAP 4651.

ii. Sebuah van Vanette, No. Pendaftaran NBJ 5875

[7] Pada 12 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Syariah telah membuat keputusan

kes harta sepencarian seperti yang berikut;

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

4

(1) Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan seksyen 122

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003;

(2) Mahkamah mengisytiharkan bahawa harta/aset di bawah ini adalah

harta sepencarian di antara Plaintif dan Defenden iaitu ;

(a) Rumah teres satu tingkat yang beralamat di 37, Jalan M24,

Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka (selepas ini

dikenali sebagai rumah tersebut);

(b) Perabot dan perkakas rumah yang terdiri daripada

i. 3 buah penghawa dingin jenis Mitsubishi.

ii. Sebuah almari pakaian (5 pintu).

iii. 2 keping tilam Vono.

iv. 1 set perhiasan kayu jati.

v. Sebuah TV Sony 29 inci.

vi. Set peralatan pinggan mangkuk.

vii. Set peralatan memasak.

viii. Set perabot rotan.

ix. Sebuah peti ais.

(c) Dua buah kenderaan yang terdiri dari kereta Nissan Sunny,

No.Pendaftaran MAP 4651, dan van Vanette, No. Pendaftaran

NBJ 5975 ; dan

(3) Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif berhak terhadap rumah

tersebut adalah dengan kadar bahagian sebanyak 20% dan bahagian

Defenden sebanyak 80% berdasarkan nilaian ketika pihak-pihak

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

5

bercerai pada 1 Januari 2009 setelah ditolak hutang yang masih ada

ketika itu.

(4) Mahkamah memerintahkan bahawa perabot dan dan perkakas rumah

seperti di para 2 (b)(i hingga ix) hendaklah dinilai dengan kadar

semasa berdasarkan susut nilai ketika penceraian pihak-pihak pada 1

Januari 2009 dengan bahagian Plaintif adalah sebanyak 60% dan

bahagian Defenden adalah sebanyak 40%.

(5) Mahkamah memerintahkan bahawa kereta Nisan Sunny No.

Pendaftaran MAP 4651 hendaklah dinilai dengan kadar semasa

berdasarkan susut nilai ketika penceraian pihak-pihak pada 1 Januari

2009 dengan bahagian Plaintif adalah sebanyak 60% dan bahagian

Defenden adalah sebanyak 40%.

(6) Mahkamah memerintahkan bahawa keuntungan bersih dari jualan

kenderaan van Vanette, No. Pendaftaran NBJ 5975 hendaklah

dibahagikan dengan kadar bahagian Plaintif adalah sebanyak 60%

dan bahagian Defenden adalah sebanyak 40%.

(7) Mahkamah memerintahkan bahawa kos bagi kes ini ditanggung oleh

masing-masing.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

6

Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah

[8] Berdasarkan surat tersebut, kami telah memanggil rekod prosiding kes

berdasarkan seksyen 68(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

2003. Kami hanya mendapati satu isu sahaja dalam semakan ini iaitu sama ada

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor berbidangkuasa mendengar tuntutan

harta sepencarian yang pihak-pihak dalam kes ini telah bercerai di Negeri

Melaka.

[9] Isu yang berkaitan perceraian dan tuntutan harta sepencarian boleh dilihat

di bawah seksyen 122(1) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Seksyen tersebut berbunyi;

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan

lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian

untuk memerintah supaya apa-apa asset yang diperolehi oleh

pihak-pihak itu dalam amsa perkahwinan dengan usaha bersama

mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset

yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan

dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau

supaya mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi

antara pihak-pihak itu.

(2) …………………………….

(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan

lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian,

memerintah supaya apa-apa asset yang diperolehi dalam masa

perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada

perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya asset itu

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

7

dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya

mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara

pihak-pihak itu.

[10] Secara literalnya, peruntukkan di atas memberi kuasa kepada Mahkamah

yang membenarkan lafaz talaq atau membuat perintah perceraian membuat

perintah berkaitan harta sepencarian. Persoalannya apakah peruntukkan tersebut

secara eksklusifnya menghadkan mahkamah-mahkamah lain dari membuat

perintah berkaitan harta sepencarian? Jika di rujuk kepada seksyen 23(10)

Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, kita akan dapati perintah

berkaitan dengan harta sepencarian juga boleh dibuat oleh mahkamah yang

membenarkan perkahwinan poligami atau memerintahkan pendaftaran

perkahwinan poligami. Begitu juga Arahan Amalan No 5 Tahun 2003 yang

membenarkan tuntutan harta sepencarian difailkan sebelum bercerai, selepas

bercerai ataupun selepas kematian.

Peruntukkan seksyen 23(10) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

adalah seperti yang berikut:

“10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan

supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah

mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada

perkahwinan—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran

nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

8

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi

oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha

bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-

mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.”.

dan Arahan Amalan No 5 Tahun 2003 adalah seperti yang berikut:

Masa Dibolehkan Membuat Tuntutan Harta Sepencarian

“......masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan samada

semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian ataupun selepas

kematian mana-mana pihak. Mahkamah dalam hal ini boleh

menerima mana-mana tuntutan harta sepencarian yang dibuat

selepas kematian mana-mana pihak dalam tuntutan tersebut dan

rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang telah

diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi.”.

[11] Berdasarkan peruntukan seksyen 23(10) EUUKIS dan No 5 Tahun 2003

tersebut, bolehlah disimpulkan bahawa seksyen 122 EUUKIS hanya

memperuntukkan kuasa kepada mahkamah yang membenarkan perceraian atau

membuat perintah perceraian membuat perintah berkenaan dengan harta

sepencarian dan dalam masa yang sama tidaklah menghalang kuasa mahkamah

membuat perintah berkaitan dengan harta sepencarian berdasarkan peruntukan-

peruntukan lain yang sedia ada.

[12] Kami bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa asas utama tuntutan

harta sepencarian boleh didengar dan diputuskan apabila pihak yang menuntut

tersebut memenuhi peruntukan seksyen 2 dan 4 EUUUKIS 2003 iaitu ;

Seksyen 2 - “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya

bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

9

Seksyen 4 - Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata

selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang

tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam

yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di

luar Negeri itu.

[13] Persoalan seterusnya berkaitan dengan Arahan Amalan No 6 Tahun 2003

serta kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed(1998) Jurnal Hukum JLD. XII

Bhg. 1 Rabiul Awwal 1419H/ Jun 1988M. Arahan Amalan No 6 Tahun 2003

menetapkan tuntutan harta sepencarian hendaklah dituntut di Mahkamah yang

berbidangkuasa dalam negeri di mana perintah perceraian atau pengesahan

perceraian di keluarkan. Namun demikian Arahan Amalan tersebut juga dengan

jelas merujuk kepada kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed dalam

menerima atau menolak tuntutan tersebut. Arahan Amalan Mahkamah Syariah

No. 6 Tahun 2003 memperuntukkan seperti yang berikut:

Penentuan Mahkamah Yang Berbidangkuasa Membicarakan Kes-kes

Harta Sepencarian

“…………tuntutan harta sepencarian hendaklah dituntut di

Mahkamah yang berbidangkuasa dalam negeri di mana perintah

perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan. Mahkamah

dalam hal ini bolehlah merujuk kepada penghakiman kes Noh bin

Atan lwn. Shakila binti Mohamed (1998) Jurnal Hukum JLD. XII

Bhg. 1 Rabiul Awwal 1419H/ Jun 1988M sebagai panduan sebelum

membuat apa-apa keputusan sama ada menerima atau menolak

tuntutan harta sepencarian yang dituntut di negeri yang berkuasa

mengeluarkan perintah perceraian atau pengesahan perceraian.’

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

10

[14] Kami bersetuju dengan dapatan YA Hakim Bicara bahawa Arahan Amalan

itu tidak boleh dipakai secara tersendiri kerana ia merujuk secara khusus kepada

kes Noh Bin Atan lwn. Shakila Binti Mohamed. Oleh itu, sebelum mengguna

pakai Arahan Amalan tersebut adalah wajar penelitian dibuat terhadap isu utama

yang berbangkit di dalam kes tersebut.

[15] Dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed, Mahkamah Rayuan

Syariah Wilayah Persekutuan telah mengulas selain daripada isu perceraian

berlaku di negeri Selangor adalah seperti berikut;

Rumah yang dikatakan menjadi harta sepencarian terletak di Selangor

dan tidak disebutkan ada halangan atau kesusahan dia membuat

permohonan di Selangor dan pendaftaran keputusan Mahkamah

membahagikan harta sepencarian perlu dibuat di Selangor. Tambahan

pula ini akan lebih sesuai untuk pihak kena tuntut-bekas isteri yang

jelas bermastautin di Selangor. Sungguhpun suami telah diarahkan

tinggal di Kuala Lumpur, tidak jelas sama ada dia bermastautin di

Kuala Lumpur. Namun perkara ini tidak dibincangkan dalam kes ini.

[16] Dapat diringkaskan bahawa pertimbangan-pertimbangan lain yang ambil

kira dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ialah seperti yang

berikut:-

i. Rumah yang dikatakan menjadi harta sepencarian terletak di Selangor.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

11

ii. Tidak disebutkan ada halangan atau kesusahan dia membuat

permohonan di Selangor dan pendaftaran keputusan Mahkamah

membahagikan harta sepencarian perlu dibuat di Selangor.

iii. Pihak kena tuntut iaitu bekas isteri (Shakila) yang jelas bermastautin di

Selangor.

iv. Tidak jelas sama ada dia (Noh) bermastautin di Kuala Lumpur atau di

negeri lain.

[17] Berdasarkan fakta-fakta dan pertimbangan dalam kes Noh bin Atan lwn

Shakila binti Mohamed tersebut, kami berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan

Wilayah Persekutuan menolak rayuan Noh bin Atan selaku Pihak Yang Menuntut

adalah tepat bagi kes tersebut. Walau bagaimanapun kesimpulan bahawa kes Noh

bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah

hanya berdasarkan kepada perceraian berlaku di Selangor adalah suatu

kesimpulan yang tidak tepat.

[18] Dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ini juga Mahkamah

Rayuan Syariah telah mengulas tentang tempat tuntutan yang boleh dibuat iaitu :

“ Tetapi jika dakwaan itu berkaitan dengan harta, sama ada harta alih atau

harta tak alih, sedangkan harta itu bukan berada di tempat pihak yang

didakwa, maka mahkamah yang berhak mendengar dakwaan tersebut ialah

mahkamah di mana harta yang dipertikai itu berada. Demikianlah menurut

pendapat sebahagian ulama dalam mazhab Maliki. Sedangkan sebahagian

daripada ulama lain berpendapat mahkamah yang berhak mendengar

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

12

dakwaan ialah mahkamah yang berada di pihak yang mendakwa. Terdapat

di dalam kitab "al-Hattab"

"Apabila sesuatu benda yang didakwa itu berada di negeri bukan

orang yang didakwa, maka kitab Ibn al-Majisyun: Dakwaan itu

hendaklah dikemukakan ke mahkamah di mana benda yang

dipertikai itu berada. Dan menurut Mitraf dan Asbagh pula:

Dakwaan itu hendaklah dikemukakan kepada mahkamah negeri

pihak yang didakwa.”

[19] Berdasarkan petikan rujukan tersebut, tuntutan sesuatu harta boleh dibuat

ditempat harta itu berada atau ditempat pihak mendakwa atau ditempat pihak

yang kena dakwa.

[20] Merujuk kepada kes semakan ini, persoalan yang timbul ialah apakah

timbul kesulitan bagi Plaintif jika menfailkan tuntutan harta sepencarian di negeri

yang telah memerintahkan perceraian iaitu di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri

Melaka. Dalam Islam, kesusahan dan kemampuan melaksanakan sesuatu perintah

Allah diambil perhatian oleh syarak. Halangan kepada kemampuan tersebut

disebutkan darurat.

Firman Allah Taala:

(61: التغابن )فاتقوا اهلل ما استطعتم

Maksudnya:’ Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan

kamu.’

Sabda Rasulullah s.a.w.

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

13

(.البخارى ومسلم ) اذا أ مرتكم بامر فأتوا منه ما استطعتم

Maksudnya: ‘Sekiranya saya perintahkan kamu melaksanakan sesuatu

perkara maka laksanakanlah menurut kesanggupan kamu’.

[21] Ulama’ telah membincangkan berkaitan isu kemampuan yang berkaitan

dengan kuantiti amalan dan jarak perjalanan. Dr. Naji Ibrahim al-Suwaid,

2005H/1426M, Fiqh al-Mumkin, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Cet. 1, hal. 31

menyebutkan berkaitan isu kemampuan seperti berikut: أو هو , ما ميكن األقدام عليه : واملراد منه اصطالحا . املمكن لغة القدرة و االستطاعة

ناحية األكثر واألبعد وناحية األقل واألقرب : وهو يشمل ناحيتني . املقدور عليه من البشر ..بالنسبة للخطاب لدى املكلف

Maksudnya: ‘Perkataan Mumkin dari segi bahasa Arab bermakna

berkuasa dan berkemampuan. Maksud dari segi istilah adalah sesuatu

yang boleh dilaksanakan atau sesuatu yang diberi kemampuan ke atas

manusia. Kemampuan itu merangkumi dua dimensi iaitu dimensi kuantiti

banyak dan jarak jauh dan juga dimensi kuantiti sedikit dan jarak dekat

dinisbahkan arahan kepada mukallaf . ’

Kaedah Fiqh menyebutkan:

.اذا ضاق اتسع واذا اتسع ضاق

Maksudnya: ‘Sesuatu perkara apabila tersepit ia jadi luas, sesuatu perkara

apabila jadi luas ia kan sempit.’

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

14

[22] Dr. Muhammad Sidqi bin Ahmad al-Burnu, 2002H/1422H, al-Wajiz fi Idah

Qawa’id al-Fiqh al-Kulliyyah, Dar al-Risalah al-Alamiyyah, Damsyiq, Cet. 5,

hal. 230 menjelaskan makna kaedah tersebut seperti berikut:

أنه اذا ظهر ت مشقة ىف أمر فريخص فيه و يوسع فاذا : ن متقابلتان ومعنامها هاتان القاعدتا

.ألمر الى ما كان زالت املشقة عاد ا

Maksudnya: ‘Dua kaedah ini mempunyai makna bertentangan, dan

bermaksud bahawa apabila muncul masyaqqah atau kesulitan pada

sesuatu perkara maka diberi kelonggaran dan diluaskan. Maka apabila

hilang masyaqqah atau kesulitan maka kembali perkara itu kepada hukum

asal.’

[23] Al-Imam al-Sayuti, 1993M/1414H, al-Asybah wa al-Naza’ir, Dar al-Kitab

al-Arabi, Beirut, Cet. 2, hal. 172 menyebutkan berkaitan kaedah tersebut seperti

berikut:

وقد أجاب هبا ىف ( اذا ضاق األمر اتسع ) قول الشافعى رضى اهلل عنه , مبعىن هذه القاعدة .فولت أمرها رجال جيوز , فيما اذا فقدت املرأة ىف سفر : أحدمها : ثالثة مواضع

Maksudnya: ‘Semakan dengan kaedah ini ialah perkataan al-Syafie , iaitu:

(Jika sempit suatu hal , maka terjadi longgar). Beliau menggunakan

perkataan perkataan ini sebagai jawapan dalam tiga rempat:

Pertama:Jika seorang wanita tidak mendapatkan walinya di suatu

perjalanan, lalu ia menyerahkan urusannya (kewalian) kepada seseorang,

maka hal ini boleh.’

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

15

[24] Ini bererti apabila darurat telah menimpa seseorang atau jamaah, sekiranya

beramal dengan hukum asal yang disyariatkan dalam keadaan biasa akan

menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya. Oleh itu,

mereka diberi keringanan dan kemudahan selagi darurat itu wujud.

[25] Dalam kes ini Sekarang Plaintif bermastautin di Kg. Cheras Baru, Ampang,

Selangor bersama tujuh orang anaknya. Sekiranya dilihat dari segi jarak jauh,

sudah tentu menimbulkan kesulitan kepada Plaintif membuat permohonan di

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Bagi mempastikan berlaku kesulitan

ke atas Plaintif untuk memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah

Negeri Melaka, maka perlu dirujuk kepada perbicaraan di Mahkamah Tinggi

Syariah Negeri Selangor adakah isu ini ditimbulkan.

[26] Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya ada menyebut berkaitan

kesusahan dan halangan bagi Plaintif untuk menfailkan tuntutannya di

Mahkamah Tinggi Syariah Melaka yang jarak dengan rumahnya lebih kurang 133

km, sedangkan jarak antara Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan

rumahnya hanya sekitar 35 km.

[27] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, kami berpendapat Hakim Bicara telah

betul dalam keputusannya dan tidak ada sebab untuk kami campurtangan kerana

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mempunyai bidangkuasa membicarakan kes

ini.

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI …jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/Keputusan Semakan... · DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM ... YA DATUK HAJI MOHAMAD

16