kertas kerja gotong royong

6
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA UNIT BERUNIFORM & KHIDMAT MASYARAKAT 2014

Upload: izyani-ahmad-khalid

Post on 15-Dec-2015

6.542 views

Category:

Documents


382 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA GOTONG ROYONG PERINGKAT SEKOLAH

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Gotong Royong

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA UNIT

BERUNIFORM

& KHIDMAT MASYARAKAT

2014

Page 2: Kertas Kerja Gotong Royong

Tarikh : 10 September 2014(Rabu)Masa : 2.50 petang – 5.00 petangTempat : Persekitaran kawasan sekolah

dan bangunan baru

1.0 TUJUAN

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran

sekolah. Kecerian yang dihasilkan adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah

yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada disekolah dalam keadaan

yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih

bersemangat dan bermotivasi. Bagi guru pula, sekolah yang ceria akan memberikan

mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Kertas

kerja ini disediakan adalah untuk mendapat kelulusan program daripada Pengetua

serta kerjasama daripada semua barisan pentadbir dan Jawatankuasa Disiplin Sekolah

Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa.

2.0 PENGENALAN

Program Gotong-Royong Perdana 2014 ini diadakan adalah dengan harapan agar

semua pelajar yang terlibat dapat menghayati kepentingan semangat bekerjasama

antara manusia dan tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang diberi. Aktiviti ini

diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa

pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah .

Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni

dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek

pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan

sekitar sekolah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini adalah:

i. Mewujudkan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan

kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu

Page 3: Kertas Kerja Gotong Royong

pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa

penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi

yang bersih, indah, selamat dan ceria.

iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang

maksimum.

iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara

murid, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 29 September 2014

Masa : 2.50 petang – 5.00 petang

Tempat : Persekitaran kawasan SMK Raja Muda Musa

5.0 TENAGA PENGELOLA

5.1 Jawatankuasa Kokurikulum, Panitia Sivik dan kewarganegaraan, guru-guru

dan guru praktikal

6.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA

6.1 Semua pelajar Tingkatan 1, 2 ,4 dan 6 SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar,

Perak

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 10 September 2014 (Rabu)Masa : 2.45 petang – 5.00 petangTempat : Persekitaran kawasan sekolah

Aturcara :

2.50 petang : Berkumpul di tapak perhimpunan dan mengambil kehadiran

Page 4: Kertas Kerja Gotong Royong

2.55 petang : Agihan tempat bagi unit dan kawasan: Agihan peralatan- Wakil setiap unit mengambil peralatan dan beg plastik hitam di stor

pekerja

3.00 petang : Gotong-royong bermula

4.45 petang : Gotong-royong tamat- Penyimpanan peralatan di stor pekerja- Memastikan sampah sarap dibungkus dalam beg plastik hitam- Menghantar sampah dalam beg plastic hitam ke tempat yang ditetapkan

5.00 petang : Minum petang dan bersurai

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Seperti di Lampiran A.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.

Pendapatan Jumlah (RM) Bil. Perbelanjaan Jumlah (RM)

1. Peruntukan wang

kokurikulum kerajaan

2014 Program Gotong

Royong

770.00 1.

2.

Makan dan minum

pelajar

(RM1.75x400)

770.00

Jumlah Pendapatan 770.00 Jumlah Perbelanjaan 770.00

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Gotong-Royong Perdana 2014 yang dirancang ini akan mendapat

sokongan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Kami berharap agar

program ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan, bagi melancarkan program yang

telah dirangka ini. Moga program yang dirancang ini akan dapat mencapai objektif

dengan jayanya. Mudah-mudahan program ini akan memberi kebaikan kepada semua

warga SMK Raja Muda Musa disamping mengeratkan lagi ukhwah diantara pelajar

dan guru.

Page 5: Kertas Kerja Gotong Royong

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………….. ………………….. …………………..(IZYANI AHMAD KHALID) Setiausaha