kertas kerja full minggu math

12
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang. KERTAS KERJA Minggu Matematik “MATEMATIK DI HATIKU” ANJURAN Guru Pelatih IPG Kampus Pulau Pinang

Upload: linlala

Post on 17-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kertas kerja minggu mathPenang

TRANSCRIPT

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT INSTITUT tahun 2010

Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

KERTAS KERJA

Minggu Matematik

MATEMATIK DI HATIKU

ANJURAN

Guru Pelatih IPG Kampus Pulau Pinang Dengan kerjasamaPanitia MatematikSekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut 1. PENGENALANSejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, Panitia Matematik mengambil inisiatif melaksanakan Minggu Matematik. Program ini disusun untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap Matematik dan seterusnya membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

2. MATLAMATProgram Minggu Matematik adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari melalui program ini. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. OBJEKTIFMinggu Matematik ini diadakan bertujuan untuk : Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Matematik. Menimbulkan minat murid dalam Matematik. Menguji kemahiran murid dalam Matematik. Membuka peluang meneroka alam Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan. Membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.

4. TEMAMATEMATIK DI HATIKU

5. TARIKH DAN TEMPATTarikh : 9 13 Julai 2012Tempat : Kawasan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

6. JAWATANKUASA INDUK PROGRAMPenaung: Encik Azizan b. OmarPenasihat: Puan Azura bt. OsmanPengerusi: Siti Athirah bt. MohamedSetiausaha: Noor Fhadzilah bt. MaharudinBendahari: Siti Jamilah bt. Zulkefli

7. JAWATANKUASA PELAKSANAKertas Kerja: Cik Norzie bt. Md YusofNoor Fhadzilah bt. MaharudinHadiah: Puan Alagusundari RajagopalSiti Jamilah bt. ZulkefliJuruacara: Cik Noor Suhaili bt. NordinIzzat b. Mohd SaniPersiapan Tempat: Encik Tengku Helmy b. Tan Ibrahim Siti Jamilah bt. ZulkefliKawalan Disiplin: Encik Mohd Rizal b. Md DaudIzzat b. Mohd SaniKuiz Matematik: Puan Lim See Erh Noor Fhadzilah bt. MaharudinPertandingan Mewarna: Puan Suzana bt. MarzukiSiti Athirah bt. MohamedBengkel: Cik Normala bt. Ahmad JohariIzzat b. Mohd SaniJelajah Matematik: Puan Syarida bt. NordinSiti Athirah bt. MohamedSiaraya: Ust. Muhamad b. Faizal DarusEncik Azrol Iza b. Mat RiffinIzzat b. Mohd SaniDokumentasi: Siti Jamilah bt. Zulkefli8. JADUAL PELAKSANAANTARIKH/HARIMASAAKTIVITITINDAKANTEMPAT

9 JULAI 2012 (ISNIN)7.45 8.15 pagi9.00 pg 1.00 ptg Majlis Pelancaran Pameran Minggu MatematikSemua guru Matematik & guru praktikum Tapak Perhimpunan & Garaj kereta

10 JULAI 2012(SELASA)8.00 10.00 pg Pertandingan Mewarna Tahap 1 Kuiz Matematik Tahap 2Guru Tahap 1 & semua guru praktikum Kelas Tahap 1&Kantin sekolah

11 JULAI 2012 (RABU)8.00 9.45 pg

10.35 pg 12.00 t/h

1.30 3.30 ptg Bengkel Abakus Tahun 3 Bengkel Abakus Tahun 5 Eksplorasi Matematik Tahap 2Guru Matematik Tahun 3 & 4Semua guru praktikum Kantin sekolah &Sekitar kawasan sekolah

12 JULAI 2012 (KHAMIS)8.00 pg 1.00 ptg Bengkel Geometri Tahun 4Semua guru praktikumKantin sekolah

13 JULAI 2012 (JUMAAT)8.00 9.00 pg Majlis Penutupan Fesyen Matematik Penyampaian hadiahSemua guru Matematik & guru praktikumTapak Perhimpunan

SEPANJANG MINGGU9.45 10.30 pg Ruangan Teka & Menang Anggar bilangan guli (Tahap 1) Anggar berat, isipadu cecair & panjang tali (Tahap 2)Semua guru praktikum Kantin sekolah

SEPANJANG MINGGU7.45 8.00 PG Bijak Sifir (Tahun 3, 4 & 5)Semua guru Matematik Tahun 3, 4, 5 & guru praktikumKelas Tahun 3, 4 dan 5

*Rujuk Lampiran bagi penerangan setiap aktiviti9. SASARANSemua murid Tahap 1 dan Tahap 2

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

ACARAHADIAH

Pertandingan Mewarna (Tahap 1)Tempat pertama : 1 x RM 5.00 = RM 5.00Tempat kedua : 1 x RM 4.00 = RM 4.00Tempat ketiga : 1 x RM 3.00 = RM 3.00

Kuiz Matematik (Tahap 2)Tempat pertama : 1 x RM 10.00 = RM 10.00Tempat kedua : 1 x RM 10.00 = RM 10.00

Eksplorasi Matematik Tempat pertama : 1 x RM 10.00 = RM 10.00 Tempat kedua : 1 x RM 10.00 = RM 10.00

Ruang Teka dan Menang Anggar bilangan guli (Tahap 1)Tempat pertama : 3 x RM 2.00 = RM 6.00

Ruang Teka dan Menang Anggar berat, isipadu cecair & panjang tali (Tahap 2)Tempat pertama : 3 x RM 2.00 = RM 6.00

Fesyen MatematikTempat pertama : 1 x RM15.00 = RM 15.00Tempat kedua : 1 x RM10.00 = RM10.00

Bijak Sifir

Saguhati & Lencana : 3 x RM5.00 = RM15.00

Lain-lain - pocket file (150 orang murid)- pembalut- kertas A4/kad manila/kertas mahjung- markerRM 40.00RM 6.00Pejabat Sekolah

JUMLAHRM 150.00

11. ANJURANGuru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang dengan kerjasama Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

12. PENUTUPAdalah diharapkan bahawa Minggu Matematik yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar.

Disediakan Oleh:

.(NOOR FHADZILAH MAHARUDIN)Setiausaha, Minggu Matematik,Sek. Keb. Permatang Damar Laut.

Disemak oleh :

..(AZURA OSMAN)Ketua Panitia Matematik,Sek. Keb. Permatang Damar Laut..

Diluluskan oleh :

..(AZIZAN OMAR)Guru Besar,Sek. Keb. Permatang Damar Laut Cop Rasmi Sekolah

LAMPIRAN

SENARAI AKTIVITI MINGGU MATEMATIKSEK. KEB. PERMATANG DAMAR LAUT

Pameran Minggu Matematik

Memaparkan gambar dan penerangan tentang tokoh-tokoh yang terlibat dalam Matematik. Menunjukkan model dan penggunaan abakus. Menonjolkan kepelbagaian bentuk dan konsep dalam geometri. Menyediakan sudut permainan Matematik.

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Setiap murid dibekalkan dengan kertas yang perlu diwarnakan. Gambar yang perlu diwarnakan adalah melibatkan pengiraan Matematik. Guru yang berada di dalam kelas akan memulakan, mengawasi dan menamatkan pertandingan dalam masa yang ditetapkan serta mengutip kembali kertas daripada murid. Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga ketiga dan pemenang diambil secara keseluruhan daripada Tahap 1 .

Kuiz Matematik Tahap 2

Setiap kelas Tahun 4 dan 5 dikehendaki menghantar 4 orang wakil. Kesemua peserta akan membuat undian bagi menentukan kumpulan masing-masing. Sebanyak 6 kumpulan akan dibentuk dan terdapat 4 orang ahli dalam kalangan Tahun 4 dan 5 bagi tiap-tiap kumpulan. Terdapat 2 bahagian kuiz iaitu Roda Matematik dan Siapa Cepat. Soalan-soalan kuiz adalah merangkumi topik-topik Matematik bagi Tahun 4 dan 5. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah setiap bahagian kuiz. Hadiah yang disediakan adalah dari tempat pertama hingga kedua.

Bengkel Abakus

Bengkel terbahagi kepada 2 sesi iaitu bagi murid Tahun 3 dan 5. Murid-murid diperkenalkan dengan sejarah tentang Abakus. Murid ditunjukkan model abakus dan cara penggunaannya serta ciri-ciri yang ada pada abakus. Setiap kumpulan melakukan penambahan nombor : satu digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula, dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula, dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula, satu digit dengan satu digit dengan mengumpul semula dan dua digit dengan satu digit dengan mengumpul semula *mengikut tahap tahun masing-masing. Aktiviti kumpulan ; Jari Pantas

Eksplorasi Matematik Tahap 2

Setiap kelas Tahun 4 dan 5 diminta menghantar wakil seramai 4 orang. Jumlah keseluruhan peserta akan dibahagi kepada 4 kumpulan. Terdapat 4 stesen yang menyediakan jenis permainan Matematik yang berbeza iaitu : Jejak Telefon Buruk Murid akan beratur dalam satu barisan. Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan bertindak mencari harta karun di dalam seperti yang diarahkan. Fasilitator akan meminta wakil kumpulan untuk membaca arahan sebelum wakil tersebut membisikkan arahan kepada rakan yang lain. Pancing Ikan Murid diminta untuk memancing seberapa banyak ikan yang terdapat di dalam kolam dalam masa yang ditetapkan. Markah akan dikira mengikut berat ikan yang dipancing dengan menjumlah nilai yang terdapat di belakang ikan-ikan tersebut Pertandingan Dart Murid akan disediakan papan dart yang mengandungi markah-markah tertentu. Setiap ahli akan diberi 2 percubaan untuk melontar dart ke dalam papan dart. Setiap mata yang diperoleh melalui balingan dart akan dijumlahkan menjadi mata kumpulan. Selesaikan saya ! Murid menyelesaikan teka silang kata Matematik yang mengandungi kod-kod tertentu. Pemenang akan dikira melalui markah terkumpul bagi kesemua stesen yang dilalui Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga kedua.

Bengkel Geometri

Peserta bengkel yang terlibat adalah semua murid Tahun 4. Bengkel dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu membuat demonstrasi dan pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan. Demonstrasi dijalankan oleh guru bersama-sama murid. Aktiviti kumpulan : Cerita Pop-up

Ruangan Teka & Menang

Ruangan akan dibahagikan kepada Tahap 1 dan 2. Murid Tahap 1 akan membuat anggaran tentang bilangan guli yang telah diletakkan di dalam balang manakala murid Tahap 2 pula akan membuat anggaran tentang berat, isipadu cecair dan panjang tali dalam bekas yang telah disediakan. Anggaran ditulis pada kertas jawapan yang akan diedarkan di ruangan tersebut dan dimasukkan dalam kotak masing-masing. Ruangan ini akan dibuka pada waktu rehat mengikut Tahap 1 dan 2. 3 orang pemenang dari setiap tahap akan dipilih dan diumumkan sewaktu Majlis Penutupan Minggu Matematik.

Bijak Sifir

Aktiviti akan berlangsung pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula. Soalan sifir melibatkan sifir 2 9 dan mengikut tahap pembelajaran bagi Tahun 3, 4 dan 5. Murid yang memperoleh markah tertinggi pada peringkat pertama akan dikumpulkan dan mara ke peringkat seterusnya. Seorang pemenang bagi setiap tahun akan diiktiraf dan dianugerahkan Lencana Bijak Sifir berserta hadiah.

Fesyen Matematik

Setiap kelas Tahun 4 dan 5 diwajibkan untuk menyertai aktiviti ini. Murid diberi masa selama 3 hari untuk menyiapkan pakaian menggunakan bahan-bahan kitar semula mengikut kreativiti masing-masing. Guru Matematik bagi kelas masing-masing akan diminta untuk memantau persediaan murid. Seorang wakil kelas akan mempersembahkan pakaian tersebut sewaktu majlis penutupan dan dihakimi oleh hakim yang akan ditetapkan. Hadiah disediakan untuk tempat pertama dan kedua.