kertas kerja ceramah jenayah juvana

5
KERTAS KERJA : CERAMAH JENAYAH JUVANA DAN HUKUMAN 1. Pendahuluan Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar,maupun sekolah biasa atau di sekolah berasrama penuh. Pelajar yang terlibat dengan masalah ini biasanya terdedah dengan berbagai perkara di sekililing termasuklah bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran masyarakat. Keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar telah menjajah minda para pelajar sekarang. Masalah ini sangat membimbangkan kerana kecemerlangan dalam pelajaran adalah amat berkait rapat dengan sikap pelajar itu sendiri. Bagi membendung masalah ini maka pihak sekolah melihat kembali system sekolah kita yang lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Sabagai usaha sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah ialah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Jenayah Juvana iaitu merujuk kepada perlakuan jenayah golongan remaja yang bertindak menyalahi undang- undang. 2. Tujuan Kertas Kerja 2.1 Mendapat kelulusan pihak sekolah. 2.2 Mendapat bantuan kewangan, pengangkutan dan peralatan yang digunakan semasa program. 2.3 Mengesahkan ahli jawatankuasa yang terlibat. 2.4 Mendapatkan kerjasama guru-guru yang terlibat. 3. Matlamat Menyedarkan kepada para pelajar bahawa semua penjenayah walaupun dikategorikan sebagai jenayah juvana akan menerima hukuman kerana telah menyalahi undang-undang. 4. Objektif Selepas mendengar ceramah ini para pelajar:-

Upload: sal-saliha

Post on 18-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Ceramah Jenayah Juvana

KERTAS KERJA : CERAMAH JENAYAH JUVANA DAN HUKUMAN

1. Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar,maupun sekolah biasa atau di sekolah berasrama penuh.

Pelajar yang terlibat dengan masalah ini biasanya terdedah dengan berbagai perkara di sekililing termasuklah bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran masyarakat. Keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar telah menjajah minda para pelajar sekarang. Masalah ini sangat membimbangkan kerana kecemerlangan dalam pelajaran adalah amat berkait rapat dengan sikap pelajar itu sendiri.

Bagi membendung masalah ini maka pihak sekolah melihat kembali system sekolah kita yang lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Sabagai usaha sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah ialah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Jenayah Juvana iaitu merujuk kepada perlakuan jenayah golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang.

2. Tujuan Kertas Kerja

2.1 Mendapat kelulusan pihak sekolah.

2.2 Mendapat bantuan kewangan, pengangkutan dan peralatan yang digunakan semasa program.

2.3 Mengesahkan ahli jawatankuasa yang terlibat.

2.4 Mendapatkan kerjasama guru-guru yang terlibat.

3. Matlamat

Menyedarkan kepada para pelajar bahawa semua penjenayah walaupun dikategorikan sebagai jenayah juvana akan menerima hukuman kerana telah menyalahi undang-undang.

4. Objektif

Selepas mendengar ceramah ini para pelajar:-

4.1 Menyedari bahawa kesalahan di bawah jenayah juvana akan dikenakan tindakan

undang-undang.

4.2 Menyedari bahawa setiap pelajar yang didapati bersalah perlu menerima hukuman.

4.3 Menyedari bahawa sikap pelajar perlu diubah ke arah yang lebih positif agar kehidupan

lebih bermakna dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

5. Peserta Seminar

5.1 Pelajar berjumlah lebih kurang 216 orang

Page 2: Kertas Kerja Ceramah Jenayah Juvana

5.2 Ahli jawatan kuasa 18 orang.

5.3 Penceramah Jemputan 1 0rang.

6. Tempat

6.1 Dewan KKD Tenghilan.

6.2 Kelas Tahun 6, Sk.Pekan Tenghilan.

7. Tema “ “Ke arah Kecemerangan Sahsiah”

8..Pengisian Program

8.1 Apakah maksud Jenayah Juvana ?

8.2 Apakah kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah juvana?

8.3 Apakan tindakan undang-undang bagi kesalahan di bawah jenayah juvana?

9. Perlaksanaan Program

Tarikh : 16hb, Julai.2014

Masa : 09.00 – 10.00 pagi.

Hari : Rabu

10. Kemudahan dan peralatan.

10.1 Peralatan persembahan ‘Power Point’.

10.2 Mikrofon, speaker dan ‘connection cable’.

10.3 Kerusi murid, meja penceramah dan alat tulis.

10.4 Pengangkutan ke dewan ceramah jika perlu.

10.5 Lain-lain yang berkaitan.

11. Anggaran Perbelanjaan.

Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, peruntukan kewangan dari pihak sekolah dianggarkan seperti berikut:-

i. Cenderahati penceramah. RM 100.00 x 1 orang = RM 100.00.

Jumlah Perbelanjaan = RM 100.00

Page 3: Kertas Kerja Ceramah Jenayah Juvana

12. AJK Pelaksana

Pengerusi : En.Jukin Mukrin

Tim. Pengerusi : En. Abdul Halim Ad.Kader.

Penyelaras : Pn.Anne Borumbun

Setiausha : Pn.Martha Kaji @ Nazahratul Nooraini Abd.

Bendahari : Pn. Noraya Arjilun.

Pengurus Program : Pn. Anne Borumbun

Perhubungan/publisiti : Semua guru kelas tahap 2

Cenderahati penceramah : Cik.Soliah @ Masliah bt Deris@ Dris

Disiplin/ keselamatan : Pn.Rostinah binti Unggau/Pn. Rosne Somongko

Teknikal dan peralatan : En. Caprian Intang

Pengerusi majlis : Cik. Rozita Zaratang

Pengurus dewan ceramah : Pn.Nally @ Nancy Joseph

Pn.Rostinah Unggau

En.Richard Diasar

Pengurus peserta : Guru kelas tahap 2.

Dokumentasi : En. Manjuin Rasid

Pendaftaran : Cik Rennie Roinil Gumbalai

Cik. Aniza Seli

13. Tentatif Program

MASA PERKARA TINDAKAN

7.00 – 8.00

8.00 – 8.20

9.00 - 10.00

Persediaan teknikal di dewan.

Berkumpul dan ke dewan ceramah.

Sesi :1

1.1 Apakah Jenayah Juvana ?.

1.2 Apakah kesalahan yang dikategorikan

sebagai Jenayah Juvana?

En.Caprian Intang

Guru kelas/ guru bertugas.

Kopral Jiti Saidin

Page 4: Kertas Kerja Ceramah Jenayah Juvana

10.00- 10.30

10.30-11.00

1.3 Apakah hukuman bagi Pesalah Juvana ?

Sesi :2 Soal Jawab

Semua peserta beredar ke kelas diiringi oleh guru kelas masing-masing.

Guru kelas tahap 2

12. Penutup

‘’Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya” dan “Mencegah Lebih baik dari Mengubati” adalah dua peribahasa Melayu yang sangat berkaitan dengan pembentukan awal sahsiah pelajar.

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberikan manafaat kepada semua pelajar demi pembangunan insan yang berterusan.

Disediakan oleh,

_______________

( Anne Borumbun )

Guru UBK,

Sk Pekan Tenghilan.