kertas kerja ceramah ibubapa org asli
DESCRIPTION
kertas kerjaTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TELOK DATOKBANTING
KERTAS KERJACERAMAH KEIBUBAPAAN MURID ORANG ASLI
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mengadakan ceramah
keibubapaan untuk ibu bapa murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok
Datok. Kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon tajaan peruntukan kewangan
daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi pelaksanaan program ini
Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di
bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan
memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara
rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada
dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan
amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan dengan itu ibubapa perlu dijelaskan
peranan mereka agar paduan antara ibubapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan
yang berjaya.
1.0 Rasional
1.0 Tujuan
2.1Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya
pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
2.2Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah.
2.3Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau
kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam
pelajaran.
2.4.Membuat hubungan baik sekolah dengan pihak JAKOA Kuala Langat.
“Ibu bapa Cemerlang, Anak Gemilang”
Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok dengan kerjasama pihak Jabatan
Kemajuan Orang Asli Kuala Langat (JAKOA).
Pihak sekolah akan menjemput penceramah daripada kalangan Orang Asli yang
berjaya untuk menyampaikan motivasi yang menjurus ke arah meningkatkan kesedaran
peranan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak-anak untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.
Program ini akan diadakan pada 12 April 2014 (Ssbtu).
2.0 Objektif
3.0 Tema
4.0 Anjuran
5.0 Penceramah
6.0 Tarikh
Program ini akan diadakan di Dewan Kampung Orang Asli Pulau Banting, Banting.
Program ini mensasarkan pelajar dan ibu bapa Orang Asli yang menghantar anak mereka di Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok.(Sila lihat lampiran A).
(Sila lihat lampiran B)
(Sila lihat lampiran C)
(Sila lihat lampiran D)
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar Orang
Asli yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan
dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi dan kebaikan bersama.
13.0 Penutup
7.0 Tempat
11.0 Anggaran Belanjawan
8.0 Sasaran
9.0 Jawatankuasa Pelaksana
10.0 Aturcara Program
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………. ……………………………….....(KATY BINTI KATAN) (EN ABU BAKAR BIN RAJIMIN)SETIAUSAHA PENOLONG KANAN 2
Disahkan dan diluluskan oleh,
……………………………….....(EN AHMAD ROSIDI BIN MD SIRAT PJK)
GURU BESAR SK METHODIST, TELOK DATOK