kertas kerja cadangan program kursus kepimpinan dan pengukuhan diri 2012

9
SK JENDERAM 43800 DENGKIL, SELANGOR KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM: KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN DIRI 2012 UNIT HEM “MELAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN TERBILANG” TARIKH: 14 JANUARI 2012 HARI: SABTU TEMPAT: DEWAN SKJ

Upload: monica-rogers

Post on 20-Sep-2015

305 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

paperwork kursus pengawas

TRANSCRIPT

SK JENDERAM43800 DENGKIL, SELANGORKERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM:

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN DIRI 2012UNIT HEMMELAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN TERBILANGTARIKH: 14 JANUARI 2012HARI: SABTUTEMPAT: DEWAN SKJANJURAN BERSAMA:LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH - UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - PUSAT SUMBER SEKOLAH1.0 PENDAHULUANKertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menggilap bakat kepimpinan murid-murid yang terpilih ke tahap maksima.

1.1 Kemahiran kepimpinan yang berkesan perlu diberikan kepada setiap pelajar agar mereka boleh bertugas dengan kaedah yang betul dan mampu mencapai kecemerlangan dalam menjalankan tugas harian yang telah diamanahkan.1.2 Potensi kepimpinan perlu dicungkil dan digilap dari masa ke semasa agar pelajar mampu membantu sekolah menangani masalah pelajar disamping menjadi model kepada pelajar lain

1.3 Tugas pemimpin adalah menyeluruh yakni untuk membimbing anggota ke arah yang lebih produktif, berilmu, berakhlak tinggi, berwibawa dan mampu mendokong hasrat sekolah. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah kami alu-alukan dan semoga program ini berjaya mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa demi menanamkan nilai tanggungjawab yang dipikul oleh barisan pemimpin.2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi dorongan atau motivasi kendiri para pelajar agar mereka mahu berusaha secara bersungguh-sungguh sebagai pemimpin pelajar.

2.2 Memberi bimbingan tentang kaedah kepimpinan yang berkesan dan melahirkan pelajar yang mampu memimpin tanpa paksaan.

2.3 Memberikan pendedahan mengenai teknik komunikasi dan ilmu-ilmu kepimpinan agar mereka akan bertugas dengan rasa seronok sepanjang masa.3.0 MATLAMAT

Melahirkan golongan pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.4.0 TEMAMELAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN TERBILANG

5.0 SASARAN 53 pelajar yang terdiri daripada Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan ketua-ketua serta penolong-penolong dari setiap kelas.6.0 TEMPAT Dewan Sekolah Kebangsaan Jenderam.7.0 PENGISIAN

7.1 Pendaftaran

7.3 Bacaan Doa

7.4 Ice Breaking 7.4 Ceramah: Tajuk ( Kepimpinan atau Kecemerlangan Diri)

7.4.1. Menjadi Pemimpin Cemerlang atau Pelajar Cemerlang

7.4.2. Mencungkil Bakat Kepimpinan atau Potensi Diri

7.4.3. Teknik Pengurusan Masa Berkesan & Strategi Pengurusan Diri Cemerlang7.5 Latihan dalam Kumpulan (LDK)AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAKURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN DIRI 2012PENGERUSI:

Y.M RAJA MAIMUNAH BT RAJA HARUN

TIMBALAN PENGERUSI:PN. FARIDAH BT ISMAILNAIB PENGERUSI 1:

PN. KAMISAH BT MOHD DONNAIB PENGERUSI 2:

EN. MOHD RAZALLI BIN ABD AZIZ SETIAUSAHA:

PN. FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD FAUZINAIB SETIAUSAHA:

PN. NOR HAMIFAH BT HAMIDBENDAHARI:

PN. NOR SAIDAH BT SAIDJAWATANKUASA PERSIAPAN PENTAS:

EN. FADZIL BIN MOHD ALI (K)PN. HAMIMAH BT JAMIL

PN. RAZLIZA BT ABD RAHMAN

JAWATANKUASA FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI:PN. NIK SITI NUR FADZILAH BT NIK AB. RAHIM (K)

PN. IQBAL HANA BT MOHAMED RUSDI

JAWATANKUASA MAKANAN DAN MINUMAN:

PN. ENDON BT MOHD NALI (K)PN. MAZNAH BT MOHD NOOR

PN. HASLINDA BT MAHAD

PN. FAZLIZATUL HUDA BT A. RAHIM

PENGACARA MAJLIS:

CIK NOOR AFIQAH BT BAKRON

BIDANG TUGAS

1. PENGERUSI

Melantik ahli jawatankuasa pelaksana. Mempengerusi dan mengendali mesyuarat.2. TIMBALAN DAN NAIB PENGERUSI

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari masa ke semasa.

3. SETIAUSAHA Menguruskan surat menyurat.

Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa pelaksana.

Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa/waris.

Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program.

4. BENDAHARI

Menyediakan anggaran perbelanjaan.

Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.

Mengurus dan menyelia pendapatan dan perbelanjaan.

Menyediakan laporan kewangan.

5. AJK PERSIAPAN PENTAS

Menyediakan backdrop. Menyediakan pentas

6. AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI

Menyediakan peralatan untuk fotografi

Membuat dokumentasi untuk program.

7. AJK MAKANAN DAN MINUMAN

Mencadangkan menu makanan dan minuman. Menyediakan kos perbelanjaan makanan dan minuman.

Menguruskan persediaan makanan dan minuman.ANGGARAN PERBELANJAAN KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR DAN PENGUKUHAN DIRI 2010

BIL.PERKARAKUANTITIJUMLAH

1.FOTOSTAT106 X RM0.10RM 10.60

2.MAKANAN / MINUMAN PESERTA & AJK PELAKSANA70 X RM 2.50RM 175.00

4.DOKUMENTASICUCI GAMBAR

10 X RM1.00RM 10.00

JUMLAHRM 195.60

TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

8.00 PAGIPENDAFTARAN

8.30 PAGIBACAAN DOA

8.40 PAGIICE BREAKING

9.00 PAGICERAMAH I

10.00 PAGIREHAT

10.30 PAGICERAMAH II

11.30 PAGILDK

12.30 TENGAHARIBERSURAI

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya dapat pihak kami merancang dan menamatkan kertas kerja cadangan ini. Semoga dengan program yang dirancang ini dapat meningkatkan lagi keyakinan dan disiplin semua pemimpin murid ke arah kepimpinan berkualiti.

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu untuk menyiapkan kertas kerja cadangan ini dan semoga program ini akan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Sekian, terima kasih.Disediakan oleh,

(FAUZIATUL DURRA BINTI AHAMAD FAUZI)

Setiausaha,

Kursus Kepimpinan dan Pengukuhan Diri,

Tahun 2012SK JenderamDisahkan oleh,

(Y.M. RAJA MAIMUNAH BT RAJA HARUN)

Guru Besar,

SK Jenderam43800 Dengkil,

Selangor.KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN DIRI 2012 Page 2