kemahiran pengukuhan

Upload: zahar-fahmi

Post on 19-Jul-2015

607 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

8.7 Kemahiran Pengukuhan Objektif Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : Konsep Kemhairan Pengukuhan Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan. Objektif-objektif kemahiran pengukuhan Kesan kemahiran pengukuhan ke atas pengajaran. Komponan- komponan kemahiran pengukuhan .

8.7.1 Konsep Kemahiran Pengukuhan Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua : Tingkah laku responden tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama. Tingkah laku operan tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Pengukuhan boleh berupa positif atau negatif. Pengukuhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :

- GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman? - RAHMAN : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan Pecahan. - GURU : Bagus Selain itu, terdapat juga pengukuhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di hadapan orang ramai.contohnya : - GURU : Apakah pecahan setara, Ali? - ALI : (tidak menjawab) - GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap. Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. Pengukuhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.

8.7.2 Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan. Pengukuhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif. Pengukuhan dielakkan. Teknik memberi pengukuhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan. negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah

Pengukuhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

8.7.3 Objektif-objektif Kemahiran Pengukuhan Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif. Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.

8.7.4 Kesan Kemahiran Pengukuhan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran 1. Pengukuhan akan membawa semangat ingin belajar. 2. Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi. 3. Pelajar-pelajar lain yang belum menerima pengukuhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. 4. Pelajar yang menerima pengukuhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah. 5. Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.

8.7.5 Komponen-komponen Kemahiran Pengukuhan Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan,

komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif. Guru yang memilih latihan pengukuhan sebagai latihan dalam sesi pengajaran haruslah memahami semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh digunakan apabila memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang ditimbulkan. Untuk menggalakkan pelajar memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajaran harus dirancang berdasarkan strategi pemusatan pelajar. Soalan- soalan harus disediakan untuk memberi peluang kepada pelajar menjawab.

Borang Bimbingan Kemahiran Pengajaran Komponen Pengukuhan ( Peneguhan) Lisan positif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Lisan negatif Gerak isyarat negatif Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan Kemahiran Ada (tidak sesuai) Tiada

Ada (sesuai)

8.8 Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : Konsep Menilai Hasil Pembelajaran Tujuan Menilai Hasil Pembelajaran Kepentingan Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran Jenis Penilaian Objektif

8.8.1 Konsep Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran Menilai hasil pembelajaran adalah satu strategi untuk mendapatkan maklumat yang penting dan berguna untukmenentukan sama ada objektif P&P serta membantu membuat pilihan untuk kaedah pengajaran yang sesuai bagi sesuatu peringkat kebolehan murid sehingga tercapai objektif pengajaran. Menilai Hasil Pembelajaran dapat memberikan maklum balas yang tekal bagi meningkatlkan pembelajaran murid-murid. Murid-murid mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Potensi seseorang murid dapat ditingkatkan berdasarkan persediaannya menerima pelajaran. Penilaian untuk Pembelajaran memfokus jurang antara pelajar dalam menentukan arah pembelajarannya dengan matlamat tertentu. Ini boleh dicapai melalui proses berkongsi kriteria dengan pelajar, soalan yang efektif dan maklum balas yang benar dan tekal. Dengan kata lain, Penilaian untuk Pembelajaran mendukung pembelajaran dan pengajaran. Penilaian melibatkan pelibatan yang tinggi, berdasarkan soalan bermutu, pendengar yang baik dan maklum balas yang reflektif. Pelajar tahu akan apa-apa yang dipelajarinya dan kejayaan yang bakal diraihnya. Pelajar diberikan maklum balas yang bermutu Pelajar terlibat bagi menentukan arah pembelajarannya.

Apa-apa sahaja yang dijalankan pelajar/guru di dalam kelas boleh dianggap sebagai penilaian. Tugasan dan soalan-soalan diajukan boleh menunjukkan tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelajar. Apa-apa yang dinyatakan dan dilakukan pelajar dipantau dan diterjemah dalam bentuk kegiatan susulan dan peningkatannya Proses penilaian adalah bahagian pentig dalam kegiatan harian dalam kelas yang melibatkan guru dan/dengan pelajar melalui refleksi, keputusan. dialog dan membuat

8.8.2 1.

Tujuan Menilai Hasil Pembelajaran

Menentukan sama ada murid telah menguasai semua kemahiran secara menyeluruh selaras dengan objektif pembelajaran dari segi kognitif,afektif dan psikomotor.

2. 3. 4. 5.

Mencerminkan matlamat sukatan Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan Maklumat yang didapati daripada penilaian boleh memberi gambaran tentang aspek-aspek seperti : Pencapaian murid dalam pengetahuan Pencapaian murid dalam kemahiran Perkembangan minat Perkembangan daya kreatif Penghayatan nilai murni Kebolehan amali Kemahiran Pergerakan

8.8.3

Kepentingan Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran

Kemahiran menilai hasil pembelajaran penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran Memberikan maklumat tentang keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Murid dapat menngetahui tahap keupayaannya dan merancang kegiatan susulan Untuk memantau keperluan murid berterusan Untuk memberikan maklum balas yang kualitatif

8.8.4 1)

Jenis Penilaian Penilaian Diagnostik

Beberapa definisi penilaian diagnostik adalah seperti berikut :Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan penilaian diagnostik ini sebagai satu penilaian formatif bagi mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran . Dari segi pencapaian akademik , ujian ini dijalankan secara individu yang memberi fokus utama untuk menilai kebolehan dalam satu atau beberapa bidang .Data - data terperinci ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan tertentu yang dapat menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai bagi murid berkenaan. Tujuan Penilaian Diagnostik 1) Menentukan jenis-jenis ketidak upayaan seseorang kanak-kanak lebih awal secara lebih spesifik. Jenis-jenis ketidak upayaan ini dipengaruhi oleh factor-faktor dalaman yang membezakan keupayaan kanak-kanak ini yang biasanya diwarisi dan dipelajari melalui pengalaman kanakkanak itu seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan penyataan .Pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini memudahkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran sesuai untuk mengatasinya.

2) Penempatan yang lebih tepat untuk murid-murid ini mengikut aras kebolehannya Ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa lagi. Murid-murid yang lemah memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana tumpuan perhatiannya yang tidak lama di kelas. Persediaan aktiviti P & P yang menarik dan dipelbagaikan amat dititikberatkan. 3) Penilaian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menentukan kedudukan murid-murid dalam pelajarannya sebelum guru-guru memulakan sesuatu isipelajaran. Perolehan data-data ini membolehkan guru-guru mengubahsuaikan bahan, isi dan kaedah pengajaran mereka mengikut kesesuaian murid-muridnya. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan inilah yang mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi agar objektif yang dirancang memenuhi keperluan. Untuk kelas yang lemah, strategi pengajaran lebih berkesan diperkembangkan seperti mengajar isi yang asas dan kurang menegaskan kemahiran yang kompleks dan abstrak yang tidak boleh dikuasai oleh murid ini.

2) Penilaian Formatif Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan.

Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar. Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Tujuan Penilaian Formatif Memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.

Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Mengubah suai pengajaran seseorang guru.

Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan muridmurid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya. Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh muridmurid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan

pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.

3) Penilaian Sumatif Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui. Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satusatu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya. Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan: i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi

memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid. v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan Penilaian Sumatif 1) Mentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan

Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

2) Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan.

3) Dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut. 4) Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang. 8.8.5 1) Objektif Objektif penilaian kepada murid Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran

2)

Mengukur kemajuan peribadi Mengenal pasti keupayaan Merangsang pencapaian yang lebih tinggi Objektif penilaian kepada guru Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran Mengetahui keberkesanan pengajaran bagi membuat penyesuaian Memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan Menganjurkan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

8.9 KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN. Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : -prinsip penggunaan variasi rangsangan.

ransangan. . Kemahiran Variasi Perancangan.

menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. eka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.

-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. 8.9.1 Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan

pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. -langkah penyampaian diantara satu sama lain.

dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.

pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan.Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

8.9.2 Objektif Penggunaan Kemahiran Variasi Perancangan

man baru dalam pembelajaran.

ilmu.

elbagai aktiviti yang dijalankan.

8.9.3 Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran Murid-murid lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.

Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkanP&P. ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak. perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. 8.9.4 Komponen kemahiran variasi ransangan. Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen. 1. Komponen perubahan pergerakan langkah guru. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak. 2. Komponen perubahan pergerakan anggota guru.

Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

3. Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran. 4. Komponen perubahan fokus deria pelajar. Perhatian murid-murid akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM. 5. Komponen perubahan bentuk lisan pelajar. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa. 6. Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar. Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi. Boang Bimbingan Kemahiran Variasi Rangsangan

Tandakan (/) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan. Komponen Kemahiran Pergerakan langkah 30 saat bagi tiap-tiap ruang 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

guru yang sesuai Pergerakan anggota

guru yang berpatutan

Perubahan nada guru dalam pertuturan Perubahan deria pelajar Perubahan lisan pelajar Perubahan fizikal pelajar Tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan. bentuk bentuk fokus

8.10.0 Kemahiran Pengukuran Objektif Pengajaran Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami Konsep Kemahiran Pengukuran Objektif Pengajaran dengan tepat Objektif pengajaran boleh dilihat daripada 3 perspektif penting Membezakan empat domain-domain kognitif, afektif, psikomotor dan social Membicarakan objektif-objektif domain kognitif, afektif, psikomotor. Merumuskan kemahiran objektif pengajaran dengan pengukuran dan penilaian

8.10.1 Konsep Kemahiran Pengukuran Objektif Pengajaran Objektif Pengajaran Para pendidik kini lebih berminat menggunakan objektif pembelajaran daripada objektif pengajaran. Objektif pengajaran dan objektif pembelajaran pada asasnya adalah sama.Sekiranya kita ingin membezakan antara dua objektif ini, kita boleh terima objektif pengajaran sebagai hasil pembelajaran maksimum bagi sesuatu kelas, sementara objektif

pembelajaran adalah hasil pembelajaran bagi seseorang pelajar atau kumpulan pelajar dalam kelas yang sama keupayaan. Justeru, sekiranya semua pelajar dalamkelas mempunyai keupayaan yang sama, maka objektif pengajaran adalah sama dengan objektif pembelajaran. Selain itu, terdapat dua pemikiran berkait dengan persoalan sama ada objektif pengajaran perlu dinyatakan dalam bentuk tujuan pengajaran atau dalam bentuk tingkahlaku pelajar. Sebahagian pendidik mendapati objektif pengajaran dalam bentuk tujuan pengajaran adalah kurang jelas, terutama semasa mengukur hasil pembelajaran.Misalnya, tujuan pengajaran Pelajar dapat membaca peta didapati tidak jelas, adakah membaca peta bermaksud pelajar dapat menyenarai dan menjelaskan semua simbolatau dapat menjelaskan maksud yang terkandung dalam peta. Sebahagian pendidik pula berpendapat objektif pengajaran tidak seharusnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku pelajar. Mereka percaya objektif pengajaran hanya perlu dinyatakan dalam betuk tujuan pengajaran. Dari tujuan tersebut, guru dan pelajar dapat mendalami pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengubah sikap berkaitan dengan perkarayang dipelajari. Mengikut Krathwohl (1971), pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siripersekitaran yang membolehkan pelajar mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga keperingkat pelajar itu dapat mempamerkan tingkah laku yang diingini pada satu tahapyang memuaskan dalam keadaan tertentu. Penyataan objektif pengajaran merupakan pemerihalan tentang tingkah laku pelajar yang diingini. Dengan itu, penyataan objektif pengajaran amatlah penting kepada guru dan pelajar agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengarah kepada pencapaian objektif ini.

Pengukuran Pengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis.dan juga satu proses yg menentukan kuantiti @ tingkat pembelajarn murid dan keberkesanan pengajaran guru. Tujuan atau fungsi pengukuran dapat dilihat dari dua aspek iaitu pengajaran dan pentadbiran. Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti

/ gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard. Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar. Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu. Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala

pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu. Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris. Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

8.10.2 Kemahiran Pengukuran Objektif pengajaran boleh dilihat daripada 3 perspektif penting

1) Perspektif Guru Objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawapkan kepadanya. Dengan adanya Kemahiran pengukuran objektif pengajaran, guru dapat menilai sama ada matlamat pengajarannya tercapai atau sebaliknya. Guru akan merasa berpuas hati jika objektif pengajaranya tercapai. Andainya objektif tidak tercapai ia mungkin telah disebabkan oleh beberapa hal, umpamanya: Objektif itu terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid. Pengetahuan sedia murid-murid kurang untuk membolehkan mereka mengikuti pelajaran berkenaan. Kaedah mengajar guru itu tidak sesuai.

Dapat membantu dalam merancang dan melaksanakan p&p dengan cara yang sistematik dan berkesan. Seperti dalam perkara: 2) Perspektif Pelajar Kemahiran Pengukuran Objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan terhadap apa yang telah dipelajari pelajar Menentukan strategi pengajaran. Mengenal pasti bahan-bahan pengajaran. Menentukan tugasan & aktiviti yang hendak dijalankan. Menganggarkan bentk penilaian. Menentukan masa & ruang. Meganggarkan kadar pencapaian pelajar

3) Perspektif Pentadbir Objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran dan rancangan mengajar.

8.10.3 Kriteria Memilih Objektif Penentuan sama ada objektif yang dipilih adalah mencukupi, boleh disemak dengan membuat pertanyaan berikut: i. Kesempurnaan Adakah semua objektif merangkumi kehendak hasil penting kursus? ii. Kesesuaian Adakah objektif memenuhi hasrat sekolah ? iii. Harmoni Adakah objektif berharmoni dengan prinsip-prinsip pembelajaran? iv. Pragmatik Adakah objektif setaraf (realistik) dengan kebolehan pelajar, kemudahan dan masa ?

8.10.4 Membicarakan objektif-objektif domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial. Objektif Domain Kognitif Perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang lama.Perkembangan pemikiran pelajar berlaku dengan pesat sewaktu mereka bersekolahsejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Aspek kognitif menjadifokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. TaksonomiObjektif Domain Kognitif Bloom

membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6)peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai seperti Rajah 2.3 berikut.

Rajah 2.3:Taksonomi objektif Domain kognitif Bloom

Idea pengelasan mengikut kategori tersebut dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pemeriksa kolej semasa menghadiri Konvensyen Persatuan PsikologiAmerika di Boston pada tahun 1948 (Bloom, 1989). Berdasarkan tingkah laku yangditunjukkan pelajar, iaitu cara berfikir, merasa dan bertindak, maka penyusunan objektif mengikut keupayaan dari mudah kepada yang lebih susah, membolehkan aktivitipengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematikdan berkesan. Peringkat yang lebih rendah akan dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkatselanjutnya yang lebih susah.

1. Pengetahuan

Cuba anda fikirkan bagaimanakah manusia memperoleh pengetahuan.Adakah sesuatu pengetahuan tersebut secara semulajadi diketahuioleh manusia atau ia merupakan sesuatu yang perlu dipelajari?Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan (Knowledge), yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur danperistiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Aspek tingkah laku yangdiutamakan pada peringkat ini ialah dari segi daya ingatan. Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, iaitu mengingari dalah pra syarat untuk menguasai pemikiran yang lebih tinggi. 2. Kefahaman Objektif kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman (Comprehension), yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna.Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu. Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman adalah seperti berikut i.Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman,misalnya terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi. ii.Pengetahuan/maklumat asas telah diajar/diberi kepada pelajar. iii.Memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir atau diektrapolasikan. iv.Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan merekasendiri. v.Perkataan yang kerap digunakan dalam soalan ialah seperti huraikan,bandingkan, nyatakan, bezakan, nyatakan dalam perkataan anda sendiri.

3. Aplikasi Objektif ketiga Domain Kognitif ialah Aplikasi ( Application), yang bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah amdalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar Nordin,1986). Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami

konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dankaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pengajaran danpenilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian,selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah.Misalnya, murid dapat mengaitkan ciri-ciri fotosintesis dengan kehidupan manusia.Dalam konteks pembinaan item ujian, soalan pada aras ini bertujuan menentukansama ada pelajar dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian dan menggunakannya dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baru. Aplikasi dalam konteks ini bermaksud menggunakan sesuatu yang abstrak dalam situasi tertentu. Pengabstrakan ini mungkin dalam bentuk idea, hukum, kaedah, prinsip atau teori yang perlu diingati, difaham dan digunakan. Keupayaan menggunakan ilmu dalam menyelesaikan masalah baru yang berkaitan dengannya menjadipetunjuk sama ada pelajar telah menguasai ilmu dalam mata pelajaran

berkenaan.Menurut Bloom (1971), pelajar dikatakan menguasai peringkat Aplikasi, sekiranya mereka dapat; Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang baru Menyebut semula satu masalah lama untuk menentukan prinsip yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah baru. Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan dalam

menyelesaikanmasalah baru. Menentukan kesesuaian sesuatu prinsip untuk digunakan dalam

menyelesaikanmasalah baru dengan memberikan alasan Menjelaskan fenomena baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. Menelah apa yang akan berlaku dalam situasi baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. 4. Analisis Objektif keempat Domain Kognitif ialah Analisis ( Analysis), yang bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Justeru, peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu

dokumen/kes yang diberikan. Selain itu, pada peringkat Analisis juga penghakiman turut berlaku, tetapi padaperingkat yang lebih rendah daripada peringkat penilaian. Secara ringkas, analisisterbahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu (a) Analisis unsur ialah keupayaan pelajar menentukan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen. Misalnya, pelajar dikehendaki mencari bukti-bukti dalam sesuatudokumen untuk menyokong kesimpulan yang diberikan. (b) Analisis hubungan ialah keupayaan pelajar menentukanhubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalamkomunikasi. Misalnya, pelajar dikehendaki menentukanperkaitan antara buktibukti, bukti dengan hipotesis, atauhipotesis dengan kesimpulan. c) Analisis prinsip ialah keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan,pendirian, sikap dan konsep sualisasinya. Misalnya, pelajar dapat mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi tertentu bagi menarik minat penonton. Ciri-ciri soalan berasaskan analisis ialah: i . Soalan menggunakan proses mental analisis, sama ada analisis unsur,hubungan atau prinsip organisasi. ii. Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasapengajaran. iii. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar. iv. Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. v. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti mengapa,kenapa, apakah factor.

5. Sintesis Objektif kelima Domain Kognitif ialah Sintesis (Synthesis), yang bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun menyeluruh. Pelajar perlu menggabungkan sesuatu struktur daripada

yang tidak jelas kepada satu struktur atau perkara yang lebih jelas. Sintesis terbahagi kepada tiga jenis, iaitu (a) Sintesis penyampaian, iaitu sintesis yang menghasilkanbentuk penyampaian dengan tujuan tertentu sepertimenghibur, menghuraikan, menarik minat ataumenunjukkan perasaan marah. Misalnya, pelajar dapatmenyampaikan perbahasan dengan hujah yang menarik. (b) Sintesis himpunan iaitu sintesis yang menghasilkan satuhimpunan perlakuan. Misalnya, pelajar dapat menyusunkandungan pelajaran untuk persediaan peperiksasan. (c) Sintesis cadangan, iaitu sintesis yang menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak. Misalnya, pelajar dapat mengemukakan teori yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis ialah: i.Soalan sesuai dengan proses mental sintesis. ii.Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar atau berbeza dengandaripada semasa pengajaran. iii.Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari segi isi ataumasa. iv.Hasilnya dinilai oleh pengguna seperti pembaca atau pemerhati.v.Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti. vi.Bentuk soalan objektif atau esei memerlukan masalah yang kreatif.vii.Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan,cadangkan apa akan berlaku 6. Penilaian Objektif keenam dan terakhir Domain Kognitif ialah Penilaian (Evaluation), yang bermaksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. Pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya. Pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,

memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.Misalnya, pelajar dapat menilai satu hasil kerja, sama ada bermutu atau sebaliknya,dengan membandingkannya dengan hasil kerja lain Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian ialah: i.Soalan menguji proses mental peringkat penilaian. ii.Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru dan tidak pernah disentuhsemasa pengajaran. iii.Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar. iv.Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga (3) bahagian, iaitu apa yang hendakdinilai, arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan. v.Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti pertimbangkan, taksirkan,tentukan, pertahankan . Objektif Domain Afektif Sebagai insan kita semua mempunyai perasaan. Ada ketikanya kita merasa gembira,sedih, terharu, kecewa dan sebagainya. Selepas seseorang itu melalui pelbagai pengalaman dalam hidupnya, dia akan mempunyai pandangan atau sikapnya tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dialami. Perasaan, sikap dan nilai adalah perkara yang dipelajari dan berkembang dari masa ke masa, serentak dengan perkembangan insane itu sendiri dalam pelbagai perkara. Jika kita berada dalam persekitaran yang sihat, maka persekitaran ini sedikit sebanyak akan membentuk perasaan, sikap dan nilai yang positif.Begitu juga sebaliknya.Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap,penghargaan dan nilai. Dari segi praktiknya, guru jarang menulis objektif ini dalam buku rekod pengajaran berbanding objektif kognitif, yang ditulis dalam bentuk perlakuan pelajar. Ini berlaku kerana ketidakwujudan prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian objektif afektif.Seperti juga objektif Domain Kognitif, objektif Domain Afektif boleh dikelaskan mengikutperingkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi, sepertiyang diutarakan oleh Bloom (1988), iaitu: (1) Penerimaan, (2) Gerak Balas,(3) Penilaian, (4) Organisasi dan (5) Perwatakan

1. Penerimaan Objektif pertama Domain Afektif ialah Penerimaan (Receiving), yang bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima, misalnya, penerima sedar akanirama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas kesedaran, individu berkenaan akanmenunjukkan kesediaan untuk menerima, iaitu individu berkenaan tidak menjauhkandiri daripada rangsangan yang diterima. Seterusnya, individu berkenaan akan mulabertindak secara terhad, iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima.Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjahdaripada aktiviti formal dalam bilik darjah 2. Gerak Balas Objektif kedua Domain Afektif ialah gerak balas (Responding), yang bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap ransangan yang diterima disebabkan diamempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ingin tahu tentang sesuatuboleh menyebabkan seseorang itu bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan.Pada peringkat awalnya, gerak balas ini mungkin juga berlaku disebabkan oleh arahanorang lain. Bagaimanapun, selepas individu berkenaan mempunyai motif tersendiri, diaakan bertindak balas sendiri. Misalnya, menunjuk minat terhadap aktiviti di luar bilikdarjah yang menyebabkan individu berkenaan bertindak balas bagi menghasilkankepuasan padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah.

3. Penilaian Objektif ketiga Domain Afektif ialah Penilaian (Valuing), yang bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai/motif ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga (3) jenis nilai ini, iaitu 1. Penerimaan semua nilai, iaitu menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yangmenjadi landasan kepada perlakuannya.

2. Pemilihan nilai tertentu, iaitu memilih nilaitertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya. 3 Komitmen, iaitu memegang teguh kepadasesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahan kepercayaan ini daripada sebarang cabaran. 4. Organisasi Objektif keempat Domain Afektif ialah Organisasi (Organization), yang bermaksud seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu pertama,mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya; dan keduanya menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai/kepercayaan. Contohnya, pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikutperaturan tersebut 5. Perwatakan Objektif kelima dan terakhir Domain Afektif ialah Perwatakan (Characterization), yang bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan: (a)perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan; dan (b) sistem nilai tersendiri, iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup tersendiri

Objektif Domaian Psikomotor Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Gurugurupendidikan jasmani memberi sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakananggota dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan hariandan juga pergerakan baru dalam senaman. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasaikemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian, misalnya, kemahiranmenggelecek dalam permainan bola sepak.Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut mempunyai hierarkitersendiri. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor,daripada mudah kepada susah; iaitu: (1) Persepsi, (2) Persediaan, (3) Pergerakan Terkawal,(4) Pergerakan Mekanistik, (5) Pergerakan Kompleks, (6) Pergerakan Suaian dan(7) Pergerakan Ciptaan. 1. Persepsi Objektif pertama Domain Psikomotor ialah Persepsi (Perception), yang bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakanrejaman dalam permaian bola tampar. Melalui pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat. Misalnya, apabila pelajar melihat pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, dia akan ingat cara bagaimana pemain melakukan rejaman tersebut. Contoh objektif pengajaran peringkat Persepsi ialah Pelajar dapat menjelaskan cara pemain melakukan rejaman dalam permainan bola tampar. 2.Persediaan Objektif kedua Domain Psikomotor ialah Persediaan (Set ), yang bermaksud seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya, melalui pemerhatian terhadap sesuatu pergerakan, seperti memerhati pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. Contoh, objektif pengajaran peringkat Persediaan ialah Pelajar dapat menjelaskan cara melakukanrejaman dalam permainan bola tampar.

3.Pergerakan Terkawal Objektif ketiga Domain Psikomotor ialah Pergerakan Terkawal (Guided Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Terkawal ialahPelajar dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan rejaman dalam permainanbola tampar.

4.Pergerakan Mekanistik Objektif keempat Domain Psikomotor ialah Pergerakan Mekanistik (Mechanistic Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakanrejaman dalam permainan bola tampar seperti yang perhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialahPelajar dapat meniru cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar

5 Pergerakan Kompleks Objektif kelima Domain Psikomotor ialah Pergerakan Kompleks (Complex Response),yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan inisendiri, tanpa meniru pemain. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistikialah Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin.

6. Pergerakan Suaian

Objektif keenam Domain Psikomotor ialah Pergerakan Suaian ( Adaptive Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakanrejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah.Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Sesuaian ialah Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasabola rendah.

7.Pergerakan Ciptaan Objektif ketujuh dan terakhir Domain Psikomotor ialah Pergerakan Ciptaan (Originative Response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar Berjaya melakukan pergerakan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Sesuaian ialah Pelajar dapat melakukan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah

8.10.5 Rumusan kemahiran objektif pengajaran dengan pengukuran dan penilaian Penggubalan alat pengukuran memerlukan perancangan yang rapi, teliti dan sistematik, agar keputusan yang diperoleh benar-benar tepat dan sebarang tindakan susulan akan tepat danselaras. Penetapan dan penentuan objektif pengajaran yang jelas akan dapat membantuguru dalam menyediakan alat pengukuran yang berkesan dan sesuai bertepatan denganobjektif penilaian yang ditetapkan. Tajuk ini telah menjelaskan tentang peringkat-peringkat objektif pengajaran bagi Domain Kognitif, Domain Afektif, Domain Psikomotor. Tajuk seterusnya akan membincangkan tentang penyediaan Jadual Penentu Ujian (JPU) yang diharapkan dapat memberi panduan kepada penggubal soalan ujian, bagimemastikan soalan ujian yang digubal itu memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.