kertas kerja bijak bahasa prasekolah
DESCRIPTION
Kertas Kerja PrasekolahTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN DR. SULAIMAN,
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.
KERTAS KERJA CADANGAN
BIJAK BAHASA PRASEKOLAH
TARIKH: 5 OKTOBER – 7 OKTOBER 2015
TEMPAT: PRASEKOLAH, SK DR. SULAIMAN
KELOLAAN:
GURU PELATH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, PAHANG.
DENGAN KERJASAMA:
MURID-MURID PRASEKOLAH,
PARA PENTADBIR DAN KAKITANGAN SK DR. SULAIMAN.
KERTAS KERJA CADANGAN BIJAK BAHASA PRASEKOLAH SK DR. SULAIMAN
1.0 PENDAHULUAN
Program Bijak Bahasa diadakan bertujuan melahirkan murid-murid yang dapat memperkasa
bahasa Malaysia dalam proses pembelajaran dan pergaulan. Semua aktiviti yang
dirancangkan menjurus kepada membimbing murid-murid untuk memahami dan dapat
mendalami bahasa Malaysia. Program ini dijalankan untuk membantu pelajar yang kurang
mahir berkomunikasi dan kurang faham dalam bahasa Malaysia.
2.0 MATLAMAT
Untuk melahirkan murid-murid yang cintakan bahasa Malaysia.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Supaya murid-murid Prasekolah dapat menguasai kemahiran asas dalam bahasa
Malaysia supaya mereka dapat menguasai P&P dengan berkesan.
3.2 Dapat berkomunikasi dengan berkesan.
3.3 Membudayakan penggunaan bahasa Malaysia yang betul sesama murid.
3.4 Meningkatkan keyakinan diri ketika bertutur bahasa Malaysia.
4.0 JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG : PN. AFIZAH BINTI HJ. ABDULLAH
PENASIHAT : PN. SITI NORBAYA BINTI ABD. RAHMAN
PENGERUSI : PN. NURUL HUSNA BINTI ROSLAN
NAIB PENGERUSI : CIK SHAKIRAH BINTI MUHAMMAD BADRON
SETIAUSAHA : PN. HAZARIAH BINTI HASHIM
5.0 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN
TARIKH: 5 OKTOBER - 7 OKTOBER 2015
MASA: 10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
6.0 CADANGAN AKTIVITI
6.1 Soal Jawab ( Kemahiran mendengar dan bertutur, Kemahiran membaca dan
Kemahiranmenulis)
6.2 Bijak Mengeja (Kemahiran mengeja sesuatu perkataan dalam masa yang singkat)
6.3 Bercerita (Kemahiran bertutur tentang pengalaman murid-murid)
6.4 Nyanyian (Kemahiran bertutur dengan betul)
7.0 PENUTUP
Melalui program ini, diharap dapat membantu murid-murid Prasekolah dalam
memperkasakan bahasa Malaysia. Sekaligus dapat mengurangkan masalah murid-murid
Prasekolah yang kurang mahir berkomunikasi dan faham dalam Bahasa Malaysia
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
...........................................
(NURUL HUSNA BINTI ROSLAN)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200, Kuala Lipis, Pahang.
Di semak oleh,
…………………………..……….
(PN. SITI NORBAYA BINTI ABD. RAHMAN)
Guru Prasekolah Pendidikan Khas,
SK Dr. Sulaiman,
73000, Tampin, Negeri Sembilan.
Disahkan oleh,
…………………………………..
(PN. AFIZAH BINTI HJ. ABDULLAH )
Guru Besar,
SK Dr. Sulaiman,
73000, Tampin, Negeri Sembilan.