kertas kerja big latihan dalam perkhidmatan

8
Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015 4 IPG KAMPUS BAHASA MELAYU TAMAN BUKIT PANTAI, 59100 KUALA LUMPUR. KERTAS KERJA BINA INSAN GURU PERINGKAT 4 FASA 5 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN TARIKH: 12 FEBRUARI 2015 TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3

Upload: rohana-jalil

Post on 30-Sep-2015

256 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas kerja dalam perkhimatan

TRANSCRIPT

Kertas Kerja Program LADAP dan Lawatan penanda aras PPG IPGKBM 2015

KandunganMuka surat

1. Pengenalan Bina Insan Guru 2. Rasional Bina Insan Guru

3. Objektif4. Matlamat5. Tarikh

6. Tempat

7. Peserta Kursus ( LAMPIRAN 1)8. Ahli Jawatankuasa PPG Kohort 2 ( LAMPIRAN 2)9. Anggaran perbelanjaan ( LAMPIRAN 3 )10. Tentatif program ( LAMPIRAN 4 )11. Penutup1

2

34

4

444444

1. Pengenalan

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat Program Pensiswazahan Guru bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan sesebuah bengkel di sekolah. Guru perlu diberi peluang untuk menjayakan program seperti ini bagi melatih mereka menguruskan program dan boleh dipraktikan kepada murid-murid nanti. Penekanan kepada aspek-aspek begini amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.2. Rasional

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025 ). Bengkel Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.Pelajar-pelajar Program Pensiswazahan guru dapat menambahkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.3. MatlamatSelepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru PPG Kohort 2 diharapkan dapat :3.1. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di antara satu sama lain.

3.2. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.

3.3. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.

3.4. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.4. Objektif

Sasaran kepada Pelajar PPG selepas mengikuti menjalani bengkel agar dapat:

4.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan

keperluan persekitaran yang berbeza.4.2 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan4.3 Menilai ciri-ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran

positif terhadap kerjaya keguruan.4.4 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah5. Tarikh Program Bina Insan Guru Program Pensiswazahan Guru diadakan pada 12.2.20156. Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3. Penceramah adalah Tuan Haji Isnu bin Sururi.7. Peserta Kursus

Seramai 24 orang Pelajar PPG menyertai Lawatan Penanda Aras ini. Sila rujuk LAMPIRAN senarai nama peserta.8. Ahli Jawatankuasa LADAP PPG Kohort 2Senarai Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru PPG ( lampiran 2 )9. Anggaran kewanganBerikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program seperti lampiran 310.Tentatif program

Program PPG Kohort 2 ini akan mengambil masa dua hari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam Tentatif program adalah seperti di lampiran 411. Penutup

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.Disediakan oleh .............................................................

( SITI MERIAM BINTI MOHAMAD ) Setiausaha,

Program Bina Insan Guru Semester 7Program Pensiswazahan Guru Kohort 2 ,

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu,

59100 kuala Lumpur.

ipg kampus bahasa melayu

taman bukit pantai,

59100 kuala lumpur.

KERTAS KERJA

BINA INSAN GURU

PERINGKAT 4 FASA 5

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

TARIKH:

12 FEBRUARI 2015

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3

PAGE 4