kertas kerja bengkel batik

4
Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup KERTAS KERJA PROJEK BENGKEL SENI : MEWARNA BATIK DAN IKAT CELUP 1. PENGENALAN Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Kangkar Pulai terdiri daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom Down(hyper aktif) dan Slow Learner. PPKI SMK Kangkar Pulai merancang untuk mengadakan Bengkel Seni: Mewarna Batik dan Ikat Celup. Pendidikan seni visual seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangan diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi menjayakan program ini,kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan. 2. ANJURAN Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai 3. RASIONAL PROGRAM Projek Bengkel Seni : Mewarna batik dan Ikat Celup adalah bertujuan meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta daya kreativiti murid-murid pendidikan khas. . Selain itu, mendedahkan murid-murid dengan bidang kerjaya yang dapat diceburi oleh mereka berdasarkan kemahiran dan kreativiti mereka menghasilkan produk seni. 4. OBJEKTIF 1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas. 2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid terhadap aktiviti seni bidang membuat corak dan rekaan mewarna batik dan ikat celup. 3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang menarik dan bermakna.

Upload: sky-light

Post on 15-Apr-2016

1.119 views

Category:

Documents


115 download

DESCRIPTION

kertas kerja bengkel mencanting batik

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bengkel Batik

Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup

KERTAS KERJA PROJEK BENGKEL SENI : MEWARNA BATIK DAN IKAT CELUP

1. PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Kangkar Pulai terdiri

daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom

Down(hyper aktif) dan Slow Learner. PPKI SMK Kangkar Pulai merancang untuk

mengadakan Bengkel Seni: Mewarna Batik dan Ikat Celup. Pendidikan seni

visual seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangan

diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk

perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi

menjayakan program ini,kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah

diharapkan.

2. ANJURAN

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai

3. RASIONAL PROGRAM

Projek Bengkel Seni : Mewarna batik dan Ikat Celup adalah bertujuan

meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta daya kreativiti

murid-murid pendidikan khas. . Selain itu, mendedahkan murid-murid dengan

bidang kerjaya yang dapat diceburi oleh mereka berdasarkan kemahiran dan

kreativiti mereka menghasilkan produk seni.

4. OBJEKTIF

1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap

keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Khas.

2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid terhadap aktiviti

seni bidang membuat corak dan rekaan mewarna batik dan ikat celup.

3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual yang menarik dan bermakna.

Page 2: Kertas Kerja Bengkel Batik

Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup

4. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai dalam kalangan murid

pendidikan khas walaupun mengalami kekurangan.

5. SASARAN

30 orang pelajar kelas Pendidikan Khas SMK Kangkar Pulai (Senarai nama sila

rujuk lampiran)

6. BUTIRAN PROGRAM

Masa : Pdp Pendidikan Seni VisualTempat : Kelas Pendidikan khas

7. SUMBER KEWANGAN Peruntukan Bantuan Per Kapita Murid

8. ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS PROGRAMJumlah wang : RM 345Punca wang : Peruntukan Bantuan Per Kapita Murid = RM 345

Butiran anggaran belanjawan

Bil PerkaraUnit/Bilang

an

Anggaran

Harga

Seunit

Jumlah

1 Kain kapas (cotton) 4 meter RM 5.00 RM 20.00

2 Kain Fuji 3 set RM 15.00 RM 45. 00

2 T-shirt putih 15 helai RM 10.00 RM 150.00

3Pewarna batik (9 jenis

warna)1 set RM 70.00 RM 70.00

4 Berus 4 set RM 5.00 RM 20.00

5 Kayu pemidang 10 batang RM 3.00 RM 30.00

6 Pencanting 1 set RM 10.00 RM 10. 00

Jumlah RM 345.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 345.00

Page 3: Kertas Kerja Bengkel Batik

Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup

AHLI JAWATANKUASA KERJAPROJEK BENGKEL SENI : MEWARNA BATIK DAN IKAT CELUP

PPKI SMK KANGKAR PULAI

PENASIHATEncik Shahbudin bin Yusoff (Pengetua)

PENGERUSIPuan Wan Som binti Wan Hussin (Penyelaras)

PENYELARAS PROGRAMCik Nurhidayah binti Juhari

PENYELARAS BERSAMAPuan Salina binti Shahadan

AJK DOKUMENTASIPuan Siti Zainab binti Mat

PERSIAPAN TEMPATCik Nurhidayah binti Juhari

AJK AKTIVITIPuan Salina binti Shahadan

AJK FOTOGRAFIPuan Suzliyana binti Zainal

AJK PERALATANCik Nurharyani binti Hashim

Page 4: Kertas Kerja Bengkel Batik

Kertas Kerja Projek Bengkel Seni : Mewarna Batik dan Ikat Celup

9.PENUTUP

Diharapkan bengkel ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek

bengkel ini dapat meningkatkan motivasi diri murid dalam menambah pengetahuan dan

pengalaman terhadap seni mewarna batik dan ikat celup ini. Oleh itu, kerjasama dari

semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………..( NURHIDAYAH BINTI JUHARI)GuruProgram Pend. Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai,Johor Bahru, Johor.

Disokong/Tidak Disokong,

………………………………………..

Disemak oleh,

………………………………..

(PUAN WAN SOM BINTI WAN HUSSIN)

Penyelaras,Program Pend. Khas Integrasi SMK Kangkar Pulai,Johor Bahru, Johor