kertas kerja bengkel itppki

9
KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT (ICTL) PENDIDIKAN KHAS 2014 6 – 7 NOVEMBER 2014 (KHAMIS – JUMAAT) Disediakan oleh : PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT GURU TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Upload: nora-kerel

Post on 21-Nov-2015

169 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BENGKEL KOMPUTER PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU ANTI DADAH DAN ROKOK SMKTSI

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT ICTL 2014

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT (ICTL) PENDIDIKAN KHAS 2014

6 7 NOVEMBER 2014(KHAMIS JUMAAT)

Disediakan oleh :PN. NUR RAWAIDAH RAHMATGURU TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASIPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISMK TUNKU SYED IDRUS

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LITERASI MAKLUMAT (ICTL) PENDIDIKAN KHAS 20141.0 PENGENALAN

Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masalah Pembelajaran memberi fokus kepada memperkembangkan sifat sifat ingin tahu, kreatif, ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti pengoperasian komputer membolehkan pelajar pendidikan khas menyatakan idea dan eksperisi diri. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini, dapat membantu pelajar pendidikan khas memperolehi maklumat dan berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri. Di samping itu, pelajar pendidikan khas berupaya untuk berkomunikasi dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi serta memperkayakan pengalaman pembelajaran ke arah membina kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang diperolehi.Maka, satu program telah dirangka iaitu bengkel literasi maklumat bagi tujuan memberi pendedahan asas perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi kepada para pelajar pendidikan khas. Bengkel ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengoperasian komputer. Bengkel ini akan diadakan selama dua hari di mana pelajar pendidikan khas dipecahkan kepada dua kumpulan. Pelajar Kelas Amanah dan Kelas Bahagia akan didedahkan kepada perisian aplikasi Microsoft Word dan Paint, manakala pelajar Kelas Cergas dan Kelas Dedikasi akan didedahkan kepada perisian aplikasi Microsoft Office yang meliputi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.Bengkel ini akan diadakan di makmal komputer sekolah di mana para pelajar pendidikan khas menggunakan kemudahan yang ada di dalam sekolah di samping mempraktikkan proses pembelajaran di luar kelas. Semoga bengkel literasi maklumat ini memberi manfaat kepada para pelajar pendidikan khas.2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

2.1 Memberi pendedahan kepada pelajar pendidikan khas untuk menguasai sesuatu kemahiran dalam komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya mereka boleh mengaplikasi dalam kehidupan seharian.2.2 Memupuk minat pelajar pendidikan khas di samping memperoleh pengetahuan serta kemahiran asas komputer.3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM

3.1 Tempoh perlaksanaan program ini adalah selama dua hari iaitu pada hari Khamis dan Jumaat.

3.2 Masa perlaksanaan program ini diadakan pada sesi pagi persekolahan bermula jam 8.00 am dan berakhir pada 1.30 pm.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

6 dan 7 November 2014 (Khamis dan Jumaat).5.0 SASARAN PESERTA5.1 Para Pelajar Pendidikan Khas SMKTSI (28 orang).6.0 LOKASI TERLIBATa) Makmal Komputer Dua, SMKTSI.7.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAMTARIKHMASAAKTIVITI

6 NOV 2014KHAMIS(PPKI C&D)8.00 am

8.45 am

9.00 am

10.00 am

10.30 am

11.30 am

12.30 am- Semua pelajar pendidikan khas kelas C&D berkumpul dan diberi taklimat oleh guru.

- Bertolak ke Makmal Komputer 2, SMKTSI- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Word- Rehat

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Excel

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Power Point

- Kuiz Teknologi Maklumat- Penyampaian Hadiah / Sijil

7 NOV 2014JUMAAT(PPKI A&B)8.00 am

8.30 am

8.40 am

9.50 am

10.30 am

11.30 am

- Semua pelajar pendidikan khas kelas A&B berkumpul dan diberi taklimat oleh guru.

- Bertolak ke Makmal Komputer 2, SMKTSI

- Bengkel Aplikasi Perisian Microsoft Word

- Rehat

- Bengkel Aplikasi Perisian Paint

- Kuiz Teknologi Maklumat- Penyampaian Hadiah / Sijil

8.0 SENARAI JAWATANKUASA PROGRAMJAWATANKUASA PENGURUSANPenaung

: Pn. Hjh. Noraini Binti Abd. ManafPenasihat

: En. Zul Bin SeninPenyelaras PPKI

: Pn. Syazrah Binti Sahrani

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAPengarah Program

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

AJK Dokumentasi

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

AJK Hadiah / Sijil

: Pn. Azura Binti Rosli Pn. Navamani A/P RamanFasilitator

: Pn. Nur Rawaidah Binti RahmatPembantu Fasilitator

: Pn. Azura Binti Rosli

: Pn. Norafidah Binti Razali

: Pn. Navamani A/P Raman 9.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAKOS

1.

2.Cenderahati Kuiz Sesi 1(RM 5.00 x 10 pemenang )

Cenderahati Kuiz Sesi 2(RM 5.00 x 10 pemenang )

RM 50.00

RM 50.00

JUMLAHRM 100.00

10.0 SUMBER KEWANGAN10.1 Peruntukan PCG Matapelajaran (Teras) Pendidikan Khas

11.0 PENUTUP

Semoga aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar pendidikan khas tentang aplikasi perisian teknologi maklumat dan bagaimana ia membantu kita dalam melakukan kerja seharian. Selain itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada para pelajar pendidikan khas untuk menggunakan kemudahan makmal komputer yang ada di sekolah. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT)

(PN. SYAZRAH SAHRANI)Guru Teknologi Maklumat & Komunikasi

Penyelaras Pendidikan KhasProgram Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas IntegrasiSMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin,Negeri Sembilan Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

(EN. MOHD FAIRUL IZHAR MOHD ZAIN)

(PN. HJH. NORAINI ABD. MANAF)

Guru Literasi Teknologi Maklumat (ICTL)

PengetuaSMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin,Negeri Sembilan

Catatan / Ulasan :

............................................................................................................................................................................................................................................................................................

Page 2