kertas kerja aktiviti buih sabun

8
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT 84000 MUAR JOHOR KERTAS KERJA CADANGAN AKTIVITI BERMAIN DENGAN BUIH TARIKH : 10 JULAI 2014 TEMPAT : DEWAN CEMERLANG SK PARIT SETONGKAT ANJURAN : GURU PELATIH INTERNSHIP PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU 1.0 PENGENALAN Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Parit Setongkat. Ia merupakan satu program tahunan Panitia

Upload: tengku-intan-mastura

Post on 19-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

projek internship

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT

84000 MUAR JOHOR

KERTAS KERJA CADANGAN

AKTIVITI BERMAIN DENGAN BUIH

TARIKH :

10 JULAI 2014

TEMPAT :

DEWAN CEMERLANG SK PARIT SETONGKAT

ANJURAN :

GURU PELATIH INTERNSHIPPISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Page 2: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

1.0 PENGENALAN

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Parit

Setongkat. Ia  merupakan satu program tahunan Panitia Sains. Program ini

bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Parit Setongkat terhadap mata

pelajaran Sains. Program-program yang telah dirancang mampu memberi

perangsang kepada pelajar SK Parit Setongkat supaya minat terhadap mata

pelajaran sains dan teknologi dan dapat melahirkan pelajar yang

berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir aras

tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting bagi generasi masa kini.

Oleh itu, program ini merupakan salah satu langkah untuk menjana pemikiran

berfikir aras tinggi murid-murid dengan menggunakan pendekatan inkuiri

penemuan. Hal ini selari dengan fitrah kanak-kanak yang suka meneroka

sesuatu yang ada disekeliling mereka. Pemikiran mereka akan dapat

berkembang dengan baik sekiranya guru dapat merangsang dan memberi ruang

untuk mereka meneroka sesuatu dengan pengalaman mereka sendiri. Justeru,

program ini sangat sesuai dilaksanakan bagi murid-murid.

Page 3: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

3.0 MATLAMAT

i. Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik

dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.

ii. Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan

teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua

iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.

iii. Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau

permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum

selaras dengan hasrat negara iaitu konsep ”1 Malaysia”.

4.0 OBJEKTIF

i. Memperbetulkan miskonsepsi yang terdapat dalam kalangan murid

mengenai buih sabun.

ii. Membantu murid menguasai pemikiran kreatif dan kritis serta proses sains

dan keupayaan penakulan secara saintifik.

iii. Membentuk pemikiran saintifik murid dalam menyelesaikan masalah.

iv. Membantu murid mengenalpasti ciri-ciri sabun melalui lagu buih sabun.

v. Memberi peluang kepada murid untuk bermain dan membuat pemerhatian

terhadap buih sabun

5.0 TEMPAT

Dewan Cemerlang, SK Parit Setongkat, Muar, Johor.

6.0 TARIKH

10 Julai 2014 (Khamis)

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahap 1 SK Parit Setongkat

Page 4: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

8.0 TENTATIF PROGRAM

10 JULAI 2014

8.00 pagi : Murid-murid berkumpul di dewan

8.30 pagi : Tayangan video dan slaid power point mengenai buih sabun.

9.00 pagi : Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti LDK

10.00 pagi : Murid diberi peluang untuk bermain dengan buih sabun.

10.30 pagi : Nyanyian lagu buih sabun beserta dengan gaya.

11.00 pagi : Program bersurai.

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat 1 : En. Shamsudin bin Sarip Guru Besar

Penasihat 2 : Pn. Hjh Normadiah bt Daros GPK Pentadbiran

Pengerusi : Pn.Hjh Hafsah bt Abu Shah

Setiausaha : Tg Intan Mastura bt Tg Mohd Ramli

Naib Setiausaha : Mona Shazreen bt Mohd Zaini

10.0 JAWATANKUASA KERJA

JK Peralatan & Teknik : Rashidatul Kamilah Bt Samsury En. Hasbullah bin Arshad En. Malek Bin Md Ali

JK Dokumentasi : Nur Adilah Bt Hamidon Pn Rozana bt Juri @ Samat Pn Rohani Bt Abdullah

JK Tugas-tugas Khas : Nur Amirah Bt Bajuri Pn Faridah Bt A Rahman En Mohd Nizam Bin Ahmat En Badrul Hisham Bin Abu Bakar.

Page 5: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga (RM) / Unit Jumlah (RM)1 Sabun pencuci pinggan 1 RM8.50 RM8.50

2 Gula pasir 1 RM2.10 RM2.10

3 Pinggan plastik 50 RM 8 RM8

4 Straw 50 RM4 RM4

Jumlah RM22.60

12.0 PELAN TINDAKAN

Tarikh Catatan

20/4/2014 Berbincang dengan guru pembimbing

mengenai projek yang sesuai untuk

dilaksanakan sewaktu internship

21/4/2014 Membuat kertas kerja untuk aktiviti bermain

dengan buih sabun.

22/4/2014 Mendapat kebenaran guru besar untuk

melaksanakan projek.

24/4/2014 Memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat

mengenai program yang akan dilaksanakan

pada penggal dua persekolahan.

7/7/2014 Membeli bahan-bahan dan peralatan yang

telah disenaraikan.

Page 6: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

8/7/2014 Meminta bantuan daripada guru muzik

sekolah untuk merekodkan lagu buih sabun

dengan menggunakan keyboard.

9/7/2014 Membuat bancuhan sabun bagi menghasilkan

buih-buih sabun.

13.0 PENUTUP

Diharapkan dengan perlaksanaan aktiviti ini dapatlah ianya memberi

pendedahan pengetahuan dan pengalaman tentang pembelajaran sains

melalui inkuiri penemuan praktikal kepada murid-murid. Pendedahan

pengetahuan secara inkuiri ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat

murid terhadap sains disamping dapat membuka minda mereka terhadap

fenomena sains yang berlaku disekelilling mereka. Selain itu, diharapkan aktiviti

ini juga memberi pendedahan dan pengalaman bermakna sebagai bekalan

dalam menjalankan aktiviti seharian sebagai murid yang cemerlang.

Page 7: Kertas Kerja Aktiviti Buih Sabun

Disediakan oleh: Disokong oleh:

________________________________ __________________________

(TG INTAN MASTURA BT TG MOHD RAMLI) (PUAN HAFSAH BT ABU SHAH)

Setiausaha, Pengerusi,Program Bulan Sains, Program Bulan Sains,SK Parit Setongkat, Muar Johor SK Parit Setongkat, Muar Johor

Disahkan oleh:

____________________________

(EN. SHAMSUDIN B SARIP)Guru Besar,SK Parit Setongkat, Muar, Johor.